Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

15 Feb 2015

INFO RESEPI NASI KEBULI PAHANG

Sumber Gambar Kredit : Facebook Anak-Anak Lipis

Asal nasi kebuli dikatakan dari rantau Timur Tengah, terutama negara Yaman dan terus menjadi popular di kalangan masyarakat India. Seterusnya dibawa ke Indonesia dan Malaysia. Nasi kebuli telah dibawa oleh para komuniti Arab sejak berabad lamanya, dengan adunan tersendiri mengikut citarasa tersendiri. Di Malaysia, negeri Pahang sendiri amnya amat popular dengan Nasi Kebuli. Hidangan nasi kebuli ini amat popular di kampung-kampung sekitar Kuala Kenong, Kampung Budu, Jelai, Tanjung Besar, Kampung Hulu, Kuala Medang, Kampung Jeram Landak dan semua Daerah di Kuala Lipis khasnya.

Nasi Kebuli ini adalah makanan tradisional Negeri Pahang khusunya bagi Daerah Lipis seperti yang dicatatkan pada Muzium Warisan Kuala Lipis. Mengikut sejarah, Nasi Kebuli diperkenalkan pada tahun 1944 oleh Hussin dari Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis.

Kewujudan nasi ini bermula apabila Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah ( 1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke pekan Kuala Lipis dan berhenti di Kuala Kenong.  Baginda bertemu dengan Hussin dan menyatakan hasrat ingin memakan nasi berlaukkan ayam kampung.  Hussin memasak nasi tersebut dan menghidangkan kepada Sultan.  Berdasarkan peristiwa itulah lalu dinamakan Nasi Kebuli sempena nama Ke Bawah Duli.

Bahan-bahan untuk memasak Nasi Kebuli
  • 1 kilo beras wangi
  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu lada hitam
  • 2 sudu ketumbar
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • minyak untuk menggoreng
  • daun tutur @ daun tutor untuk menutup nasi
Nasi kebuli yang sudah hampir masak ditutup dengan daun tutor 

Cara-cara memasak Nasi Kebuli.
  1. Ayam dibersihkan dan dibuang lemak ( buang lemak ke buang kulit ? )  Gaul bersama garam dan kunyit yang ditumbuk halus dan diperap selama 4 jam
  2. Hiris bawang , halia dan serai nipis-nipis dan direndam sekejap
  3. Basuh lada hitam dan ketumbar, juga direndam sekejap
  4. Rebus ayam bersama bahan-bahan 2 & 3 sehingga empuk.  Angkat dan toskan.
  5. Ayam digoreng sehingga kekuningan.
  6. Basuh beras dan toskan.   Kemudian digoreng beras sehingga retak/patah dan masukkan air rebusan ayam.  Biar mendidih sehingga masak.  Kemudian tutup dengan daun tutur.
  7. Hidangkan bersama ayam. 
Sedikit info berkaitan dengan nama Nasi Kebuli ini, asal atau maksud nasi kebuli, adalah singkatan nama Nasi Kebawah Duli. Asal nasi ini ianya menjadi makanan warisan diraja atau Kebawah Duli Sultan Pahang. Namun sehingga ke hari ini ianya telah dijadikan salah satu santapan popular Di Raja Pahang. Kebiasaanya nasi kebuli ini akan dimasak bilamana ada keramaian atau kenduri kendara sahaja. Sumber asal Google | Resepi Kredit : http://www.kujie2.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...