Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

27 Jul 2014

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin" Daripada AKU ANAK PAHANG

AAP - Blog aku anak Pahang dengan ini juga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 2014 pada semua sanak saundara, rakan taulan, sahabat blogger, sahabat facebook dan pengunjung setia blog aku anak pahang. Terima kasih diatas segalanya... "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin."

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TARIKH PENGISYTIHARAN PENGUMUMAN HARI RAYA PUASA AIDILFITRI 2014


Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Pada 28 Julai 2014, Isnin

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 28 Julai 2014,” katanya

AAP - Blog aku anak Pahang dengan ini juga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 2014 pada semua sanak saundara, rakan taulan, sahabat blogger, sahabat facebook dan pengunjung setia blog aku anak pahang. "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin."
 
AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Jul 2014

TIGA TAHUN WARGA KOYAN SOLAT TERAWIH, SOLAT HARI RAYA TANPA MASJID

KUALA LIPIS: Masuk bulan Ramadan ini, sudah tiga tahun penduduk Felda Gugusan Sungai Koyan dan kampung tradisi sekitarnya bersolat tarawih, solat Eidulfitri dan aktiviti ibadat lain tanpa masjid.

Ini disebabkan Masjid Muhajirin yang selama ini menjadi tempat penduduk serta musafir menjalankan aktiviti keagamaan, telah diruntuhkan oleh kontraktor yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu tiga hari sebelum bulan Ramadan tiga tahun lalu.

Mengikut perancangan asal, sebuah masjid baru bernilai RM4.5 juta yang boleh memuatkan 2,000 orang akan dibina bagi menggantikan masjid yang runtuh itu. Malangnya pembinaannya terbengkalai dan sehingga kini belum mencapai 40 peratus siap.

Sebagai alternatif, penduduk terpaksa mengerjakan solat di bangunan Dewan Orang Ramai di situ. Tetapi dikatakan mempunyai masalah besar kerana ketiadaan ruang terutama apabila generasi kedua Felda pulang beramai-ramai untuk menunaikan sembahyang raya.


Baca artikel yang berkenaan :  DISINI 
 
Bagi Timbalan Pengerusi Masjid Muhajirin, Wan Mahadir Wan Mahmud berkata, pihak berkuasa tersilap meruntuhkan masjid berkenaan tiga tahun lalu kerana ia terletak 50 kaki jarak daripada masjid baru yang terbengkalai sekarang. Sumber : http://pahangdaily.blogspot.com

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Jul 2014

NASIHAT DAN PANDUAN DARIPADA PDRM PADA PENGGUNA JALAN RAYA.

Pulang ke rumah atau kampung halaman berjumpa dengan ahli keluarga mahupun orang yang tersayang tanpa sebarang musibah amat diharapkan.

Sikap tidak ambil kisah terhadap pemanduan di jalan raya mahupun penyelenggaran kenderaan antara penyebab kemalangan berlaku.

PDRM menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya melakukan senarai semak sebelum atau semasa memulakan perjalanan.

 
AAP - Pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang tersayang, lewat sedikit tidak mengapa jangan tidak sampai langsung. Selamat Hari Raya Adilfitri maaf zahir dan batin.

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Jul 2014

BAS TERBAKAR DI KUALA LIPIS, SEMUA 42 PENUMPANG SELAMAT

KUALA LIPIS: Sebuah bas ekpress dua tingkat milik Syarikat Transnasional terbakar di KM32 Jalan Lipis- Merapoh berhampiran kawasan tapak lombong bijih besi Felda Tersang dekat sini jam 1.45 petang tadi. Bas yang dipercayai dalam perjalanan dari Puchong Prima di Selangor ke Kota Bharu Kelantan.
Dilaporkan bahawa kesemua penumpang seramai 41 orang termasuk dua orang pemandu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Walau bagaimana pun barang-barang seperti beg pakaian, barang keperluan harian kepunyaan tujuh orang penumpang tidak sempat diselamatkan kerana api merebak ke seluruh bahagian bas dengan begitu cepat.

