Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

3 Feb 2015

LAPORAN POLIS DIBUAT, BERHUBUNG HINA TENGKU PUAN PAHANG

KUANTAN: Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) pada Isnin membuat laporan polis berhubung tindakan kurang sopan seorang individu yang memuat naik komen berbaur lucah dan kesat terhadap Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, di laman sosial Facebook.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, terhadap individu yang menggunakan nama akaun Kagawa Onieshia kerana menjatuhkan nama baik, imej dan maruah Tunku Azizah dan institusi Diraja Pahang.

NGO tersebut ialah Badan Kebajikan Kerabat-kerabat Negeri Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Seni Silat Kuntau Tek Pi Malaysia Cawangan Pahang, Majlis Belia Daerah Kuantan, Persatuan Jurufoto Negeri Pahang, Kelab Bell Belia Tamil Negeri Pahang dan wakil dari Istana Abdul Aziz.

Onieshia didakwa menulis komen tersebut sebagai respons kepada nasihat Tunku Azizah kepada tindakan biadap segelintir penyokong bola sepak yang memaparkan kain rentang gergasi dengan imej individu berwajah anjing dalam aksi Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Baharu pada Sabtu lepas.

Selain itu, laporan polis berasingan turut dibuat terhadap mereka yang mempamerkan kain rentang gergasi berkenaan.

Setiausaha Badan Kebajikan Kerabat-kerabat Negeri Pahang, Datuk Seri Tengku Zulkifli Tengku Ahmad ketika ditemui pemberita berkata kedua-dua tindakan itu merupakan perkara yang tidak berhemah, melanggar tatasusila dan menghina Institusi Raja-raja Melayu.

"Kami sebagai orang Pahang berharap dengan laporan ini, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku-pelaku yang telah membuat provokasi melampau ini.

"Bagi kami, soal kenegerian tidak timbul tetapi hal ini telah menyentuh institusi diraja apabila kami dapati ada individu yang memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap Tengku Puan Pahang di laman sosial Facebook semalam (kelmarin)," katanya.

Beliau berkata tindakan pihak yang terlibat dalam mempamerkan kain rentang gergasi itu juga disifatkan melampau kerana ia dilihat menyentuh kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mana presidennya ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Tindakan perlu dikenakan ke atas individu terbabit sebagai pengajaran dan peringatan kepada rakyat Malaysia khususnya agar menghormati institusi Diraja sebagai payung pemerintahan sesebuah negeri dan ia bukanlah sesuatu yang boleh dipermain serta diperlekehkan," katanya. - Sumber Bernama

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...