Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

29 Sep 2014

JANJI TIADA PEMBALAKAN DAN PERLOMBONGAN DI TAMAN RIMBA KENONG.

PENDUDUK kampung dan pengusaha industri pelancongan menyambut baik jaminan Menteri Besar Pahang untuk menyelamatkan Taman Rimba Kenong. 

KUALA LIPIS - Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad memberi jaminan Taman Rimba Kenong di sini kini sudah 90 peratus selamat daripada sebarang aktiviti penerokaan, pembalakan dan perlombongan.

Katanya, jaminan itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob kepada beliau selepas satu mesyuarat Exco Pahang yang diadakan baru-baru ini.

"Saya sendiri telah berjumpa dengan Menteri Besar dan menyuarakan kebimbangan penduduk mengenai aktiviti penerokaan hutan yang mahu dilaksanakan di taman negeri itu.

"Menteri Besar sendiri memberi jaminan bahawa tiada sebarang aktiviti penerokaan akan diluluskan di Taman Rimba Kenong sama ada yang telah dimohon atau dalam proses permohonan," katanya.

Keputusan itu dibuat selepas projek pembalakan hutan dan perlombongan di kawasan seluas 190 hektar di Taman Rimba Kenong mendapat bantahan penduduk kampung, pengusaha industri pelancongan malah turut didedahkan Kosmo! sejak kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum bantahan Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Taman Rimba Kenong daripada Ketua Kampung Kuala Kenong, Abdul Rahman Bilal Endil di sini semalam. Sumber : Kosmo Online

AAP - Tertanya juga 10% itu apa ceritanya? Benarkah dakwaan 10% lagi itu yang tanpa sedar TIADA JAMINAN daripada kemusnahan. Ini bererti terdapat 1,200 ha daripada keluasan Rimba Kenong seluas 12,000 ha tersebut akan dimusnahkan? #savekenongrimbapark

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Sep 2014

WAJAR PINDAHKAN PROJEK IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN !

JERANTUT - Projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan wajar dipindahkan ke tempat lain yang lebih jauh dari Taman Negara selepas mendapat bantahan daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, pihak berkaitan perlu menilai semula projek berkenaan yang dilihat terletak terlalu hampir dengan Taman Negara dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat.

Menurutnya, pembangunan di kawasan yang sensitif perlu dilakukan secara berhati-hati memandangkan kawasan itu adalah kawasan penampan kepada Taman Negara yang mendapat perhatian dunia.

“Saya bukan tidak bersetuju projek berimpak tinggi berkenaan dibuat, tetapi harus jauh dari Taman Negara supaya kelestarian alam semula jadi yang ada di Taman Negara tidak akan terjejas.

“Berdasarkan maklum balas, apa yang dikesali penduduk ialah cara projek berkenaan dilakukan iaitu tiada dialog dengan penduduk, tiada papan tanda dan mereka seolah-olah tidak dihormati, malah saya sendiri sebagai ahli Parlimen di sini tidak dimaklumkan sehinggalah dalam perjumpaan dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) baru-baru ini,” katanya di sini kelmarin.

Sebelum ini media menyiarkan bantahan penduduk setempat, pelancong dan juga pengusaha pelancongan terhadap projek penternakan ikan sturgeon seluas 13.8 hektar di Kuala Tahan yang didakwa menjejaskan eko-pelancongan di Taman Negara.

Ekoran bantahan itu, projek bernilai RM120 juta itu kini terpaksa dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada penilaian terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA).

Katanya, jarak kawasan itu dengan Taman Negara terlalu hampir dan hanya dipisahkan oleh Sungai Tembeling yang dibimbangi akan turut terjejas akibat projek berkenaan.

Tambahnya, penduduk di situ juga bimbang bekalan air bersih mereka dari Sungai Tabung akan terjejas kerana projek berkenaan hanya terletak kira-kira dua kilometer dari muka sauk air yang diuruskan Pengurusan Air Pahang Berhad. Sumber : Sinar Harian Pahang.

AAP - Untuk kebaikan semua pihak sememangnya amat wajar projek ini dipindahkan, kami menyokong!

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SELAMATKAN HUTAN RIMBA KENONG !

"Selamatkan hutan rimba kenong" itu adalah rayuan dan kata-kata daripada banyak pihak termasuk pengusaha industri pelancongan dan penduduk kampung di Taman Rimba Kenong di sini bimbang dengan ekosistem hutan berusia 130 juta di taman rimba itu yang mungkin musnah jika penerokaan hutan di kawasan tersebut tidak disekat.

Rata-rata mereka gusar sekiranya lesen pembalakan di hutan itu diluluskan kerajaan negeri Pahang, ia akan memusnahkan alam semula jadi di Taman Rimba Kenong yang menjadi tarikan lebih 16,000 pelancong setiap tahun.

Selain itu, ia dikhuatiri menjejaskan kawasan tadahan air yang membekalkan sumber air semula jadi menerusi sistem graviti kepada penduduk berhampiran.

Taman Rimba Kenong merupakan salah satu daripada hutan lipur yang dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sejak 1988. Ia terletak di dalam sebahagian Hutan Simpan Yong yang memiliki keluasan lebih 12,000 hektar.
Wakil pengusaha industri pelancongan di kawasan itu, Mohd. Hassan Tuah berkata, sebanyak tiga kawasan blok balak berkeluasan lebih 190 hektar telah dimohon oleh sebuah syarikat bagi mengeluarkan hasil balak di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya penerokaan tiga blok kawasan balak di dalam Taman Rimba Kenong itu diluluskan, ia dikhuatiri akan merosakkan khazanah alam semula jadi di kawasan pelancongan itu. Sumber Berita : Kosmo

AAP - Apa lagi yang mampu disebut dan dirayu oleh rakyat agar hutan simpan kenong ini tidak diterokai dan dimusnahkan... khazanah alam yang amat berharga ini untuk genarasi mendatang sebagai warisan kepada anak cucu kita kelak...

Entri berkaitan : HUTAN RIMBA KENONG DIAMBANG KEMUSNAHAN
#Save Kenong Rimba Park

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BERITA LUAR BIASA : TIADA PENCEROBAHAN HUTAN DI PAHANG?

 Keadaan Hutan Simpan Lesong, Pahang akibat aktiviti pembalakan. Gambar sekadar makluman dan hiasan sahaja.

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Pahang menegaskan bahawa kawasan perhutanan di negeri itu masih berkeadaan baik dan terpelihara di sebalik laporan tidak tepat beberapa media tempatan dan pakar alam sekitar yang mendakwa berlaku pencerobohan di kawasan hutan simpan di negeri berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata, pihaknya sentiasa memantau aktiviti yang dijalankan di hutan-hutan negeri ini bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sekali gus boleh membawa kemusnahan flora dan fauna hutan berkenaan.

“Kita turut bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menerusi penguatkuasaan dan melakukan pemantauan menerusi satelit agar sebarang pencerobohan seperti pembalakan haram dapat dikesan dan pelakunya dapat kita bawa ke muka keadilan menerusi Akta Perhutanan 1984 (Pindaan 1993),” katanya.

Dalam kenyataan itu lagi, jabatan itu menyatakan proses pemeliharaan hutan di negeri tersebut turut mendapat pengiktirafan pihak antarabangsa dengan memperoleh Sijil Pengurusan Hutan di bawah Piawaian MC&I (Malaysia Criteria and Indicator) sejak tahun 2002 dan bagi tempoh 2013 hingga 2016. - Bernama

Artikel tersebut disiarkan didalam Utusan Malaysia bertajuk : HUTAN PAHANG TERUS TERPERLIHARA

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

23 Sep 2014

PROJEK JALAN PADANG PIOL - KUALA TAHAN RM 25 JUTA?

Kini  jalanraya menhubungkan Padang Piol dan Kuala Tahan sedang diperbaiki dengan kos yang dianggarkan khabarnya mencecah RM25 juta. Melihatkan pada situasi berpuluh kenderaan membawa balak seperti ini setiap hari melalui jalanraya ini, ramai juga bertanya agak-agaknya berapa lama jalan ini akan mampu bertahan?

Bandingkanlah saiz lori balak ini dengan lori disebelahnya. Berapa puluh atau ratus juta ringgit lagi dana kerajaan telah dan akan berterusan dihabiskan untuk memperbaiki jalan ini akibat lori bermuatan sebesar ini?

Satu pemandangan biasa di jalan raya yang menghubungkan bandar Jerantut dan kawasan Kuala Tahan, Hulu Tembeling. Berpuluh lori balak akan melalui jalan ini setiap hari. Apabila jalanraya rosak dan semua penduduk merungut, peruntukan dengan nilai juta ringgit akan diminta untuk memperbaiki jalanraya tersebut. Siapa yang untung sebenarnya - rakyat atau kontraktor balak atau kontraktor pembinaan jalanraya? Sumber

AAP - Pandangan penulis kerja baik pulih jalanraya ini amatlah dialu-alukan, sememang jalan ini adalah laluan utama bagi penduduk Kuala Tahan dan kawasan sekitar untuk ke bandar Jerantut dan juga laluan utama bagi pelancong ke taman negara pahang. Cuma kita hanya mempertikaikan berapa lamakah jalan ini mampu bertahan setelah dibaik pulih? Dengan situasi lori balak yang melebihi had muatan saban hari melalui jalan tersebut? tidakkah ianya bagaikan satu pembaziran kelak?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Sep 2014

INFO DAN LOKASI ISTANA MANGGA TUNGGAL, PEKAN PAHANG

 
Info berkaitan Istana Mangga Tunggal : Pada tahun 1975, Istiadat pertabalan Ke bawah DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Tengku Ampuan Pahang, DYMM Tengku Ampuan Hajah Afzan Binti Tengku Muhammad telah dilangsungkan. Upacara yang telah berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang ini telah dimulakan dengan tembakan meriam satu das menandakan Istiadat Bersiram bermula. Turut berangkat ke Istiadat Pertabalan tersebut ialah DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan YAM Tengku Mahkota Pahang. Ke bawah DYMM Sultan telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang pada 24 Oktober 1930.

Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada bulan Mei 1944 pada usia 14 tahun. Ke bawah DYMM Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang yang kelima pada 7 Mei 1974 menggantikan ayahanda baginda, Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassimu Billah Shah yang mangkat pada 5 Mei 1974 di Istana Peninjau, Padang Polo, Pekan, Pahang. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketujuh Malaysia dan memerintah daripada 26 April 1979 hingga 25 April 1984. Sumber : arkib.gov.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Sep 2014

100 PERKATAAN LOGHAT PAHANG YANG JARANG DIDENGAR OLEH ORANG LUAR.

Seratus 100 perkataan di dalam loghat Pahang yang mungkin jarang didengari dan jauh sekali untuk dimengertikan oleh orang luar daripada negeri Pahang ini jom kita lihat :

1. Moh - jom, mari
2. Koi - saya, aku
3. Aok - awak | Aokme - Kamu semua
4. Buboh - letak
5. Mereloh - tido
6. Meronoh - buang air besar
7. Membute -tidur
8. Sayap - tipu
9. Pedooh - Bohong
10. Meknye - kenapa nya
11. Jabir -  Beg plastik
12. Gebor - selimut
13. Pepalih - melampaui
14. Lat - tenggang , Contoh : lat seminggu , Tenggang seminggu
15. Tlu sungai - beloh lipis, raub, dan jerantut.
16. Tengah - Temerloh
17. Kuala - pekan
18. Sokmo -selalu, sentiasa
19. Rege -harga
20. Jenih -jenis
21. Malaih -malas
22. Jenuh - puas atau bosan
23. Meleweh - bercakap mcm nak tak nak....
24. Borok - borak
25. Kehut, kehot, kehak - letih penat
26. Gonyoh - Sental / Gosok
27. Mencayak tu - laju sangat bawak motor
28. Mengelicai - mengelupur
29. Polok - gelojoh
30. Mengelentat - mengada2 seksi
31. Mok - mak
32. Bela - membaiki / memelihara
33. Kome -Kami
34. Deme -mereka
35. Se'eh - Kenyang yang teramat sangat.
36. Manis meleting...Masam mencekut..busuk melantong...
37. Kulo/ bolong - warna kelabu tahi anjing
38. Gonggot -rambut yang digunting tak sekata
39. Secoit / sepolit - tinggal sedikit
40. Merepau - jalan dalam hutan tanpa tujuan
41. Kenit - kecil
42. Sekeceng / Terlayar - tidur sekejap sangat..
43. Melengger - Perahu yang hampir dimasuki air.
44. Sakat - mengusik atau mengacau orang
45. Merabung - kuantiti yang banyak..nasi sepingan rabung.
46. Lece - Tilam tempat tidur
47. Bahan / bantai - ikut suka / lantak kamulah
48. Sokmo - selalu, atau sentiasa.
49. Doh - sudah , Contoh : awok doh makan ker?..
50. Tok - tidak , Contoh : tok makan lagi la..kawan lapo nie..
51. Dan - sempat , Contoh : la napenye tak makan lagi?...tak dan ker?..
52. Jenuh - puas , Contoh : ntoh ler..jenuh dah koi nunggu.. ...
53. Mengkane : Mahana telekung sembahyang
54. Bahan / Bantai - pukul
55. Gohek - Mengayuh basikal
56. Gode - kacau.. kacau air, dodol..
57. Goge - hingar bingar
58. Mombong / Mumbu - penuh
59. Setoho - di sana
60. Lacuh / Leset  - tempat yang banyak dilalui atau digunakan.
61. Lehet - pekat atau melekat dipakai bagi bagi buah labu.
62. Merebang....rambut tak terurus, kiusut masai
63. Ledut - pekat
64. Merening -  Buah yang masak ranung
65. Se'man ( sebutan dengan seiman)..terkena badi/kenan.
66. Bakpe / embatnya  - kenapa
67. Cakna - ayatnya Ttak cakna - maksud tak amek peduli, tak kisah
68. Biroh - gatal
69. Getik / Gayal - Mengada-ngda (tingkah lalu perbuatan)
70. Habat - pengotor
71. Kerang - menangis dengan sepenuh hati
72. Keri - gelak guling -guling
73. Meraban - tak tentu hala
74. Hantoi - lembap, slow pergerakan
75. Lepe - cuai
76. Keknya....tetapi
77. Merohong - wangi sangat..
78. Melantong - busuk sangat
79. Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai.
80. Wabe/bala/papalih - Keterlaluab atau melampaui
81. Jamban - bilik air
82. Bolok - Benar
83. Pungkor - Penipu
84. Merahang - Pedas atau bua daripada jering, pertai.
85. Kahat. - Lenguh/ penat
86. Kenikai , Menikei - Buah Tembikai
87. Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
88. Masam Menaung - Masam Sesangat
89. Kecah - Lecak
90. Beraluih / beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa
91. Ampuh - Banjir mengenggelam rumah
92. Bentan..seladang(menyeluruh)...
93. Lecoh - (lecak)
94. Cho'ho - Longkang atau tangkung air (air buangan didapur ).
95. Motong (menoreh)..
96. Kair (ke air) maknanya..pergi ke sungai
97. Ngail - Memancing
98. Melukah - (kain yang dipakai terbuka / terselak)
99. Tohor - cetek (bagi air disungai surut )
100. Babir - degil
101. Cakap Canggih - Bahasa Melayu standart
102. Sempelet - berlumuran kotoran
103. Jebet - Muka masam @ tidak manis
104. Sempudal - suatu keadaan tidak sempurna.
105. Kohok - Bau busuk
106. Tonggong - bodoh
107. Terkebil-kebil - mata terkelik-kelik


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Sep 2014

HOTEL PAIP CANGGIH DAN UNIK DI SUNGAI LEMBING, KUANTAN PAHANG

 
 
 
Inilah tempat penginapan dibuka di Sungai Lembing, Kuantan iaitu Time Capsule Retreat. Hotel mini ini mempunyai 8 buah bilik hotel yang dibina didalam kolong konkrit. Setiap bilik dilengkapi dengan sistem penghawa dingin bagi memastikan keselesaan anda semua. Cuma tandas dan bilik mandi dikongsi bersama dan kos penginapan bermula dari RM99 semalam.

Time Capsule Retreat ini mengenakan caj yang berpatutan di rumah rehat mereka dengan harga di bawah RM200 untuk semalam. Di rumah kotej, terdapat dua jenis bilik iaitu bilik Standard untuk dua orang yang berharga RM118. Bilik Superior pula boleh memuatkan empat orang pengunjung dengan tawaran harga RM198. Caj RM30 pula dikenakan bagi setiap katil tambahan yang digunakan. Sumber : http://www.lemonpic.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KAMPUNG DOJA, SUNGAI YAP, PASIR TAMBANG

 
 
Hari ini seperti biasa menjalankan tugasan, destinasi hari ini ke kampung Doja, Sungai Yap dan Pasir Tambang. Sampai ke kampung Doja kami menemui jambatan ini masih didalam pembinaan jadi terpaksa melalui jalan bawah (jalan sementara) mencabar juga untuk sampai ke kampung ini, namun tugasan tetap dilaksanakan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Untuk sampai ke kampung ini anda perlu melalui jalan ke Felda Padang Piol dan masuk ke simpang kampung Gajah Mati dan terus kedestinasi diatas. Tugasan kami tiada kaitan dengan pembinaan jambatan tersebut cuma ada kaitan dengan perkara lainnya disana. Gambar diatas sekadar perkongsian bersama sahaja.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

16 Sep 2014

KEMALANGAN JALAN KUANTAN - SEGAMAT, PEMANDU NISSAN ALMERA DCH 3168 DICARI

Sumber melaporkan kejadian ini berlaku di Jalan Kuantan - Segamat baru-baru ini. Sekiranya benar seperti yang diceritakan, maka tindakan yang sewajar perlu diambil terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini melibatkan nyawa. Moga mangsa yang terlibat tabah dan bersabar diatas ketentuan Allah ini. Pada pihak yang tidak bertanggungjawab semoga dapat tampil dan memberi kerjasama.

"Adik ipar dan suami baru accident di jalan Paloh Hinai - Muadzam, sama lokasi bas persiaran 2 tingkat accident baru2 ni. Nissan Almera Putih DCH3168 dr arah yg sama menuju Muadzam Shah cuba memotong tapi tak sempat, kemudian himpit kereta adik ipar dan bergesel sedikit di bahagian hadapan kemudian suami adik ipar yg cuba mengelak kereta itu membelok ke kiri dan trus jatuh ke gaung di kedalaman 10 meter dr aras jalan raya.

Saksi bgtau, Nissan Almera Putih yg dipandu lelaki cina ni tak berhenti ditempat kejadian, tapi berhenti dlm beberapa kilometer dr tempat kejadian utk tgk kereta dia, kemudian meneruskn perjalanan. Kejadian berlaku dlm jam 12 tghari hari ni (Isnin 15/9/2014).   Minta tlg sebarkan no kereta ini kerana pemilik kereta ini belum menyerah diri di mana2 balai lagi.
" Sumber Facebook I ♥ PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

15 Sep 2014

AWASI : PENIPUAN SKIM GORES DAN MENANG

SCAM ALERT: Siapa yang tidak teruja apabila dinyatakan memenangi hadiah yang lumayan hanya dengan menggores sekeping kertas.

