Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

27 Feb 2015

HAJI JABAR BIN HAJI KHATIB ENDOL BOMOH PATAH JERAM LANDAK

Penulis sekadar ingin berkongsi info berkaitan dengan bomoh patah Kampung Jeram Landak ini suatu kita dahulu, iaitu Allahyarham Haji Jabar Bin Haji Khatib Endol sememang beliau amat terkenal dengan kelebihan mengubati patah tulang atau lebih dikenali dengan nama "Bomoh Patah" boleh dikatakan beliau dikenali diseluruh negeri Pahang ini.
"Sekeping gambar yang dipaparkan ini hanyalah sekadar satu coretan kenangan. Mungkin ramai yang masih mengingati suatu ketika dahulu, kampung Jeram Landak lebih dikenali sebagai kampung 'Bomoh Patah'. Ramai dikalangan pengunjung ke kampung Jeram Landak adalah untuk mengubati penyakit yang diakibatkan oleh patah tulang. Allahyarham Haji Jabar Bin Haji Khatib Endol adalah merupakan salah seorang bomoh patah yang terkenal di seluruh Negeri Pahang disekitar tahun 1990an dahulu sebelum beliau meninggal dunia. Kepandaian allahyarham dalam bidang perubatan patah tulang secara tradisional yang diwarisi dari allahyarham bapa beliau juga menyebabkan allahyarham Hj Jabar pernah dilantik sebagai ahli urutan saraf/tulang untuk pasukan SUKMA Negeri Pahang. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan allahyarham sentiasa dikenang. Alfatihah." Sumber asal : Jeramlandak.blogspot.com

Difahamkan begitu banyak pantang larang jika kita berubat dengan beliau diantara yang pernah diceritakan larangan bagi meraka didalam tempoh masa berubat (waktu berpantang) tidak di benarkan memakan kacang bagi apa jua jenis kacang termasuk kicap, pucuk paku, dan seumpamanya. Kerana semua jenis itu jika di makan perlu dipatahkan mungkin itu simboliknya. Jika kita mengikut segala pantang laranganya insya Allah penyakit tersebut boleh diubati dengan waktu yang singkat.

Penulis juga pernah mendengar kisah mitos daripada keluarga ini sebagaimana pernah diceritakan. Bagaimana pada suatu hari kisahnya sauadara mereka telah meminjam batu asah dan batu asah tersebut telah patah, perkara ini amat mendukacitakan bagi saudaranya, jika ingin memulangkan batu asah yang patah tersebut. Lalu dengan keizinan Allah dan dengan daya usahanya batu asah tersebut telah dapat dicantumkan semula. Sama ada benar atau tidak cerita ini penulis juga tidak pasti namun pernah mendengar kisah ini secara lisan daripada orang-orang tua terdahulu akan asal usul cerita bomoh patah ini. Jika kisah diatas tidak benar harap maafkan penulis.

Alfatihah buat beliau.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Feb 2015

VIEW : KAMPUNG SUNGAI YAP, PASIR TAMBANG, KUALA REBUS, KUALA DOJA DAN PASIR DURIAN 25.02.2015

 
MASJID PASIR DURIAN, KUALA TEMBELING
KAMPUNG REBUS - PADANG PIOL JAMBATAN KUALA DOJA
KAMPUNG PASIR TAMBANG, KUALA TEMBELING
JAMBATAN KUALA DOJA, KUALA TEMBELING.
 
PANORAMA PASIR TAMBANG, KUALA TEMBELING
PANORAMA PASIR TAMBANG, KUALA TEMBELING 
PASIR TAMBANG, KUALA TEMBELING
SUNGAI YAP - PASIR TAMBANG
JAMBATAN KUALA DOJA, KUALA TEMBELING.

# Destinasi penulis hari ini 25Hb. Febuari 2015.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Feb 2015

MENGENANG SETELAH 23 TAHUN PEMERGIAN DATUK SUDIRMAN HAJI ARSHAD.

TEMERLOH 22 Feb. – Sekalipun sudah 23 tahun penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Su­dir­man Arshad meninggal dunia, namun populariti dan kehebatannya sebagai anak seni tidak pernah terhakis daripada ingatan peminat-peminat seninya.

Tidak hanya peminat-peminatnya, bahkan keluarga seniman yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun itu juga tidak pernah lupa untuk mengenang Sudirman atau lebih mesra dikenali sebagai Sudir setiap kali tarikh 22 Februari menjelma.

