Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

31 Jan 2015

INFO DAN GAMBAR PAWANG NONG WIRA TAK DIDENDANG

  • Pawang Nong Bin Santan dilahirkan di Kampung Sempiat, Tanjung Besar, Benta Kuala Lipis pada tahun 1874 dan beliau telah meninggal dunia pada 10 November 1977 di Kampung Ulu Cheka. 
  •  Beliau mempunyai dua orang isteri serta dikurniakan 11 orang anak hasil perkahwinan beliau iaitu isteri pertama bernama Patam Mat Sama yang dikurniakan 8 orang anak (4 orang lelaki dan 4 orang perempuan) dan dengan isteri kedua yang bernama Hajah Halimat Binti Mak Long dan dikurniakan 3 orang anak (1 lelaki dan 2 perempuan).
  •  Pengasas kampung Ulu Cheka pada tahun 1907 bersama sahabat lainya yang dikenali sebagai Tok Bugis, Tok Antah, Tok Kawi, Tok Mat Yassin, Tok Mat Lasik dan Tok Mat Salleh
  • Beliau pernah di anugerahkan pingat British Empire Medal (BEM) yang dihantar sendiri oleh Sir Gerald Templer diatas jasa menentang komunis di kampung Ulu Cheka dan kawasan sekitarnya.
  • Beliau juga pernah dianugerahkan beberapa pingat kebesaran Negeri Pahang oleh Sultan Pahang atas jasa dan pengorbanan beliau menentang komunis.
  • Selain kebolehan beliau mengubati pelbagai penyakit melalui perubatan tradisional beliau juga merupakan pendekar silat cekak dan dikatakan memiliki ilmu kebal serta ilmu kalis besi.
  • Telah dilantik menjadi Ketua Kampung Ulu Cheka bermula daripada 1926 sehingga 1976.
  • Pawang Nong telah meninggal dunia pada 10Hb. November 1977 dan makamnya disemadikan di kawasan Masjid Kampung Ulu Cheka.
 
 Makam Pawang Nong di masjid Ulu Cheka Jerantut
Pawang Nong Bersama anaknya
Pawang Nong bersama adiknya Bilal Abu.

Akhir kata alfatihah buat wira Negeri Pahang ini. Bagi kami jasa dan pengorbanan kalian tetap dikenang dan didendang selamanya, anak cucu amat berbangga, diatas keberanian dan semangat perjuangan kalian semua. Alfatihah.

Artikel telah diterbitkan oleh Utusan Malaysia pada 31.01.2015 

Entri lain yang berkaitan : 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

30 Jan 2015

WAJAH SEBENAR TOK GAJAH IMAM RASU BIN SHAHRUM?

 "Persidangan Dubar Singapura 1890"(mungkin wajah ini boleh dikaitkan dengan wajah sebenar Tok Gajah ?)

Sehinga ke hari ini ramai pihak masih berteka-teki akan wajah sebenar Pahlawan Pahang yang bernama Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu Abd Salam dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.

Banyak sekali fakta yang telah diputar belitkan dengan  imej -imej lain dimuatnaikkan di internet dan media sosial mengatakan akan wajah pahlawan ini . Malangnya ianya bukanlah wajah sebenar Tok Gajah seperti yang didakwa pada gambar dibawah ini : 
Sebelum ini ramai mungkin telah tertipu dan ketahuilah bahawa tokoh yang dianggap sebagai Tok Gajah di dalam gambar tersebut (duduk bersila memakai serban, memikul pedang kerajaan) sebenarnya adalah gambar hulubalang Tuanku Muhammad Negeri Sembilan. Gambar ini diperolehi daripada entri GAMBAR PERJUMPAAN (DURBAR) RAJA-RAJA MELAYU KUALA KANGSAR 1897 gambar disebelahnya tidak mendapat buitan lanjut cuma gambar ini pernah juga tersebut dan dikaitkan dengan Tok Gajah.