Namun, tanpa disedari ia merupakan helah licik sindiket penipuan bagi memperdaya mangsa yang tidak menyedari mereka bakal mengalami kerugian yang lebih besar jumlahnya daripada nilai hadiah yang ditawarkan.

Sindiket penipuan bagi memperdaya mangsa yang tidak menyedari mereka bakal mengalami kerugian yang lebih besar jumlahnya daripada nilai hadiah yang ditawarkan.
Sindiket penipuan yang memperdaya mangsa menggunakan taktik seperti berikut:

1. Mangsa didatangi suspek serta meminta mangsa memilih kad sedia ada yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan.
2. Suspek biasanya akan berkeliaran mencari mangsa khususnya warga emas di kawasan tumpuan seperti pasar raya dan pusat membeli belah.
3. Mangsa yang kononya ‘bernasib baik’ akan diberi pilihan memilih hadiah yang ditawarkan setelah cabutan dibuat.
4. Mangsa kemudianya diminta datang ke pejabat suspek untuk berunding tentang hadiah yang telah dimenangi.
5. Mangsa dipengaruhi supaya membayar sejumlah wang bagi mendapatkan hadiah tersebut dimana suspek sanggup menemani mangsa mengeluarkan wang di bank sebelum diserahkan.
6. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu selepas mendapati barangan yang diberi tidak berkualiti dan tidak sepadan dengan jumlah wang yang diserahkan.
Nasihat polis
1. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran menarik oleh mana-mana individu yang melakukan peraduan gores dan menang.
2. Jauhi individu tidak dikenali yang menawarkan hadiah istimewa dengan cara mudah.
3. Laporkan kegiatan gores dan menang kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK). Sumber : Facebook /Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

AAP -  Penipuan skim gores dan menang ini sudah berlarutan untuk sekian lama. Persoalan kenapa pihak berkuasa tidak mampu membendung gejala ini? Ramai mereka sudah menjadi mangsa dan kerugian mungkin sudah ratusan ribu ringgit, namun gejala ini terus beberluasa.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

14 Sep 2014

TAMAN RIMBA KENONG DIAMBANG KEMUSNAHAN ?

Pada 13.09.2014, saya telah dijemput oleh orang kampung yang diketuai oleh Tok Empat sendiri untuk meninjau kawasan yang bakal musnah akibat Pembalakan dan Perlombongan di dalam kawasan Hutan Rimba Kenong. Walaupun telah digazetkan sebagai Hutan Pelancongan namun ketamakkan manusia mengatasi segalanya. Saya melihat sendiri kawasan tadahan untuk bekalan air bersih orang kampung akan musnah dan bakal menjadi bekalan air bertoksik. Trek pelancong ke Kenong selama ini juga akan musnah.
Mereka orang kampung ini tak punya apa-apa, jangan haraplah NGO yang ternama dan popular akan turun membantu memperjuangkan hak orang kampung kerana mereka mereka tahu "orang kampung miskin, menghabiskan masa jer". Kebanyakkan NGO sekarang ini lebih kurang syarikat balak jugak, No Money No Talk...... tak kisahlah, ada sokongan atau tidak, saya akan tetap bersama dengan orang kampung mempertahankan sehingga ke perjuangan yang terakhir. Sekali lagi Syarikat Kerabat DiRaja menjadi tunggangan Si Towkey2 Balak dan Lombong Emas. Sumber Artikel : FB TAMAN RIMBA KENONG DIAMBANG KEMUSNAHAN. Jom like page Facebook : Save Kenong Rimba Park

Info :  Lokasi Taman Rimba Kenong terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang. Kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti parkir, tandas, pondok rehat, pusat maklumat, chalet, gerai, surau, jambatan gantung dan jeti. Terletak 32 km dari Bandar Kuala Lipis melalui Jalan Kuala Lipis-Merapoh dan 302 km dari Bandar Kuantan melalui Jalan Kuantan-Merapoh. Taman Rimba Kenong terletak di dalam Hutan Simpan Yong yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

"LEPAS NI, KITA MAKAN MASAK TEMPOYAK IKAN STURTIN @ STURGEON"

Tulisan mengenai projek sturgeon di Kuala Tahan di dalam majalah Mastika. Photo credit: Zaidil Akbar Md Said. Untuk berita penuh boleh dapat Majalah Mastika.


[ 10 Sebab kenapa penduduk Kuala Tahan Menentang Projek Sturgeon ]

Ramai yang bertanya kenapa projek ini di bantah oleh penduduk Kuala Tahan.Berikut adalah 10 sebab utama :

1. Ikan ini tersenarai sebagai ikan larangan import oleh Jabatan Perikanan Malaysia kerana penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan bersifat "predator" yang menggangu keseimbangan biodiversiti perairan sungai.

2. Sg Tabong yang terletak di kawasan projek ini adalah bekalan air alternatif ketika musim banjir dan kemarau .Pada masa ini, bekalan air ini masih di gunakan oleh Masjid Kuala Tahan ,Sekolah Kebangsaan ,Klinik Kesihatan dan sebilangan penduduk Kuala Tahan.

3. Lokasi projek adalah lebih kurang 2km di hulu muka sauk Sg Tembeling .Dikhuatiri sisa buangan termasuk bakteria bawaan panyakit (jika ada) akan terlepas ke Sg Tembeling dan akan mencemarkan bekalan air kepada penduduk serta menjejaskan kualiti air Sg Tembeling yang di huni oleh spesis patin,jelawat,kerai ,sebarau dan sebagainya yang menjadi sumber protein penduduk setempat serta penduduk di sepanjang sungai Tembeling.

4. Ikan sturgeon ini di katakan akan di pelihara didalam kolam kolam yang akan di bina,Namun ,kita tidak dapat menolak kemungkinan ikan ini terlepas ke Sg Tembeling akibat banjir besar dan sebagainya yang akan mengancam populasi ikan tempatan dan menyebabkan kepupusan.

5. Kawasan pembinaan terletak bersebelahan sempadan Taman Negara .Selain menyakitkan pemandangan kerana hutan asal di gondolkan ,proses pembinaan kompleks yang bising akan menakutkan hidupan liar dan menjejaskan kepelbagaian-bio serta sistem ekologi persekitaran Taman Negara .Akhirnya ,ia akan menjejaskan nama Taman Negara yang terkenal di dunia sebagai kawasan perlindungan dan santuari hidupan liar utama di Malaysia .

6. Penebangan balak akan menyebabkan hakisan tanah dan menjadikan sungai semakin keruh selepas hujan.

7.Sekto eko-pelancongan di Kuala Tahan adalah rancak sehinggakan tiada masalah peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Malah ,banyak peluang pekerjaan di isi oleh penduduk sekitar Alor Tembeling dan Jerantut.Di katakan projek stugeon ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat.Jadi ,siapakah yang akan mengisinya ? Semestinya warga asing dan akan mewujudkan konflik dengan penduduk setempat serta gejala sosial.

8. Kini pembalakan di hulu sungai telah menjadikan keadaan Sg Tembeling keruh dan proses pembinaan kompleks sturgeon ini akan menjadikan air sungai lebih keruh dan tercemar.Nasib penduduk Kuala Tahan yang hampir 90% bergantung kepada industri eko-pelancongan akan terjejas dan menyebabkan kerugian besar kepada ekonomi setempat dan negara.

9. Projek ini adalah projek FELDA tetapi di jalankan di kawasan hutan simpan di Kuala Tahan sedangkan terdapat banyak tanah FELDA di seluruh Malaysia yang boleh di gunakan.Pokok-pokok balak yang tidak ternilai di kawasan 50 ekar tersebut turut terjejas kerana pembinaan kompleks perternakan sturgeon ini.

10. Projek ini di bina tanpa perbincangan dengan penduduk tempatan.Penduduk kampong telah meminta sesi taklimat dan dialog bersama penduduk kampong d adakan di Kuala Tahan tetapi masih tidak di endahkan sehingga kini. Sumber : Kami Bantah Projek Perternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan

AAP -  Gamaknya apa rasa ikan sturgeon ini kalau dimasak tempoyak?  :) Mungkin lagi sedap daripada ikan kelah, jelawat, temoleh gamaknya :) 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Sep 2014

KAMUS LOGHAT PAHANG : LOGHAT PEKAN BANDAR DIRAJA.

Loghat Pahang secara am mungkin sama sahaja diantara satu daerah dengan daerah yang lainnya. Cuma mungkin sedikit berbeza daripada gaya percakapan dan sebutannya. Mungkin disebabkan terpengaruh dengan sebutannya lalu perkataaan tersebut dieja atau ditulis dengan sebutan daerah tersebut. Apa pun jom kita semak kamus loghat Pekan ini dan dijadikan pengetahuan bersama.