Siasatan awal didapati kebakaran bas berpunca dari enjin bahagian belakang mengeluarkan asap dan percikan api dan terus merebak ke keseluruhan bahagian bas terbabit. #Pahangdaily

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Jul 2014

WASPADA EMPAT LALUAN MAUT LALUAN TEMERLOH - JERANTUT, LIPIS - BENTA, PEKAN - KUANTAN DAN LIPIS - MERAPOH HOTSPOT.

Orang ramai yang pulang ke kampung halaman menjelang hari raya khususnya di Pahang diminta berhati-hati apabila menggunakan beberapa laluan hotspot iaituTemerloh- Jerantut, Lipis-Benta, Pekan-Kuantan dan Lipis-Merapoh. Sumber : Sinar Harian.

AAP - Pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang tersayang. 

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Jul 2014

JAIP SERBU RUMAH PENGAMAL AJARAN SYIAH BUKHARA DI MENTAKAB PAHANG


TEMERLOH: Berpuluh-puluh buku yang dipercayai mengandungi zikir dan doa dipercayai diamalkan kumpulan fahaman Syiah Bukhara, dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di taman perumahan di Mentakab dekat sini, pagi tadi.

Dalam serbuan 3 pagi itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Agama Daerah Temerloh mendapati seramai 35 orang terdiri daripada 19 lelaki, 13 wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi berada di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu.

Ketua Unit Operasi JAIP, Mohd Anis Mohd Azmi berkata serbuan itu dibuat hasil risikan JAIP selama beberapa bulan berikutan aduan orang awam yang mengesyaki berlaku penyelewengan agama di kediaman itu.
"Siasatan awal ke atas pemilik rumah dan mereka yang berada dalam premis itu mengakui mengamalkan fahaman Syiah Bukhara.

"Difahamkan mereka berasal dari India dan mengamalkan fahaman itu sejak turun temurun tetapi tidak berdakwah kepada orang lain dan hanya mengamal dalam kalangan saudara mara terdekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Anis berkata, mereka dipercayai beribadat mengikut fahaman bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu fahaman berlainan yang ditetapkan Jabatan Mufti Pahang.

"JAIP akan memanggil mereka ke Pejabat Agama Islam Daerah pada 23 Julai ini untuk memberikan keterangan lanjut dan siasatan dilakukan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Sekysen 15 kerana menyalahi fatwa yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 17 kerana memiliki dokumen bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Seksyen 18 kerana memiliki buku, majalah dan lain-lain yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga seksyen itu memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya. - BERNAMA

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

19 Jul 2014

MUSNAHNYA BENTENG TAMAN NEGARA, MENGALIR LESULAH SUNGAI PAHANG.

MUSNAHNYA BENTENG TAMAN NEGARA
Semalam kerai, lampam dan tengas menangisi hari terakhir rumah mereka dihancurkan untuk istana sang sturgeon. Hari ini hari baru sungai coklat mengalir kelautan. Harga mahal yang harus dibayar untuk kemajuan. Apakan daya mereka memilih irama PSY dibanding alunan merdu nyanyian roslan madun. Maafkan kami. Selamat tinggal sungai tabung. Share pada semua sementara menunggu murka Ilahi akibat kejahatan tangan manusiawi.- Sumber : FB Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan

Sungai Pahang penuh dengan riwayatnya.. hilir mudik dan membawa berita.. perahu kajang penuh dengan muatannya.. mata rezki penduduk di desa.. zaman tori bergemilang sejarahnya.. ramai gugur pahlawan di tebing sungainya.. air mengalir dengan berbagai cetera.. Sungai Pahang sungai pusaka negara.

AAP - mungkin kelak cuma ada keindahan pada nyanyian lagu-lagunya sahaja. Hakikat sungai Pahang kini kian lesu, suram dan bakal hilang segala kenangan dan keindahannya dek kerana kerakusan tangan-tangan manusia yang durjana...  bila rasa tamak menguasai diri hilang rasa pertimbangan segalanya.

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

18 Jul 2014

GAMBAR DAN VIDEO TRAGEDI PESAWAT MAS MH17 TERHEMPAS DI UKRAINE


 








 Video-video tragedi Pesawat MAS MH17
Ratusan Mayat bergelimpangan

Malaysia Airlines MH17 Jatuh Ditembak Tentara Separatis
 A Tribute to MH17 : A FilghGear Movie
GAMBAR DAN VIDEO TRAGEDI PESAWAT MAS MH 17 TERHEMPAS UKRAINE. Berikut merupakan gambar dan video tragedi Nahas MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine sehingga mengorbankan 295 penumpang dan anak kapal pada Khamis.

