Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

31 Mei 2014

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL PRK TELUK INTAN 31 MEI 2014

Keputusan Rasmi PRK Teluk Intan 31 Mei 2014 Perak

TELUK INTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penuh Pilihan Raya Kecil (PRK) P76 Parlimen Teluk Intan diumumkan seawal jam 9 malam ini.

Pengarah SPR negeri, Ahmad Adli Abdullah, berkata peti undi pertama dijangka sampai ke pusat penjumlahan undi di Dewan Besar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib pada 6.30 petang.


Dyana Sofya Mohd Daud (DAP)
Keputusan Undi : DAP - 19,919
Majoriti :


Datuk Mah Siew Keong (BN)
Keputusan Undi: 20,157
Majoriti : 238
 







KEPUTUSAN RASMI : DAP Tewas kepada Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen PRK Teluk Intan.

Pautan berkaitan : 
www.bharian.com.my
www.melvister.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR DYANA SOFYA PEGANG BOTOL ARAK?


 
 
Gambar ini sekadar perkongsian daripada facebook. Inilah mainan politik yang tidak akan ada penghujungnya... sebelum ini dikatakan Dyana Sofya bergambar pegang anjing terbaru katanya "santai-santai lepas berkempen" Moralnya tak baik juga buat kerja fitnah macam ini. Apapun kerja menjatuhkan maruah orang sememang tak patut... hendak pulak perkara yang didakwa itu amat-amat mengaibkan pihak lain yang sah terbukit mengarutnya.

Moralnya berpolitiklah secara sihat. Apakah politik Malaysia kita sudah semakin kotor?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

30 Mei 2014

DNA BABI HALAL HARAM COKLAT CADBURY BOLEH DIMAKAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN JAKIM?

 

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud : Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu Hadith ini Hadith Hasan Soheh yang bermakna : Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

Huraian Hadith: 
1. Nabi melarang umatnya dari melakukan atau melibatkan diri dalam sesuatu perkara yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. 2. Melakukan perkara-perkara yang diragui boleh menyebabkan seseorang itu tercebur ke kancah dosa. 3. Banyak perkara yang membimbangkan dan meragukan didalam dunia ini, oleh itu jauhilah atau tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah yang merugikan, dan pilihlah perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan kebajikan demi kebahagian dunia dan akhirat. Sumber : www.islam.gov.my


Kata kunci : DNA BABI HALAL HARAM COKLAT  CADBURY BOLEH DIMAKAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN JAKIM? Keliru juga rakyat dengan perkara diatas. Sumber gambar diatas di ambil daripada Facebook

 Wassalam, Wa'allahhualam.

 

29 Mei 2014

BELASUNGKAWA SENIMAN P. RAMLEE 29 MEI 1973

 Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia.

Hari ini genap 41 tahun Seniman P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah. Pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.

Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).
Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.


PERMULAAN KERJAYA SENI

Beliau mula bermain peralatan muzik yang bernama ukulele dan akhirnya beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin yang merupakan seorang pemimpin brass band di Penang Free School. Beliau juga pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara bagi pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang

Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan nama "P. Ramlee" itu kekal hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


PERKAHWINAN

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada tahun 1954. Perkahwinan kedua beliau adalah dengan Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja bagi negeri Perak yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu. Walaubagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi beliau lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1961. Kali terakhir adalah dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya, Norizan pula mencintainya sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal.

Walaubagaimanapun, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa. Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.


ANAK-ANAK

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak).

Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
10. Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)
Sumber asal :  Realitiabadi.blogspot.com  

Alfatihah semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Mei 2014

KEPUTUSAN RASMI PRK BUKIT GELUGOR 25 MEI 2014

KEPUTUSAN RASMI : DAP kekal Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas. Ketiga-tiga calon itu hilang deposit RM15,000 mereka selepas gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi iaitu 1/8 daripada 46,099 = 5762 undi. Huan sekadar meraih 3,583 manakal Nabi Bux 798 dan Abu Backer 225 undi

Malaysin Insider melaporkan calon DAP Ramkarpal Singh, seperti yang dijangka, mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang mendiang bapanya, Karpal Singh.