Saya = aku / kawan / kuan
awak = awok / aok / engka / ka
kamu = awok me / aokmer / wokmer / engka me
panggilan kpd org yg tidak dikenali atau tidak tahu namanya = awang / wok / mat / chot / sioh / nine / atan. ( bergantung kpd usia, tempat dan situasi. )

PERKATAAN


Acu / Ace = ( cuba )
Aruk / mengaruk = ( Mengacau / mengganggu )
Ampoh = ( tenggelam )
Antang = ( Merujuk sesuatu tempat )
Agah / Agoh = ( Gertak / sergah )

B
Babir (Babey) = ( Degil )
Bacin = ( Busuk / bau yang xmemuaskan )
Bacun = ( Penakut )
Bantai(Bantei) = ( Ikut suka / ikut dan )
Bogula = ( Buah gula / gula -gula )
Bakpe = ( kenapa begitu? )
Bertonyeh = ( Mengadap / menyakat )
Balor(Baloo) = ( pukul / ikut suka )
Bale = ( Bahaya )
Belanor = ( berlinang air / air tumpah atas lantai )
Bele = ( baiki / mempelihara binatang )
Belebas = ( Tembok )
Bebolot = ( Bergumpal )
Beghagas = ( Byk songeh / nak cepat je )Bejoben = ( Rambut Panjang )
Belaka(Belake) = ( semua )
Bedo'oh / Pedo'ah/Pedo'oh = ( ckp menipu / kelentong )
Bedongei = ( Berkelahi / Gadoh )
Bengkek = ( Bengang )
Benggey = ( Bodoh / berbongol )
Berdarang(Bedaghang) = ( jadi haus / nipis / jarang )
Berdering = ( Teramat sangt )
Berdaung = ( Bunyi yang kuat )
Berbaloh = ( bergaduh )
Berbilar = ( bargaris2 / berbelang2 )
Berkaroh(Bekaghoh) = ( Kotor )
Berambi(Beghambi) = ( beralus / hati2 )
Beronor = ( Beragam / banyak kerenoh )
Bembat = ( Pukul )
Bercepida / cepida = ( lari laju / mencicit )
Bercelabir = ( koyok rabok )
Berselayot = ( Berjurai / bergantungan )
Berjehek = ( tak habis / buat punoh )
Berlengas = ( Melekit )
Berlemein = ( berkilat / berminyak )
Bersepu'as = ( berdanu / sepudey / kotor )
Berpinor = ( pusing mata )
Berkampong = ( Jarak yang jauh )
Berkarat = ( Berkelahi )
Bertenjet = ( berdiri atas jari kaki / menjengket )
Beskei = ( Basikal )
Betapuk = ( Kotoran / bertompok-tompok )
Birat = ( Bertanda / kesan berjalur )
Biroh = ( Gatai / miang )
Birei = ( Tepi bucu )
Bobok = ( Ckp menipu / besar )
Bojei = ( Boroi / benda tersendat nk tkeluar)
Bongkeh / ongkeh / congkey = ( mengeluarkan sesuatu )
Bok = ( bawak )
Boko = ( dulang / talam )
Boyok = ( Main kejar - kejar )


Cakne = ( Ambil kisah / peka )
Cagang = ( tegak )
Cair beley / cair londe = ( terlalu cair )
Cebet = ( jinjing / kepit )
Cebok = ( bekas ambil air / cengtong )
Cekit = ( Cubit Halus / cekik kecil )
Cemuih = ( Jemu / Bosan )
Cempida - Lari lentang pukang.
Cekok / secekok = (berani / /ukuran bg segenggam sayur )
Cending = ( kurus / mengjengkelkan / annoying )
Cengengeng = ( Terlalu Manja )
Ceporeng = ( Comot / kesan kotor )
Cengkadak = ( Hal / masalah / songeh )
Cike = ( muntah2 )
Cikenit = ( sejenis binatang kecil suka mkn darah manusia )
Copey = ( letak sesuatu di hujung / bucu )
Colot = ( melurutkan / lucut )
Cokeng = ( terangkat )
Celabok = (Jatuh )
Cukar / kukar = ( Cakar )
Culas = ( Malas / liat sngt / susah sngt )


Dabei = ( kolar baju )
Damor = ( Berbekas / Kesan )
Danu/ Danor / berdanu / Berdanor = ( Kotor / daki )
Deras = ( cepat skit )
Dedor = ( suam2 )
Dugal = ( Loya )
Dok = ( tidak )
Dok eh = ( tak lah )

Erot = ( tak Lurus )
Encot = ( Jalan xbetul )
Enggeh = ( bangang / kebodohan / gila )

G  
Garit : ( Calor )
Gebor = ( selimut )
Gelenya = ( berpeleseran / gedik )Gelendang = Lalu Lalang depan orang )
Gelembong = ( ada Ruang Kosong timbul )
Gereseng = ( Periuk Besar )
Gerudung geradang/ begerapok = ( bising sangat )
Gertok = ( Sergah / Ugut )
Geretok = ( Jambatan )
Geronyeh = ( kunyah / makan )
Getan = ( geram / mencuit hati ; merujuk kpd benda yg comel terutamanya )
Getek/Ghetek = ( Juga / mintak )
Gege = ( gelak ketawa hingga mengigil badan )
Gendembir = ( Perut byk lemak / lembik )
Gedabak = ( Besar sngt )
Gedoboih = ( Besar sngt )
Gelegor = ( Besar sngt )
Gelebeh/ geleber = ( Berlipat2 / berkedut2 )
Gohek = ( kayuh )
Gamoknya = ( Agaknya )
Gobok = ( almari )
Garut = ( calar )
Ganyut = ( terlalu tua )
Godey = ( kacau sesuatu dalam bekas )
Gostan = ( Undur / reverse )
Gonyeh = ( Kunyah / Mamah )
Gonyuh = ( Gosok kuat2 )
Godong / Rodong = ( Kawan2 )
Ghebeh = ( Jatuh / bukan dari kedudukan asal )


Haek = ( yang )
Hampuras = ( teruk sngat )
Hencang / Nyok / Tijok = ( Pijak )
Himun = ( Belagak / megeng / ma )
Henje = ( duduk tok kira doh / ikut suka / ikut dan )
Hogoh / ogoh = ( Goyang / goncang )
Hogek = ( Goyang / goncang / hogoh )


Jabir = ( plastik beg)
Jabuk / berjabuk = ( Janggut @jambang / tunggu lama )
Jelatat = ( ligat / mcm gedik2 )
Jebik = ( Buat Bibir bawah ke depan )
Juweh = ( dagu panjang Gigi kedepan )
Jemerang = ( Menyeberang / melintas )
Jenuh = ( Puas )
Juring = ( Hirisan / seiris )Julei / Juntei = ( Juntai )
Jeneghe = ( Lena )


Kabir = ( Lambai / Panggil )
Kebir - kebir = ( tidak tahu menahu )
Katang = ( tegap / sasa )
Keletark = ( contoh hasil Bunyi sesuatu )
Kamtandang = ( Macam Mencarut )
Kampit = ( Bahasa Kasar / mencarut dlm bahasa pekan )
Kanguk = ( bodoh )
Kantup = ( tutup )
Kapor = ( berkapor / bersepah2 / selerak )
Karang = ( Nanti )
Karok = ( daun nyu ikat menjadi obor utk berjalan malam zaman2 dlu )
Kebuntor = ( Perut buncit Terlampau kenyang )
Kecek = ( meminta/ memujuk)
Kedahlun = ( Bodoh melampau )
Kebegholah = ( Teghime Padoh )
Kekwi = ( Jakun / Tidak Pernah Tengok )
Kelembur / Gelebor = ( Telalu Kotor - air )
Kelentong = ( Menipu/ bohong / alat yg diketuk tanda waktu solat )
Kelepit = ( Sengseng Baju / Seluar )
Kelepek = ( Mencuri )
Kelekek / mengelekek = ( ketawa kecil ; berbunyi "kik kik kik " )
Kelelek / kelelet = ( Gelecek bermain bola )
Kelepei = ( Dompet )
Keladok = ( Kotoran dalam air )
Kendian = ( Kemudian )
Kerang = ( Ketawa yg malmpau / sampai x berbunyi )
kelokogh = ( Comot / sepudey )
Kepat = ( hisap )
kepek = ( Kemik )
Kerang = ( kelaka giler )
Kerebek / kebek / belek = ( Mencari / teliti sesuatu )
Kerit = ( Tikus mengigt sesuatu barang )
Keruk = ( garu )
Ketey = ( Cubit )
Keteh / kutih = ( kuping / cabut )
Ketoyong = ( pening/ pusing mata )
Kesot = ( Beralih tempat sikit )
Keset = ( Kemam )
Kememi = ( manja / mudoh nangis )Kokak = ( Barang yg x berkualiti )
Kekoh / Konkang = ( gigit )Koh = ( Makin )
Kokot = ( kaut / ambil )
Koman = ( niat perlekehkan / merendahkan / ketinggalan )
Konar = ( belok )
Kohot = ( Penat / semput )
Kohong = ( busuk / bacin sangat )
Kukor = ( Parut / mesin Kelapa )
Kupi = ( tin )
Kupik / Kemut = ( kedekut )


Lagong = ( hantuk )
Ladung = ( melimpah )
Lantak = ( Biar / ikut suka )
Lantong = ( Sepak bola / pukul / pepah )
Lok = ( di biar / lantak )
Lorat = ( kalut / leceh )
Lehet = ( Pekat )
Lobe = ( Membazir / guna kuantiti yang banyak )
Lontor / Lempor = ( Membaling sesuatu )Lele = ( Terus / Pada Masa itu juga )
Lewehh = ( Lambat/ lembab )
Lewoh = ( Banyak /keluar dgn byk )
Lesey = ( Letak sesuatu tanpa alas )
Leset = ( Kesat )
Lema = ( Lembik / Masuk angin )
Lembang = ( basah / bersepah)
Lemboh = ( takungan air kumbahan yg kotor/longkang tanah )
Lece = ( tilam )
Ledot = ( Pekat )
Lendut = ( dok tegang / Kendur )
Lepuk / cepuk = ( Pukul kepala degn tangan )
Lepe = ( Leka)
Lepek = ( xdaya / xroot / membiarkan sesuatu )
Lepok = ( Pukul / balo )
Lengkang = ( pukul / backhand )
Lengit = ( Kalah )
Lengat = ( sejenis bekas bulat acuan buat roti naik )
Lolong = ( Teriak / Menjerit )
Lohot = ( longgar)
Loko = ( Kereta Sorong )
Lokoh = ( comot / berdanu )
Longkoh = ( xkemas /xketat )
Locot = ( Terlepas )
Lodoh = ( Buruk sangat )
Lompong = ( Berlubang / Kosong )
Linyar = ( Licin )
Libun = ( Tidak waras / gila / kalut )
Lenjer = ( Leleh / tuih )
Lunyei = ( Hancur /lunyai )
Lutu = ( Pukul / serang )


