Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Dis 2015

LAUT MERAH DI KUANTAN PAHANG ?

KEADAAN Sungai Pengorak dan Pantai Batu Hitam kelihatan merah selepas hujan lebat berterusan selama 2 hari yang melanda kawasan sekitar Pelabuhan dan Kuantan yang dipercayai kesan akibat Bauksit. - Foto NSTP

Insiden air laut menjadi kemerah-merahan di sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai Batu Hitam di sini, berulang lagi semalam selepas hujan lebat sejak Ahad lalu.

Difahamkan, perubahan warna air laut itu akibat aktiviti perlombongan bauksit yang mana stok penyimpanan logam itu terletak berhampiran Pelabuhan Kuantan, tidak jauh dari perkampungan Sungai Pengorak.

Gambar laut berwarna merah itu turut menjadi viral di laman media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat yang rata-ratanya mahu pihak berkuasa menyiasat puncanya.

Siasatan mendapati pencemaran berpunca daripada tempat basuhan lori membawa bauksit di kawasan Kuantan Port Consortium (KPC) iaitu kira-kira 750 meter dari sungai berkenaan. Siasatan dan penilaian JAS juga mengesahkan ia berpunca daripada pencemaran bauksit yang memasuki Sungai Pengorak sebelum mengalir ke laut. Sumber Berita Harian.

Ada otak pandai (pandai)
Ada akal pakai (pakai)
Ada bijak gadai
Ada mata pejam (pejam)
Ada mulut kunyah (kunyah)...


Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...