Peguam berusia 38 tahun itu memenangi pilihan raya kecil dengan 37,659 undi. Beliau menerima 41,242 undi atau 84% daripada jumlah undi.

Kemenangan Ramkarpal ini sudah dijangka sejak beliau dinamakan sebagai calon dua minggu lalu. Kerusi itu adalah kubu kuat DAP yang dipegang oleh bapanya untuk tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2004.

Pada jam 8.40pm, Ramkarpal melangkah masuk ke Dewan Sri Pinang, tempat di mana undi dikira, sedia untuk diumumkan sebagai pemenang.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta ahli keluarga Ramkarpal, termasuk ibu, Gurmit Singh dan abang-abangnya – Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo turut bersamanya.

Laporan langsung

9:01pm: RASMI - Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.

DAP - 41,242
PCM - 3,583
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 798
Abu Backer Sidek - 225
Majoriti - 37,659

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya di Dewan Sri Pinang dekat Padang Kota Lama di sini pada pukul 9.05 malam. Sumber Google


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TAHNIAH TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH PRESIDEN BARU FAM

Alhamdulillah YAM Tengku Mahkota Pahang menang dengan undi majoriti dan ditabalkan sebagai Presiden FAM yang baru. Tahniah, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berjaya memenangi pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah mendapat 27 undi menewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meraih 12 undi.

Pada pusingan pertama pemilihan, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail meraih 15 undi namun pemilihan terpaksa diadakan semula kerana keputusan itu tidak mencapai majoriti dua pertiga mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan Presiden FAM. -UTUSAN ONLINE

Sekalung tahniah juga daripada kami, semoga dengan perlantikan YAM Tengku Mahkota akan menyemarakan lagi arena bolasepak negara dan mengubah landscape sokongan dan kualiti bolasepak negara kelak.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Mei 2014

SAH COKLAT CADBURY INI TIDAK BOLEH DIMAKAN

Dalam orang duk sibuk-sibuk bercerita kisah coklat ini tidak boleh dimakan haram kerana ada PRODUK COKLAT HAZELNUT CADBURY DIKESAN MENGANDUNGI DNA BABI katanya... terjumpa pulak coklat ini didalam petis ais.... muskil yang amat dengan kisahnya mengatakan coklat ini dikesan mengandungi DNA BABI... tak banyak cerita rasanya terus nak buang kedalam tong sampah sahaja....
Rupa-rupa memang sah tidak boleh dimakan bukan sahaja kerana ianya di katakan telah dikesan mengandung DNA BABI. Lebih parah cuba lihat tarikh luputnya pun sudah lama luput 08.12.2013. Mungkin kerana lama sangat tersimpan dalam petis ais gamaknya... patut cuak aje nak memakannya sebelum ini.... ada hikmahnya laa tu.... nak tak nak sebelum buang tangkaplah gambar buat kenang-kenangan. Tapi yang kat atas nie bukan HAZELNUT tapi Roast Almond... namun fobia juga dengan nama CADBURY ini.
Dan disini berita berkaitan Sah mengatakan Cadbury ini ada DNA babi.

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

PRODUK COKLAT HAZELNUT CADBURY DIKESAN MENGANDUNGI DNA BABI?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014.

Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA babi dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis bagi tujuan pemantauan.

Keputusan analisis mendapati dua sampel telah dikesan mengandungi DNA babi iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dengan nombor kelompok 00813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA babi. Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta. KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq - Bernama

RUJUK LINK INI : KENYATAAN MEDIA KPK : PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL – CADBURY DAIRY MILK (PAGE 1)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SULTAN PAHANG SEDIA BERUNDUR, PRESIDEN FAM TENGKU MAHKOTA PAHANG VS TENGKU MAHKOTA JOHOR.

