Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

29 Apr 2015

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN ROMPIN | 05 MEI 2015 CUTI PERISTIWA PAHANG

PRK Pilihan Raya Kecil Rompin 2015 akan diadakan pada 5 Mei 2015 setelah kematian ahli parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam Kemalangan helikopter Semenyih 2015 . Tan Sri Jamaludin Jarjis menjadi Ahli Parlimen Rompin selama 4 penggal sejak 1990 (1990-2015).

Parlimen Rompin melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri .Seramai 19,561 orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam, DUN Muadzam Shah (17,394) dan DUN Tioman (16,339) .

BN menamakan pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin (62 tahun ) yang juga bekas timbalan Menteri Besar Pahang (1995-1999) sebagai calon. Rompin merupakan kubu kuat UMNO /BN kerana majoriti pengundinya Melayu berugama Islam. Faktor usia dianggap melanggar hasrat meremajakan UMNO sebagaimana hasrat parti itu sebelum ini. Ustaz Nazri Ahmad diumumkan sebagai calon dari PAS. Pakatan Rakyat setuju hanya satu lawan satu di situ. Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pesuruhjaya Pas Pahang dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Pas bagi PRK Rompin

Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri Pahang mengisytiharkan 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa bagi memudahkan pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Rompin mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada Rabu.

"Keputusan ini diambil bagi membolehkan rakyat untuk keluar beramai-ramai mengundi pada Hari Pengundian Pilihanraya Kecil Parlimen kawasan Rompin," katanya.

Hari pengundian PRK Rompin ditetapkan pada 5 Mei ini, manakala pengundian awal pada Khamis. Kerusi Parlimen Rompin diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor 4 April lalu.
 
Pengundian pada 5 Mei ini bakal menentukan siapa menjadi pilihan pengundi Parlimen Rompin. PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan Nazri Ahmaad, mewakili PAS. Disunting daripada pelbagai sumber.

KEPUTUSAN PENUH KLIK DISINI :  KEPUTUSAN RASMI PENUH DAN TERKINI PRK ROMPIN 2015

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

26 Apr 2015

APA KELEBIHAN RM 1 TANDA TANGAN 'AISHAH' @ TAN SRI ALI ABUL HASSAN ?

Ramai Numismatik yang tercari-cari wang RM 1 tanda tangan atau sain "Aisyah" @ Tan Sri Ali Abul Hassan ini kenapa dan mengapa? Pasti keunikan Duit RM1 Aisyah ini sentiasa menjadi buruan pengumpul-pengumpul duit lama untuk dijadikan koleksi dalam simpanan setiap ahli Numismatik. Wang kertas ini bolehlah dianggap misteri dan unik mungkin kerana keunikan kisah disebaliknya menyebabkan harganya juga boleh mencecah melebihi RM 1000.00.

Dari sumber yang diperolehi mengatakan ada kekilafanya pengedaran wang kertas ini kepada umum. Sumber mengatakan ketika dalam masa proses peralihan dan pertukaran Gavenor Bank Negara yang Baru daripada Gavenor Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Gavenor Baru Tan Sri Zeti Aziz. Duit RM1 Aisyah ini ditandatangi oleh Tan Sri Ali Abul Hasan dan diedarkan semasa Gavenor Baru Tan Sri Zeti Aziz.

Kesilapan edaran ini hanya berlaku dan disedari di Bank Negara Pulau Pinang sahaja dan tidak dicawangan-cawangan Bank Negara yang lain kerana Cawangan ini sempat menerima arahan membatalkan pengedaranya.  Kesemua Duit RM1 yang ditandatani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan ini arahanya ditarik balik sertamerta dan wang RM1 Aisyah ini dimusnahkan dan diganti denga prefix Replacement ZB.  Hanya RM1 Aisyah ini sahaja terlepas edaran dengan siri prefix seperti berikut:

CR 720 0001 - CR 720 9999 [ prefix pemulaan ]
CR 721 0001 - CR 721 9999
CR 722 0001 - CR 722 9999
CR 723 0001 - CR 723 9999
CR 724 0001 - CR 724 9999 [ prefix terakhir ]


Daripada fakta ini Duit RM1 Aisyah ini tersilap dan terlepas diedarkan kepada pengunaan umum adalah berjumlah kira-kira dalam 50,000 keping sahaja dimulai dengan prefix CR720, CR721,CR722, CR723 dan CR724. Dan ini bermakna juga bolehlah dikatakan bahawa prefix yang dimulai CR720 adalah first prefix dan CR724 adalah last prefix untuk Duit Aisyah yang masih ada tertinggal sekarang ini.