Gambar disebelah kiri didakwa adalah gambar sebenar Tok Gajah dan gambar disebelah kanan
hanya illustrasi. Difahamkan wajah Tok Gajah sekiranya di teliti menurut sumbernya imej Tok Gajah mukanya berkomplesi lonjong, ada kesamaan dengan wajah dibawah ini .
Sekira berlaku kesilapan fakta harap maafkan penulis kerana penulis juga tidak mempunyai bukit dan pendapat yang kukuh mengatakan mana-mana gambar dan imej diatas adalah wajah sebenar Tok Gajah. Sebarangan pendapat dan pandangan berkaitan dengan wajah sebenar Tok Gajah anda bolehlah berkongsi diruangan komen dibawah. Terima kasih.

Entri Berkaitan :
BIODATA IMAM RASU BIN SHAHRUM ( TOK GAJAH )  
GAMBAR PERJUMPAAN (DURBAR) RAJA-RAJA MELAYU KUALA KANGSAR 1897 
GAMBAR TENGKU BESAR MAHMUD DAN DATO BAHAMAN DURBAR SINGAPURA 1890


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Jan 2015

GAMBAR TENGKU BESAR MAHMUD DAN DATO BAHAMAN DURBAR SINGAPURA 1890

Gambar ini difahamkan adalah Persidangan "Durbar Singapura 1890" kelihatan Tengku Besar Mahmud Ibni Sultan Ahmad Muazzam Shah (duduk atas kerusi) mewakili ayahanda baginda ke mesyuarat raja2 di Singapura pada tahun 1890. Berdiri di sebelah baginda ialah imam perang indera mahkota haji abdul halim (che endut) dan yang duduk di kaki kanan baginda ialah orang kaya indera pahlawan semantan Dato Bahaman dan disebelah kaki kiri ialah Imam Perang Indera Setia Tok Gajah Pahang Imam rasu bin syahrum ( Tok Gajah )

Maksud Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun Gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu. Sumber asal kredit kepada  : http://bendaharazamineran.blogspot.com. Gambar dan entri diolah semula oleh akuanakpahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

28 Jan 2015

VIEW PASCA BANJIR : KAMPUNG JERANSANG, KAMPUNG GINTONG DAN KAMPUNG PEDAH

Balai Raya Kampung Jeransang
Lalauan Ke Kampung Jeransang
Kampung Jeransang Tebing Tinggi Jerantut
Keadaan rumah yang dibawa arus semasa banjir di Kampung Jeransang
Balai Raya Kampung Gintong
Sawah Padi Kampung Gintong
Intake dan Pam sawah padi Kampung Gintong
Sawah padi Kampung Gintong
Balai raya Kampung Gintong
Kampung Gintong
Masjid As- Siddiq Kampung Gintong
Masjid Tua Kampung Gintong.
Masjid Tua Kampung Gintong.
Sungai Pahang Kampung Gintong
 
 Masjid Pedah, Jerantut Feri.

 Masjid Pedah, Jerantut Feri.
 Perkuburan Kampung Pedah

Hari ini penulis berkesempatan melalui dan singgah ke kampung Tebing Tinggi - Kampung Jeransang - Kampung Gintong seterusnya keluar ke Kampung Pedah di Jerantut Feri melihat kesan selepas banjir di kampung berkenaan yang terlibat dengan banjir baru-baru ini. Berikut diatas adalah perkongsian gambar yang sempat dirakamkan oleh penulis pada hari ini 28.01.2015.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Jan 2015

PAYA KANGSA PULAU TAWAR JERANTUT


Pulau Tawar merupakan sebuah mukim yang terletak di tebing Sungai Pahang di daerah Jerantut, Pahang. Ramai yang keliru antara Mukim Pulau Tawar dan Kg Pulau Tawar .

Secara amnya bila merujuk kepada Mukim Pulau Tawar ia adalah gugusan kampung-kampung dan felda yang ada di dalam Mukim Pulau Tawar itu sendiri . Sementera itu bila merujuk kepada DUN Pulau Tawar ia lebih meluas merangkumi gugusan Felda Gelangi , gugusan Felda Lepar Utara dan sebahagian gugusan Felda Jengka

Tetapi jika merujuk kepada Kampung Pulau Tawar , ia adalah sebuah wilayah yang mengelilingi sebuah kawasan Paya yang luas iaitu Paya Kangsa . Kampung-kampung di sekeliling Paya Kangsa inilah yang lebih layak sebagai Kg Pulau Tawar yang asal.