Bola sepak Malaysia dilihat seakan-akan bakal menghadapi perubahan apabila Sultan Ahmad Shah bersedia untuk menarik diri sebagai Presiden Persatuan Sepak Malaysia (FAM) selepas 30 tahun menerajuinya, menjadikan persaingan untuk jawatan itu sebagai persaingan diraja dengan pertempuran antara dua putera mahkota.

Sultan berusia 83 tahun yang mengambil alih jawatan presiden pada tahun 1984 itu dikatakan bersiap sedia untuk mengundurkan diri esok, apabila Kongres FAM bermesyuarat untuk memilih pemegang jawatan bagi penggal 2014-18.

Pengunduran itu akan menyediakan pentas buat anaknya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan pemegang jawatan nombor dua dalam FAM, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi pesaing.

Kedua-dua putera mahkota dikatakan mempunyai peluang sama rata untuk menang tetapi kemenangan untuk pendatang baharu, Tunku Ismail, yang lebih dikenali sebagai TMJ akan dianggap sesuatu yang mengecewakan.

Ini kerana Tengku Abdullah, 55, telah terlibat dalam FAM dalam tempoh yang hampir sama dengan bapanya, manakala Tunku Ismail, 29, hanya mengambil alih jawatan sebagai presiden Johor FA dua tahun lalu.

Pemenang akan diputuskan oleh undi daripada 39 perwakilan - 14 negeri akan membuang dua undi setiap satu (28 undi), bersama-sama dengan Angkatan Tentera (2), Polis (2), FA Melayu Malaysia (2), FA Cina Malaysia (2), Majlis Sukan India Malaysia (2) dan Persatuan Jurulatih Malaysia (1).

Peminat bola sepak telah mendesak perubahan dalam FAM berdasarkan penurunan prestasi pasukan kebangsaan dan kekecewaan dalam hal ehwal dalam pembangunan sukan itu.

Ramai menyalahkan pemerintahan yang lama dan tidak dicabar oleh Raja Pahang sebagai sebab utama yang menghalang kemajuan bola sepak negara.

Malaysia menduduki tempat 145 dalam senarai FIFA yang melibatkan 209 negara, kali terakhir layak untuk kejohanan bola sepak Olimpik pada tahun 1980.

Di peringkat Sukan Asia, Malaysia kali terakhir memenangi pingat gangsa di Teheran pada tahun 1974.

Tunku Ismail mendapat sokongan daripada beberapa nama besar dalam bola sepak Malaysia, termasuk ketua Persatuan Bolasepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa dan bekas ketua Persatuan Bolasepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang kedua-duanya sedang digantung oleh FAM.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, bekas Timbalan Presiden FAM juga dikatakan berminat terhadap perubahan dalam FAM. - Sumber mstar.com.my

AAP - Tetap menyokong Tengku Mahkota Pahang tanpa berbelah bagi. :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Mei 2014

SELAMATKAN SUNGAI PAHANG

Selamatkan Sungai Pahang

Sungai Pahang kini berada pada tahap kritikal di mana airnya dipenuhi dengan lumpur dan kini bertukar menjadi sangat keruh. Keadaan Sungai Pahang yang mengalir lesu serta semakin cetek memerlukan pemantauan dan tindakan segera semua pihak.

PAS Pahang mendapati peningkatan aktiviti melombong bijih besi serta pembersihan bijih tanpa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar antara punca berlakunya pencemaran di sebahagian anak anak sungai yang menyumbang kepada pencemaran air di Sungai Pahang.

Contohnya, tinjauan PAS Pahang ke kawasan perlombongan bijih besi di Kerambit, Lipis sangat mengejutkan apabila air pembersihan bijih besi dialirkan terus ke anak sungai yang menyebabkan pencemaran luar biasa mepada sungai tersebut.

Aktiviti harian yang akan berjalan bertahun-tahun ini seandainyan tidak dibendong akan mengancam hidupan air serta aktiviti pelancongan di sekitar sungai Pahang.

Jabatan Alam Sekitar perlu lebih tegas memantau serta mengambil tindakan perundangan ke atas syarikat perlombongan yang tidak mengikuti peraturan, khususnya soal pembersihan bijih besi yang dialirkan terus ke anak-anak sungai.

