Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

31 Dis 2016

SYILING STRAITS SETTLEMENTS 1, 1/2, 1/3, 2/4, 3/4 DAN 1/4 SEN


Syiling satu sen, setengah sen, (satu per dua), satu per tiga, tiga per empat dan satu per empat coin ini difahamkan sebahagian palsu atau fake sahaja, miskipun ada yang ori namun bagi peminat dan pengumpul syiling lama jika dapat menyimpan koleksi yang lengkap ianya akan menjadi satu kepuasan juga. Ada juga yang berpendapat syiling atau coin palsu ini dikeluar sekadar untuk cendera mata atau cendera hati sahaja.

Selebihnya untuk rujukan dan pembelajaran sahaja. Harga untuk pasaran semasa untuk sekeping coin-coin ini lebih kurang RM 30.00 sekeping. Namun untuk memiliki bukan mudah, mungkin tidak ramai yang menyimpan jauh sekali utk dijual.  Mungkin ianya sekadar dijadikan sebagai koleksi peribadi yang amat menarik dan ada nilai tersendiri dalam dunia numismatik.
 
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

13 Nov 2016

BATU 0 KUALA LIPIS PAHANG

Jalan-jalan ke Kuala Lipis tidak sah kalau tak singgah ke Batu 0 ini. Salah satu keunikan tempat bersejarah yang terdapat di Kuala Lipis ialah batu bertanda ‘0’ lokasinya berdekatan Pejabat Pos Kuala Lipis. Batu ini sebagai penanda arah perbatuan menandakan permulaan sukatan jarak daripada Kuala Lipis  ke lain destinasi dan daerah di Negeri Pahang dimana jarak permulaan kosong bermula dari Kuala Lipis sebagai Ibu Negeri Pahang suatu waktu dahulu.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

RUMAH KEDIAMAN BEKAS SUK KUALA LIPIS PAHANG (1920)

Rumah ini dibina pada tahun 1920 di Bukit Bius, Kuala Lipis dan dijadikan kediaman rasmi Setiausaha Negeri Pahang ketika itu.Di antara Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang pernah mendiami rumah ini ialah Dato’ Setia Raja Abu Samah Bin Ali (1948-1952) dan Tun Abdul Razak Bin Hussein (1952-1955).
Rumah ini terlatak bersebelahan dengan kediaman Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika itu yang dikenali sebagai Istana Hinggap sekarang. Bukit Bius ketika itu menjadi tempat kediaman utama para Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri.Apabila Ibu Negeri Pahang dipindahkan ke Kuantan pada 1995, rumah ini didiami oleh Pegawai Kanan Kerajaan Daerah Lipis dan Pegawai Pertanian Daerah Lipis dan pegawai Pertanian Daerah Lipis merupakan orang terakhir yang mendiami rumah ini.
Rumah ini merupakan tempat kelahiran tempat kelahiran Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Kelahiran beliau dirumah ini pada tahun 1953 telah disambut oleh bidan dari Hospital Kuala Lipis yang bernama Puan Fatimah atau lebih dikenali sebagai Mak Da.Rumah ini dibina bercirikan seni bina gabungan Eropah dan Melayu dengan tingkap yang banyak dan hanya mempunyai dua buah bilik tidur yang luas. Ruang keluarga terletak di bahagian anjung, manakala ruang tamu, ruang makan dan sebuah bilik tidur tetamu terletak di tingkat bawah.
Kini rumah tersebut telah dijadikan Muzium Warisan Kuala Lipis Pahang menempatkan pelbagai koleksi sejarah Kuala Lipis, alatan, tokoh tersohor serta perkembangan sejarah Kuala Lipis Pahang. Gambar : akuanakpahang.blogspot.com. Sumber artikel  : Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, Pahang Darul Makmur.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

2 Nov 2016

JAMBATAN BAHARU MERENTASI SUNGAI KUANTAN DIJANGKA SIAP 2019

KUANTAN : Jambatan kedua menghubungkan bandar ini dengan Tanjung Lumpur dengan kos kira-kira RM181 juta dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Projek pembinaan jambatan baharu itu bermula daripada persimpangan Jalan Pintas Bukit Setongkol dan Jalan Tanah Putih, di sini melalui Jalan Sri Kemunting 2 seterusnya merentasi Sungai Kuantan dan berakhir di Jalan Tanjung Lumpur. Jambatan baharu sepanjang 451 meter itu sekali gus dapat melancarkan aliran trafik di bandar ini sekali gus menjadi laluan alternatif kepada ribuan penduduk sekitar Tanjung Lumpur, Kempadang dan Bandar Putra ke pusat bandar.

