Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

31 Ogo 2015

NOTE RM10 ABDUL AZIZ TAHA BOLEH MELENGKUNG

Hari ini penulis sekadar ingin berkongsi sebuah video menunjukkan note RM 10 Abdul Aziz Taha yang boleh melenngkung dengan sendirinya. Kita biasa melihat dan mendengar kisah note Sukarno Indonesia tahun 1964 boleh melengkung. Sekali pandang memang sukar untuk kita mempercayai semua ini, namun inilah kebenarannya apabila kita melihat note tersebut boleh melengkung dengan sendirinya.
Terserahlah pada penelitian anda untuk mempercayainya atau tidak. Video ini dirakamkan di Pahang menurut sumbernya note ini datangnya daripada alam ghaib atau alam bunian. Selebihnya penulis juga tidak pasti sama ada ingin dijual atau tidak. Penulis sekadar berkongsi video ini untuk tatapan dan perkongsian bersama sahaja. Bukan soal percaya atau tidak dan anda boleh melihat dengan mata anda sendiri bahawa note ini boleh melengkung dengan sendirinya.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

22 Ogo 2015

PREFIX ZB POLYMER MEMPUNYAI NILAI TINGGI NUMISMATIK.

Kenapa Prefix ZB polymer memiliki nilai tinggi numismatik?

Wang kertas gantian memiliki peminat tersendiri di dalam dunia numismatik. Ramai pengumpul meminati prefix gantian bukan hanya ianya bakal memiliki nilai numismatik tinggi malah dengan harapan ianya bakal menjadi item "rare" bagi prefix-prefix yang dicetak dengan kuantiti yang begitu terhad.

Apabila kita sebut terhad, ramai tidak memahami bagaimana kejadian cetakan terhad ini terjadi dan mengapa ianya mampu mewujudkan nilai numismatik tinggi bagi sesuatu prefix. RM1 polimer Zeti Siri 12 yang memiliki prefix ZB sememangnya memiliki nilai numismatik dan ramai bertanya mengapa dan kenapa prefix ZB bagi RM1 polimer dijual dan dibeli dengan harga tinggi.

Prefix gantian ZA dan ZB dicetak bagi mengantikan wang polimer yang rosak bagi prefix AA hingga DD. Kemungkinan besar pihak berkuasa meluluskan sebanyak 10.14 juta keping wang gantian bagi mengantikan wang yang telah rosak serta tidak memenuhi syarat untuk memasuki edaran.

Setiap prefix hanya mampu dicetak dengan maximum 10 juta nombor siri berturutan iaitu XX 0000001 hingga XX10000000. Keadaan ini memaksa mengunakan 2 prefix bagi mencetak sejumlah 10.14 juta wang kertas iaitu seperti berikut:

ZA 0000001- ZA10000000 = 10 juta keping
ZB 0000001- ZB 0140000 = 140 ribu keping.
Jumlah = 10.14 juta keping.


Maka prefix ZA telah dicetak penuh (10 juta Keping) manakala prefix ZB hanya dicetak sebanyak 140 ribu keping. Setelah prefix DD, prefix DF telah dicetak oleh pencetak berbeza dan keadaan ini telah membekukan jumlah cetakan ZB pada angka 140 ribu keping.
(Pihak BNM mempunyai bidang kuasa untuk menyambung percetakan menggunakan prefix ZB sekiranya perlu.)

Mungkin anda ingin bertanya bagaimana saya tahu angka 140 ribu tersebut? Di dalam dunia numismatik, tiada maklumat 100% tepat selagi ianya tidak disahkan oleh pihak BNM. Maka kebanyakan pengkaji dan pengumpul hanya mampu meneka dan membuat kesimpulan mengikut bukti yang wujud di depan mata seperti wang kertas yang telah dijumpai dan di dalam simpanan para pengumpul serta maklumat tidak rasmi daripada kenalan kakitangan BNM.

