Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

29 Mei 2015

ELAUN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PAHANG NAIK KEPADA RM 11,000

KUANTAN: Elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kini dinaikkan daripada RM4,112 kepada RM11,000.

Ia berikutan usul semakan Enakmen Saraan (Pindaan) 2015 yang dibentangkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, disokong semua ADUN dari kerajaan dan pembangkang serta diluluskan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenaikan elaun itu berkuat kuasa Januari lalu. -BHonline

Sumber dipetik daripada Bernama : Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun 42 anggota Dewan Undangan Negeri daripada RM4,100 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Terdahulu, rang undang-undang bagi pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan disokong oleh Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar).

Adnan (bawah) berkata elaun ADUN Pahang kali terakhir disemak pada tahun 1980 dan ia telah ditangguhkan terlalu lama berbanding negeri-negeri lain yang telah melakukan pindaan.
"Cadangan pindaan ini kita telah ambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Jika elaun dinaikkan para ADUN dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat," katanya yang kemudian mendapat sokongan majoriti ADUN termasuk ADUN pembangkang.

Choong Siew Ong (DAP-Tras) yang menyokong kenaikan elaun itu berkata elaun yang tinggi memberi lebih peluang kepada ADUN menjadi 'wang tunai segera' khususnya dalam membantu rakyat yang ditimpa kesusahan atau kes kecemasan seperti kemalangan, kecederaan atau kematian.

"Ia juga dapat menjadi penjamin kepada para pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi meneruskan pelajaran mereka," katanya yang mahu elaun ditingkatkan kepada seberapa tinggi yang kerajaan negeri mampu berikan.

Persidangan itu juga meluluskan usul mencadangkan pelantikan Pengerusi MCA Pahang Datuk Hoh Khai Mun dan Ketua Wanita UMNO Kuala Krau Norahan Abu Bakar sebagai anggota Dewan Negara selama tiga tahun.

Persidangan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - Bernama

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

27 Mei 2015

DUIT SYILING MALAYSIA EDARAN SIRI PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA

Duit syiling edaran yang pertama (1967 - 1988) Edaran kedua (1989 - 2011) Siri edaran ketiga (2012) Hari ini untuk kita menemui duit syiling siri pertama dan kedua sememang sudah tiada di keluarkan. Bagi  pengumpul dan peminat seperti saya, saya akan cuba kumpul seberapa yang mampu untuk milik Syiling Siri Pertama Parlimen ini. Namun hari ini ianya semakin amat sukar untuk diperolehi dan disusuli pula siri kedua mungkin masih banyak didalam edaran.

Jika anda rajin untuk meng'scan' atau membelek setiap syiling ini anda pasti boleh temui jenis error atau kesilapan seperti-Filled Die/Die Clash/Rotate Die/Die Chip/Die Break/Rim Cud/Partial Collar/Die Trial/Mechanical Die Doubling dan sebagainya. List Error Syiling yang tiada had dan batasanya.

Inilah yang dikatakan keseronokan dan keistimewaan apabila kita membuat scan atau membelek setiap Syiling tersebut dan jika anda bernasib baik anda mungkin dapat menemui pelbagai jenis variasi error atau kesilapan syiling-syiling tersebut dengan rasa penuh kepuasan dan keseronokan.

Pasti jika anda bertuah anda akan terjumpa sekeping dua syiling Wrong Plancet atau Off  Metal Syiling harganya mungkin boleh mencapai  ratusan atau sehingga ribuan ringgit. Akhir kata Semua terserah pada minat serta kegeriangan serta keazaman masing-masing untuk mencari dan seterusnya memiliki syiling-syiling tersebut. Selamat menjadi peminat dan pengumpul matawang lama dan baru. Pasti hobi dan minat ini menjadikan anda lebih bermotivasi. Hidup dunia Numismatik Malaysia.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

7 Mei 2015

APA MAKSUD NOMBOR SOLID, SERIAL RENDAH, SERIAL TINGGI, NOMBOR TANGGA, BINARY, TRINARY, PENGULANG, RADAR, BOOKENDS DAN HARI LAHIR?

