Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

28 Jun 2015

VIDEO DAN GAMBAR BANDAR JERANTUT SEKITAR TAHUN 1975 - 1980AN

Kawasan ini masih belum terbina lagi bangunan Hotel Sri Kim Yem barisan KCF sekarang. Berkemungkinan benar video ini dirakam sekitar penghujung 1970an ke 80an.
Klik dan saksikan video tersebut :
Penulis sekadar berkongsi gambar dan video Bandar Jerantut sekitar tahun 1975 - 1980an. Menurut sumber video ini diperolehi daripada pelancong German. Diatas penelitian penulis dirakaman video ini mungkin sekitar penghujung 1970an ke 1980an. Video diatas telah disunting hanya di fokuskan untuk bandar Jerantut sahaja. Masa terus berlalu yang tinggal cuma kenangan sahaja. Kini telah banyak perubahan telah berlaku di bandar Jerantut ini.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

21 Jun 2015

PANDUAN MENGGRED DUIT SYILING

PROOF (PF)
Duit syiling yang ditempa khas dan boleh dibezakan dari corak rupa bentuk yang terperinci dan biasanya permukaan duit syiling peruf berkilau bagai cermin. Peruf merujuk kepada cara penempaan dan bukan satu keadaan duit syiling.

CHOICE UNCIRCULATED (BU)
Adanya kehadiran kesan sentuhan yang jelas atau kecacatan dikawasan tumpuan utama. Kilauan mungkin berkurangan.

UNCIRCULATED (UNC)
Tiada kesan kelusuhan tapi mungkin memaparkan beberpa kesan sentuhan dan permukaan mungkin berbintik atau kehilangan sedikit kilauan.

ABOUT UNCIRCULATED (AU)
Kesan kelusuhan ringan di kebanyakkan ciri-ciri tinggi. Sekurang-kurangnya setengah kilauan mungkin kelihatan.

EXTREMELY FINE (EF)
Kelusuhan ringan dikeluruhan rekabentuk tetapi kesemua ciri-ciri masih mendada. kesan kilauan masih kelihatan.

VERY FINE (VF)
Kelusuhan sederhana diciri-ciri tinggi rekabentuk tapi semua butiran rekabentuk lain masih jelas. Tiada berkilauan. Sumber : Buku Matawang Malaysia.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Jun 2015

DUIT SYILING PERINGATAN TAMAN NEGARA KE 75

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Taman Negara Ke-75. Taman Negara merupakan sebuah taman negara yang terkemuka di Malaysia dan juga destinasi ekopelancongan yang terkenal. Taman Negara juga merupakan salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia dan terkenal sebagai habitat bagi kira-kira 150 spesies mamalia, 53 spesies ikan, 479 spesies burung dan lebih daripada 3,000 spesies tumbuh-tumbuhan. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 29 Oktober 2014 di Taman Negara.
Taman Negara Malaysia merupakan hutan simpananan yang terkemuka di Malaysia. Ianya adalah taman negara pertama, utama dan terbesar di Malaysia dengan keluasan melebihi 4,343 kilometer persegi hutan hujan yg sangat tua merentasi tiga negari iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Taman Negara adalah destinasi pelancongan yang terkenal bagi pencinta flora dan fauna bukan sahaja dari di dalam negara mala dari luar negara juga. Ianya merupakan salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia dan dianggarkan berusia 130 juta tahun. Memiliki kepelbagaian ekosistem yang kompleks, unik dan kaya dengan hutan pamah dan hutan tanah tinggi. Taman ini terkenal sebagai habitat bagi kira-kira 150 spesies mamalia, 53 spesies ikan, 479 spesies burung dan lebih daripada 3,000 spesies tumbuh-tumbuhan.
Taman Negara diwartakan pada tahun 1939 dengan nama asalnya ianya King George V National Park. Nama tersebut telah telah diubah dan ditukar kepada Taman Negara setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Harga untuk Coin kad peringatan Taman Negara ini dijual dengan harga  RM15.00 untuk satu kad. Sumber Google | Blog : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.