Mamoh = ( Mengunyah )
Mamun = ( Bosan / hamun )
Maklok = ( tengah2 / menghalang )
Mua/ mue = ( Naik Lemak / Sifat nakal yg kerterlaluan )
Memar /memor = ( Rasa sereban / xsihat /sakit2 )
Mang taru = ( Berpusu - pusu )
Maru = ( Melampau )
Megok2 = ( tiba2 / xsemena-mena)
Menikei = ( Tembikai )Menaun = ( Pergi Lama sangat )
Menonong = ( tak hiraukan sekeliling terutama ketika berjalan )
Meraban = ( Melalut / merepek / toh bnda2 / tak tentu arah)
Meroyan = ( Angau )
Meropeh = ( Menyelengkor / mengeledah )
Mereloh = ( Tido / membuntang biji mata )
Mengkarak = ( jahanam / punoh )
Mengaga / mengagau = ( mencari2 sesuatu yg tidak dijumpai )
Mengkei / Kerang = ( gelak sakan )
Mencing = ( besar )
Mengelinyar = ( Tak duduk diam )
Mengeleding / mengelewang = ( Tidak Lurus )
Mengelatat = ( Wat keje laju2 / xreti duk diam )
Mengeling = ( Menjeling / memandang tak puas hati )
Megeng / ma = ( belagak / sombong / tunjuk samseng )
Mengkane = ( Telekung )
Molo = ( bekas botol plastik )
Mongkong = ( letih/ sakit belakang )
Melantok = ( Makan )Melaor = ( x berapa nak lurus ) Melaro = ( Merayau )
Mencalong = ( Sakit Perut / cirit )
Melayot = ( Tinggi setingginya )
Melere = ( Menyinggah2 sesuatu tmpat )
Melantong = ( Bau busuk sangt2 )
Melaho = ( Melepak )
Melenggong = ( Termenung )
Menteban = ( Tidak tau kemana )
Mentibang = ( Lari dengan pantas / sekelip mata )
Mensabah = ( Munasabah )
Menerimis = ( Kotor)
Menyempey / Menginding = ( Duk Rapat/ Duk Dekat )
Membeser = ( Buang Air Besar )
Memabor = ( terhuyu hayang )
Menderu = ( Laju / banyak )
Memerun = ( Membakar )
Mereng = ( Nyanyuk / biul )
Merepeh = ( Menyelongkor )
Merekek = ( Ketawa terbahak2 )
Mee Batang = ( Mee Lidi )
Mee Kasor = ( Mee Kuning )
Mee Aluih = ( Mihun)
Mencanok = ( pegi dgn laju )
Mempulor = ( tangkai dalam Buang nangka/ cempedak )
Mengempor = ( tidak lurus / tergelincir dari lurus )
Mengelepor = ( Beria / Excited )
Menjeler / berjeler = ( Panjang amat )
Menjejei = ( Meleleh / berlenjer )
Mencicit = ( Lari dengan laju / Jauh ke belakang )
Mencior = ( menangis )
Menciak = ( Sangat / banyak )
Mentit = ( Perut Bulat Kenyang )
Menciput = ( Lari dengan laju )
Menyempir = ( Menyibuk / mendekati )
Moh = ( Mari )
Moktan = ( rambutan )
Mumbu = ( penuh melimpah )


Nangul = ( Degil )
Nanor = ( oteng / Tak berapa betul )
Ngelong = ( mengelewang / bengkok )
Nulis = ( Tulis )
Nu ha = ( Kat sana )
Ngok = ( Dungu)
Nyanyor = ( Terhuyung - hayang )
Nyayut = ( Tinggi sangat / sayut )


Oghang = ( saya )
Omih / homih = ( bertih / Banyak cakap )
Oteng = ( pening kepala )


Pa = ( dompet )
Padoh = ( Padah )
Paner = (Xtau benda / blur )
Pangkor = ( Pukulan kasar tala atas belakang sesorang )
Parok = ( Lebih / teruk )
Pa'ak = ( Bau Masam / hapak / hamis benda lama yg terperap )
Pecat = ( lerai / tanggalkan 1 per 1 )
Pe'el = ( perangai )
Pekung = ( busuk/ bau daging luka )
Pelangkong = ( Ketuk )
Perentan = ( Zaman ini/ketika ini/kaitan masa )
Pentan = ( Musim )
Piaq = ( kena rotan )
Pede = ( budu )Pedooh = ( Menipu / cakap Bohong )
Perka = ( Huduh / xelok )
Petap / Petak = ( Raba / Pegang )
Peweng = ( Senget / tak tepat )
Pukang / terpukang = ( Jatuh )
Punoh = ( Musnah )
Pundang = ( Balutan Luka khatan )
Poda = ( Bedak / powder )
Pompeii = ( Funfair )
Pokoh = ( Memecah Sesuatu )
Polok = ( sumbat / menyumbat dgn byk )


Rabok = ( mata ~ x cukup tido / koyak besar )
Rajin = (Pernah)
Ralit = ( Khusyuk )
Ranggoh = ( Masuk cara paksa / langgar )
Rebeh = ( senget sebeloh )
Relei = ( Hancur / pecah )
Rembas = ( hempas )
Reng = ( Tenaga / kederat )
Rengkut = ( gatai sangt / gatai rengkut )
Rejang = ( Lontor / membaling sesuatu )
Renyut = ( perenyuk )


Sabit = ( Penyebab )
Sapan=( rosak )
Sayot = ( jauh sejauhnya )
Sebobot = ( Serabut )
Seghe = ( Agar - agar )
Se'eh = ( susah / sukar / juga keadaan tlampau keyg yg mbawa ksukaran utk begerak )
Secotek = ( Sikit )
Secotek wett = ( Terlampau sikit )
Selett = ( Sapu / kesat pada sesuatu )
Selak /seilok = ( Beria / kerebek @menyeilak )Selalu = ( Sekarang )
Sekoh = ( Dahan pokok patoh )
Sepitey = ( hospital )
Siyor = ( mangkuk tingkat )
Sepan = ( kampit / Jahat / perkataan secara bergurau )
Seperoh = ( alas utk hidangan makan )
Sependa = ( seluar dalam )Sepudey = ( Hancur )
Semba = ( Jatuh )
Sempeng = ( senget )
Semoh = ( cara berubat )
Selambok = ( banyak / besar )
Selenger = ( Poyo / Dungu )
Senteng = ( Singkat )
Selengor = ( Bau yang kuat )
Selebey / serebeh = ( Tidak terurus / tidak kemas )
Serabai = ( Tidak terurus )
Seranggoh = ( rongak / berceracak / teklok )
Sereban = ( Kebas )Sering = ( Sakit )Serun = ( Risau / seram / takut )
Seronyeh = ( Kenyuk/ Serabai )
Serdabok = ( besar sangt / byk sngt )
Setotok = ( huduh )
Setambun / setambok = ( besar / debak )
setongkoh / setongkol = ( byk / besar dlm bentuk seketul yang besar )
Sepai = ( Pecah / jahanam )
Sepat = ( soyok / tanggal /koyakkan / *selain nama ikan )
Sede = ( Mudah )
Sekeh / seligi = ( Ketuk Kepala )
Senalor / senyalor = ( degil / keras kepala/ ikut dan dier )Sidang = ( Berhenti - Hujan )
Sibey = ( terlantor / Tercampak / terjatuh )Sipey = ( Gila / Sewel )
Sopak = ( terkupil )
Soyok = ( Koyak )
Stalat = ( menghentam dahi sesorang mengunakan jari jemari )
Spelet = ( Menyepak dengan luar kaki )


Tago = ( teramat besar )
Tagang = ( Bertaruh )
Taih = ( cair/lebur akibat kepanasan )
Taghok = ( letak )
Tirup = ( terjun )
Terap = ( Baring / telantar belakang )
Tenggek = ( Duduk Atas Sesuatu )
Terbih = ( Runtuh )
Terabor = ( Berselerak / tidak tersusun )
Tege / tegei = ( laluan sedikit mendaki / tebing)
Tenor / goge = ( Bising / riuh sangat )
Teleng = ( kepala disengetkan )
Teklok = ( Tidak cantik / tidak kena pada sesuatu )
Timbuk = ( Kacau )
Tibai = ( Pukul / hentam / balo )
Tembay / Embe = ( Lembab / lambat / tak larat )
Tepek = ( Tampal )
Teweng = ( Tidak Lurus )
Tonyuh = ( Gosok kuat / Tunjal mngunakan jari )
Tonyeng = ( Berbalah / bertaki )
Tonggek = ( menonggeng )
Tohor = ( cetek )
Tohit = ( Tumpu betul )
Ta' Roh = ( Kikis / potong sikit )
Terbeliok = ( nak terkeluar biji mata )
Terpele'ot = ( terkehel )
Terseipat / tergeloceh = ( Tersempat / tersadung )
Tedagul = ( Terhantuk pada sesuatu )
Terpelus = ( Terjatuh - Dlm Lubang )
Tus = ( belenjer / meleleh )
Tubir = ( rendah sikit dari busut )
Tutoh = ( tebas / potong dahan hujung )
Tale = ( Arah / tuju )