Entri ini sebagai satu perkongsian agar kita semua mengetahui apakah maksud nombor wang kertas dibawah ini. Nombor-nombor wang kertas ini dikalangan pengumpul dan peminat numismatik ada peminatnya yang tersendiri untuk menyimpan sebagai koleksi peribadi dan tidak kurang nombor-nombor ini boleh mendapat tawaran harga yang tinggi dikalangan peminatnya. Jom kita lihat apakah jenis-jenis nama, nombor wang kertas tersebut.

Nombor Solid / Rare Mewah
Contoh AA1111111, AA8888888 dan sebagainya adalah nombor yang hebat ianya terjadi apabila nombor berkenaan adalah sama. Nombor seumpama adalah nombor-nombor yang dicari. Yang di kategorikan mewah dan rare. Kebanyakannya adalah sangat jarang ditemui. Dan jarang juga dijual hanya disimpan sebagai koleksi peribadi. Namun begitu jumlah nombor soli adalah satu nombor adalah berbeza dari nombor yang lain, contonya AA8888188. Jumlah nombor solid yang mantap “8” mungkin akan mendapat permintaan yang tinggi kerana kaum Cina diseluruh dunia menganggap nombor tersebut sebgai nombor bertuah.

Serial Rendah / Low Serial
Kebiasaanya nombor siri dibawah angka 100 (AA0000100) adaah sedikit sukar untuk diperolehi. Melainkan anda ada hubungan rapat dengan pihak Bank Negara Malaysia. Bilangan terendah siri untuk awalan pertama (AA0000001) kebayankan diberikan sebagai cendermata kepada sultan dan pembesar negara sebagai hadiah.

Serial Tinggi / High Serial

Satu lagi siri mewah yang perlu dicari adalah nombor siri tinggi contoh AA1000000 atau AA9999990 dan 100 bilangan diatas.

Tangga / LadderSuatau perkara yang jarang ditemui tapi tetap dicari, nombor tangga soro nombor menaik mahu pun menurun contonya AA1234567 atau AA7654321. Ada juga mereka yang mengumpul sebahagian wang kertas tangga sebagai contoh AA0234567 atau AA0765432.

Binary atau Perduaan

AA0000099 juga boleh dikategorikan sebagai Binary, nota dengan duit digit yang unik . Sebagai contoh nombor perduaan lain-laian adalah AA9999199, AA5535535 atau AA4555544.

Trinary
Bilangan trinary notes ialah apabila wang kertas yang mengandungi 3 digit nombor yang unik, sebagai contoh AA3366644, AA1122331 atau AA0322023.

Radar
Nombor bagi bilangan radar adalah apabila nombor siri adalah sama kehadapan mahu pun ke belakang. Sebagai contoh : AA0322032, AA1232321 atau AA3351533.

Pengulang / Repeater
Perkara ini berlaku apabila satu urutan nombor berulang diawalan, contohnya AA212121, AA6767676 atau AA5050505

Radar Pengulang
A pengulang radar adalah kedua-dua radar dan pengulang contonya AA1008001 AA6007006 atau AA5050505

Bookends
Nombor siri mempunyai urutan yang sama angka di kedua-dua hujungnya Sebagai contoh : AA3084530 “30” adalah dengan urutan digit yang terdapat di kedua-dua bahagian awal dan akhirnya.
Hari Lahir / Birthday
Anda boleh mencari tarikh lahir seseorang pasti ianya menjadi koleksi yang amat bermakna. Sebagai contoh tarikh hari lahir teman baik anda isteri atau sesiapa sahaja. Contoh : mereka lahir pada 19.4.1973, anda boleh mencari notes dengan awal digit AA1941973. Pasti jika anda banyak menyimpan koleksi seperti ini, mungkin mudah mendapat pembelinya. Tambahan pula jika hari lahir tersebut adalah hari lahir selebriti atau orang yang ternama dan terkenal.


Prefix Gantian ZA, ZB, ZC, ZD
Prefix gantian seperti ZA, ZB, ZC dan sebagainya yang bermula dengan nombor awalan yang rendah  seperti 0000xxx juga mendapat perhatian peminat dan pengumpul matawang. Sementara harganya boleh mendapat nilai yang agak tinggi.

