Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

19 Jun 2015

DUIT SYILING PERINGATAN TAMAN NEGARA KE 75

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Taman Negara Ke-75. Taman Negara merupakan sebuah taman negara yang terkemuka di Malaysia dan juga destinasi ekopelancongan yang terkenal. Taman Negara juga merupakan salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia dan terkenal sebagai habitat bagi kira-kira 150 spesies mamalia, 53 spesies ikan, 479 spesies burung dan lebih daripada 3,000 spesies tumbuh-tumbuhan. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 29 Oktober 2014 di Taman Negara.
Taman Negara Malaysia merupakan hutan simpananan yang terkemuka di Malaysia. Ianya adalah taman negara pertama, utama dan terbesar di Malaysia dengan keluasan melebihi 4,343 kilometer persegi hutan hujan yg sangat tua merentasi tiga negari iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Taman Negara adalah destinasi pelancongan yang terkenal bagi pencinta flora dan fauna bukan sahaja dari di dalam negara mala dari luar negara juga. Ianya merupakan salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia dan dianggarkan berusia 130 juta tahun. Memiliki kepelbagaian ekosistem yang kompleks, unik dan kaya dengan hutan pamah dan hutan tanah tinggi. Taman ini terkenal sebagai habitat bagi kira-kira 150 spesies mamalia, 53 spesies ikan, 479 spesies burung dan lebih daripada 3,000 spesies tumbuh-tumbuhan.
Taman Negara diwartakan pada tahun 1939 dengan nama asalnya ianya King George V National Park. Nama tersebut telah telah diubah dan ditukar kepada Taman Negara setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Harga untuk Coin kad peringatan Taman Negara ini dijual dengan harga  RM15.00 untuk satu kad. Sumber Google | Blog : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...