Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

31 Mac 2015

INFO DAN ASAL USUL NAMA KAMPUNG JANDA BAIK, BENTONG PAHANG


Menurut sumber katanya nama "Janda baik" ini diambil daripada kisah sepasang suami isteri Orang Asal (asli) yang mendiami kawasan itu dan telah mengusahakan tanaman padi huma di lereng bukit tersebut. Mereka telah berpisah berikutan perselisihan faham, sebelum padi huma berbuah. Ketika padi huma berkenaan berbuah dan boleh dituai pasangan tersebut, telah datang semula kekawasan itu dan bertemu di Pulau Santap. Mereka kemudian berbaik semula sebagai pasangan suami isteri. Mengambil kisah seorang janda berbaik semula dengan suaminya, maka kawasan itu dipanggil "Janda Baik"

Info dan asalnya Kampung Janda Baik telah diterokai oleh tiga penduduk kampung dari Kampung Benus, Bentong pada 1932 iaitu Haji Deris, Haji Yasseh dan Haji Kadir.

  • Terdapat 2,820 keluarga, 
  • Sebanyak 572 rumah terdapat disini
  • 1,182 lelaki dan 1,638 Wanita.
  • Jarak daripada kuala Lumpur 36 Kilometer.
  • Sejauh 40 kilometer daripada Bandar Bentong
  • Terletak di Banjaran Titiwangsa pada ketinggian 600 -800 meter dari paras laut.
  • Menyimpan khazanah flora dan fauna termasuk pokok balau yang berusia 250 tahun.
  • Kampung tradisional Melayu yang terdapat disini antaranya Kampung Sum-sum, Cheringin, Chemperoh, Kampung Jadan Baik dan Kampung Orang Asli Semelai. Sumber Berita Harian | Sumber: AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

26 Mac 2015

LALUAN PACUAN 4 RODA KUALA TAHAN, KAMPUNG BANTAL, KAMPUNG MAT DALING, ULU TEMBELING JERANTUT

 
Pada 25.03.2015 penulis sempat melalui jalan Kuala Tahan ke  Kampung Mat Daling ini demi menjalankan tugasan. Laluan ini hanya boleh dilalui dengan menggunakan pacuan 4 roda sahaja. Sememang jalan ini amat mencabar kerana berbukit bukau dan pastinya jalan ini tidak seperti jalan-jalan biasa untuk anda sampai ke kampung Mat Daling ini. Penulis juga tersesat kerana mungkin terikut jalan-jalan balak yang baru dibina disana. Bermula dari pada Kuala Tahan seterusnya anda akan bertemu dengan Kampung Pagi, Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Semena dan seterus Kampung Mat Daling.

Masa yang diambil untuk melalui laluan ini tidak kurang 3 jam atau lebih perjalanan dan amat bergantung pada cara pemanduan anda. Keadaan jalan ini jika musim panas seperti sekarang, amat berdebu tebal yang amat keterlaluan, sehingga menjejaskan pandangan anda. Ditambah pula dengan kerja-kerja pembinaan jalan yang sedang giat dilaksanakan disana. Jika hujan pasti laluan ini tidak dapat dilalui kerana laluan ini amat bergantung kepada keadaan tanah dan laluan disana. Keadaan pembalakan amat berleluasa disini. Sama ada  dikawal atau tidak dikawal tidak dapat dipastikan, yang pasti kemusnahan alam amat ketara disini mungkin diatas dasar pembalakan itu sendiri dan ditambah pula dengan kerja-kerja pembinaan jalan yang menghubungkan kampung Kuala Tahan ke Mat Daling ini yang sedang giat dilaksanakan.

Disini penulis ingin berkongsi sedikit gambar-gambar berkaitan disana. Sebenarnya terlalu banyak gambar-gambar yang telah diambil oleh penulis. Namun hanya dapat dipilih secara rawak sahaja untuk perkongsian bersama. 

