Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

28 Jul 2015

MUHYIDDIN DIGUGURKAN DAN SENARAI PENUH MENTERI KABINET BAHARU NAJIB 2015

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan Kabinet dengan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Muhyiddin mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009.

Selain Muhyiddin, empat menteri dan seorang timbalan menteri turut digugurkan setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.

Senarai Menteri yang digugurkan:  Datuk Seri G.Palanivel yang menjawat jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin ( Sains, Teknologi dan Inovasi).

Senarai Penuh Kabinet Baharu 2015
PERDANA MENTERI :
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan
Timbalan Menteri: 1. Datuk Chua Tee Yong 2. Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan Menteri: 1. Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI :
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: 1. Datuk Nur Jazlan Mohamed 2. Masir Anak Kujat MENTERI LUAR NEGERI Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2 Datuk Seri Ong Ka Chuan Timbalan Menteri: 1. Datuk Ahmad Maslan

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Seri Dr S.Subramanian Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

MENTERI PENDIDIKAN:

Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri: 1. P.Kamalanathan 2. Chong Sin Woon (Senator)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan Menteri: 1. Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri: 1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Seri Liow Tiong Lai Timbalan Menteri: 1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Datuk Amar Douglas Unggah Embas Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak Timbalan Menteri: 1. Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: 1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: 1. Datuk Alexander Nanta Linggi 2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Wilfred Madius Tangau Timbalan Menteri: 1. Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: 1. Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: 1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Seri Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT

Datuk Seri Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri 1. Datuk Azizah Mohd Dun 2. Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan Menteri 1. Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Khairy Jamaluddin Timbalan Menteri 1. Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Datuk Seri Azalina Othman Said
2. Nancy Shukri
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar
4. Datuk Wee Ka Siong
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
6. Senator Datuk Seri Idris Jala
7. Tan Sri Joseph Kurup
8. Datuk Joseph Entulu Belaun
9. Datuk Seri Shahidan Kassim
10. Senator Paul Low Seng Kuan
11. Datuk Mah Siew Keong

Sumber : Berita Harian

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

27 Jul 2015

TAMAN NEGARA PAHANG BAKAL LENYAP?

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menunjukkan air Sungai Lau yang tercemar dan berlumpur akibat pembalakan.
 
JERANTUT – Aktiviti pe­nerokaan hutan yang semakin rakus di kawasan hulu Sungai Pahang menjadi punca utama beberapa kawasan di sungai tersebut hampir kering dan kini paras airnya tinggal setakat buku lali.

Tinjauan Kosmo! di Taman Negara Kuala Tahan dan Ulu Tembeling de­ngan jelas dapat melihat aktiviti pembalakan yang semakin drastik berlaku di sekitar kawasan Hutan Simpan Tekai dan Hutan Simpan Tembeling.

Tindakan itu mengakibatkan Sungai Tembe­ling menjadi cetek kerana berlaku mendapan serta ha­kisan pasir yang berpunca daripada penebangan ba­lak.

Beberapa batang anak sungai seperti Sungai Tekai, Sungai Tabung, Sungai Bubut dan Sungai Pengau yang mengalir ke Sungai Tembeling turut terjejas dengan semakin cetek, keruh dan penuh dengan mendapan pasir.

Anak-anak sungai itu dipercayai mengalami ke­­musnahan kerana kawasan tadahan air turut rosak akibat kegiatan pembalakan. Turut menyumbang kepada kemusnahan sungai-sungai itu ialah apabila beberapa laluan balak dibina bagi mengeluarkan hasil hutan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO hari ini.


Suatu tahap yang sudah boleh dikatakan kritikal sekarang ini sampai bila perkara ini hendak dibiarkan? Apakah ini adalah hadiah daripada bijak pandai yang telah dilantik?

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Jul 2015

SUNGAI PAHANG SEMAKIN CETEK DAN KERING?

Beginilah keadaan sungai yang biasanya berkedalaman lebih dua meter itu mulai cetek dan kering sejak lebih seminggu lalu di beberapa kawasan di Sungai Pahang... turut terjadi di beberapa sungai berhubungan dengan Sungai Pahang antaranya Sungai Temerloh, Sungai Tembeling dan Sungai Jelai" kredit pada akhbar kosmo hari ini.