AAP - Alfatihah dan Takziah.

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Jul 2014

VIDEO: Bacaan Al-Fatihah Paling Tepat Makhraj Di Dunia

Daripada Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin Umar berkata, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Yang menjadi imam bagi sesuatu kaum itu didahulukan mereka yang banyak mengingati al-Quran dan paling baik bacaannya.

Imam sebenarnya perlu mempunyai ciri-ciri berikut antaranya berilmu, memiliki bacaan yang baik selain prihatin terhadap keadaan makmum di belakangnya. Dalam menentukan baik bacaan seorang imam, surah al-Fatihah sendiri sangat penting dan perlu dipandang serius seorang yang dipertanggungjawabkan memimpin solat.

Jika meninggalkan atau tersilap melakukan salah satu daripadanya, maka terbatal solat. Sebab itu, salah satu rukun solat yang perlu diberi perhatian adalah bacaan al-Fatihah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: dari Ubadah bin as-Somit menyatakan hadis ini marfu’ kepada Rasulullah SAW: Tidak ada solat bagi mereka yang tidak membaca surah al-Fatihah. (Hadis sahih Muslim, bab solat, 595).

Justeru imam yang salah bacaan Fatihah, bukan saja solatnya batal, tetapi makmum di belakangnya pun turut terbatal. Antara kesalahan dalam bacaan Al-Fatihah terbahagi kepada dua bahagian.

Pertama, kesalahan besar yang membatalkan solat si pembaca dan yang kedua, kesalahan kecil yang tidak membatalkan solat si pembaca. Bagi mengenal pasti dan mengetahui ia kesalahan besar atau kecil dua unsur ilmu diperlukan iaitu ilmu tajwid dan tatabahasa Arab.

Bagi kesalahan bacaan Al-Fatihah yang membatalkan solat adalah menukar makhraj huruf asal kepada huruf lain, berubah baris yang mengubah sama sekali maknanya dan meninggalkan tasydid (tanda sabdu).

Penting sekali buat imam memelihara bacaan Al-Fatihah supaya tidak berlaku kesalahan yang menyebabkan batalnya solat dan iman seseorang.

Berikut adalah bacaan Al-Fatihah oleh Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih Hafizahullah, yang diiktiraf paling tepat makhrajnya.
Beliau memegang sanad tertinggi Al-Quran yang bersambung kepada Rasulullah SAW, diiktiraf oleh semua Ulama’ dunia. http://mynewshub.my

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

15 Jul 2014

TIDAK BAYAR ZAKAT FITRAH BERHADAPAN DENGAN DENDA RM 2,000

MARAN - Umat Islam di daerah ini supaya membayar zakat fitrah hanya kepada amil bertauliah yang dilantik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sahaja.

Pegawai Agama Islam Daerah Maran, Syarifuddin Mohamad Sa’ad berkata, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013 telah menetapkan mana-mana individu membayar kepada amil tidak bertauliah boleh dikenakan denda, penjara atau kedua-duanya.

Menurutnya, Seksyen 40 di bawah enakmen sama pula menyatakan mereka tidak membayar zakat fitrah boleh dikenakan denda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Amil di daerah ini turut diingatkan supaya tidak melanggar sempadan kariah yang ditetapkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).

“Bagi kesalahan memungut zakat atau fitrah tanpa kuasa atau tauliah pula boleh dikenakan RM3,000 denda atau dua tahun penjara atau kedua-duanya di bawah enakmen berkenaan.

“Amil perlu menyerahkan kutipan zakat fitrah kepada Muip kerana kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua,” katanya.

Syarifuddin berkata, bagi 43 amil di daerah Maran, mereka diminta memandang serius perkara tersebut kerana perkara baik yang dituntut Islam tidak harus dicemari dengan sebarang perselisihan faham.

Pada masa sama, Amil perlu mengambil pendekatan lebih proaktif dalam usaha menarik lebih ramai umat Islam membayar zakat fitrah.

