Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

9 Feb 2015

AKIBAT TERDESAK, ANAK ORANG ASLI CAMERON HIGHLANDS JADI PELACUR.

Kegiatan pelacuran melibatkan kanak-kanak perempuan Orang Asli kepada pekerja asing di sini merupakan satu tindakan yang terdesak.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands, B. Suresh Kumar berkata masalah berkenaan sudah berlarutan sejak sekian lama dan pihaknya telah cuba untuk memujuk masyarakat Orang Asli untuk bersuara dan membuat laporan polis.

Bagaimanapun menurutnya, ibu bapa Orang Asli dan juga anak-anak gadis mereka terus berdiam diri kerana keluarga mereka memerlukan pendapatan daripada kegiatan pelacuran berkenaan.

Beliau berkata, mereka juga terpaksa menutup mulut disebabkan malu dan takut yang mana ia secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai pekerja asing untuk mendapatkan anak gadis Orang Asli kerana peratusan untuk mereka didakwa atau ditangkap hampir tidak wujud.

“Saya tidak merasakan mana-mana ibu bapa rela menjual anak perempuan mereka dan mendedahkan mereka kepada penderaan seksual tetapi apa yang mereka boleh lakukan?

“Orang Asli mudah terdedah untuk dieksploitasi kerana kawasan hutan yang luas sudah dimusnahkan oleh petani yang membuka tanah dan juga projek pembangunan serta kegiatan pembalakan.

“Ia bermakna mereka berhadapan dengan sumber asli yang semakin hari semakin berkurangan,” katanya kepada The Rakyat Post di sini.

Antara sumber dan juga hasil bumi yang Orang Asli boleh dapat di hutan adalah makanan, ubat-ubatan, kayu dan juga hasil hutan.

Tambah beliau, dalam beberapa kes terdapat kampung yang telah digabungkan apabila mereka berpindah ke kawasan yang telah dihuni oleh kumpulan lain sekaligus menyebabkan sumber semakin terhad.

Jelasnya, mereka juga dipaksa untuk berpindah ke kawasan di luar hutan yang mengubah cara hidup mereka kepada berorientasikan ekonomi sara hidup.

“Orang Asli sering ditindas dalam soal bayaran gaji yang dibayar serendah RM20 sehari bagi melakukan kerja seperti penyambut tetamu hotel, tukang sapu atau pelayan serta dikerahkan bekerja tujuh hari seminggu.

“Orang Asli mungkin mempunyai kehidupan yang mudah tetapi mereka juga mempunyai keluarga dan perlukan cuti rehat yang mana atas sebab ini mereka telah sewenang-wenangnya dilabelkan sebagai ‘tidak boleh dipercayai’ dan ‘malas’,” ujarnya.

Suresh berkata demikian sebagai mengulas laporan media baru-baru ini bahawa kanak-kanak perempuan Orang Asli di Cameron Highlands telah menjadi mangsa seks pekerja asing dengan beberapa daripada mereka telah hamil dan terpaksa menggugurkan kandungan tersebut.

Terdapat juga khabar angin mengatakan ada bayi yang dilahirkan tanpa mempunyai dokumentasi untuk bapa-bapa mereka.

Suresh memberitahu, walaupun ia adalah mustahil untuk mengesan jumlah sebenar kanak-kanak perempuan Orang Asli yang bekerja sebagai pelacur, namun masalah sosial tidak dapat dielakkan.

Katanya, kerajaan perlu mengambil tanggungjawab kerana gagal memastikan hak-hak Orang Asli kepada tanah yang mereka duduki supaya diiktiraf.

“Kerajaan gagal untuk membantu Orang Asli menggunakan sepenuhnya pengetahuan luas mereka terhadap sumber di hutan seperti spesies tumbuh-tumbuhan serta haiwan dan bagaimana untuk menguruskannya.

“Kerajaan juga telah gagal untuk memantau kegiatan membersihkan hutan untuk tujuan pertanian sama ada sah ataupun tidak sah,” tegasnya. - Sumber : The Rakyat Post Gambar sekadar hiasan sahaja.

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...