Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

7 Feb 2015

MPK KELUAR WARAN TANGKAP - PEMILIK GAGAL BAYAR SAMAN KENDERAAN


KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengeluarkan 20 waran tangkap kepada pemilik kenderaan yang gagal menjelaskan tunggakan saman bagi kesalahan meletakkan kenderaan.

Yang Dipertua MPK Datuk Zulkifli Yaacob (foto) berkata tindakan itu dibuat kerana kesalahan yang dilakukan pemilik kenderaan terlalu lama.

"Orang ramai perlu faham, saman yang dikeluarkan sama ada oleh MPK, Jabatan Pengangkutan Jalan atau polis merupakan daripada akta yang sama berkaitan pengangkutan jalan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir oleh Adenland (Kuantan) Sdn Bhd di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di sini, hari ini.

Pada majlis itu, 350 mangsa banjir termasuk 202 warga MPK menerima bantuan berbentuk baucer Pasaraya Tunas Manja bernilai RM150 dengan nilai keseluruhan RM52,500 yang disumbangkan oleh Adenland.

Sementara itu, kerja-kerja pembersihan debu bauksit di kawasan Gebeng oleh MPK dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Zulkifli berkata, MPK telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan bermula semalam seperti yang diarahkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya, kerja pembersihan tertumpu kepada tiga kawasan yang merangkumi laluan sepanjang 12 kilometer iaitu di Bukti Penggorak, Kawasan Perindustrian Gebeng dan kawasan luar Pelabuhan Kuantan.

Rabu lepas, Menteri Besar Pahang mengarahkan MPK membersihkan kawasan berkenaan selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama pengusaha bauksit dan bijih besi dengan kos pembersihannya ditanggung oleh pengusaha kira-kira RM130,000.

Dalam pada itu Zulkifli berkata, pihaknya akan memikirkan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah debu akibat perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh dekat sini. # Sumber

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMIS

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<