Sungai Pahang penuh dengan riwayatnya... hilir mudik dan membawa berita.. perahu kajang penuh dengan muatannya.. mata rezki penduduk di desa.. zaman tori bergemilang sejarahnya.. ramai gugur pahlawan di tebing sungainya.. air mengalir dengan berbagai cetera.. Sungai Pahang.. sungai pusaka negara. Apakah kelak ianya akan menjadi nostalgia sahaja didalam lipatan sejarahnya?

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

24 Jul 2015

SUNGAI PAHANG DAHULU DAN SUNGAI PAHANG SEKARANG....

Sememang sesiapa pun akan terkejut besar @ terkejut beruk bilamana melihat situasi sungai Pahang sekarang lihat bandingan gambar diatas... tiada kata-kata yang dapat diucapakan hanya rasa sedih dan simpati melihat semua ini, apabila kawasan pembalakan diteroki tanpa ehsan dan rasa belas kasihan mungkin ini adalah balasannya.

Gambar diatas sekadar perkongsian daripada Facebook Encik Khaidir Ahmad Anda sayangkan anugerah alam semulajadi ciptaan Tuhan untuk kesejahteraan umat manusia?... Jom ikut saya dalam siri kedua JOM TINJAU PEKA 2! ke kawasan pembalakan di Ulu Tembeling yang menjadi punca Sungai Tembeling dan Sungai Pahang kini semakin lesu dan tidak bermaya.... Jumpa saya di Nusa Holiday Village, Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, jam 11 pagi Ahad ini (26 Julai 2015)

Takziah daripada penulis diatas perkara diatas.
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Jul 2015

SUNGAI PAHANG SURUT MELAMPAU MENJEJASKAN INDUSTRI PELANCONGAN DAN PETERNAKAN IKAN SANGKAR.

Ini gambaran nasib malang bagi pengusaha ikan sangkar di sungai Pahang bilamana keadaan paras air sungai surut melampau. Situasi ini juga terus menjejaskan industri perlancongan di Ulu Tembeling.
Permandangan di Ulu Tembeling ketika ini gambar kredit kepada rakan facebook Radzuan B Salleh Radzuan.

"Malang nasib penternak ikan Patin sangkar di Temerloh, beribu-ribu ekor ikan ternakan mereka mati setiap hari kerana air Sg Pahang surut melampau walaupun bukan musim kemarau. Inilah kesan pembalakan tidak terkawal di kawasan hutan tadahan air di Ulu Tembeling. Malangnya Pihak Berkuasa Negeri hanya memikirkan cara nak mengorek pasir bagi mendalamkan Sg Pahang, sedangkan hakikatnya walau dikorek sedalam mana pun, paras air Sungai Pahang tidak akan dalam kerana sumber tadahan air semulajadinya sudah musnah dan semakin musnah! Sedih sungguh mengenangkan nasib sungai kita yang mengalir semakin lesu dan tidak dipedulikan kepentingannya sebagai nadi kehidupan rakyat jelata." Sumber Facebook : Khaidir Ahmad

Kempen Cintai Sungai Kita dan Cintai Alam Sekitar yang sering kali dilaung-laungkan bagai tidak diambil kisah oleh pihak tertentu :( 

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

12 Jul 2015

JALAN ALTERNATIF DARI BENTONG MELALUI FELDA MEMPAGA KE KOTA BAHRU.

Bagi mengelakkan kesesakan laluan alternatif  KL-Kota Bharu. Melalui Felda Mempaga - Sg.Klau-Sg.Ruan dan akan keluar di Sekolah SAINS Raub tanpa perlu melalui Bandar Raub dan Bandar Bentong. Jalan alternatif lain anda juga boleh masuk ke hulu Dong melalui Sg.Ruan-Ulu Dong - Kampung Budu dan terus keluar ke bulatan Benta..Selamat pulang kekampung halaman dengan selamat pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang tersayang.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

5 Jul 2015

PENCEMARAN BAUKSIT DI PAHANG DARUL MAKMUR SUDAH KETERLALUAN?


Sampai bila penduduk Kuantan dan rakyat negari Pahang amnya akan terus menderita dengan keadaan ini, akibat kerakusan pihak tertentu mengumpul kekayaan segera hasil bauksit tanpa mengira pencemaran alam sekitar dan kesannya kepada kehidupan harian rakyat? Situasi ini juga mengakibatkan jalan utama menjadi rosak dan dipenuhi lumpur dan debu merah. Sementara air sungai menjadi kemerahan yang terlampau. 