Sempena mengenang pemergian Sudirman hari ini, keluarga Allahyarham Sudirman menganjurkan majlis gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan penghibur itu di Tanah Perkuburan Chengal di sini iaitu tempat beliau disemadikan.

Selain membersihkan kawasan perkuburan turut diadakan bacaan Yasin dan tahlil ringkas yang dihadiri kira-kira 50 orang ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham termasuk kakak Allahyarham, Datin Rodziah Arshad yang dikenali sebagai seorang yang sangat akrab dengan Sudirman ketika hayatnya.

Sementara itu, anak saudara Sudirman, Razman Azrai Zainudin, 41, atau lebih dikenali sebagai Atai terharu dengan kehadiran kaum keluarga dan rakan-rakan membantu membersihkan kubur Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Cokman di kalangan anak-anak saudaranya.

"Terima kasih kepada semua terutama mereka atau peminat yang masih mengenang arwah. Arwah tiada galang gantinya. Saya harap kita sentiasa menghadiahkan doa dan al-Fatihah untuk arwah,” jelas Atai yang ketika zaman remajanya pernah mengiringi Allahyarham Sudirman mengadakan persembahan.

Pada masa sama, Atai turut mengumumkan keputusannya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian dan sekali gus meneruskan bakat seni peninggalan bapa saudaranya itu.Menurut Atai, dia kini sedang dalam proses menghasilkan lagu-lagu baharu ciptaan sendiri selain berhasrat merakamkan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman.

“Sekarang Atai sedang mengambil langkah untuk mendapatkan hak cipta intelek ke atas lagu-lagu arwah,” jelasnya lagi. Sumber : Utusan Malaysia.

Sedih, sekadar tinggal tangga.....
Rumah keluarga Allahyarham Sudirman di Temerloh dulu dan kini. Sudah 23 tahun pemergianya tetapi masih tidak ada usaha daripada mana-mana pihak untuk membina sebuah Pustaka Peringatan Sudirman walaupun Allahyarham Sudirman banyak berjasa kepada Malaysia. Sangat menyedihkan, amat diharapakan Jabatan Arkib Negara atau Jabatan Warisan atau di Kerajaan Pahang diharap dapat membuat cadangan untuk membina kembali rumah tersebut dan sekurang-kurangnya dijadikan rumah Pustaka peringatan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Sumber : Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Feb 2015

FOSIL TUMBUHAN BERUSIA 200 JUTA TAHUN DITEMUI DI JERANTUT

Jerantut : Buat pertama kalinya dalam sejarah negara, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah menemui fosil tumbuhan dari zaman jura berusia diantara 146 juta hingga 200 juta tahun telah ditemui oleh seorang ahli paleontologi tempatan di simpang Kota Gelanggi, Jerantut.

Usia bumi sudah menjangkau 4600 juta tahun telah dibahagikan kepada zaman-zaman tertentu. Setiap zaman ada hidupan flora dan fauna tertentu daripada fosil tumbuhan. Penemuan fosil di Kota Gelanggi tersebut hanyalah tumbuhan pada zaman jura sahaja. Pokok-pokok tersebut tumbuh dan membiak mungkin berbunga lalu berbuah dan dimakan oleh haiwan-haiwan herbivor ketika itu. Dinosaur kini semua telah pupus dan hanya tinggal kesanya sahaja. Fosil ini hanyalah untuk dikaji dan dihayati oleh manusia bahawa maha besarNya Allah yang telah menjadikan alam ini. Ikuti Lapuran penuh diruangan eksklusif Berita Harian pada 21.02.2015. Sumber : Berita Harian & Facebook.

Wassalam, Wa'allahhualam.

20 Feb 2015

SENARAI PASAR MALAM, PEKAN SEHARI DAN PASAR TANI DAERAH TEMERLOH.