Setakat ini belum ada sesiapa mengaku memiliki atau terjumpa nombor siri yang melepasi angka 140 ribu. Kesemua prefix ZB yang dijumpai hanya memiliki nombor siri dengan angkanya kurang 140 ribu.

Keadaan ini yang membuatkan para pengkaji numismatik membuat kesimpulan bahawa prefix ZB telah dicetak dengan terhad iaitu 140 ribu keping. Ramalan ini mewujudkan pemburuan prefix ZB agar tidak ketinggalan untuk memiliki minimum 1 keping demi melengkapkan koleksi. Sumber Kredit :  http://numiscat.blogspot.com

Mungkin kerana faktor kekurangan menyebabkan prefix atau note gantian ZB menjadi tarikan dan peminat penyimpan dan pengumpul matawang. Mungkin siri ZA,ZC dan ZD agak sedikit mudah untuk dijumpai dan harganya tidak sehebat ZB. Sememang diakui untuk kita mencari prefix gantian seperti ini dipasaran terbuka amat sukar untuk dijumpai. Jadi bukan barang mustahil harganya melonjak naik. Harga untuk prefix diatas jika mempunyai banyak awalan kosong lebih menarik minat penyimpan dan pengumpul matawang.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

21 Ogo 2015

PUISI : JIWA KOSONG

Jiwa kosong seumpama air kosong
tanpa warna, tanpa rasa...
Jiwa kosong seumpama tin kosong
tanpa isi, ada bunyi tapi tiada erti
Jiwa kosong seumpama lagu
tanpa tema, tanpa irama. 

Nukilan : akuanakpahang 21082015

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Ogo 2015

SETEM SULTAN ABU BAKAR PAHANG

Difahamkam setem Sultan Abu Bakar ini di terbitkan sekitar tahun 1950 - 1955. Setem ini berpotretkan gambar Tuanku Sultan Sir Abu Bakar. Di terbitkan dalam 21 nilainya . Bermula dari 1 sen hingga $5.00. Setem diatas telah dicop pada penggunaan tercatat tarikh copnya pada 11HB Jun 1955.
Sebahagian koleksi setem keluaran lainnya yang berkaitan dengan Sultan Abu Bakar Pahang. Setem diatas sekadar perkongsian bersama ianya hak milik peribadi penulis.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

10 Ogo 2015

INFO PITIS KESULTANAN PALEMBANG ABAD 17 MASEHI

Pitis Palembang diperbuat dari timah dan dicetak disebelah muka sahaja. Syiling ini  merupakan syiling dizaman Kesultanan Palembang pada Abad ke 17M dan 18M. Saiz syiling berbeza-beza, ada yang berlubang dibahagian tengah ada yang bentuk biasa seperti syiling lain.
Info lain syiling ini merupakan syiling pada awal masa Kesultanan Palembang yang pertama kali dipimpin oleh Sultan Ratu Abdulrrahman Khaifatul Mukminin Sayidul Imam. Syiling ini juga dinamakan sebagai pitis buntat kerana berlubang ditengah. Semasa Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Palembang pada masa Kesultanan Palembang lebih bercorak Islam sehingga syiling ini bertuliskan dengan huruf arab. Duit syiling ini diperbuat daripada timah. Namun hari ini mungkin untuk menemui syiling ini sangat sukar kerana dicetak terhad pada masa itu dan telah berumur ratusan tahun. Tidak kurang mungkin ramai yang telah menyimpannya syiling ini sebagai koleksi peribadi.


Saiz berukuran 17 mm & 18 mm.
Material : Timah
Berat : 1-2 gram

Kondisi : Circulated sebagian besar syiling ini sudah rosak, mungkin kerana sudah mamah usia, namun inskripsi syiling ini masih dapat terlihat dengan jelasnya.

Dari Lipis ke Inderagiri
Singgah di Jerantut membeli keladi
Pitis Palembang nama diberi
Sejarah lampau tersemat abadi.


Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMIS

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<