Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Dis 2015

LAUT MERAH DI KUANTAN PAHANG ?

KEADAAN Sungai Pengorak dan Pantai Batu Hitam kelihatan merah selepas hujan lebat berterusan selama 2 hari yang melanda kawasan sekitar Pelabuhan dan Kuantan yang dipercayai kesan akibat Bauksit. - Foto NSTP

Insiden air laut menjadi kemerah-merahan di sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai Batu Hitam di sini, berulang lagi semalam selepas hujan lebat sejak Ahad lalu.

Difahamkan, perubahan warna air laut itu akibat aktiviti perlombongan bauksit yang mana stok penyimpanan logam itu terletak berhampiran Pelabuhan Kuantan, tidak jauh dari perkampungan Sungai Pengorak.

Gambar laut berwarna merah itu turut menjadi viral di laman media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat yang rata-ratanya mahu pihak berkuasa menyiasat puncanya.

Siasatan mendapati pencemaran berpunca daripada tempat basuhan lori membawa bauksit di kawasan Kuantan Port Consortium (KPC) iaitu kira-kira 750 meter dari sungai berkenaan. Siasatan dan penilaian JAS juga mengesahkan ia berpunca daripada pencemaran bauksit yang memasuki Sungai Pengorak sebelum mengalir ke laut. Sumber Berita Harian.

Ada otak pandai (pandai)
Ada akal pakai (pakai)
Ada bijak gadai
Ada mata pejam (pejam)
Ada mulut kunyah (kunyah)...


Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

21 Dis 2015

GAMBAR BANDAR JERANTUT SUATU KETIKA DAHULU.

Masjid Sultan Ahmad Shah Jerantut. Kini dikenali juga sebagai Masjid Lama Jerantut.
 Hari ini bulatan ini dikenali sebagai "Bulatan Mat Kilau" boleh dikatakan bulatan ini adalah bulatan pertama pernah dibina di bandar Jerantut.
Permandangan gambar jalan ke Hospital Jerantut sewaktu dahulu. Gambar ini menunjukkan proses sedang menaik taraf jalan ini dan seterusnya membina jejantas merentasi jalan keretapi sedang dilakukan pada tahun 2000 hari ini jalan ini telah ditutup sepenuhnya.
 Gerai Hijau sebelum terdirinya Pejabat Majils Daerah Jerantut
Bangunan Pejabat Majlis Daerah Jerantut sebelum digunakan pada tahun 1996

Gambar-gambar diatas sekadar perkongsian penulis untuk diabadikan didalam blog ini. Kredit dan ehsan gambar-gambar ini kepada Arin Santee dan Halaman FB Jerantut Kampung Ku.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

20 Dis 2015

ISTANA SRI TEMBELING @ ISTANA MENANTI KAMPUNG BANTAL JERANTUT


Istana Sri Tembeling dikenali juge sebagai Istana Menanti di Kampung Bantal, Hulu Tembeling. Istana ini dijadikan tempat penginapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang apabila melawat ke Hulu Tembeling, Jerantut. Gambar sekadar perkongsian -  Sumber Facebook

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Dis 2015

MATAWANG TAMPANG DIRAJA PAHANG / TAMPANG SILVER

TAMPANG SILVER ini juga lebih dikenali sebagai TAMPANG DIRAJA PAHANG kerana ianya adalah merupakan salah satu matawang yang pernah digunakan oleh keluarga diraja di Negeri Pahang . TAMPANG DIRAJA / TAMPANG SILVER ini juga dijadikan untuk dipersembahkan kepada As Sultan dan Kerabat Diraja bagi memperingati sesuatu peristiwa . TAMPANG DIRAJA / TAMPANG SILVER ini adalah diguna dalam istiadat istana , Majlis Perkahwinan Diraja dan seumpamanya dikalangan keluarga diraja di Negeri Pahang . TAMPANG DIRAJA / TAMPANG SILVER ini dikeluarkan secara ekslusif untuk keluarga diraja bagi sesuatu upacara dan Majlis adat istiadat Diraja Negeri Pahang . TAMPANG DIRAJA / TAMPANG SILVER ini hanya disimpan oleh keluarga diraja Negeri Pahang dan jumlahnya amat sedikit sahaja. 

TAMPANG ini adalah merupakan koleksi yang UNIQUE dan baru diperlihatkan kepada umum .

SPESIFIKASI TAMPANG DIRAJA
Item : TAMPANG DIRAJA/TAMBANG SILVER
Di keluarkan : Pemerintahan Sewa Raja Wan Ahmad ( 1863 - 1881 )
Bentuk : Tampang berbentuk Peramik
Kandungan : Perak/silver
Pandangan Atas : blank
Pandangan Tapak Bawah : blank
Mint Mark :cetak tulisan china LANGIT KELAHIRAN
Saiz Tapak : 72mm x 72mm
Saiz permukaan atas kon : 25mm x 25mm
Tinggi : 20mm
Berat : 29.47gram
Rarity : Unique RRRRR
Koleksi berusia 137 Tahun


Sumber Kredit  : Galeri ShaBanknote

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

16 Dis 2015

PUISI : SYAIR KEHIDUPAN

Syair kehidupan
Ada pahala
ada dosa
ada suka duka
ada tangis hiba
diduga menduga terduga
ada ingat ada lupa
senyum tangis tawa
terkadang dibawa sama
Jangan leka
Jangan lupa
hidup hanya sementara
usah leka usah lupa
apa yang diusaha
itu yang akan dibawa
baik buruk tercatat jua
pasti dinilai disana.
akuanakpahang
16.12.2015
Jerantut