Kadar bayaran zakat fitrah di negeri Pahang pada tahun ini RM 7.00 bagi seorang.

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

14 Jul 2014

PINTU GERBANG 'TITIK TENGAH SEMENANJUNG MALAYSIA DI TEMERLOH' ROBOH KENA LANGGAR.


 
Lokasi kejadian di jalan menghala ke Tol Temerloh, dekat Paya Keladan difahamkan pintu gerbang Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia ini telah dilanggar oleh lori, mungkin juga kerana pintu gerbang tersebut rendah atau lori berkenaan melebihi had muatanya?

Apapun banyak sekali pendapat dan pertikaianya dimana sebenarnya terletak TITIK TENGAH SEMENANJUNG MALAYSIA. Anda boleh rujuk pada entri disini : Batu Pusat dan Titik Tengah Semenanjung Malaysia

AAP - Apakah Temerloh juga tidak layak mengakui bahawa daerah ini terletaknya Titik Tengah Semenanjung Malaysia?

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Jul 2014

JUADAH POPULAR "GULAI ASAM ROM JERANTUT" MAK ANJANG ZAHARAH Z&Z

Gulai asam rom @ rong sememang menjadi jaudah yang amat popular di Jerantut pada bulan ramadan ini terutama di bazar ramadan bandar Jerantut. Salah satu warung yang amat popular dan digemari disini ialah gerai Mak Anjang Zaharah atau Z & Z. Mungkin boleh dikatakan resepi gulai ikan asam rong kenarak beliau diantara warung yang mendapat perhatian bagi pengemar gulai asam rong sekitar Jerantut.
Jika anda berhasrat ingin menikmati resepi istimewa ini kenalah datang awal, jika tidak mungkin anda tidak sempat untuk membelinya. Kerana gulai ini pasti menjadi kegemaran ramai di bandar ini pada bulan ramadan. Difahamkan gulai asam rom beliau tidak hanya dijual pada bulan ramadan sahaja. Pada bulan-bulan biasa gulai asam rom ini juga di jual di restoran beliau. Jika anda berkunjung ke bandar ini dan ingin menikmati gulai asam rong @ rom boleh berkunjung ke gerai atau restoran beliau. Harga seketul ikan bergantung pada saiz ikan tersebut. Bagi penulis sendiri sememangnya gulai asam rom beliau adalah yang terbaik.

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

12 Jul 2014

GAMBAR : PERMANDANGAN SELEPAS WAKTU BERBUKA PUASA DI PADANG MPK 1 KUANTAN

Gambar ini dirakam selepas satu jam waktu berbuka puasa di  Padang MPK 1, Kuantan.
Tidak ada pihak yang melarang jika ada pihak yang ingin berbuka puasa disini. Malang bila perut sudah kenyangan terus sahaja meningglkan sampah sarap dan sisa makanan di padang ini begitu sahaja. Moralnya jangan sesuka hati meninggalkan sampah sarap merata-rata disini. Dimana adab sopan kita dan rasa tanggungjawab kita?


Sedih dengan sikap sesetengah perangai manusia ini.  Moralnya kalau tak mampu nak kemaskan semua itu baiklah berbuka puasa dirumah sendiri sahaja! Sumber asal :   I ♥ PAHANG

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 Jul 2014

PERMAIDANI ADA LAMBANG SALIB DI MASJID NEGERI KUANTAN

Kuantan: Kontraktor yang bertanggungjawab membina Masjid Lapang Besar di Jalan Tun Ismail, di sini, akan menukar permaidani ruang utama solat di masjid berkenaan yang tertera kalimah Allah selain lambang salib.

Ia susulan mesyuarat antara Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz dan wakil syarikat pemaju, baru-baru ini.

Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Abdul Zaki Mat Zin berkata, kontraktor terbabit diberikan tempoh sebulan untuk melakukan kerja penggantian itu bagi membolehkan JAIP mengeluarkan sijil layak menggunakan masjid berkenaan.

Beliau berkata, siasatan sebelum ini mendapati permaidani di ruang utama solat berwarna kelabu mempunyai corak tertera tulisan Allah selain lambang salib.