Diantara kampung-kampung yang terdapat di Kampung Pulau Tawar :

  1. Kg Pulau Tawar
  2. Kg Kedondong
  3. Kg Kubang Sekendal
  4. Kg Bandar
  5. Kg Perian
  6. Kg Bukit Rang
  7. Kampung Bukit Rang Jaya
  8. Kg Kempot
  9. Kg Merbau
  10. Kuala Salan
  11. Kg Paya Tak Untung
  12. Kg Masjid
Kampung dalam Mukim Pulau Tawar :
  1. Kampung Perian
  2. Kampung Bukit Rang
  3. Kampung Pulau Tawar Baru (Bukit Rang 2)
  4. Kampung Kedondong
  5. Kampung Masjid
  6. Kampung Kubang Sekendal
  7. Kampung Bandar
  8. Kampung Teluk
  9. Kampung Merbau
  10. Kampung Sungai Siam
  11. Kampung Sungai Tekam
  12. Kampung Perak

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Jan 2015

SEKITAR LAWATAN KE INTAKE LOJI KUALA TAHAN DAN VIDEO MUDIK KE KAMPUNG PAGI.

Permandangan sekitar Kuala Tahan.
Kerja-kerja pencucian dan pembersihan intake di loji Kuala Tahan, Jerantut.
Intake Loji Air Kuala Tahan
Keadaan Kampung pagi, pasca selepas banjir
Pada 21.01.2015 penulis sempat ke kampung Kuala Tahan meninjau keadaan intake loji dan melihat kerja-kerja pembersihan di intake tersebut yang dipenuhi pasir dan lumpur akibat banjir pada bulan disember 2014. Lawatan ini bersama pihak PAIP Jerantut dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Seterusnya kami ke kampung Pagi, bagi melihat keadaan selepas banjir di Kampung tersebut. Sedikit rakaman video sekadar pengkongsian kami mudik daripada Kuala Tahan dan terus ke Kampung Pagi bagi melihat keadaaan kesan selepas banjir disana.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Jan 2015

PAIP PAHANG KECUALIKAN BIL AIR SELAMA SEBULAN

KUANTAN - Semua pengguna air domestik di Pahang dikecualikan daripada membayar bil itu bagi bulan ini.  Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, langkah itu antara usaha kerajaan negeri mengurangkan beban rakyat yang terbabit banjir baru-baru ini.

"Seramai 310,000 pengguna domestik terlibat dan kos yang ditanggung oleh Pengurusan Air Pahang (Paip) adalah sebanyak RM5.58 juta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa negeri di Yayasan Pahang di sini, hari ini.

Menurutnya kerajaan negeri memahami kesulitan membayar bil air bulan ini memandangkan ramai kalangan mereka menggunakan air dalam jumlah yang banyak bagi mencuci kediaman dan peralatan rumah masing-masing selepas banjir.

Beliau berharap Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengikut langkah Paip bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi mangsa banjir.

Dalam pada itu Adnan berkata, mangsa banjir di negeri ini yang kehilangan geran tanah akibat bencana itu diminta membuat laporan polis sebelum membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah.

"Mereka boleh kemukakan laporan polis kepada pejabat tanah dan daerah bagi membuat permohonan mendapatkan geran tanah baharu," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan mempercepatkan pemberian bantuan RM500 kepada keluarga mangsa banjir secara berperingkat mulai minggu ini. - Bernama

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Jan 2015

BAHAYA EPAL JENIS GALA DAN GRANNY SMITH TIDAK BOLEH DIMAKAN?

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat berikutan beberapa tiga kes kematian dipercayai disebabkan epal yang tercemar oleh jangkitan Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, sekatan dilakukan setelah notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.
"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya memetik laporan Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik kesemua epal jenis itu yang sudah berada di pasaran Malaysia kerana isu ini melibatkan soal pemakanan yang berada dibawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

Selain itu, sebuah portal asing melaporkan penularan bakteria tersebut dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal di Bidart Bros, Bakersfield, California yang melibatkan epal yang disaluti dengan karamel.

Listeriosis adalah jangkitan baketeria boleh menyebabkan kematian dan antara simpton seseorang itu dijangkiti dengan Listeriosis termasuklah demam, sakit kepala yang teruk, loya dan leher tegang. Sumber

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<