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

14 Dis 2015

VIEW : FELDA SUNGAI TEKAM GETAH JERANTUT

 
Hari 14.12.2015 penulis sempat ke Felda Sungai Tekam Getah, Jerantut, Pahang. Seperti biasa menjalankan tugasan disana dan sedikit view photo-photo yang sempat diambil sebagai perkongsian bersama untuk tatapan anda semua. Di fahamkan di pinggiran felda ini terdapat sebuah kampung yang bernama Sungai Tekam, dimana nama sebenar atau nama asalnya nama Felda Sungai Tekam, Jerantut diambil. Masih terdapat rumah dan penduduk asal di kampung Sungai Tekam yang masih mendiami disini.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

13 Dis 2015

PUISI : LESAP

Puisi Lesap...
Ketika waktunya kelam
Warna jingga bagai meliputi awam
bagai ada tangan-tangan ghaib
menganding tangan-tangan kamu

menadah haloba ke langit biru
tanpa rasa sedar
tanpa rasa gundah
tanpa rasa takut
tanpa rasa curiga
tangan-tangan itu mengapai
impian perilaku kamu
semua itu milik siapa?
lupa pada hamparan bumi
menyaksikan segala...
Kini kemana arah kamu?
sedang sekelian melihat
perilaku itu...
03.08.2015

‪#‎akuanakpahang‬
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

PUISI : TIDAK SEINDAH IMPIAN

Kehidupan terkadang tidak
seindah impian...
onak duri menemani kehidupan
pahit getir liku-liku perjalanan
tetap akan kita rasai
ada yang terguris tercalar
kelam dan suram
itulah warna warni kehidupan
seumpama pelangi
datang dan pergi
namun gurisan dan
calar itu terkadang
membawa kesan abadi
sedarlah kehidupan ini
tidaklah seindah impian...

5 September 2015
 ‪#‎akuanakpahang‬


Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

PUISI : HILANG SIRNA MU...

Hilang sirna mu..
hilang kasih sayang mu...
hilang bayang-bayangan mu...
tergapai-gapai mencari seri wajah mu....
hari-hari yang kian suram...
kelesuan aku menatap segalanya....
memory yang kian pudar....

13 Dis.2015
‪#‎akuanakpahang‬
.
Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

11 Dis 2015

KAMPUNG GINTONG JERANTUT








Hari ini 11.12.2015 penulis sempat ke kampung Gintong, Jerantut Pahang sambil menjalankan tugasan Jabatan sambil itu sempat juga mengambil gambar yang berkaitan di kampung tersebut sebagai perkongsian bersama. Kampung ini terkenal dengan penanaman padi secara kecil-kecil sewaktu waktu dahulu selepas banjir dahulu penanam padi tersebut ditangguhkan, mungkin kerana rumah pum untuk menyalurkan air ke parit yang berkaiatan telah mengalami kerosakan. Tinjauan penulis pada hari ini rumah pum tersebut sudah dibaik pulih dan operasi untuk menyalurkan ke air ke parit telah berjalan seperti biasa. Jom jalan-jalan ke kampung Gintong Jerantut, Pahang :)

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

10 Dis 2015

PEMANDANGAN INDAH SEMALAM DI JERANTUT

Semalam di Jerantut - Mesjid Tengku Mahkota Abdullah
Semalam di Jerantut - Corner hadapan pasar besar Jerantut
Semalam di Jerantut - Bandar Lama @ Old Town
Semalam di Jerantut Taman I-CITY @ ICT Jerantut
Semalam di Jerantut - Jalan Tahan @ Tahan Street
 Menara jam Bandar Lama Jerantut

Pemandangan indah gambar-gambar sekitar Bandar Jerantut diwaktu malam pasti memukau pandangan anda. Gambar sekadar perkongsian bersama. Sumber gambar kredit sepenuh kepada Admin FB Jerantut Kampung Ku (JKKG) 

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

8 Dis 2015

JENIS-JENIS ERROR DOUBLE DIE (DD) MACHINE DOUBLING (MDD) DIE DETERIORATION DOUBLING (DDD) DAN JENIS-JENIS NOMBOR ASING YANG DIGUNAKAN PADA MATAWANG SELURUH DUNIA

Imej diatas hanya perkongsian penulis berkaitan jenis-jenis error atau kesilapan pada syiling yang selalu menjadi kekeliruan tentang apakah jenis error dan kesilapanya. JENIS-JENIS ERROR DOUBLE DIE (DD) MACHINE DOUBLING (MDD) DIE DETERIORATION DOUBLING (DDD) Semoga mendapat pengetahuan dan rujukan kita bersama dan juga bagi anda yang meminati dunia numismatik. Imej kedua adalah pengetahuan dan rujukan yang berkaiatan dengan nombor atau huruf  yang berkaitan pada matawang amnya bagi seluruh dunia yang telah digunapakai bagi negara-negara yang berkaitan. Semoga perkara diatas dapat dijadikan pengetahuan dan memberi manfaatnya untuk dikongsikan bersama terima kasih.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMISMATIK JUAL BELI

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<