Pemantauan berterusan serta tindakan tegas pihak berkuasa diharap dapat menyelamatkan Sungai Pahang daripada pencemaran, air yang keruh berlumpur yang mengancam kehidupan sungai, ikan sangkar dan aktiviti pelancongan serta memudaratkan lagi masalah banjir ketika musim tengkujuh.

KENYATAAN MEDIA 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Pesuruhjaya PAS Pahang
Naib Presiden PAS
23 Mei 2014


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KESUDAHANYA PANDA JADI BAHAN LAWAK DAN PARODI DI MEDIA SOSIAL

 
Ini kerana dalam masa 10 tahun, Malaysia harus membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun. Trending di media sosial, orang ramai mula memperkatakan tentang dua panda gergasi itu serta beberapa parodi menarik turut dibuat mengenainya.
Kedatangan pasangan panda dari China,  Fu Wa dan Feng Yi pada Rabu ke Malaysia telah mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai. Ada yang berasa teruja dengan kehadiran dua haiwan berprofil tinggi ini, tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju dengan peminjaman dua panda tersebut kerana ia turut membabitkan kos kepada negara dan ianya mungkin satu pembaziran.
Apapun alasan terhadap peminjaman dan penjagaan panda ini, rakyat tetap melihat ianya ada usur pembazirnya diatas perkara ini. Kerana dengan sejumlah wang dan kos sebanyak itu ada baiknya disalurkan kepada perkara yang lebih perlu dan bermanfaat untuk rakyat Malaysia dan pembangunan am yang lainya.

Wassalam, Wa'allahhualam.

21 Mei 2014

KOS DISEBALIK PENJAGAAN MEMINJAM PANDA DARI CHINA


 
Di sebalik ketibaan kedua panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, pasangan panda atas dasar setiakawan serta pinjaman, ia turut membabitkan kos yang terpaksa ditanggung oleh Malaysia.

Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan. Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.

Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974. Sumber: www.astroawani.com

Fakta sepintas lalu :  Mengenai kos, menurut sumber setakat ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM60 juta termasuk untuk pembinaan rumah untuk haiwan berkenaan yang berjumlah RM25 juta, RM20 juta untuk tempoh sewaan selama empat tahun dan RM15 juta untuk kos penyelenggaraan.

 ** Tidak terkira berapa ratus juta perkara yang lainya kalau dikira dan didarab dengan perkara berkaitan dengan  penjagaan kerana meminjam panda daripada china ini. :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KAJIAN : ORANG LELAKI LEBIH SUKA PEREMPUAN YANG KURANG BERMAKE-UP

Wanita yang tidak pernah meninggalkan rumah tanpa lapisan atas asas , pemerah pipi dan solek mata mungkin terpaksa menimbang semula rutin kecantikan mereka , terutamanya jika matlamatnya adalah untuk menjadikan diri mereka lebih menarik. Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Suku Tahunan Psikologi Eksperimen menyimpulkan bahawa wanita dilihat sebagai lebih menarik apabila mereka ke atas 30 hingga 40% kurang daripada solek mereka biasanya memakai .

Ramai wanita tidak lagi mengira masa yang mereka telah menghabiskan memakai alat solek, dan wang yang dibelanjakan selama ini atas asas , serbuk , pemerah pipi , pembayang mata, celak dan gincu. Walau bagaimanapun, jika matlamat utama mereka adalah untuk menjadi lebih menarik kepada lelaki, semua usaha mereka telah mungkin menjadi sia-sia , menurut hasil kajian baru-baru ini dilaporkan dalam TIME. Penyelidik di Universiti Bangor dan Aberdeen University meminta 44 wanita untuk memakai solek seolah-olah mereka akan keluar untuk malam di bandar .