“Jalan terbaik perlu dilakukan adalah menanggalkan semua permaidani dan tukar dengan yang baru. Jika usaha menggantikan dengan yang baru tidak dapat dilakukan, sijil layak menggunakan masjid berkenaan tidak akan dikeluarkan,” katanya. – HARIAN METRO

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

10 Jul 2014

APA MAKSUD GELANDANGAN?

Pengertian dan makna Gelandangan jika rujuk pada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membawa maksud :

1. Orang ~ orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap;

2.  Tidak tentu tempat kediamannya atau pekerjaannya: seorang intelektual, yang menggunakan bahasa Indonesia, yang hidup secara tidak tetap. - Dewan Bahasa dan Pustaka

Geladangan @ Tunawisma yang membawa maksud golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) yang tetap. Mereka yang tunawisma biasanya disifatkan sebagai tiada tempat tinggal yang tetap, selamat dan lengkap, tetapi juga memaksudkan mereka yang biasa bermalam di tempat perteduhan, pondok sementara atau kediaman ad hoc yang seumpamanya. Kajian pengiraan tunawisma kerajaan oleh Amerika Syarikat turut mengambil kira mereka yang tidur di tempat awam mahupun persendirian yang tidak direka khas sebagai penginapan bermalam yang tetap untuk manusia. Kira-kira 100 juta orang di seluruh dunia ketiadaan tempat tinggal pada tahun 2005. - Wikipedia

MAKSUD GELANDANGAN DARIPADA PANDANGAN YANG LEBIH LUAS.

Menurut Hall, 2009, istilah Gelandangan atau Homeless pada asalnya disebut sebagai Vagrants yang kemudiannya digantikan kepada bahasa Eufemistis iaitu Homeless.

Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan, gelandangan sebagai orang yang tiada pekerjaan atau tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap, manakala Mr. Dominic Mapstone, Social Worker and Director of Rebecca Community pula mentakrifkan gelandangan sebagai "...an inadequate experience of connectedness of family and or community".

Melalui takrifan di atas dapat difahami bahawa gelandangan adalah individu atau sekumpulan orang yang bukan sahaja tidak mempunyai pekerjaan atau tempat tinggal tetapi juga telah hilang kefungsiannya dalam keluarga ataupun masyarakat. Golongan ini juga sangat berkait rapat dengan fenomena orang papa seperti yang ditafsirkan di bawah seksyen 2, Akta Orang-Orang Papa 1977 iaitu:

(i) seseorang yang mengemis di tempat awam hingga menimbulkan kegusaran atau mengganggu orang ramai yang biasa mengunjungi tempat tersebut; atau

(ii)seseorang peleser yang dijumpai di tempat awam, sama ada ia mengemis atau tidak, yang tiada mata pencarian pada zahirnya atau tiada tempat tinggal atau tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

Gelandangan atau homeless bukanlah satu fenomena yang baru. Namun, sejak akhir-akhir ini ia menjadi satu fenomena sosial yang semakin menarik perhatian umum di negara ini kerana ia menimbulkan kegusaran masyarakat sekeliling dan semakin banyak dibangkitkan di dalam media cetak dan media elektronik, terutamanya masalah gelandangan yang berlaku di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Masalah gelandangan kebiasaannya terjadi akibat sukar untuk mendapat pekerjaan, tidak mampu menanggung kos sara hidup dan sewa rumah yang tinggi terutamanya di bandar-bandar besar. Golongan penagih dadah dan pesakit mental yang telah terbiasa dengan kehidupan bergelandangan yang bebas dan tidak terikat dengan sesiapa juga menyumbang kepada isu gelandangan ini.

Pada masa ini, golongan gelandangan menjadi sebahagian daripada pemandangan biasa di sekitar kawasan ibu negara, khususnya pada waktu malam. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi dan imej negara. Isu gelandangan ini tidak lagi boleh dianggap sebagai isu terpencil tetapi perlu dilihat sebagai masalah sosial yang wajar ditangani dan dicari jalan penyelesaian dengan segera. Justeru, mekanisme yang terbaik bagi menangani isu ini, sekaligus dapat membantu mereka diintegrasikan semula ke dalam masyarakat serta tidak terus tercicir daripada arus perdana pembangunan negara perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Sumber Google.
 
AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMIS

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<