Majlis pecah tanah projek itu dirasmikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad, di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Naib Pengerusi Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), Datuk Seri Wan Zaki Wan Muda. Sumber : Berita Harian

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

30 Okt 2016

REUNION BEKAS PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR JERANTUT.


Hari ini pada tanggal 30.10.2016 Ahad Reunion SEKOLAH KENGGSAAN BANDAR JERANTUT 1977 -1979. (Sebenarnya penulis terlebih awal memasuki sekolah ini pada tahun 1974) bersama bekas pelajar Sekolah Kebanggsaan Bandar Jerantut telah diadakan di Kampung Jerangsang, Tebing Tinggi, Jerantut. Perjumpaan telah dianjurkan bersama oleh bekas pelajar yang pernah bersama belajar di sekolah ini. Majlis ini walaupun sederhana namun begitu meriah dan bermakna sekali bagi penulis sendiri. Setelah sekian lama tidak bersua muka dengan rakan taulan sahabat semua setelah hampir 37- 42 tahun berlalu.

Perjumpaan telah diaturkan di lokasi Kampung Jerangsang, Tebing Tinggi, Jerantut ini berlatar belakangkan sungai Pahang. Suasana dan persekitranya begitu indah sekali. Seindah pertemuan kembali kami bersama sahabat, yang pasti menggamit nostalgia dahulu yang pasti tidak akan luput daripada dairy kenangan.

Terima kasih diatas penyediaan makanan yang begitu hebat gulai patin tempoyak, gulai asam rom dan ulam-ulaman. Akhir kata mohon kemaafan jika ada salah dan silap. Semoga masih ada ruang pertemuan dimasa mendatang. Kenangan indah bersama kalian semua tidak dapat dilupakan.Terima kasih pada semua sahabat yang telah sama-sama menjayakan reunion kali ini terima kasih.
Sebahagian rakan sahabat yang sempat berselfie di Balairaya Kampung Jerangsang.

"Terima kasih daun keladi... panjang umur jumpa lagi"

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

29 Okt 2016

SEUTAS TASBIH DAN SAPU TANGAN PENINGGALAN TOK GAJAH

Titip tasbih dan saputangan buat kalian. Tidaklah Gajah Pahang itu meninggalkan apa-apa selain seutas tasbih dan sehelai saputangan untuk generasi anak cucunya.

Semoga sekelian generasi Gajah Pahang dan generasi masyarakat era Tok Gajah dapat kembali bersatu harmoni bak 'sirih pulang ke ganggang'.

Foto kredit: Sdr Syam Muddin. Tasbih dan saputangan ini merupakan salah satu dari Koleksi Warisan Tok Gajah. Sumber : Kredit Facebook Sehati Tok Gajah.


AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

18 Okt 2016

SEKEPING NOTE SEBUAH KENANGAN

Sekilas pandang note buruk dan hancur ini sudah tidak memberi makna dan nilainya. Namun disebaliknya tersimpan suatu kisah yang bergitu indah untuk diabadikan. Setiap note ada kenangannya. Sedikit kisah note ini ianya adalah hadiah pemberian KDYMM Sultan Pahang zaman saya kecil2 lagi di sebuah masjid di bandar saya semasa lawatan kebawah Duli Tuanku ke daerah saya, mungkin sudah menjangkau puluhan tahun.