CR 720 [ first prefix ]
CR 721
CR 722
CR 723
CR 724 [ last prefix ]

                 
Sumber asal kredit : http://sharuddin58.blogspot.com

AAP - Pasti bagi peminat dan pengumpul wang lama (Numismatik) akan menjadi satu kebanggaan jika mereka dapat menyimpan sekeping atau lebih RM 1 tanda tangan atau sain "Aisyah" @ Tan Sri Ali Abul Hassan ini. Fakta yang paling penting perlu diketahui wang kertas ini HANYA dikeluarkan sebanyak 50,000 keping sahaja. Jadi sudah perkara pasti untuk mencari dan ingin memilikinya bukan suatu perkara yang mudah.

Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Apr 2015

SENARAI HARGA SYILING 50 SEN PARLIMEN 1967 - 1988 SIRI 1

Kebelakangan ini ramai yang agak kemaruk dengan nilai syiling 50 sen parlimen sehingga tidak dapat untuk membezakan diantara SE dan ME dan terus menawarkan dengan harga ribuan ringgit. Agak malang bagi mereka kerana mungkin mereka tidak mengetahui harga nilai syiling tersebut dan terus menawarkan dengan harga yang tinggi untuk syiling 50 sen ini. Tidak kurang ada yang menawarkan dengan harga sehingga tidak masuk akal. Situasi yang amat menyedihkan bagi penjualnya dan mungkin akan menjadi bahan lawak untuk orang lain. Ada baiknya kita mengetahui serba sedikit latar belakang dan kisah syiling 50 sen ini dan berapa harga dipasaran semasa sekarang.
CONTOH SYILING 50 SEN JENIS BERGERIGI MILLED EDGE (ME)
- Syiling ini harganya boleh mencecah sehingga ratusan atau ribuan ringgit. Perhatikan betul-betul perbezaanya jangan sampai anda tersilap membezakan diantara SE dan ME.

Senarai harga dan tahun keluaran Syiling 50 sen Parlimen

1967 ------>Harga VF=RM3 (SEMI KEY DATE)
1968 ------>Harga VF=RM3 (SEMI KEY DATE)
1969 ------->Harga VF=RM30 (KEY DATE)
1971 ------>Harga VF=RM6 (SEMI KEY DATE)
1973 ------>Harga VF=FV
1977 ------>Harga VF=RM4
1978 ------>Harga VF=RM4
1979 ------>Harga VF=RM8 (SEMI KEY DATE)
1979 -Extra dot-->Harga VF=RM45
1980 ------>Harga VF=RM3
1981 ------>Harga VF=RM3
1982 ------>Harga VF=RM3
1983 ------>Harga VF=RM6
1984 ------>Harga VF=RM6
1985 ------>Harga VF=RM6 (SEMI KEY DATE)
1986 ------>Harga VF=RM6
1987 ------>Harga VF=RM6 (SEMI KEY DATE)
1988 ------>Harga VF=RM2
1988 -Extra dot -->Harga VF=RM30

Nota :  Harga bagi sekeping syiling juga amat bergantung pada kondisi, rupa paras, minat dan permintaan. Semuanya mempengaruhi harga syiling tersebut.