Urong = ( usung / hingap )
Unting = ( Target )


Wabe / Merobe / robe = ( Tidak Munasabah )
Wakang = Tak guna

ISTILAH

Air Mati = ( Air Masak )
Air Wap = ( Air sejuk yg dalam peti sejuk )
Abih gheng = ( habis kudrat/usaha )
Abik nok = ( Rasakan / padan muka )
Ayam utuk = ( lemah / org yg kalah )
Bagei nok hadamat = ( gempak gempita )
Bahan berlembang = ( bersepah - sepah )
Bior Pasei = ( Biar Betul )
Bior ke lantok = ( biarlah macam tu )
Bising bangor = ( riuh rendah )
Berjaman un = ( berkurun lama )
Bercera daroh = ( Berdebor Sangat )
Besar Gajah = ( Besar sangt / dewasa )
Buruk lantok = ( kuat makan / makan gelojoh )
Burung Kelengkeng = ( Burung Enggang )
Buang majei = ( buang sial )
Cari keberoh = ( cari penyakit )Cakak Canggih = ( mengunakan bahasa melayu yg standard )
Dan = ( Sempat )
Duit cerun = ( duit syiling atau kecil )
Dok rajin = ( tak biasa )
Ntoh = ( Entah )
Hai Weh = ( kata seruan terhadap sesuatu yg x menyenangkan )
Hujan Lesok = ( Hujan Lebat )
Gelap pokok hari = ( menandakan cuaca mendung )
Ikot dan = ( lantok / biarkan je / ikut suka )
Jangan tebing = ( Jangan buat xkisah / Jangan Buat main )
Jauh jenat = ( Sangat Jauh )
Kus semangat = ( Terkejut / sst yg xdpt nak digambarkan )
Kurus Kerempeng = ( Tersangat Kurus )
kemain = ( Bukan Main )
Kelambu Rusa = ( selimut / kain tergantung untuk berkhatan )
Kucing berkarat = ( kucing bergadoh )
Loh la aok = ( biar la awk tuh )Le Le = ( Nak segera / Terus Pada Masa itu )
Mengarit hari = ( magrib/ senja )
Muntah Lewoh = ( Muntah dgn byk )
Muda ceda = ( sangat muda )
Misai Repang = ( misai yg lebat dan huduh )
Nakal Merengus = ( Nakal yang amat )
Panas Berdering = ( Panas sangt / tengahahari )
Parang lading = ( parang panjang )
Pusing mata = ( pening kepala )
Poh Padoh = ( merujuk kepada teruk sngt )
Salam kokot = ( salam berisi sedekah terutamanya ketika kenduri )
sama limun / sama libon = ( Sama naik / mengikut )Sidang = ( Berhenti - Untuk Hujan )
Tanok nasi = ( masak nasi )
Tengah Mak lok = ( Betul - betul tengah )
Tak emboh = ( tak nak )
Telinga Cegeng = ( telinga panjang )
Terkangkang terkiap = ( Aksi seseorang terkangkang )
Toksoh = jangan
Tok semengah = ( tak senonoh )
Tok dan = ( tak sempat )
Tok Pade = ( tak berpada / Tak ambik serius atau kesah )
Tok rot = ( tak larat / penat / letih )
Tok Semena - mena = ( secara tiba2 )
Tua Renta / tua hogek = ( Tua sangat2 )
Ulo lipan = ( adik beradik yg belum pulang ke rumah )
Zaman tori = ( Zaman Lama / dulu kala )
 
KATA SIFAT
Besor hogey = (besar panjang)
Hancing pering = ( bau kencing )
Hitam berlentum / Hitam berletekk = ( terlalu hitam )
Hitam Lokoh / hitam kelekeh / Hitam Legam = ( Tersangat hitam )
Keras kelentung = ( Keras sangat2 )
Kurus Keding = ( Sangat Kurus )
Manis meletin = ( Manis teramat sngt )
Masam mencekut = ( masam amat )
Masin melengkang = ( Masin sangat )
Pahit Melepang = ( terlalu pahit )
Panas Merahang = ( Panas sngt2 / panas tgh hari )
Panas Melengin = ( Panas beruap2 )
Putih melepok = ( Putih sangat )
Repang Rahat = ( busuk sgt spt bau getah sekerap / bau yg meruap2 )
Tawor Hebei = ( Rasa Tawar sangt2 )

Sumber : loghat Pekan ini kredit kepada Admin Facebook Budak Pekan | Post by :   AKU ANAK PAHANG Kamus ini akan dikemaskini sekiranya mandapat makluman daripada anda semua.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TOKOH BUDAYA PAHANG : BIODATA DATO' ARIPIN SAID

DATO' ARIPIN SAID (Aripin bin Said)

Lahir 11 Disember 1948, di Kampung Batu Bor, Mukim Bera, Temerloh, Pahang. Di alamat 25, Jalan 1/4, Kembangsari, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

ARIPIN SAID, penulis sastera kreatif yang juga terkenal dengan cerita dan lagu-lagu rakyatnya. Beliau membuat penyelidikan mengenai budaya tradisional sekali gus menulis dan menyanyikan lagu-lagu tradisi tersebut.

Aripin menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bohor dan Sekolah Kebangsaan Kuala Bera, Pahang. Pendidikan menengahnya pula di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh. Beliau memasuki Maktab Perguruan Kuantan pada sesi 1967/1969. Setelah keluar dari maktab pada tahun 1969, Aripin mengajar di beberapa buah sekolah di Terengganu dan Pahang. Jawatan terakhirnya dalam bidang perguruan ialah sebagai Guru Besar di Sekolah Triang, Pahang. Pada sesi pengajian 1976/1977, beliau mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pada tahun 1983, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia). Aripin memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada tahun 1986 dalam bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama. Kecintaan Aripin Said terhadap arena penulisan bermula sewaktu di sekolah menengah lagi. Beliau menjadi editor majalah Sekolah Menengah Abu Bakar sejak dalam tingkatan empat. Minatnya ini semakin mendapat asuhan ketika beliau berada di Maktab Perguruan Kuantan. Beliau pernah memenangi pelbagai peraduan mengarang semasa di maktab ini di samping mula menulis untuk akhbar Berita Harian/Berita Minggu.

Bersekolah pada tahun-tahun 1960-an memang sukar untuk mendapat bahan-bahan bacaan. Namun bagi Aripin Said, gurunya, Abdullah Hashim Haji Musa selalu meminjamkannya buku-buku cerita, akhbar dan majalah. Akhbar yang sampai ke sekolah di pedalaman pada waktu itu ialah Panduan Rakyat (Jawi) dan majalah Mutiara (Jawi). Ternyata budi guru ini secara tidak langsung memupuk minatnya kepada sastera sehingga berkembang ke sekolah menengah. Aripin mendapat bimbingan daripada dua orang guru yang bukan sekadar mengajar bahasa dan sastera Melayu, tetapi juga merupakan aktivis dalam bidang itu. Guru tersebut ialah Abdul Jalil Mohd. Yusof (Allahyarham) yang sering menyumbangkan rencananya di akhbar dan majalah, dan Dzulkarim Daud, seorang dramatis terkenal tanah air yang pernah bergiat dalam Kumpulan Seriwana, Singapura. Di bawah pimpinan Cikgu Dzulkarim, Kumpulan Drama Sekolah (KUSEDRA), selain mementaskan drama di sekolah, kumpulan ini juga sering membuat pementasan di sekitar Bandar Temerloh. Dari sinilah Aripin mula belajar berlakon dan menulis skrip drama.

Aripin Said dididik dan diasuh oleh neneknya, Zaleha binti Zainal Abidin, seorang bidan kampung yang terkenal di Mukim Bera. Sebagai seorang bidan, tentu sahaja Zaleha mempunyai banyak cerita, petua serta ungkapan bahasa yang menarik. Semasa kecilnya itu, Aripin Said sering mendengar neneknya bercerita.

Sehingga kini, lebih daripada 200 buah cerpen dan 200 buah puisi yang telah dihasilkannya. Karya-karyanya tersiar di pelbagai akhbar mingguan dan majalah di tanah air seperti Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Berita Minggu, Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Budaya, Mastika, Sarina, Al-Islam, Kiblat, Jelita, Majalah Sukan, Pemimpin, Sistem Pelajar dan lain-lain lagi.

Beliau juga diberi ruangan khusus dalam Dewan Sastera, yang bertajuk, "Sastera Klasik" dalam Pelita Bahasa di bawah tajuk, "Peribahasa"; ruangan "Sastera dan Budaya" dalam Utusan Zaman dan "Kebijaksanaan Silam" dalam Utusan Malaysia.

Penulis yang selalu menjelajah dari kampung ke kampung ini amat senang dengan lingkungan kehidupan yang sederhana. Penulis-penulis Pahang seperti Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Zakaria Hitam dan Ahmad Kotot (kesemuanya Allahyarham) adalah guru dunia kreatifnya, malah dianggapnya seperti bapa. Daripada tiga orang tokoh penulis besar inilah, Aripin Said banyak menimba pengalaman dan mendapat nasihat dan bimbingan.