Note ini disimpan oleh Ibu saya dan terus disimpan drp dalam almari ke dalam gerobok lepas dalam tong dan akhir menjadi hancur. Mungkin dahulu tiada tempat untuk menyimpan note secara terbaik main selit-selit sahaja. Sebab sayang note ini maka ianya tidak digunakan. Namun Alhamdulilah ianya masih kekal walaupun rupanya sudah poor sepenuhnya. Terima kasih juga buat Allahyarham bapa saya kerana membawa saya semasa itu. Kenangan ttp kenangan dan kenangan itu paling berharga. Terima kasih.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

13 Okt 2016

KEMUSNAHAN ALAM JANDA BAIK BENTONG PAHANG

KEMUSNAHAN JANDA BAIK -  Jika pembalakan tidak terkawal dibiarkan berterusan atas nama laluan Grid Voltan Tinggi TNB di Hutan Simpan Lentang / Janda Baik, kemusnahan yang bakal berlaku amat besar!

Walaupun baru di peringkat pembinaan jalan pembalakan, Sungai Benus yg menjadi nadi tarikan utama eko pelancongan di Janda Baik sudah mulai kering dan lesu. Malah, satu drp lima anak sungai utama Sungai Benus, iaitu Sungai Kuala Lurau sudah pun kering atau mati!

Manakala dua air terjun utama iaitu Tampik dan Gunung Nuang pula bakal musnah kerana spesis balak di sekitarnya adalah yang terbaik dan menjadi sasaran utama lanun balak!

Kini, pengusaha eko pelancongan di Janda Baik sudah mula mengalami kemerosoton pendapatan sehingga 50 peratus kerana jumlah pengunjung semakin berkurangan akibat kesan kemusnahan awal alam semulajadi di Tanah Rizab Melayu berkenaan. Sumber FB Peka Pahang

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

28 Sep 2016

WANG KERTAS TANDATANGAN GABENOR DATUK MUHAMMAD BIN IBRAHIM

KUALA LUMPUR : Wang kertas Ringgit Malaysia dengan tandatangan Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim akan diedarkan secara berperingkat mulai esok (29 September 2016), bermula dengan denominasi RM50, menurut Bank Negara Malaysia. Wang kertas ini adalah serupa dengan wang kertas terkini yang berada dalam edaran, kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, wang kertas dengan tandatangan bekas Gabenor kekal sebagai mata wang sah diperlakukan dan akan terus diedarkan dalam pasaran bersama wang kertas baharu. Sumber - BERNAMA

Ringgit banknotes bearing the signature of Governor Datuk Muhammad bin Ibrahim will go into circulation in stages from 29 September 2016, beginning with the first batch of RM50 banknotes. These banknotes are identical to the present banknotes series currently in circulation. Banknotes bearing the signature of former Governors are still legal tender and will continue to circulate with the new banknotes - Sumber BNM

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

8 Sep 2016

INFO COIN AYAM ATAU SYILING AYAM TANAH MELAYU

Hari ini penulis sekadar ingin berkongsi info coin ayam tanah melayu tidak terdapat banyak info yang berkaitan dengan coin ayam ini cuma ada sedikit perkongsian sahaja. Dikatakan coin ayam tanah melayu ini ada beberapa jenis antaranya gambar ayam pandang kanan, ayam pandang kiri dan pandang belakang :)

Info yang dapat dikongsikan berkaitan dengan coin ayam ini  :
Observe : A spurred fighting cook facing right. In Jawi "Tanah Melayu".
Last two tail feathers of cock crossed.

Songsang: Dalam Jawi "satu keping 1247AH" (satu keping 1831)
Berat: 1.49 -1,68 gram
Diameter: 21 mm
Kandungan: tembaga
Mintage: 4.286.778
Mint: Soho Mint, Birmingham


Setakat hari ini coin ayam ini tidaklah semahal mana ikut kondisi juga VF harga sekitar RM 20.00 - RM30.00 sahaja sekeping kalau lagi cantik mungkin lagi mahal. Namun untuk mendapat coin yang cantik dan sempurna mungkin agak susah. Coin diatas adalah milik penulis, biar tak cantik tapi hak milik sendiri tak mahu minta dengan pakcik Google. Entri sekadar perkongsian jika anda diluar sana ada info menarik yang ingin dikongsikan. Sila tinggalkan komen anda dibawah terima kasih.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