Mungkin agaknya ramai nak jadi kaya dan kemaruk juga dengan harga syiling 50 sen ini. Sudah terbawa-bawa akan kemaruknya sehingga tidak dapat membezakan jenis 50 sen ME dan SE. Adalah lebih baik kita tidak menjualnya ada baiknya disimpan terlebih dahulu mana tahu dimasa akan datang harganya jauh lebih tinggi dan setidak-tidaknya anak cucu di kemudian hari boleh juga melihat syiling tersebut.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

APA MAKSUD KONDISI UNC, AU, EF, VF, FINE DAN POOR

KONDISI @ CONDITION MERUJUK KEPADA KONDISI WANG ATAU SESUATU BANKNOTE GRED NOTE YANG DIGUNAKAN DENGAN ISTILAH NUMISMATIK YANG TERTENTU : UNC, AU, EF,VF, FINE DAN POOR

APA MAKSUD UNC?
Uncirculated (UNC)
Sempurna, setiap penjuru duit adalah tajam, tiada kesan lipatan, warna tidak pudar, kertasnya kukuh dan bersih.

APA MAKSUD AU?
About Uncirculated (AU)
Kelihatan sempurna tetapi bahagian tengah atau penjuru terdapat sedikit kesan lipat, mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan calar, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

APA MAKSUD EF ?
Extremely Fine (EF)
Maksimum 3 kesan lipat yang minor atau 1 kesan calar, mempunyai penjuru yang tajam, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

APA MAKSUD VF?
Very Fine (VF)
Terdapat beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar, penjuru mungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi, masih mempunyai penjuru yang tajam dan kertas masih kelihatan keras.

DAN APA MAKSUD FINE?
Fine (F)
Terdapat banyak kesan lipat dan calar. Terdapat sedikit kotoran, sisi mungkin terkoyak sedikit atau terdapat lubang staple atau lubang pin tetapi tidak ditengahnya. Warna kelihatan masih elok tetapi tidak terang.

POOR (P)
Kualiti sangat rendah
Suatu keadaan wang yang sangat miskin, buruk dan usang. Mungkin tidak sempurna sepenuhnya.


AAP - Perkara mudah untuk difahami disini : ada kesan lipat jatuh vf, ade kotoran jatuh fine, ada hole jatuh poor. Entri sekadar perkongsian dan pengetahuan bersama bagi peminat dan pemgumpul wang lama didalam dunia Numismatik sahaja.

Sumber asal Kredit : Koleksibekok.blogspot.com dan olahan semula akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.

15 Apr 2015

FELDA PADANG PIOL JERANTUT

Perkampungan Felda Padang Piol yang terletak dalam daerah Jerantut, Pahang  berada didalam  DUN Tahan N09 dan Parlimen Jerantut ,P081. Bilangan peneroka di Felda ini ialah seramai 673 orang. Ini merangkumi peneroka generasi pertama dan peneroka generasi kedua. Generasi kedua ialah pewaris kepada peneroka generasi kedua yang telah meninggal dunia. Majoriti peneroka kawasan ini adalah Melayu iaitu seramai 660 orang yang mewakili 98.06% dan selebihnya ialah kaum India iaitu 13 orang atau 1.93% sahaja. Apa yang uniknya di kawasan Felda ini penerokanya terdiri dari peneroka yang berasal dari semua negeri Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Piol, Jerantut, Pahang. Sumber : AKU ANAK PAHANG
Pekan sehari Felda Padang Piol setiap hari selasa.

Wassalam, Wa'allahhualam.

10 Apr 2015

PEMANDANGAN DARIPADA BUKIT ISTANA JERANTUT

Pemandangan Bandar Jerantut daripada Bukit Istana.
Istana yang telah ditinggalkan
 Berbatuan yang terdapat diatas Bukit Istana Jerantut
Kunjungan penulis ke Bukit Istana Jerantut pada 10 April 2015 - Bukit Istana terletak kira-kira lebih kurang lima Kilometer dari barat Bandar Jerantut dan mengambil masa kira-kira 10 minit perjalanan untuk sampai ke destinasi dengan menaiki kereta atau motorsikal. Asal nama bukit istana ini amat berkait rapat dengan adanya istana tinggal yang pernah dibina semasa Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassimu Billah Shah. Pembinaan istana ini penulis sendiri tidak mengetahui secara tepat bila ianya dibina, bermungkinan besar sekitar tahuan 1960an, sekitar dalam tahun 1970an istana ini masih gah berdiri sehingga sekitar tahun 1980an istana ini seakan sudah terbiar sepi meniti hari.
Pencawang atau menara berkaitan yang terdapat diatas Bukit Istana Jerantut
Di atas bukit istana ini terdapat Pencawang RTM , TV3 dan TELEKOM Malaysia. Sedikit perkongsian gambar-gambar pemandangan diatas bukit istana dan bandar Jerantut daripada bukit Istana ini. Jika dilihat daripada bandar Jerantut Bukit Istana  ini jelas kelihatan akan pencawang atau menara yang berkaitan disana. Sumber : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.

