Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

23 Feb 2015

MENGENANG SETELAH 23 TAHUN PEMERGIAN DATUK SUDIRMAN HAJI ARSHAD.

TEMERLOH 22 Feb. – Sekalipun sudah 23 tahun penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Su­dir­man Arshad meninggal dunia, namun populariti dan kehebatannya sebagai anak seni tidak pernah terhakis daripada ingatan peminat-peminat seninya.

Tidak hanya peminat-peminatnya, bahkan keluarga seniman yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun itu juga tidak pernah lupa untuk mengenang Sudirman atau lebih mesra dikenali sebagai Sudir setiap kali tarikh 22 Februari menjelma.

Sempena mengenang pemergian Sudirman hari ini, keluarga Allahyarham Sudirman menganjurkan majlis gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan penghibur itu di Tanah Perkuburan Chengal di sini iaitu tempat beliau disemadikan.

Selain membersihkan kawasan perkuburan turut diadakan bacaan Yasin dan tahlil ringkas yang dihadiri kira-kira 50 orang ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham termasuk kakak Allahyarham, Datin Rodziah Arshad yang dikenali sebagai seorang yang sangat akrab dengan Sudirman ketika hayatnya.

Sementara itu, anak saudara Sudirman, Razman Azrai Zainudin, 41, atau lebih dikenali sebagai Atai terharu dengan kehadiran kaum keluarga dan rakan-rakan membantu membersihkan kubur Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Cokman di kalangan anak-anak saudaranya.

"Terima kasih kepada semua terutama mereka atau peminat yang masih mengenang arwah. Arwah tiada galang gantinya. Saya harap kita sentiasa menghadiahkan doa dan al-Fatihah untuk arwah,” jelas Atai yang ketika zaman remajanya pernah mengiringi Allahyarham Sudirman mengadakan persembahan.

Pada masa sama, Atai turut mengumumkan keputusannya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian dan sekali gus meneruskan bakat seni peninggalan bapa saudaranya itu.Menurut Atai, dia kini sedang dalam proses menghasilkan lagu-lagu baharu ciptaan sendiri selain berhasrat merakamkan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman.

“Sekarang Atai sedang mengambil langkah untuk mendapatkan hak cipta intelek ke atas lagu-lagu arwah,” jelasnya lagi. Sumber : Utusan Malaysia.

Sedih, sekadar tinggal tangga.....
Rumah keluarga Allahyarham Sudirman di Temerloh dulu dan kini. Sudah 23 tahun pemergianya tetapi masih tidak ada usaha daripada mana-mana pihak untuk membina sebuah Pustaka Peringatan Sudirman walaupun Allahyarham Sudirman banyak berjasa kepada Malaysia. Sangat menyedihkan, amat diharapakan Jabatan Arkib Negara atau Jabatan Warisan atau di Kerajaan Pahang diharap dapat membuat cadangan untuk membina kembali rumah tersebut dan sekurang-kurangnya dijadikan rumah Pustaka peringatan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Sumber : Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...