Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

26 Nov 2015

KOMPLEKS GALERI MAT KILAU PULAU TAWAR, JERANTUT

 
 
 
 
 
Hari ini 26.11.2015 penulis sempat singgah ke Kompleks Galeri Mat Kilau Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Meninjau dan sempat mengambil gambar sebagai perkongsian bersama. Komplek yang baru dibuka ini dibuka untuk di kunjungi oleh orang ramai pada hari dan waktu seperti berikut :

Isnin - Khamis - 10.00am sehingga 4.00pm
Jumaat - 10.00am sehingga 4.00pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum - 10.00am sehingga 4.00pm
Setakat ini tiada bayaran masuk dikenakan.
Komplek ini diseliakan oleh pihak Majlis Daerah Jerantut.


Apapun pendapat penulis galeri ini amat memerlukan sebarang apa jua material barang peninggalan atau seumpamanya daripada hak milik Mat Kilau untuk disumbangkan dan di kongsikan bersama kesini, agar ianya boleh dilihat dan dikongsikan oleh semua pihak lainya jika sekiranya masih ada untuk dijadikan pengetahuan dan tatapan orang ramai.

Setakat kunjungan penulis ke kompleks ini perkara tersebut masih ketiadaan seperti meterial dan seumpamanya. Akhir kata diatas segala usaha semua pihak bagi mewujudkan dan menjayakan Galeri Mat Kilau amatlah disanjung tinggi dan sewajarnya diberikan sekalung tahniah. Semoga segala kisah dan apa jua perkara berkaitan dengan Pahlawan Mat Kilau ini boleh dikongsikan dan seterusnya diketahui umum seterusnya dapat di ketahui oleh generasi mendatang.

Alfatihah pada Pahlawan tersohor Mat Kilau dan Pahlawan-Pahlawan Negeri Pahang yang lainya.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

21 Nov 2015

ALAHAI... BUKIT GOH KUANTAN PAHANG

PENDUDUK Kuantan mengeluh dengan pencemaran bauksit di sekitar kawasan Bukit Goh, Gebeng, dan Pelabuhan Kuantan yang mana boleh menyebabkan risiko kesihatan dan kemalangan jalan raya serta kemusnahan harta benda dan sebagainya. Gambar yang ingin dikongsikan oleh penulis ini diambil daripada Facebook. Gambar yang ingin dikongsikan keluhan seorang ibu yang mengambil anaknya pulang daripada sekolah... lihat sahaja bagaimana kenderaan beliau...  hanya dengan satu laluan untuk satu hari sahaja. Agak-agaknya bagaimana jika kita dan anda yang lain sekiranya menetap disana mampukah anda?  Dengan situasi seumpama ini?

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Nov 2015

KAMPUNG PEKAN SEHARI ULU CHEKA JERANTUT




Hari ini 19.11.2015 penulis seperti biasa hadir untuk menjalankan tugasan seharian ke kampung Ulu Cheka Jerantut. Sambil-sambil sempatlah mengambil gambar sekitar kampung pekan sehari di Ulu Cheka Jerantut ini. Sekadar untuk perkongsian dan tatapan bersama sahaja. Selebihnya anda boleh sahaja membuat carian berkaitan kisah-kisah menarik di Ulu Cheka ini bersama kisah Pawang tersohor Pahlawan Pawang Nong didalam halamaman blog ini.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

12 Nov 2015

INFO SEKITAR BANJIR LUMPUR HUTAN LENTANG, BENTONG, PAHANG


 
INILAH AKIBATNYA APABILA ALAM MURKA DENGAN KERAKUSAN MANUSIA.
Photo kejadian banjir lumpur berhampiran kuarters kakitangan Jabatan Perhutanan di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang malam tadi. Ia berpunca drp kegiatan pembalakan rakus di kawasan perbukitan Hutan Simpan Lentang hingga ke Janda Baik dengan alasan untuk memberi laluan kepada grid talian voltan tinggi TNB ke Negeri Sembilan. Isu pembalakan hutan simpan ini sudah dibongkar ketika saya masih bertugas sebagai Ketua Pengarang Berita TV3 sejak awal 2013 lagi tetapi pihak berkuasa Kerajaan Negeri Pahang bukan sahaja hanya membisu, malah kawasan penggondolan hutan ini terus diperluaskan ke kawasan sekitarnya dalam skala lebih besar.

Sesiapa sahaja yang melalui Lebuh Raya Karak dari toll Karak hingga ke Bukit Tinggi, boleh melihat kemusnahan hutan ini dengan jelas. Kawasan Hutan Simpan Lentang menjadi sasaran tangan rakus kerana sumber balaknya yang berusia ribuan tahun, dari spesis berkualiti tinggi seperti Merbau, Chengal, Seraya dan Meranti. Semoga bala kecil yang diturunkan Allah menerusi tragedi banjir lumpur ini akan membuka mata hati yang buta kepada kepentingan alam semujadi untuk kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain. Sumber Gambar dan berita kredit FB : Khaidir Ahmad

 Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan (maksiat) manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) "(QS Ar Ruum: 41).

AAP - Telah banyak contoh tauladan sebelum ini. Semoga semuanya menjadi iktibar untuk kita bersama bertapa kerakusan tangan-tangan manusia yang boleh mengundang bala Allah.  

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

6 Nov 2015

PASIR TAMBANG KUALA TEMBELING

 PASIR TAMBANG, KUALA TEMBELING, JERANTUT.
Gambar ini diambil pada 05.11.2015 di Pasir Tambang, Kuala Tembeling Jerantut. Kelihatan paras air sungai keruh dan mula naik sedikit, mungkin akan bermulanya musim hujan dan musim tengkujuh pada tahun 2015 ini. Gambar sekadar pengkongsian penulis sempat ke lokasi ini pada hari semalam.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMIS

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<