30 Ogo 2016

MAKAN JANGAN SEBARANG MAKAN

Cari makan memang payah :(
Makan free paling mudah akan tetapi dikutuk orang.
Makan angin bakal poket kosong perut naik kembung
Makan tidur jangan diamal kalau amal tak cukup.
Makan dalam sakitlah hati
Makan kawan usah dibuat kawan
Makan suap kelak membawa padah
Makan hati rosaklah diri akan menyesal nanti.
Makan bersabitkan tak mampu orang menanggung
Makan bubur panas-panas binasalah mulut gelojoh.
Makan di luar berak di dalam tak padai bersyukur.
Makan hati, berulam jantung carilah benda lain.
Makan keringat orang buruk hati
Makan masak mentah berambilah sikit.
Makan nasi kawah sampai bila nak jadi hamba?
Makan nasi kangkang nasib badan bawaklah berubat.
Makan nasi minyak bila-bila pun boleh jemput :)
Makan upas berulam racun bila masa nak senang?
Kais pagi, makan pagi beriktiarlah.
Makan untung siapa tak nak
Makan modal siapa mahu :)
Makan pasir jangan dibuat
Makan tanah kalau ilmu tak cukup usah dicabar.
Makan dedak sampai bila nak jadi haiwan?
Makan haram paling haram jadah.

** Moralnya nak makan jangan sebarang makan :)

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

28 Ogo 2016

SUNGAI CHEKA JERANTUT DISYAKI DICEMARI SISA KILANG SAWIT.

SUNGAI CHEKA TERUS DICEMARI SISA KILANG SAWIT DI DAMAK - Semakin ditegur semakin menjadi. Inilah yg realiti pencemaran dan kemusnahan alam di Pahang. Siang tadi, sebuah kilang sawit di Damak melepaskan lagi sisa kotorannya ke Sg Cheka yg mengalir ke Sg Jelai dan seterusnya ke Sg Pahang.  Walaupun sudah dilaporkan berulang kali kpd pihak berwajib, tiada tindakan tegas diambil terhadap kilang berkenaan... seolah-olah ada "wang perlindungan" sudah dibayar kpd tangan-tangan ghaib.
PENCEMARAN KILANG SAWIT... gambar ini dihantar oleh penduduk tempatan mengenai air kumbahan sisa sebuah kilang sawit di Jerantut, Pahang yg dilepaskan terus ke Sungai Cheka yg kemudian mengalir ke Sungai Jelai dan seterusnya ke Sungai Pahang. Menurut penduduk, laporan sudah dibuat kpd Jabatan Alam Sekitar sejak beberapa bulan lalu tetapi tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah berkenaan. Beginilah nasib sungai-sungai di Pahang... Hutan Tadahan Air Semulajadi di ulu sungai ditebang dan digondolkan oleh tangan-tangan rakus dan tamak manakala pencemaran demi pencemaran di hilirnya pula terus dibiarkan! - Sumber : FB Peka Pahang

** Sekiranya dakwaan ini benar semoga ada tindakan sewajarnya daripada pihak berwajib.
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

27 Ogo 2016

MAKNA PERKATAAN BERGAMBAR DALAM LOGHAT PAHANG

 Cagert membawa maksud dipatuk atau digigit ular.
 Suatu keadaan yang berbau busuk 
Juga disebut terkerji, terkernying atau tersengeh
Berlejeh atau berlenja
Suatu keadaan ketakutan, gelabah sesak dan sebagainya.
Waku Senja
Berlonggok-longgok

Post ini sekadar perkongsian makna perkataan bergambar dalam loghat Pahang agar anda lebih jelas akan maksudnya didalam gambar dan keadaanya. Insya allah gambar akan dimuat naik dari masa kesemasa jika penulis berkelapangan nanti  :)

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

26 Ogo 2016

PETUA TERCEKIK TULANG ATAU TERLEKAT TULANG IKAN

Entri ini sekadar berkongsi pengetahuan dan petua orang tua-tua dahulu kalau kita terlekat tulang ikan atau tercekik tulang ikan dan seumpamanya. Sememang menyusahkan dan menyakitkan.  Ada beberapa teknik atau cara mudah untuk kita melepaskan rasa sakit terlekat tulang atau tersangkut tulang pada tekak ini. Dibawah ini disenaraikan beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan antaranya :