Sepanjang kegiatan berkarya, Aripin telah memenangi beberapa hadiah sastera tanah air yang dikendalikan oleh institusi dan badan-badan tertentu. Antara hadiah yang dimenanginya ialah Hadiah Cerpen Kanak-kanak, Pustaka Kelantan pada tahun 1978; Peraduan Mengarang Cerpen Islam pada tahun 1979; Peraduan Menulis Cerita Lucu Kanak-kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka 1983; Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1987 (puisi), 1990 (cerpen), 1991 (cerpen remaja) dan 1992 (cerpen remaja). Bukunya yang berjudul Ceritera Awang Miskin terbitan Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. memenangi Hadiah Buku Kebangsaan 1990 bagi kategori klasik remaja.

Dalam beberapa tahun terdekat, Aripin lebih dikenali dengan persembahan nyanyian lagu-lagu rakyat sambil memukul rebana dan bercerita tentang akhlak yang patut ada pada anak-anak. Persembahan bentuk ini mempunyai khalayaknya yang tersendiri. Selain membuat persembahan di Kuala Lumpur, Aripin turut mempersembahkannya di Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam; di Colombo, Hanbantota, Candy, Newrwalla, Gale di Sri Lanka; di Bandung, Jakarta, Bali, Ujung Pandang dan Medan di Indonesia; di kawasan-kawasan perumahan di Singapura hinggalah ke Leiden di Belanda; di Rochester dan London di United Kingdom hingga ke negara-negara Perancis dan Jerman.

Di tanah air, beliau menjadi anggota pelbagai pertubuhan yang ada hubungannya dengan sastera, bahasa dan budaya. Antara persatuan tersebut ialah Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP). Beliau juga menjadi anggota Persatuan Asia Diraja Malaysia, Persatuan Linguistik Malaysia dan Persatuan Sarjana Melayu Malaysia. Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung DPMP pada tahun 1978/1979. Pada tahun 1978, beliau menjadi Setiausaha Hari Puisi Nasional yang diadakan di Kuantan. Pada tahun 1978 juga, beliau menyertai delegasi Malaysia ke Pertemuan Penyair ASEAN Pertama di Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Beliau juga menghadiri Pertemuan Sasterawan Nusantara di Ujung Padang, Bandar Seri Begawan, Singapura dan di Kuching.

Dalam hubungannya menangani perkembangan sastera dan budaya di Negeri Pahang Darul Makmur, beliau dilantik menjadi Ahli Lembaga Muzium Negeri Pahang bermula pada tahun 1983. Beliau juga menjadi ahli jawatankuasa kesenian dan kebudayaan di negeri tersebut. Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, sempena sambutan hari keputeraan baginda pada 24 Oktober 1990, telah mengurniakan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) kepada Aripin Said bagi menghargai kebaktiannya dalam bidang budaya. Kini Aripin Said bertugas sebagai salah seorang tenaga pengajar di Universiti Putra Malaysia. Beliau memberi kuliah tentang bahasa dan sastera di Fakulti Pengajian Pendidikan di universiti tersebut. KARYA Novel - Resah dalam Cinta. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd., 1980 Novel Remaja - Anak Kampung Batu Uban. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd., 1984 - Di Tengah Ladang Menghijau. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1988 - Menongkah Gelombang. Kuala Lumpur: Pustaka Mastika, 1989 - Suara Piano Rumah Banglo. Kuala Lumpur: Pustaka Mastika, 1990. Sumber : http://dbp.gov.my/

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

12 Sep 2014

SIMPANG PALOH HINAI - SEGAMAT PERLUKAN LAMPU ISYARAT APA TINDAKAN PIHAK BERWAJIB?

Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dengan sebuah kereta di jalan Paloh Hinai - Segamat pada pagi tadi. Gambar Ehsan Facebook Polis Pahang. 12.09.204
SEJAK bertahun-tahun lalu, penduduk meminta pihak berkuasa membina lampu isyarat di simpang empat di Jalan Kuantan-Muadzam Shah, Paloh Hinai dekat Pekan, Pahang bagi mengurangkan kemalangan di kawasan itu.
Persimpangan berhampiran Sungai Pahang itu dikatakan telah banyak meragut nyawa pengguna jalan raya berikutan ketiadaan lampu isyarat. Selain lampu isyarat, ketiadaan papan tanda peringatan kepada pemandu supaya mengurangkan kelajuan sebelum tiba di persimpangan tersebut turut mengundang kemalangan. Jalan Kuantan-Muadzam Shah merupakan antara laluan utama penduduk Pahang untuk menuju ke Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

AAP - Bilakah agaknya jalan ini akan diselenggarakan sebaiknya? dibesarkan dan dilebarkan laluan daripada simpang Gambang ke Segamat? Di persimpangan empat Batu Balik - Pekan - Kuantan - Segamat dekat Paloh Hinai sering kali berlaku kemalangan. Sebaiknya dipersimpangan ini dipasang lampu isyarat dengan kadar segera, kerana kerap kali disini berlakunya kemalangan dan telah meragut banyak nyawa. 

Kemalangan dilaluan ini sudah sampai tahap kritikal. Persoalanya sampai bila pihak berwajib tidak mengendahkan perkara tersebut? tanpa berbuat sesuatu yang memberi manfaat pada pengguna jalanraya disana? Moralnya bagi anda yang ingin atau sudah biasa menggunakan jalan ini kenalah berhati-hati, malang tidak berbau. Pasti laluan ini amat bahaya sekali terutama bagi mereka yang jarang melalui kawasan tersebut.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 Sep 2014

SENARAI DAN NAMA WILAYAH LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (LKTP) FELDA DI PAHANG.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) (bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum seperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia. - Wikipedia.org

Berikut ialah senarai tanah rancangan FELDA yang terdapat di Negeri Pahang Darul Makmur.

Felda Wilayah Kuantan ( PAHANG )
1. Felda Bukit Goh
2. Felda Bukit Sagu 01
3. Felda Bukit Sagu 02
4. Felda Bukit Sagu 03
5. Felda Chini 01
6. Felda Chini 02 -
7. Felda Chini 03
8. Felda Chini 04
9. Felda Chini 05 -
10. Felda Chini Timur 01 -
11. Felda Chini Timur 02
12. Felda Chini Timur 03 -
13. Felda Kampung New Zealand
14. Felda Keratong 01
15. Felda Keratong 02
16. Felda Keratong 03
17. Felda Keratong 04
18. Felda Keratong 05
19. Felda Keratong 06
20. Felda Keratong 07
21. Felda Keratong 08
22. Felda Keratong 09
23. Felda Keratong 10
24. Felda Lepar Hilir 01
25. Felda Lepar Hilir 04
26. Felda Lepar Hilir 02
27. Felda Lepar Hilir 03
28. Felda Lepar Utara 01
29. Felda Lepar Utara 02
30. Felda Lepar Utara 04
31. Felda Lepar Utara 03
32. Felda Selanchar 01
33. Felda Selanchar 02
34. Felda Selanchar 03
35. Felda Selanchar 04
36. Felda Selanchar 05
37. Felda Selendang 01
38. Felda Selendang 02
39. Felda Sungai Panching Timur
40. Felda Sungai Panching Selatan
41. Felda Sungai Panching Utara

Felda Wilayah Mempaga (Pahang )
1. Felda Bukit Damar
2. Felda Bukit Kepayang
3. Felda Bukit Mendi
4. Felda Bukit Puchong
5. Felda Chemomoi
6. Felda Chegar Perah 01
7. Felda Jenderak Selatan
8. Felda Jenderak Utara
9. Felda Kechau 01
10. Felda Kemasul
11. Felda Kampung Sertik
12. Felda Krau 01
13. Felda Kumai
14. Felda Lakum
15. Felda Lembah Klau
16. Felda Lurah Bilut
(FELDA TERAWAL DI MALAYSIA DI BUKA PADA TAHUN 1958)
17. Felda Mayam
18. Felda Mempaga 01
19. Felda Mempaga 02
20. Felda Mempaga 03
21. Felda Mengkuang
22. Felda Purun
23. Felda Rentam
24. Felda Sebertak
25. Felda Sungai Kemahal
26. Felda Sungai Koyan 01
27. Felda Sungai Koyan 02
28. Felda Sungai Koyan 03
29. Felda Tembangau 01
30. Felda Tembangau 02
31. Felda Tementi
32. Felda Tersang 01
33. Felda Tersang 02
34. Felda Tersang 03 -
35. Felda Tersang 04
36. Felda Triang 01
37. Felda Triang 03

Felda Wilayah Jengka ( PAHANG )
1. Felda Jengka 01 (Anggerik)
2. Felda Jengka 02 (Cempaka)
3. Felda Jengka 03 (Dahlia)
4. Felda Jengka 04 (Kemboja)
5. Felda Jengka 05 (Kekwa)
6. Felda Jengka 06 (Keembong)
7. Felda Jengka 07 (Kenanga)
8. Felda Jengka 08 (Kesidang)
9. Felda Jengka 09 (Kesumba)
10. Felda Jengka 10 (Mawar)
11. Felda Jengka 11 (Melati)
12. Felda Jengka 12 (Melor)
13. Felda Jengka 13 (Puteri Malu)
14. Felda Jengka 14 (Raya)
15. Felda Jengka 15 (Semarak)
16. Felda Jengka 16 (Sena)
17. Felda Jengka 17 (Sri Pagi)
18. Felda Jengka 18 (Seroja)
19. Felda Jengka 19 (Siantan)
20. Felda Jengka 20 (Tanjung)
21. Felda Jengka 21 (Teratai)
22. Felda Jengka 22 (Terkis)
23. Felda Jengka 23 (Tonkin)
24. Felda Jengka 24
25. Felda Jengka 25
26. Felda Bukit Tajau
27. Felda Kota Gelanggi 01
28. Felda Kota Gelanggi 02
29. Felda Kota Gelanggi 03
30. Felda Kota Gelanggi 04
31. Felda Kampung Awah
32. Felda Padang Piol
33. Felda Sungai Nerek
34. Felda Sungai Retang
35. Felda Sungai Tekam
36. Felda Sungai Tekam Utara
37. Felda Ulu Jempol

Jumlah keseluruhan Felda yang terdapat di Malaysia ialah 321 Felda. Di Pahang sahaja terdapat tidak kurang 115 penempatan tanah rancangan Felda yang terbahagi kepada beberapa wilayah seperti diatas. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Federal Land Development Authority (FELDA)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

9 Sep 2014

SEJARAH ASAL USUL KAMPUNG RELONG, KUALA LIPIS, PAHANG.