Setiap wanita difoto sebelum dan selepas memakai solek , dan gambar-gambar kemudiannya diubah supaya terdapat 21 imej setiap wanita , masing-masing dengan jumlah yang berbeza solek. Gambar-gambar ditunjukkan kepada sekumpulan sampel kedua-dua pelajar universiti lelaki dan perempuan yang ditanya untuk memilih imej yang mereka mendapati yang paling menarik. Secara keseluruhan, lelaki dan perempuan lebih suka imej di mana wanita memakai kira-kira 40 % kurang daripada solek pada mulanya mereka memakai. Berbanding dengan lelaki , bagaimanapun, wanita mendedahkan keutamaan untuk makeup lebih sedikit daripada lelaki.

" Di ambil bersama-sama , keputusan ini menunjukkan bahawa wanita mungkin memakai kosmetik untuk merayu kepada pilihan silap orang lain ," menurut penulis kajian. "Ini pilihan silap kelihatan lebih terikat kepada jangkaan dilihat lelaki , dan , pada tahap yang lebih kecil, wanita. " Sumber disunting drp :  AFP RELAXNEWS , 2014.

** Gambar diatas sekadar hiasan semata-mata. Maksud kurang bermake-up bukan tidak bermake-up langsung, cuma kurang! Sumber asal topik kredit : Forum Cari.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Mei 2014

GAMBAR DYANA SOFYA MOHD DAUD BERSAMA IBRAHIM ALI

Perang dalam alam maya sempena pilihan raya kecil Teluk Intan berterusan, kali ini gambar calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan ketua Perkasa Ibrahim Ali pada satu majlis kini beredar dalam internet.

Gambar yang tidak bertarikh itu memaparkan Ibrahim tersenyum dan berdiri di antara Dyana dan ibunya Yammy Samat, yang kelihatan seperti dalam satu majlis makan malam.

Tersebar dalam Facebook, mereka kelihatan seolah-olah tidak bergabung dengan parti politik, gambar itu mencetuskan beberapa persoalan hubungan Dyana dengan Ibrahim, yang sering dikritik oleh DAP kerana sikap dan garis politik perkaumannya. Sumber Google

AAP - Pulak dah... ingat gambar macam mana tadi okeylah tu :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR DYANA SOFYA MOHD DAUD PEGANG ANJING?

Foto Kantoi - Dyana peluk Anjing

Gambar sebegini pastinya akan memberikan persepsi yang sangat buruk kepada Dyana Sofya terutama di kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam. Agak-agaklah nak fitnah carilah yang real sikit. Tengok kepala anjing pun sudah tidak sama dengan badan :)

Nampak benar menipunya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

18 Mei 2014

PERTUKARAN MENTERI BESAR PAHANG?

Perkara ini sudah lama diwar-warkan dan gembar-gemburkan. Boleh dikatakan segenap alam buana negeri Pahang ini telah mendengar perkhabaran ini. Kisah pertukaran Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaakob yang bakal di gantikan dengan Menteri Besar yang baru. Satu teka teki, pertanyaan dan persoalan. Siapa mereka yang bakal dilantik menjadi Menteri Besar Pahang yang baru?

Benarkah? sudah ada gerak kerja di peringkat akar umbi UMNO Pahang, terutamanya UMNO Bahagian Temerloh yang mahukan agar Dato Seri Adnan Yaakob ditukar dengan Exco Pelancongan dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Lanchang dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh Dato' Hj Mohd Sharkar Shamsudin. Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Lantikan. Mungkin dibahagian lain, lain ceritanya. Sumber

Apapun sama-sama kita nanti angin perubahan ini kelak... agar mereka yang bakal dilantik akan memberi lebih kebaikan dan kesempurnaan untuk negeri Pahang Darul Makmur ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BIODATA DYANA SOFYA MOHD DAUD

Semenjak dua menjak ini nama beliau agak melonjak dan hangat perkatakan di internet. Tidak kurang juga banyak kisah positif dan negatif telah dimuatkan dihalaman sesawang berkaitan dengan beliau. Ketika ini beliau dengan rasminya telah diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan ialah Dyana Sofya Mohd Daud beliau adalah  seorang Peguam berusia 27 tahun lulusan UiTM,juga merupakan setiausaha politik kepada Kit Siang.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas. Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. Bagi kepimpinan pusat parti itu, Dyana dilihat sebagai calon yang sesuai untuk membantu menembusi kawasan majoriti Melayu.

Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus). Apa pun dibawah ini biodata ringkas Dyana Sofya Mohd Daud.

Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud
Umur : 27 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Agama : Islam
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM
Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)
Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah
Ahli Keluarga : Ibunya, Yammy Samad, pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia
Arena Politik :
Dyana menyertai DAP pada 2012 dan kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu. Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13. Ahli politik berusia 27 tahun itu berasal dari Ipoh itu kini beroperasi dari Gelang Patah.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Mei 2014

INFO PERMAINAN WOODBALL BOLA KAYU

Apa maksud permainan Woodball? Permainan Woodball mungkin ianya agak asing bagi sesetengah pihak daripada kita. Namun demikian, permainan ini mula popular dan kian menarik perhatian masyarakat. Selain caranya yang mudah, peralatannya yang murah, serta tempat pelaksanaannya yang fleksibel, woodball juga boleh dimainkan oleh siapa saja, baik anak-anak, orang dewasa mahupun warga emas.

Sejarah asal usul Woodball
Secara literal, woodball merupakan kata dalam bahasa Inggeris yang jika diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dapat diertikan bola kayu. Menurut sejarahnya, woodball muncul dari idea seorang warga China Taipe (Taiwan) yang bernama Mr. Ming-Hui Weng. Ketika itu sekitar tahun 1990, Mr. Ming ingin membuat kebun bagi ayahnya agar dapat dipakai untuk jalan-jalan dan menikmati pemandangan alam. Selain itu, dia juga mendapat idea untuk memanfaatkan kebun tersebut sebagai tempat bermain bola.

Seterusnya, Mr. Ming pun cuba membuat jenis sukan bola yang boleh dimainkan di tanah yang tidak luas serta murah biayanya agar dia dapat mengajak lebih banyak teman untuk bermain di taman tersebut. Selepas itu, lahirlah woodball ciptaannya. Sukan ini kemudian popular kerana peralatannya yang semakin bagus, sekaligus juga mudah dipelajari dan dimainkan. Akhirnya, woodball mulai popular dan menembusi pelbagai negara.


Istilah Mengenai Woodball
Beberapa penggunaan kata mengenai permainan ini seperti berikut:
 

Course = Padang
Laluan perairan = Lintasan
Starting line = Garis Pemulaan
Starting Area = Kawasan Permulaan (garis persegi yang lebar kesamping
2 meter dan panjang ke belakang 3 meter)
Gate Area = Pintu Gawang
( garis melingkar garis pusat 5 meter dengan pintu sebagai pusatnya, apabila tidak memboleh berada di zon penampan 2 meter)
Mark = Penandaan bola
Out of Bound (OB) = Keluar
Par = Par (sama harga)


Menariknya, meski ada peraturan antarabangsa, woodball tidak harus memerlukan tempat khusus. Lokasi boleh dimainakan dimana sahaja, baik di lapangan sepak bola, tanah luas lain, maupun di pantai. Secara umum, permainan ini terdiri dari 12 lintasan, yang sering disebut laluan perairan, dengan lebar kurang lebih 2 meter dan panjang yang boleh disesuaikan.

Cara bermain woodball cukup sederhana. Bola kayu dipukul dengan pemukul kayu tersebut menyusuri garis lintasan, untuk selanjutnya dimasukkan ke gawang. Pemain yang berjaya memasukkan bola ke gawang dengan perhitungan pukulan yang paling sedikitlah yang berhak menjadi juara.

Terkini dengan kerjasama pihak Majlis Daerah Jerantut, Laman Woodball  ini telah terbina di Jerantut. Bagi peminat permainan woodball anda bolehlah bermain digelanggangnya yang sudah disediakan berhadapan Sek.Keb.Jerantut. Batu 1, Jalan Benta, di atasnya rumah rehat Jerantut.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMIS

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<