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

17 Mac 2015

SENARAI KEY DATE SYILING | TOP 3 SYILING TERMAHAL MALAYSIA


SENARAI KEY DATE DAN SEMI DATE SYILING MALAYSIA
SENARAI TOP 3 DUIT SYILING TERMAHAL MALAYSIA. 
Syiling Parlimen Bernilai Tinggi. 
  •  1sen 1970 (Copper Clad Steel) Lekat Magnet.
  •  1sen 1976 Gangsa-Tidak lekat Magnet
  •  10sen 1971
  •  50sen (ME) Jenis Bergerigi tidak berparit Tahun 1967/1968/1969
Bagi pengemar, peminat dan pengumpul duit syiling Malaysia. Senarai syiling key date, semi key date dan top 3 syiling termahal Malaysia ini sememang menjadi buruan utama. Apa yang dimaksudkan dengan "key date dan semi key date? Maksudnya syiling key date dan semi key date ini dikeluarkan didalam jumlah yang agak terhad atau sedikit pengeluarannya berbanding dengan syiling-syiling biasa yang lainya. Diwaktu ini syiling-syiling tersebut sudah agak sukar untuk ditemui dan perolehi. Berkemungkinan ramai yang telah menyimpannya. Syiling ini jika dibeli dipasaran biasa mungkin harganya boleh mencecah ratusan ringgit malahan boleh menjangkau ribuan ringgit.

Senarai Syiling Key Date dan Rare Malaysia :
  • 01 Sen - 1968 / 1970 / 1973 / 1976
  • 05 Sen - 1997 1982 Extra Dot / 2004
  • 10 Sen -  1971 / 1994 /2003
  • 20 Sen - 1970 /1971 / 1978 / 1994
  • 50 Sen - 1969 / 1979 / 1985 / 1986 / 1987 / 1995 
Keydate = Tempaan Paling Sedikit
Semi Keydate =Tempaan kedua sedikit
Berikut adalah senarai tahun Keydate dan Semi Keydate mengikut kedudukan paling sedikit.

Rank
Tahun
Denominasi
Jumlah Tempaan
1
1971
10 Sen
32,326
2
1982
$1
201,550
3
1986
$1
252,473




4
2011
5/10/20/50
500,000




5
1970
20 Sen
1,054,000
6
1995
50 Sen
1,650,423
7
1969
50 Sen
2,000,000
8
1970
1   Sen
2,535,000
9
1994
20 Sen
2,680,339




10
1979
50 Sen
5,361,146
11
1994
50 Sen
6,565,914
12
1978
20 Sen
6,847,062
13
1994
10 Sen
7,122,222
14
1997
5   Sen
7,703,850
15
2003
10 Sen
8,640,000




16
1968
1   Sen
10,500,000
17
1977
5   Sen
10,609,162
18
2004
5   Sen
11,520,000
19
1985
5   Sen
15,553,101
20
1988
10 Sen
17,852,262
21
1989
$1
20,409,995
22
1989
1   Sen
28,429,082
23
1989
20 Sen
28,945,225
24
1994
1 Ringgit
36,899,026
25
1991
1   Sen
100,314,734

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

15 Mac 2015

SENARAI DUIT SYILING MALAYSIA TIDAK DIKELUARKAN ATAU TIADA DIDALAM EDARAN

Ramai pengumpul atau peminat baru yang tidak tahu, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengeluarkan setiap duit syiling itu setiap tahun. Ramai yang masih mencari syiling untuk tahun-tahun tertentu dan sehingga kini masih belum menemuinya. Ini memberi peluang kepada scammer (penipu) menjual duit-duit yang tidak dikeluarkan oleh BNM dan menyatakan yang duit itu adalah sangat rare. Padahal duit yang dijual mereka itu adalah palsu, sama ada dengan mengubahsuai duit syiling yang sedia ada atau mereka membuat duit palsu yang baru. Namun, mereka ini biasanya menjual duit tersebut pada harga yang sangat mahal, harga yang tidak mampu dibeli oleh pengumpul duit syiling seperti kita.

Oleh yang demikian, hari ini saya ingin berkongsi senarai duit yang tidak dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Senarai ini saya rujuk daripada buku KN Boon dan juga Katalog Steven Tan. Kecuali untuk duit 50 sen 2006 yang saya ada ceritakan diblog saya lunaticg.blogspot, rasanya tiada lagi duit lain yang tidak dapat dicari oleh pengumpul duit lama. Saya tidak masukkan duit syiling 50 sen 2006 kerana mengikut rekod, BNM menyatakan yang duit itu wujud. Namun, khabar angin yang agak kuat menyatakan yang duit itu tidak wujud, BNM telah memberikan maklumat yang silap.