Asal usul Kampung Relong menurut fakta sejarah dan salasilah yang ditinggalkan oleh datuk-nenek moyang menunjukkan bahawa nama kampung Relong diberikan oleh seorang yang bernama Tok Linggi pada tahun 1790. Tok Linggi berasal dari Kampung Bukit Meninjau,Sumatera Barat Indonesia. Sejarah kedatangan Tok Linggi ke kampung ini bermula dimana beliau bersama lima orang adik-beradik telah datang ke Tanah Melayu di mana destinasi pertamanya ialah Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan, adik-beradik ini telah berpecah dengan merantau dimana seorang daripadanya ke Negeri Perak. Seorang ke Negeri Johor, dan seorang lagi ke Negeri Selangor. Manakala Tok Linggi dan bersama seorang adiknya meneruskan perjalanan mereka dengan berjalan kaki ke Negeri Inderapura (Pahang) hingga sampai ke tempat yang dinamakan Semantan di Daerah Temerloh.

Tok Linggi meninggalkan adiknya di Semantan, sementara beliau bersama 80 oarang pengikutnya meneruskan perjalanan dengan menggunakan perahu, mudik ke hulu Sungai Pahang dan Sungai Jelai dengan dibantu oleh seorang pedagang. Tok Linggi bersama rombongan yang pertama telah sampai ke satu tebing sungai berpasir yang landai dan cantik serta banyak ikan sia datang bermain-main. Beliau telah menamakan tempat tersebut dengan nama Pasir Sia. Selepas itu mereka meneruskan perjalanan dan mendarat di Kampung Beralas dan Kampung Perlak. Mereka meneruskan perjalanan di darat dan berehat di sebuah tanah lapang yang menyerupai sebuah padang. Tok Linggi telah menamakan tempat tersebut sebagai nama Padang Tunggu, kerana di tempat tersebut mereka berehat menunggu rombongan kedua sampai. Kini tempat tersebut dinamakan Padang Tengku.

Tok Linggi bersama rombongan pertama dan kedua seramai 80 orang telah meneruskan perjalanan hingga ke sebuah tempat yang bernama Sungai Damar. Tok Linggi dan rombongan meneruskan lagi perjalanan mereka sehinggalah sampai ke sebuah bukit yang tinggi. Dari atas bukit tersebut beliau telah melihat permandangan alam semulajadi yang indah serta bentuk di kawasan tersebut seolah-olah seperti sebuah kawah yang merelong. Bukit tersebut dinamakan Bukit Peninjau dan kawasan yang dilihatnya indah dan cantik itu dinamakan Kampung Relong. Tok Linggi dan rombongannya terus menjadikan Kampung Relong sebagai tempat kediaman, dimana tempat pertama beliau menetap adalah di kawasan yang dinamakan Binjai, dan kemudian beliau berpindah pula ke satu kawasan baru yang dikenali sebagai Kuala Teha dan akhirnya di Kuala Relong.
Sumber gambar : artmelayu.blogspot.com
Tok Linggi menetap di Kuala Relong dan meninggal dunia di Kuala Relong dan dikebumikan di sebuah kawasan di tepi Sungai Teris di antara Kuala Teha dan Kuala Relong. Tempat tersebut dinamakan Makam Pusara Tok Linggi hingga ke hari ini dan ia merupakan salah satu tempat bersejarah di Kampung Relong. Tok Linggi atau nama sebenarnya Raja Ahmad telah berkahwin dengan seorang perempuan tempatan di tempat yang bernama Lubuk Yong dan meninggalkan zuriat yang disebut sebagai keturunan Tok Linggi hingga ke hari ini. Tok Linggi telah menamakan beberapa tempat diantaranya ialah Pasir Sia, Perlak, Beralas, Bukit Penijau, Binjai, Relong, Kuala Teha, Kuala Relong, Sawa dan Geta dengan mengambil nama sempena nama-nama tempat yang terdapat di Sumatera Barat dan Bukit Peninjau juga merupakan tempat asal beliau.

Dato’Linggi merupakan orang yang telah membuka perkampungan di Kampung Relong sekitar tahun 1795. Sehingga ke hari ini tidak banyak yang diketahui mengenai Dato’ Linggi dan asal usulnya. Yang mana asalnya seorang Sultan Kerajaan Johor-Riau kemudiannya menjadi rakyat biasa. Hampir sebahagian besar daripada penduduk di Kampung Relong kini dan sebahagiannya di kampung berdekatan seperti kampung Berchang, Kampung keledek dan Kampung Lubuk Kulit ialah generasi Tok Linggi. Namun begitu,sekiranya kita bertanyakan mereka berkenaan dengan teremba mereka,pastinya jawapan mereka ialah ketidakpastian dengan keturunan mereka daripada anak Tok Linggi yang keberapa atau mereka sendiri dari keturunan mana.

Teremba atau juga dikenali sebagai teromba merupakan 2 perkataan yang membawa makna yang sama. Terdapat banyak pengertian teremba atau teromba. Ada yang menyatakan bahawa teromba sebagai perbilangan adat, undang-undang yang tetap dan kata-kata adapt Teremba atau Teromba dikenali dengan nama-nama seperti terasul, tambo dan salasilah. Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan peraturan, nilai, adapt dan hokum-hukum hidup bermasyarakat. Manakala Kamus Dewan Edisi ke-4 memberi makna teremba sebagai salasilah atau susur galur keluarga atau family tree. Pada era globalisasi yang semakin menghakis nilai kekeluargaan ini, kepentingan teremba ini semakin disedari oleh sebahagian besar masyarakat yang masih lagi menghargai nilai kekeluargaan ini. Oleh sebab itulah, keturunan Dato’Linggi yang sebahagian besarnya berada di Kampung Relong, Kuala Lipis Pahang semakin membuka mata mereka untuk menjejak kasih dengan mengenali teremba Dato’Linggi ini memandangkan pentingnya kita mengenali asal usul kita dan perlunya kita mengenali keluarga kita serta insan yang mempunyai pertalian darah dengan kita untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim.

SEJARAH DATO’LINGGI BERDASARKAN KOLEKSI CERITA-CERITA LISAN KETURUNAN DATO’LINGGI YANG MENETAP DI KAMPUNG RELONG

1.    Dato’Linggi nama asalnya Dato’ Ahmad juga dikenali sebagai Lihi, Licu, Baginda Lingga
2.    Dato’Linggi pernah menjadi Sultan Kerajaan Johor-Riau
3.    Dato’Linggi pernah dijemput oleh Bendahara Pahang pada masa baginda sedang gering, menunjukkan baginda mempunyai pertalian dengan Bendahara.
4.    Dato’Linggi juga merupakan orang ahli agama, alim dan warak.
5.    Dato’Linggi dikatakan sampai ke Kampung Relong melalui jalan air (sungai) iaitu mudik Sg.Pahang, Sg.Jelai dan singgah di suatu tempat yang dianmakan ‘Padang Tengku” bersempena dengan gelaran ‘Tengku’ yang diwarisi oleh Dato’ Linggi. Dari sini beliau mudik sehingga ke Sg.Telang.
6.    Dari Sg Telang jong atau kapal yang dinaiki oleh Dato’Linggi telah ditarik dengan rotan sehinggalah sampai ke penghujung iaitu tempat yang dikenali sekarang sebagai Kampung Relong bersempena dengan keadaan kawasan yang lembah dan dikelilingi oleh banjaran/bukit (Relong). Kesan laluan jong tersebut membentuk alur sungai yang dinamakan Sungai Teris.
7.    Dato’Linggi datang bersama-sama rombongannya mendirikan perkampungan di Kampung Relong dan keturunannya menetap di sini sehingga ke hari ini.
8.    Dato’Linggi tidak memakai gelaran Sultan atau Tengku bagi menghindarinya daripada dikenali oleh orang luar yang mungkin datang untuk membunuhnya. Anak-anak Baginda juga tidak menggunakan gelaran tersebut.
9.    Dato;Linggi pernah dicari oleh orang-orang luar yang mengaku wakil Bendahara tetapi tidak berjumpa kerana Baginda menggunakan nama-nama lain seperti yang tersebut diatas.
 

Sumber.
Pepustakaan Desa Kampung Relong
dengan kerjasama Penyelia Zon 5 PD-PNM (Puan Faridah Mustafa)

Sumber dan Links:
1. toklinggi-zulkarnain.blogspot.com (salahsilah-tok-linggi-relong)
2. ainhizcom.blogspot.com (keturunan-mahudin-cucu-tok-linggi)
3. utusan (Perhimpunan 4,000 ahli keluarga keturunan Tok Linggi)
4. rajaahmad.blogspot.com (sejarah-dato-ahmad-dato-linggi-kg-relong)
5. relongkini.webs.com (sejarah)
6. artmelayu.blogspot.com (makam-tomb-of-tok-linggi-kampung-relong)
7. http://lamanperpustakaan.blogspot.com ( Sejarah Kampung Relong - Dato Linggi)

# Post By : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<