17 Jun 2015

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN WAKTU IMSAK BAGI SELURUH NEGERI PAHANG 2015


Zon 1: Pulau Tioman
 Zon 2: Rompin, Pekan, Muadzam Shah dan Kuantan

 Zon 3: Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jengka dan Jerantut

Zon 4: Bentong, Raub dan Lipis


 Zon 5: Bukit Tinggi, Genting Sempah dan Janda Baik

Jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak bagi seluruh Negeri Pahang 2015. Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al – Mubarak tahun 1436H / 2015M. Maaf zahir dan batin daripada blog akuanakpahang.blogspot.com

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

16 Jun 2015

SYILING TUMBLED COIN

Koleksi Pelbagai Tumbled Coin 10sen, 20sen, 50 sen

Istilah "tumbled coins" biasanya merujuk kepada syiling yang mengalami perubahan disebabkan berlaku putaran yang kuat sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Biasanya syiling Malaysia yang ditemui adalah syiling tumbled yang terjadi dengan tidak sengaja iaitu syiling berkenaan mungkin termasuk kedalam mesin cuci pakaian atau mesin pengering pakaian. Bagi sesetengah pengumpul luar negara, mereka menggunakan tumbling machine untuk mencuci kotoran pada syiling tertentu. Kaedah ini tidak digalakkan oleh numismatik sama sekali kerana bakal merosakkan syiling tersebut.
Banyak ditemui syiling tumbled ini dalam edaran, ianya sering mengelirukan pengumpul, terutamanya dalam kategori struck through grease error kerana keadaan syiling yang terjadi sedemikian kelihatan hampir sama. Cuma dibahagian sisinya agak sedikit tebal. Di atas penulis kongsikan sebahagian koleksi tumbled coin yang terdapat didalam edaran bagi tahun-tahun yang berkaitan.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

11 Jun 2015

GEMPA BUMI DI PAHANG HANYA KHABAR ANGIN

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi hari ini menafikan khabar angin yang tersebar kononnya gempa bumi akan berlaku di Pahang dalam tempoh 36 jam akan datang.

Menerusi sebuah kenyataan, pegawainya, Zaidi Zainal Abidin berkata, maklumat yang disebar secara meluas menerusi media sosial itu tidak benar dan hanya bertujuan untuk mencetuskan panik di kalangan masyarakat.

“Khabar angin mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang akan melanda Pahang dalam tempoh masa 36 jam seperti yang telah tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat supaya tidak mudah percaya dengan sebarang bentuk penyebaran maklumat.

“Untuk pengesahan maklumat, orang ramai boleh merujuk laman Facebook dan akaun rasmi Twitter Jabatan Meteorologi,” katanya lagi seperti yang dipetik menerusi kenyataan tersebut.

Orang ramai juga boleh merujuk sebarang maklumat menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my.

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan penyebaran maklumat palsu menerusi aplikasi media sosial mengenai siri gempa bumi dan tsunami yang akan melanda Sabah, Sarawak dan Pahang.

Maklumat tersebut yang tersebar sejak dua hari lalu mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Untuk rekod negeri Pahang pernah dilanda gempa bumi pada 27 Mac. 2009— Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku di Jerantut, Pahang . Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gempa yang berlaku pada 9.46 pagi itu berpusat di latitud 3.8 utara dan longitud 102.4 timur. Pusat gempa terletak 65 kilometer dari timur laut Bentong dan gegaran lemah dirasai di sekitar daerah Jerantut. - Sumber Bernama

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

7 Jun 2015

GROUP JUAL BELI MATAWANG MURAH

Mungkin anda diluar sana berminat dan ingin membeli atau menjual apa jua jenis matawang yang murah anda disarankan untuk bersama kami di FB KLIK>> GROUP JUAL BELI MATAWANG MURAH
CONTOH JUALAN SET PARLIMEN 1973 RM 9.00 SIAP POS MINAT LOCK DAN PM

Anda boleh sahaja membuat jualan terus disini. Bagi apa jua jenis matawang dengan nilai rendah dan murah. Sama ada tidak termasuk kos pengeposan atau sudah dikira termasuk kos pengeposan. Jualan sekurang-kurangnya di serta kad keahlian mana-mana group numismatik, ic atau lesen sahaja yang dibenarkan. Sebarang risiko tidaklah menjadi tanggungjawab pentadbir group. Selamat berurusniaga dengan jujur dan ikhlasnya terima kasih - ADMIN Sumber : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.