 
 
 
Di manakah peranan dan keprihatinan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa dalam menjaga kepentingan alam sekitar dan rakyat? Apakah semua peraturan dan undang-undang sudah tidak bermakna apabila kuasa dan wang mengatasi segala-galanya?

Dimanakah slogan "cintai sungai kita" dan cintai alam sekitar? Suatu persoalan menarik juga kenapa berita ini tidak mendapatan liputan, dilaporkan atau disiarkan oleh pihak pihak media? 

Sumber gambar dan berita disunting drp :  Facebook Peka Pahang

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

3 Jul 2015

VIDEO KELUHAN PENDUDUK KUANTAN TERHADAP AKTIVITI PERLOMBONGAN BAUXITE.

Luahan daripada penduduk Kuantan terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka disebabkan aktiviti perlombongan bauxite.

Nasib Rakyat diuli ulikan.....kesabaran ada tahap dan batasan  mungkinkah ada yang malas nak bercerita lalu bagiakan terkunci mulut-mulut mereka.  Jalankan tanggungjawab anda sebagai Rakyat share video ini sampai cacing kepanasan... Dari Rakyat kepada Rakyat.


Luahan daripada penduduk Kuantan terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka disebabkan aktiviti perlombongan bauxite.
Posted by Siakap Keli on 2hb Julai 2015
Video lebih kepada perkongsian dan kesedaran untuk semua pihak. Semoga ada penyelesian dan tindakan sewajarnya. Apakah kita dan pihak berwajib hanya berdiam diri dengan keadaan seumpama ini sampai bila dan apa kesudahannya? Sumber Facebook
 
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

1 Jul 2015

PITIS PAHANG KETUN PAHANG SEJARAH MATAWANG NEGERI PAHANG PITIS SULTAN MUHAMMAD SHAH 1

SEJARAH KESULTANAN NEGERI PAHANG
Sejarah Pemerintahan Kesultanan Negeri Pahang bermula dengan Negeri Melaka telah meluaskan Jajahan takluknya dengan menyerang Pahang daripada pemerintahan Siam . Sultan Mansor Shah ketika itu Sultan Melaka telah menghantar wakil Raja Dato Seri Bija Diraja untuk menjadi wakil Raja menjaga kepentingan Sultan Mansor Shah di Negeri Pahang disekitar tahun 1450.

Peristiwa ketika bermain sepakraga lalu datang berkuda anakanda Sultan Mansur Shah iaitu Putera sulongnya bernama Sultan Muhamad dengan berkuda melintasi tempat permainan sepakraga dan ketika itu tersepak bola sepakraga tadi oleh anak Bendahara secara tak sengaja telah terkena dasta Sultan Muhamamd dan jatuh Dasta Sultan Muhamad . Maka Sultan Muhammad telah marah dan terus menikam anak Bendahara tadi dan anak Bendahara telah meninggal dunia . Peristiwa ini amat dimurkai oleh Sultan Mansur Shah keatas anaknya Sultan Muhammad kerana bertindak menikam anak Bendahara dan menitahkan Dato Seri Bija Diraja Di Negeri Pahang membawa Sultan Muhammad bersemayam di Pahang dan menitahkan bumi Melaka tidak menerima Sultan Muhammad dan menitahkan Sultan Muhamad memerintah Negeri jajahan takluknya di Negeri Pahang .

Bermula daripada peristiwa itu Sultan Muhammad telah bersemayam dan memerintah di Negeri Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah1 1470-1475 . Bagi mengukuhkan Pemerintahannya Sultan Muhamad Shah 1 telah mengarahkan Dato Seri Bija Diraja membawa dan menyalin Hukum Kanun Melaka bagi memagari pemerintahnya di Pahang dan Undang-undang Laut Melaka sebagai panduan sistem dagangan di Pahang mengikut amalan Agama Islam mazahab ahli Sunnah Wal Jamahah.

