Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Dis 2014

TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS RAGUT DUA NYAWA

 CAMERON HIGHLANDS, 30 Dis 2014 - Satu kejadian tanah runtuh berlaku di bengkel Jalan Brinchang -Tringkap di sini kira-kira pukul 5.20 pagi tadi.
Dua mangsa, seorang perempuan india tempatan bersama anak lelakinya dijumpai mati tertimbus tanah runtuh oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 6.30 pagi. Tanah yang runtuh adalah daripada sebuah bukit di bahagian belakang bengkel terbabit.  Pasukan penyelamat terdiri daripada PDRM dan Bomba & Penyelamat. Sumber FB Polis Pahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Dis 2014

GAMBAR-GAMBAR KRISIS AIR DI BANDAR JERANTUT

 
 
 
 
 
 
 
Penulis sempat merakamkan gambar-gambar ini semasa krisis air melanda bandar Jerantut. Berbagai kerenah yang dapat dilihat, ada yang berebut, ada yang berdiam diri kerana suasana sedikit kalut dan tidak kurang diwaktu seumpama ini ada juga diantara mereka masih sempat berselfie. Gambar ini adalah diantara koleksi gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa pemberian air bersih secara percuma oleh pihak PAIP di Dataran Majlis Daerah Jerantut diwaktu malam dan diwaktu siang hari.

Krisis air di daerah ini bermula daripada 24.12.2014 akibat banjir yang melanda kawasan ini yang mana mengakibatkan operasi loji air di Batu Embun tidak dapat beroperasi. Difahamkan intake di loji air tersebut tenggelam sama sekali dan menjejaskan operasi loji tersebut. Semasa entri ini dicatatkan kawasan ini masih didalam krisis air dan pihak PAIP masih lagi membekalkan air bersih di kawasan Dataran Majlis Daerah Jerantut bagi penduduk seluruh penduduk bandar Jerantut.

Bila air sudah seumpama emas, nilainya sudah menjadi bergitu tinggi. Rahmat air itu seakan hilang diwaktu air itu sedang melimpah dimuka bumi ini. Air adalah rahmat, disini barulah kita tahu bertapa air itu amat penting dan bermakna untuk sebuah kehidupan ini dan hargailah nikmat air.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

28 Dis 2014

LAWATAN PERDANA MENTERI BERTEMU MANGSA BANJIR DI JERANTUT

 
 
Menaiki helikopter khas, Datuk Seri Najib kemudiannya ke daerah Jerantut meninjau loji air Batu Embun yang terjejas akibat banjir hingga menyebabkan hampir seluruh daerah ini terputus bekalan air sejak tiga hari lalu. Hasil tinjauan, satu peruntukan khas diluluskan beliau bagi tujuan membaik pulih loji berkenaan.

Tinjauan seterusnya ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Balai Raya Batu Embun, yang menempatkan hampir 100 mangsa dari Kampung Lengka Naga, Pama Panjang, Kampung Batu Embun dan Perumahan Taman Seri Idaman.
Ini disusuli pertemuan dengan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Pusat Latihan Teknologi Tinggi Jerantut yang menempatkan 545 mangsa membabitkan enam buah kampung terjejas. Sumber Berita  : www.tv3.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Dis 2014

KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR BANJIR DI PAHANG DISEMBER 2014

 Padang Hoki Jerantut Operasi bantuan banjir ke Ulu Tembeling
 Laluan Jengka 8
 Bawahan Jambatan Feri Jerantut
 Keadaan banjir di Kuala Tahan
 Keadaan banjir di Kuala Tahan
 Tapak Pekan Sehari Kuala Krau
  Tapak Pekan Sehari Kuala Krau
 BHP Kuala Krau
 Operasi Bomba dan Penyelamat di Jerantut Feri
 Intake loji air batu Embun Jerantut
  Intake loji air batu Embun Jerantut
  Intake loji air Batu Embun Jerantut
 Jambatan Feri Jerantut

 Jambatan Padang Tengku Kuala Lipis
  Jambatan Padang Tengku Kuala Lipis
  Jambatan Padang Tengku Kuala Lipis
  Jambatan Padang Tengku Kuala Lipis

 Kampung Pagi, Ulu Tembeling
 Kampung Paya Teh Jerantut
 Tapak Pekan sehari Kuala Krau
  Tapak Pekan sehari Kuala Krau
 Pulau Dedari Jerantut Feri
 Kuala Lipis
 Kuala Lipis
 Sungai Siam PPPTR Jerantut
 Sungai Tembeling dan Sungai Tahan
 Kedai hadapan Sungai Bandar Kuala Lipis.
Sebahagian koleksi gambar-gambar yang dapat di kumpulkan oleh penulis. Terutama banjir di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Temerloh, Pahang sekadar perkongsian bersama. Difahamkan banjir kali ada antara yang banjir terbesar didalam sejarahnya. Menurut sumber banjir pada Disember 2014 ini telah melepasi rekod banjir pada tahun 1971 Sumber : gambar daripada rakan- rakan, sahabat facebook

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMIS

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<