Entri sekadar perkongisan dan pengetahuan bersama.
Sumber : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.

5 Mei 2015

KEPUTUSAN RASMI PENUH DAN TERKINI PRK ROMPIN 2015

Keputusan Rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang membabitkan persaingan satu lawan satu akan diumumkan selewat-lewatnya pada jam 11.00 malam, pada hari yang sama

Parlimen Rompin merangkumi kawasan yang sangat luas, meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman, menyebabkan masa yang panjang diperlukan untuk proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

Calon Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Datuk Hasan Arifin manakala calon PAS diwakili oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

KEPUTUSAN TERKINI/ RASMI PRK PARLIMEN ROMPIN PAHANG
Berikut adalah keputusan terkini dan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Pahang yang diadakan pada Selasa 5.5.2015
  Calon PRK Parlimen Rompin Parti Jumlah Undi
Datuk Hasan Arifin Barisan Nasional (BN) 23, 796
Nazri Ahmad PAS 14, 901

Undi Rosak
  Pemenang PRK Parlimen Rompin Pahang 2015 Parti Majoriti
Datuk Hasan Arifin BN 8895


Update
BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 8895 undi menerusi calonnya, mengalahkan pencabar dari wakil PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin telah diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh, di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah

Dalam pada itu, kemenangan BN pada PRK kali ini turut menyaksikan majoriti berkurangan sebanyak 41 peratus atau 6,219 undi berbanding PRU 13

Pada PRU-13, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah menewaskan calon Pas, Nuridah Mohd. Salleh dengan majoriti 15,114 undi

Sumber : www.mysumber.com

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SYILING DOUBLE DIE REVERSE ( DDR) TULISAN BERGANDA PADA SYILING.

CONTOH DOUBLE DIE REVERSE ( DDR) 20 SEN 2008

Sekadar Untuk Rujukan.
Double Die Reverse (DDR)
5sen 2008
10sen 2007 (Scarce/Hot item)
20sen 2008
50sen 2009



CONTOH DOUBLE DIE REVERSE (DDR) :  10 SEN 2007 (Scarce/Hot item)

Double Die Reverse (DDR) ganda adalah istilah dalam numismatics digunakan untuk merujuk kepada dua kali ganda dalam unsur-unsur reka bentuk duit syiling. Double Die Reverse (DDR) gandaan tersebut boleh muncul sebagai garis reka bentuk atau dalam kes yang teruk, yang mempunyai legenda dan tarikh muncul dua kali dalam satu fesyen bertindih.

Dua kali ganda syiling error die boleh mencapai nilai yang ketara apabila mereka terlihat dengan mata kasar atau berlaku dalam siri duit syiling popular.

Sememang menjadi satu kepuasan bagi peminat
numismatics sekiranya pencarian mereka 'scan' atau juga disebut istilah 'menyeken' syiling ini menjumpai syiling tersebut. Harga syiling seumpama ini boleh juga menarik perhatian peminat numismatics  dan mungkin juga boleh mendapat nilai pulangan yang terbaik.

Wassalam, Wa'allahhualam.

2 Mei 2015

Rujukan Siri Pertama Syiling 20 Sen 1973 Varieties Big*3* / Small *3*

Rujukan Siri Pertama 20 Sen 1973
Varieties-Big*3*/Small *3*


 
 
 
 
 

Malaysia Die Varieties : 20 Sen 1973 ‘Die Varieties’ merupakan perbezaan reka bentuk yang muncul pada syiling bagi tahun tertenyu dan denominasi . Variety meliputi tahun, denominasi dan corak atas sesuatu syiling. Variety mungkin terjadi akibat acuan yang tertukar mempunyai ciri yang berbeza dengan yang sebelumnya. Berikut merupakan spesimen ‘Die Varieties’ untuk syiling siri Parlimen 20 sen 1973. Entri sekadar perkongsian. Sumber sepenuhnya kredit kepada :  FB Loh Chee Meng  AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMISMATIK JUAL BELI

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<