6 Jun 2015

JOM KE JUALAN CARBOOT SALE CTF JERANTUT PAHANG

Kini Caboot Jerantut telah dibuka dengan rasminya pada 30 Mei.2015. Untuk minggu kedua, insyaa Allah lebih meriah dengan pelbagai jenis barangan dijual. Anda bolehlah anda berjalan-jalan sambil membawa ahli keluarga dan rakan-rakan bagi menghabiskan cuti hujung minggu anda. Pasti meriah dengan pelbagai barangan yang ditawarkan pasti antaranya menjadi tarikan anda.
Lokasi: Sepanjang jalan daripada Bank Rakyat sehingga 7Eleven
Waktu Urusniaga  Masa: 8.00mlm hingga 1.00pagi

Semua dijemput hadir. Sumber : FB CBS CTF JERANTUT 
Kredit kepada  Tuan Haji Norizzat.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

4 Jun 2015

SYILING 50 SEN SE-SECURITY EDGE (BERPARIT) ME-MILLED EDGE (BERGERIGI) V1 V2 V3



Penulis sekadar berkongsi gambar syiling 50sen 1967/1968/1969 didalam Variety sekadar untuk rujukan, perkongsian dan pengetahuan bersama. SE-SECURITY EDGE (BERPARIT) ME-MILLED EDGE (BERGERIGI)  Sumber sepenuh Kredit : FB Loh Chee Meng

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

ULAMAN : PUCUK JENERIS, MERANTI, MENGKUDU DAN JERING

Hari sempat singgah ke pekan sehari Felda Kota Gelanggi 1 dan mengambil gambar pelbagai jenis ulaman yang pasti ulaman tersebut sudah tidak diketahui umum. Tambahan generasi muda dihari ini. Pasti ulaman ini mempunyai khasiat yang tertentu dan begitu sedap jika dibuat ulaman atau dijadikan masakkan. Jom kita lihat nama-nama ulaman tersebut.
 
Katanya pucuk jeneris ini lemak rasanya dan begitu sesuai sekali di judulkan bersama sambal tempoyak atau sambal belacan. Kenakan ulam raja tidak perlu dinyakan mungkin umum mengetahui. Sementara pucuk meranti amat sesuai dimasak gulai lemak putih

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

2 Jun 2015

KEISTIMEWAAN SYILING 10 SEN 1971

Apa yang menarik pada syiling 10 sen 1971 ini? Pasti kerana nilai dan  harga duit syiling 10 sen 1971 yang agak tinggi lalu mendapat tempat yang agak tinggi dipasaran. Ramai dikalangan mereka yang mencari dan ingin memiliki 10 sen 1971 ini kerana mintagenya (keluaran) yang rendah dan harganya yang agak tinggi.

Umum mengetahui syiling 10 sen 1971 dilaporkan mempunyai 3 jenis die variety. Ianya menjadi isu hangat, dengan ada kumpulan baru atau "newbies" yang mengatakan 10 sen 1971 Variety 2 adalah palsu. Apa pun isunya, pada ketika ini, 10 sen 1971 adalah di antara syiling yang paling hangat dan diminati dipasaran numismatik. Harganya semakin hari semakin naik dengan harga agak tinggi kerana ramai daripada collector dan juga investor yang ingin menyimpannya.

Jom kita lihat ciri-ciri atau perbezean 10 sen 1971 dengan varietynya, agar kita sama-sama dapat mengetahui dan mengenali apa jenis syiling 10 sen 1971 dengan variety V1, V2, dan V3.
Kategori V1     -   Tiada Dot diantara MAL AYSIA
                             Dan sisi buju Edge berbentuk  kerb melengkong
                             Warna planchet adalah pudar kekuningan
                             Rarity Very Rare RR
                             Estimate Value RM700

Kategori V2     -   Ada Dot diantara MAL'AYSIA
                             Dan sisi buju Edge berbetuk segitepat
                             Warna planchet berkilat putih
                             Rarity Rare R
                             Estimate Value RM400

Kategori V3     -   Tiada dot diantara MAL AYSIA
                             Sisi buju edge berbentuk kerb melengkong
                             Terdapat Pada angka 0 10sen tempaan 

Sementara harga yang pernah dicatatkan bernilai diantara seperti berikut :
1971 V1------>Harga VF= Estimate Value RM700
1971 V2------>Harga VF= Estimate Value RM400

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMISMATIK JUAL BELI

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<