Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

11 Feb 2015

PANORAMA JETI KUALA TEMBELING, JERANTUT

Pekan Kuala Tembeling merupakan diantara sebuah pekan kecil di daerah Jerantut, Pahang. Pekan Kuala Tembeling dizaman lampaunya begitu terkenal kerana disini terdapat jeti dan deretan kedai di Kuala Tembeling dan begitu banyak sekali penempatan, sekolah dan sebagainya sini suatu ketika dahulu.

Dihadapan (seberang Kuala Tembeling) Kampung Pasir Tambang.
Panorama Indah Jeti Kuala Tembeling Jerantut

Pertemuan diantara dua sungai lebih menarik perhatian di pekan kecil ini iaitu pertemuan diantara Sungai Tembeling dan Sungai Jelai dan disinilah terbentuknya Sungai Pahang. Kuala Tembeling begitu berhampiran dengan Taman Negara Kuala Tahan. Jeti Kuala Tembeling adalah titik perjalanan utama ke Taman Negara jika anda melalui pengangkutan air daripada Jeti Kuala Tembeling. Pekan Kuala Tembeling terletak lebih kurang 16km daripada Bandar Jerantut. Pelancong juga boleh ke Taman Negara melalui jalan darat melalui Jerantut - Kuala Tahan jaraknya sejauh 79 km dengan mengambil masa kira-kira 1 jam 15minit dari Bandar Jerantut. Pekan kecil ini juga boleh menghubungkan anda diantara Bandar Jerantut dan Bandar Kuala Lipis.

Video keadaan banjir di Jeti Kuala Tembeling pada 23.12.2014

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...