  • Cara pertama makan pisang -  makan pisang kalau boleh tak perlu dikunyah gigit lebih kurang 1 inci atau lebih jika tidak mampu ditelan terus kunyahlah sedikit terus ditelan insya allah tulang akan terlepas bersama pisang tersebut.
  • Cara kedua - membuat gumpalan nasi sebesar ibu jari atau lebih, terus ditelan insya allah tulang tersebut juga akan terlepas.
  • Cara ketiga  - jika kita orang islam boleh meminum air  daripada dalam senduk dan membaca alfatihah dan berselawat 3 kali terus diminum. 
Insya allah dengan izin Allah tulang tersebut boleh terlepas dan anda akan berasa selesa semula. Sekiranya anda diluar sana ada cara lain yang boleh dikongsikan yang boleh memberi manfaat untuk bersama. Sila kongsikan diruangan komen terima kasih.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

16 Ogo 2016

SENARAI HARGA TERKINI SYILING 50 SEN PARLIMEN DAN BUNGA RAYA

Mungkin ada yang tertanya berapa harga untuk pasaran semasa bagi syiling 50 sen Parlimen dan Bunga Raya. Diatas penilaian semasa juga merujuk pada ekonomi semasa dan kuasa membeli daripada peminat dan pengumpul syiling harga pada 2016. Harga syiling berkenaan agak jatuh dan jauh merundum pada harga sebelumnya. Dibawah ini adalah senarai harga terkini sehingga 2016 sahaja.

50 Sen Parlimen dan Bunga Raya (VF condition )
1967 (SE) = RM3.5/PCS
1968 (SE) = RM3.5/PCS
1969 = RM 25/PCS
1971 = RM2.5 /PCS
1973 = RM1 /PCS
1977 = RM2/ PCS
1978 = RM2 /PCS
1979 = RM3 /PCS
1980 = RM2 /PCS
1981 = RM1.5 /PCS
1982 = RM1.5 /PCS
1983 = RM2 /PCS
1984 = RM2.5/ PCS
1985 = RM3/PCS
1986 = RM3 /PCS
1987 = RM3 /PCS
1988 = RM1.5 /PCS
1989 = RM3.5/PCS
1990 = RM1.5 /PCS
1991 = RM1.5/PCS
1992 = RM1.5/PCS
1993 = RM2.5 /PCS
1994 = RM3.5/PCS
1995 = RM 10.00
1996 = RM3 /PCS
1997=RM1.5/PCS
1998=RM1.5/PCS
1999=RM1.5/PCS
2000 - 2016 = FV - MASIH TERIKAT DENGAN NILAI MUKA SAHAJA

** Catatan : Harga diatas sekadar rujukan dan persetujuan antara pembeli. Harga VF CONDITION sahaja tidak termasuk yang lain. Sebelum ini bagi syiling diatas harganya jauh lebih tinggi. Senarai harga ini berdasarkan harga bidaan semasa yang pernah ditawarkan dan persetujuan antara pembeli. Catatan ini hanya pandangan penulis sahaja bagi harga semasa 2016. Jika terdapat perbezaan pendapat dan pandangan tuan-tuan boleh kongsikan diruangan komen dibawah. Jika ada yang berminat untuk membeli boleh berurusan dengan Pengarang melalui facebook. Selagi stock masih ada terima kasih.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

12 Ogo 2016

RUMAH PAPAN KAYU SENIBINA MELAYU

Sebenarnya penulis mendapat gambar rumah ini daripada halaman facebook milik siapa rumah dan gambar ini tidaklah diketahui. Namun senibina rumah ini amat menarik perhatian penuh dengan keunikan tersendiri. Pasti selesa jika kita dapat mendiami rumah seperti ini penuh keselesaan dan keseniannya. Tangga dan bumbungnya juga amat cantik sekali, branda dan anjung rumah ini amat selesa untuk bersantai-santai sambil menenguk secawan kopi sambil bersila. Mungkin anda diluar sana jika berkemampuan dan tercari-cari  rekabentuk dan senibina rumah papan yang unik dan menarik mungkin reka bentuk rumah ini boleh dipertimbangakan. Kelebihan rumah ini papan tidak panas diwaktu malam dan amat sejuk di waktu pagi. Untuk catatan seterusnya boleh anda tinggalkan diruangan komen dibawah terima kasih.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<