Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

11 Jun 2015

GEMPA BUMI DI PAHANG HANYA KHABAR ANGIN

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi hari ini menafikan khabar angin yang tersebar kononnya gempa bumi akan berlaku di Pahang dalam tempoh 36 jam akan datang.

Menerusi sebuah kenyataan, pegawainya, Zaidi Zainal Abidin berkata, maklumat yang disebar secara meluas menerusi media sosial itu tidak benar dan hanya bertujuan untuk mencetuskan panik di kalangan masyarakat.

“Khabar angin mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang akan melanda Pahang dalam tempoh masa 36 jam seperti yang telah tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat supaya tidak mudah percaya dengan sebarang bentuk penyebaran maklumat.

“Untuk pengesahan maklumat, orang ramai boleh merujuk laman Facebook dan akaun rasmi Twitter Jabatan Meteorologi,” katanya lagi seperti yang dipetik menerusi kenyataan tersebut.

Orang ramai juga boleh merujuk sebarang maklumat menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my.

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan penyebaran maklumat palsu menerusi aplikasi media sosial mengenai siri gempa bumi dan tsunami yang akan melanda Sabah, Sarawak dan Pahang.

Maklumat tersebut yang tersebar sejak dua hari lalu mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Untuk rekod negeri Pahang pernah dilanda gempa bumi pada 27 Mac. 2009— Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku di Jerantut, Pahang . Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gempa yang berlaku pada 9.46 pagi itu berpusat di latitud 3.8 utara dan longitud 102.4 timur. Pusat gempa terletak 65 kilometer dari timur laut Bentong dan gegaran lemah dirasai di sekitar daerah Jerantut. - Sumber Bernama

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

1 ulasan:

  1. Semuga negara kita selamat dari bencana....

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...