 SENARAI PASAR MALAM PEKAN SEHARI PASAR TANI DAERAH TEMERLOH.
TEMPAT
HARI
MASA

 PASAR MALAM
 Pasar Malam Taman Temerloh Jaya
 Isnin
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Taman Saga
 Isnin
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Desa Murni
 Isnin
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Temerloh
 Selasa
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Kg. Dato' Shariff Ahmad
 Selasa
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Taman Tualang Indah
 Rabu
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Pakr Seri Pakr Kemuning
 Rabu
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Sri Ketumbit
 Rabu
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Kuala Krau
 Jumaat
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Lanchang
 Jumaat
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Chatin
 Jumaat
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Taman Bukit Bendera
 Sabtu
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Seri Kerinau
 Sabtu
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Desa Jaya
 Ahad
 5.00 PM- 9.00 PM
 Pasar Malam Mentakab
 Setiap malam
 5.00 PM- 9.00 PM

PASAR TANI
 Bandar Temerloh
 Khamis
 3.00 PM- 8.00 PM
 Seberang Temerloh
 Jumaat
 3.00 PM- 8.00 PM

  PEKAN SEHARI
 Pekan Sehari Kuala Krau
 Isnin
 7.00 AM - 1.00 PM
 Pekan Sehari Lanchang
 Selasa
 7.00 AM - 1.00 PM
 Pekan Sehari Kerdau
 Sabtu
 7.00 AM - 1.00 PM
 Pekan Sehari Temerloh
 Ahad
 7.00 AM - 1.00 PM
Bagi anda yang suka ronda-ronda pekan sehari atau yang ingin menjual sebarang barangan dan produk di sekitar Daerah Temerloh ini. Anda boleh tinjau-tinjau hari, tempat dan masa pekan sehari dan pasar malam disekitar Temerloh pada senarai diatas. Kebiasaannya Pasar malam akan bermula pada jam 5.00 petang dan Pekan sehari akan bermula jam 7.00 pagi. Jom ronda-ronda :) Sumber : http://www.pahang.gov.my

Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Feb 2015

MAKSUD PERIBAHASA MENARA GADING - TETEK PEREMPUAN ?

Agak terkejut juga penulis melihat Kamus Simpulan Bahasa Melayu keluaran A. Aida & Nur Sakinah ini. Sumber gambar ini diperolehi daripada Facebook. Setelah sekian lama kita semua mengetahui maksud "Menara Gading" adalah bermaksud pengajian seseorang itu belajar sehingga kepada peringkat yang tertinggi Universiti atau seumpamanya.

Persoalanya apakah benar maksudnya Menara Gading itu Tetek Perempuan? Sepertimana telah ditulis oleh pengarang Kamus Simpulan Bahasa Melayu keluaran A. Aida & Nur?

Ini adalah print screen daripada Dewan Bahasa dan Pustaka maksud "Menara Gading"

Sebagai contoh ayat di atas bermaksud penggunaan simpulan bahasa ‘menara gading’ yang merujuk kepada Universiti. Iaitu tempat di mana pelajar menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau seumpamanya.

Saranan penulis jika terdapat kesilapan pada kamus tersebut ianya perlu diperbetulkan dan ditarik semula pengedaranya, agar tidak berlaku kekeliruannya nanti buat anak bangsa seterusnya.

AAP : Sememang sumbang sama sekali dan tiada kaitan langsung menara gading dengan perkara tersebut. Dengan lain perkataan boleh kita umpamakan menara adalah sesuatu objek yang tinggi, pada bangunan atau bahagian bangunan yang tinggi untuk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yang dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; menara rumah api utk panduan kapal. Sementara gading adalah sesuatu benda yang amat berharga yang terdapat pada gajah. "biasakan yang betul, betulkan yang biasa.."

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

17 Feb 2015

INFO GAMBAR DAN SEJARAH HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM TEMERLOH PAHANG

 
 
Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki). Lokasi Gunung Senyum : Terletak di Batu Sawar 20 km dari Bandar Jengka, 40 km dari Bandar Temerloh melalui Jalan Temerloh-Jengka. Lebih kurang 46 km daripada bandar Jerantut melalui jalan Jerantut - Temerloh - Rumpun Makmur dan 149 km dari Bandar Kuantan. Hutan Lipur Gunung Senyum terletak di dalam Hutan Simpan Jengka yang merupakan jenis hutan dipterokarpa pamah. Hutan Lipur Gunung Senyum terletak di daerah Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Gunung Senyum mempunyai hutan dipterokarp bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik. Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN.

Antara gua yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular. Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya. Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.

Sejarah Gunung Senyum
Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum. Bagi mengelak rasa malu dengan Orang Besar Pahang yang ada bersamanya, baginda menamakannya Gunung Senyum kerana gelagat pegawai istananya yang asyik tersenyum.

Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum ialah mengenai kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini. Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia. Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Dari kajian arkeologi, hutan lipur ini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik.

Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri Pahang telah menjadikan puncak gunung Senyum sebagai pusat origin koordinat bagi negeri ini kerana terletak di tengah negeri Pahang. Sumber : ms.wikipedia.org

AAP - Hari ini selasa 17.02.2015 penulis telah dapat hadir kesini dan sempat mengambil gambar dan melihat panorama indah dan menarik di Gunung Senyum ini. Gambar berkaitan sekadar dijadikan perkongsian bersama.
 
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

16 Feb 2015

BANTAHAN PEMBALAKAN DI KAWASAN TADAHAN AIR KAMPUNG BAHARU JERANTUT, PAHANG

Terpanggil juga penulis untuk berkongsi Page Facebook  "Bantah Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air Kg Baharu, Jerantut. Pahang."

"Kita tidak meminta lebih dari apa yg memang yg sepatutnya kita terima.
.
Kita hanya mempertahankan hak kita, hak penduduk kg, yg memang banyak bergantung kepada kawasan tadahan air ini utk kehidupan seharian sebagai bekalan air minuman dan juga utk kegiatan perikanan & pertanian.
.
Perkara asas seperti bekalan air minuman masih menjadi isu di kg ini, walaupun sudah 58 tahun merdeka. Saya tak boleh bayangkan selepas 58 tahun, kami penduduk kg ini masih menggunapakai air bukit. Bayangkan lah....
.
Sebagai alternatif, penduduk kg rata-rata mengeluarkan modal sendiri membeli polypipe sehingga 7@8 km jauhnya untuk mengambil air dari kawasan tadahan air ini dan disalurkan ke banyakkan rumah dan juga ke masjid.
.
Sudah lah isu bekalan air ini tidak selesai, sekarang sumber & punca utama bekalan air untuk penduduk kg ini bakal dimusnahkan.
.
Dimana keperihatinan & tanggungjawab pihak pemimpin?
Dimana ke perihatinan & tanggungjawab pihak berwajib?
Adakah kami rakyat biasa boleh diabaikan dan dikontang-kantingkan begitu sahaja?
.
Pembantahan kami bukan berkenaan dengan soal politik, bukan berkenaan fahaman politik. Ini adalah berkenaan dengan perkara asas lagi penting dalam kehidupan penduduk kg. Ini berkenaan dengan "survival" penduduk kampung ini. 


Bayangkan hampir 80% penduduk kg masih menggunapakai air bukit yang datang dari kawasan tadahan hujan ini. Apa akan terjadi kepada penduduk kg kalau kawasan tadahan air ini dimusnahkan? Dimana mereka boleh mencari bekalan air utk minuman dan juga utk kegiatan ekonomi perikanan & kolam ikan mereka?
.
Kalau perkara sepenting sedemikian tidak dipertimbangkan dalam perancangan, maka perkara apakah yang pihak pemimpin atau pihak berwajib pertimbangkan?"


Harapan Admin agar perkara ini dapat membuka minda pihak berwajib akan keluhan dan kebimbangan penduduk di kampung Baharu Jerantut . Semoga ianya dapat diberikan perhatian yang sewajarnya berkaitan dengan dengan permasalahan diatas. Jom kita bersama menyokong dan menglike Page Facebook tersebut. Sumber : Bantah Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air Kg Baharu, Jerantut. Pahang.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

REVIEW : FELDA KESIDANG JENGKA 8, BANDAR PUSAT JENGKA PAHANG

Pintu Gerbang Felda Kesidang Jengka 8
Dewan Semai Bakti Jengka 8. 
 Klinik Kesihatan Jengka 8
Pekan Sehari Felda Kesidang Jengka 8, setiap hari Isnin

Hari ini penulis sambil menjalankan tugasan sempat singgah ke Felda Kesidang Jengka 8, Felda Jengka 8 merupakan sebuah perkampungan (FELDA) yang terletak antara dua bandar Jerantut dan Bandar Pusat Jengka, iaitu kira-kira 16 KM dari Bandar Jengka, dan 30 KM dari Jerantut, Pahang. Felda Kesidang Jengka 8, Bandar Pusat Jengka - Postcode - 26400.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<