7 Apr 2015

KAMPUNG PAYA GUNUNG JERANTUT PAHANG.

 
Kampung Paya Gunung adalah penempatan atau perkampungan terletak berhampiran Kampung Jerantut Feri, Jerantut. Perkampungan ini majoriti penduduk orang Kelantan. Nama kampung paya gunung ini mungkin diambil bersempena gunung dan paya yang terdapat disana.  Ketinggian gunung ini dianggarkan diatas paras meterai adalah setinggi 59 meter. Jarak di antara Kampung Paya Gunung ini lebih kurang 7 ke 8 KM daripada bandar Jerantut. Sumber : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.

4 Apr 2015

Helikopter Terhempas Di Semenyih Jamaluddin Jarjis Antara Terkorban.

NAHAS helikopter di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi turut mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Mangsa lain adalah juruterbang Kapten Cliff Fournier, pembantu juruterbang dikenali sebagai Eidiana dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Dato’ Sri Azlin Alias.

Dua lagi mangsa dikenalpasti sebagai Dato’ Robert Tan dan seorang pengawal peribadi.

Setakat ini Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang telah mengesahkan, lima daripada enam penumpang helikopter terbabit ditemui maut.

Helikopter berkenaan dikatakan milik IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation yang dimiliki mendiang Fournier.

Sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
 Gambar diambil sebelum kemalangan.

 Senarai Mangsa Yang Terkorban Nahas :

1. Chris - Pilot
2. Eidiana - co pilot
3. Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4. Dato Seri Azlin - Ketua SUS YAB PM
5. Dato Tan
6. Razkan - BG Tan Sri JJ (PDRM)

Biodata : Dato' Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis merupakan ahli politik Malaysia dari Rompin, Pahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 di Pekan, Pahang dan meninggal dunia pada 4 April 2015. Kemuncak kerjaya politik beliau apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada 4 Ogos 2009, beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat
Kelulusan | Pendidikan :  Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan pada tahun 1958 dan menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ahmad pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1967. Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University Of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal pada tahun 1974.

Artikel dipetik daripada pelbagai sumber.

Alfatihah dan Takziah daripada kami.

Wassalam, Wa'allahhualam.

1 Apr 2015

INFO ASAL USUL NAMA SUNGAI LEMBING KUANTAN PAHANG

Sungai Lembing mempunyai banyak kisah akan asal usul namanya diantaranya dikaitkan dengan seorang yang berbangsa Cina yang bernama Lim Being, ada pihak memberi pendapat sungai lembing yang dahulunya berarus deras dan tajam seumpama lembing, ada pihak yang mendakwa terjumpa sebilah lembing di sungai tersebut dan juga dikaitkandengan nama Tok Tanggok dan sebagainya.

Mitos lain mengaitkan nama Sungai Lembing dipercayai berasal dari perkataan ‘lembing’ iaitu sejenis senjata yang digunakan dalam perburuan. Kisahnya bermula daripada cerita sekumpulan pemburu di satu kawasan hutan yang dikatakan telah melontar sebatang lembing pada seekor kijang. Dalam usaha kijang itu untuk menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama dengan lembing yang tercucuk di badannya.

Sungai Lembing merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sungai Lembing dikenali sebagai pekan perlombongan kerana di sinilah wujudnya sebuah lombong bijih timah yang terdalam di dunia. Lombong bijih timah di sini berkembang maju ketika di era pemerintahan British dahulu, dan kini hanya tinggal sejarah yang amat unik.

Entri berkaitan : INFO MUZIUM SUNGAI LEMBING, KUANTAN PAHANG

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<