Bagi mengukuhkan ekonomi di Negeri Pahang Sultan Muhamad telah menjalinkan hubungan baik dengan negeri-negeri yang pernah berperang dengan Pahang seperti negeri Acheh dengan mejemput pembesar dan Ulamak serta perdangan Acheh datang ke Pahang. Dan Sultan Muhammad Shah 1 juga menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan Siam dengan mengambil anak Raja Siam sebagai isterinya . Bergitu juga dasar hubungan antarabangsa Sultan Muhamad telah mengarahkan satu delegasi dagangan khas dihantar ke Negeri China untuk memperluaskan dagangan dan hubungan duahala diantara Negeri Pahang dan China ..

KAJIAN TENTANG NUMISMATIK
Didalam menjurus kepada kajian Numismatik tentang pengunaan Matawang yang digunakan di Negeri Pahang pada masa Sultan Muhamad Shah 1 tidak banyak catatan yang dapat ditemui . Hanya terdapat catatan hubungan dagang dan urusan ekonomi masih mengunakan sukatan dan timbangan mengunakan skala tahil, kati, sepaha dan pikul dan sebagainya . Dan Matawang ketika itu adalah mengunakan matawang dari negeri Melaka , Johor , Acheh dan Pattani Siam , Ringgit China dan Dollar Sepanyol . Pada peringkat pemulaan kajian yang telah dibuat oleh ahli Numismatik mereka tidak ada catatan dan penemuan tetang matawang yang dikeluarkan sendiri oleh Kerajaan Negeri pahang semasa Pemerintahan Sultan Muhamad Shah 1 ( 1470-1475 ) .

Namun pada tahun 2013 terdapat penemuan baru oleh kumpulan MD Numismatik Malaysia yang dibuat pencarian MD di Pulau Ganchong dan berhampiran Pulau Che Abbas Pekan Pahang. Dimana tempat ini adalah bekas Pelabuhan Sungai dan perdagangan serta pentadbiran Sultan Muhammad Shah 1 . Sultan Muhamad Shah 1 telah bersemayam di Istana Pekan Lama dan di Pekan ini adalah Pusat Pentadbiran Negeri Pahang pada ketika itu .

PENEMUAN MATAWANG PAHANG PERTAMA
PITIS SULTAN MUHAMMAD SHAH 1 [ 1470 -1475 ]

Bagi kajian matawang Negeri Pahang ini Galeri Sha Banknote telah cuba mendapatkan beberapa keping matawang Timah yang dijumpai dan boleh dibuat kajian perbandingan mengukuhkan pendapat yang mengatakan ini adalah Pitih Timah Sultan Muhamad Shah 1 Negeri Pahang sekitar tahun 1470-1475 .

Banyak perbahasan tentang penemuan Pitih Timah yang ditemui di Pulau Ganchong Pekan Pahang dan Pulau Che Abbas Pekan Pahang ini . Kebanyakan pakar-pakar duit Kesultana Melayu seperti Allahyarham Ishar Latif , Tuan Haji Rani dan rakan-rakan lain bersetuju dengan pandangan bahawa Pitah timah yang baru ditemui ini adalah Pitih Timah Sultan Muhamad Shah 1 Sultan Pertama yang memerintah Negeri Pahang sekitar tahun 1470-1475.

Berdasarkan Penemuan baru ini di Pulau Ganchong dan Pulau Che Abbas Pekan Pahang . Dan bentuk design Pitis Timah ini . Maka rekabentuk pitih timah sezaman dengannya 1470-1475 atau sebagainya adalah tidak ada rekabentuk Pitih timah yang dikeluarkan oleh negeri lain yang serupa dengan rekabentuk Pitih Sultan Muhammad Shah I ini. Obverse  Tulisan Jawi Muhammad dan direkabentuk boder dan dot dot diluar boder tersebut dan belakang tulisan jawi  Sultan Al Adil.

Entri copy paste sahaja sekadar rujukan dan pengetahuan bersama. Sumber asal kredit kepada : http://sharuddin58.blogspot.com Gambar  Koleksi Gambar akuanakpahang.blogspot.com

Matawang diatas di sebut Keton Pahang gambar sekadar perkongsian sahaja. Penulis masih tidak mendapat sebarang maklumat yang menarik yang dapat dikongsikan bersama anda. Sekadar mengetahui sahaja nama matawang ini disebut "Keton Pahang".

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<