Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

8 Feb 2015

GADIS ORANG ASLI CAMERON HIGHLANDS JADI MANGSA SEKS PATI

CAMERON HIGHLANDS 7 Feb. – Belum pun selesai isu penerokaan haram dan kebanjiran pendatang tanpa asing tanpa izin (PATI) di tanah tinggi Cameron Highlands, kini timbul pula isu baharu apabila gadis Orang Asli di sini didakwa dijadikan mangsa seks golongan itu.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), R. Ramakrishnan ketika mendedahkan perkara itu mendakwa, meskipun banyak aduan telah dibuat mengenainya, sehingga kini langkah penguatkuasaan masih tidak dilaksanakan.

Lebih buruk, kata beliau, ada antara gadis Orang Asli yang menjadi mangsa seks PATI telah mengandung. Advertisement Katanya, ada yang telah menggugurkan kandungan untuk mengelak dikesan ahli keluarga serta masyarakat. “Memang kita nampak kelibat PATI semakin kurang di bandar ini sejak operasi dibuat, tetapi mereka telah beralih ke perkampungan Orang Asli dan banyak masalah sosial berlaku di kawasan itu.

“Contohnya di Pos Terisu, PATI beri wang kepada gadis Orang Asli di sana dan jadikan mereka seolah-olah pelacur. Perbuatan itu semakin menjadi-menjadi. Bukan tidak ada aduan, tetapi tidak ada pihak yang ambil serius,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengi­ringi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali melawat kawasan pe­nerokaan haram di sekitar kawasan Kuala Terla dan Berinchang di sini hari ini.

Sementara itu, Mustafar berkata, SPRM akan mencari kaedah terbaik dalam mendidik masyarakat di tanah tinggi itu supaya lebih proaktif menyalurkan maklumat berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku di kawasan tersebut.

Menurut beliau, perkara itu amat penting dalam memastikan semua masalah yang berlaku di sana ter­utamanya isu penerokaan haram dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Jelas beliau, pihaknya juga berharap, dengan adanya pejabat SPRM yang akan dibuka hujung bulan ini di kawasan tersebut, masyarakat setempat akan lebih mudah menyalurkan maklumat berhubung salah laku yang terjadi itu.

“SPRM akan mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung isu kemusnahan alam sekitar di sini khususnya berkaitan dengan aspek rasuah, penyelewengan kuasa dan tadbir urus yang dilaporkan berlaku.

“Selain itu, penduduk juga perlu melihat perkara ini sebagai keper­luan dan tindakan yang perlu dibe­rikan perhatian serius kerana Came­ron Highlands adalah tempat tinggal dan tempat mencari rezeki yang jika dibiarkan akan mengakibatkan kemusnahan berterusan,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatannya ke kawasan tersebut. Sumber Utusan Malaysia
Gambar sekadar hiasan sahaja.

 Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...