Senarai duit syiling tiada keluaran mengikut tahun:

  • 1 sen: (1969, 1972, 1974 & 1975). Tahun terakhir dikeluarkan pada 2007.
  • 5 sen: (1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1986 & 1987).
  • 10 sen: (1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986 & 1987).
  • 20 sen: (1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1985, 1986, 1995, 1996, 1999, 2003).
  • 50 sen: (1970, 1972, 1974, 1975, 1976 & 2006).
  • $1 atau 1 ringgit: (1972, 1973, 1974, 1975, 1976, 1977, 1978, 1979, 1983, 1987 & 1988).
    Sejak 07 December 2005, duit syiling satu ringgit tidak lagi sah digunakan.
Sumber dan kredit sepenuhnya : http://www.malaysiancoin.com
Moralnya bagi peminat atau pengumpul mata wang lama kenalah mengetahui, bahawa tahun-tahun berkenaan sememang syiling-syiling tersebut tidak dikeluarkan dan anda tidaklah perlu tercari-cari.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

13 Mac 2015

ASAL NAMA GUA KOTA GELANGGI JERANTUT PAHANG


Gua Kota Gelanggi ialah satu kompleks bukit batu kapur yang mengandungi sekurang-kurangnya terdapat tujuh buah gua yang dipanggil kota iaitu Kota Tongkat, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Balai, Kota Rehut, Kota Jin dan Kota Kepayang. Gua-gua ini dipanggil kota yang membawa maksud negeri-negeri yang berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu. Kompleks Kota Gelanggi pernah dilawati dan diselidiki oleh ramai ahli-ahli arkeologi dan kajibumi yang terkemuka tanah air dan luar negara.

Mengikut catatan dalam sejarah melayu, Kota Gelanggi adalah sebuah kerajaan yang tertua dahulunya dikenali sebagai Gelang Kiu dalam bahasa Thai bermaksud ‘Treasure House Of Jewels’ dalam Bahasa Inggeris. (Khazanah rumah permata) Mengikut cerita dalam sejarah tersebut, Gelang Kiu diperintah oleh Raja Gelanggi yang mempunyai seorang puteri yang sangat jelita dan telah bertunang dengan anak Raja Mambang. Raja Usul dari Kuala Bera telah datang ke Gelang Kiu dan setelah terjumpa Puteri Gelanggi lalu jatuh cinta. Dikhabarkan satu peperangan telah berlaku diantara anak Mambang dengan Raja Usul. Didalam peperangan itu anak Raja Mambang telah terbunuh dan Puteri Kota Gelanggi telah berkahwin dengan Raja Usul. Akibat daripada peperangan tersebut maka musnahlah kerajaan Gelang Kiu tarikh sebenar tidak dinyatakan didalam riwayat tersebut.

Anggapan penulis sahaja daripada nama kerajaan Gelang Kiu inilah terbentuk nama Gelanggi @ Gelangkiu kerana di sinilah dahulunya terdapat sebuah Kota. Jadi bukanlah perkara mustahil ianya terus dikenali dengan nama yang mashyur sehingga ke hari ini Kota Gelanggi.

Entri berkaitan :  MISTERI GUA KOTA GELANGGI Sumber : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.

11 Mac 2015

CADANGAN PROJEK PEMAJUAN KAWASAN KAMPUNG SUNGAI SIAM, MUKIM PULAU TAWAR, JERANTUT

 
Projek Cadangan Pemajuan Kawasan Kampung Sungai Siam, Mukim Pulau Tawar, Jerantut sedang giat diusahakan oleh pihak terbabit. Gambar di ambil pada 11Hb. Mac. 2015

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

9 Mac 2015

VIEW : FELDA LEPAR UTARA 2 DAN 4 JERANTUT PAHANG

Destinasi hari ini Felda Lepar Utara 2 dan 4 Sumber : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!