Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

30 Apr 2014

HIDANGAN MAKAN TENGAH HARI PATIN BUAH DAN UDANG GALAH RM17,017 ANDA BERANI ?

Amacam anda berani untuk makan satu hidangan makan tengah hari  RM17,017 patin buah dengan udang galah? Kisah ini bukan terjadi bukan dekat Pahang. Sebaliknya terjadi disebuah restoran di Kuala Lumpur. Itu perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.

Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.

"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.


 Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya jurucakap itu lagi.- myMetro


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Apr 2014

KISAH HARTA KARUN DI PULAU NANGKA MILIK SULTAN MAHMUD?

MELAKA: Antara teori mengenai harta karun yang ditanam di Pulau Nangka itu bahawa ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud.

Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan namun masih tidak luput sehingga ke hari ini.

Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda.

Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu. Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.

Beliau menulis: "Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan)."Gabenor (Alfonso d' Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut.

Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat keranan istana itu sudah hangus terbakar."Apabila bangunan Dewan Undangan Negeri yang lama di Bukit St Paul sedang dibina pada 1960, runtuhan struktur lama dipercayai merupakan peninggalan istana, ditemui. Kira-kira 7,000 serpihan tembikar ditemui di kawasan itu.

Menurut catatan sejarah, harta yang diambil Albuquerque menggunakan kapal 'Flor de la Mar' adalah peti emas, permata, meja emas, pelbagai jenis batu permata, dua patung singa tembaga dan gelang sakti milik Raja Sabandar, yang hanya sebahagian kecil daripada kekayaan Sultan.

Bagaimanapun, sumber kekayaan yang dibawa menerusi 'Flor de la Mar' itu hilang apabila kapal tersebut karam dalam kejadian ribut di luar Sumatera pada Disember 1511.Sejak itu, terdapat banyak percubaan untuk mencari kapal karam dan harta karun itu. Terbaharu apabila usaha berkenaan dilakukan oleh seorang bekas ahli politik. www.mstar.com.my Gambar Sekadar Hiasan

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Apr 2014

VIDEO : BILA AHLI SILAP MATA TUKAR BURUNG KEPADA GADIS !

BAGI mereka yang mengikuti rancangan ‘Britain’s Got Talent 2014′, pasti anda mengenali Darcy Oake, 26, peserta yang berjaya memukau juri termasuk Simon Cowell dan para penonton dengan aksi silap matanya yang cukup hebat.

Malah video persembahannya yang dimuatnaik di laman YouTube enam hari lalu sudah mencecah tontonan lebih 13 juta kali, memetik Yahoo.Susulan kehebatannya itu, ada pihak yang menyifatkan dia sebagai ‘terlalu profesional’ untuk pertandingan seumpama itu.

“Mengenai perihal profesional, saya faham apa yang mereka maksudkan. Tapi, rancangan ini tidak pernah dianggap hanya untuk amatur,” katanya.

Persembahan Oake itu hampir keseluruhannya menggunakan burung merpati sebagai subjek utamanya, namun bahagian akhirnya cukup mengejutkan orang ramai apabila dia menukarkan beberapa ekor burung itu kepada seorang gadis. Saksikan video dibawah ini :


AAP : Apakah silap matakah atau mata yang tersilap? Mungkin inilah yang disebutkan permainan sihir?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Apr 2014

SENARAI PUSAT SERVIS PROTON PAHANG

Dibawah ini adalah senarai pusat servis proton bagi negeri Pahang.
Proton Service Centre List (Pahang)

Hintac Auto Supplies Sdn Bhd
No 26, Perniagaan Bentong Maju, Bentong 28700, Pahang
Tel: 09-2234779
Fax: 09-2225911

Mutiara Desamas Sdn Bhd
No 20 Bentong Point Jalan Tras Bentong, Bentong 25300, Pahang
Tel: 09-2233328
Fax: 09-2223328

EON Kuantan
P T 7138 Semambu Industrial Estate, Kuantan 25350, Pahang
Tel: 09-5668959
Tel2: 09-5661411
Fax: 09-5661413

Hoi Keen Service Sdn Bhd
A-551 Jalan Padang Lalang, Kuantan 25050, Pahang
Tel: 019-9863898
Tel2: 09-5161898
Fax: 09-5165898

Pesat Auto Sdn Bhd
Lot 21513, Jalan Wong Ah Jang, Kuantan 25100, Pahang
Tel: 09-5156185
Fax: 09-5139196

PFAS Service Centre Sdn Bhd
Lot 3918-3919 Jalan Bukit Ubi, Kuantan 25200, Pahang
Tel: 09-5142552
Tel2: 012-9796710
Fax: 09-5177837

Proton Edar Kuantan
Lot 12/6415, Lorong 2, Kaw Per. Semambu, Kuantan 25350, Pahang
Tel: 09-5679127
Tel2: 09-5680195
Fax: 09-5676349
ACM Excite Sdn Bhd
Lot Pt5150,Kawasan Perindustrian Maran, Maran 26500, Pahang
Tel: 09-4772666
Fax: 09-4772666

Rohamas AutoService Sdn Bhd
Lot 38,Kampung Tok Embun,Mukim Mentakab, Mentakab 28400, Pahang
Tel: 09-2776312
Tel2: 012-6422228
Fax: 09-2778312

Servis Mesra Mentakab
PSS Bandar Mentakab, Lot 678, Batu 1, Jln Karak, Mentakab 28400, Pahang
Tel: 09-2701126
Fax: 09-2701108

Soon Fuat Auto Sdn Bhd
Lot 11570, Jalan Temerloh, Mentakab 28400, Pahang
Tel: 09-2778899
Fax: 09-2772288

Amber Wheels Sdn Bhd
Lot 11360,Jalan Lipis,Sempalit, Raub 27600, Pahang
Tel: 016-2274882
Fax: 09-3554880

PS Raub Sdn Bhd
K-1, Taman Kenanga, Raub 27600, Pahang
Tel: 609 3556115
Fax: 609 3558791

BestTech Trading Sdn Bhd
352 F&G,Jalan Sabak, Rompin 26800, Pahang
Tel: 09-4141695
Fax: 09-4141695

EON Temerloh
C/O Lido Cinema, Jalan Kuantan, Temerloh 28000, Pahang
Tel: 09-2961810
Tel2: 09-2965508
Fax: 09-2961254

Vg Auto Parts Sdn Bhd
No 12a, Jalan Tengku Ismail, Temerloh 28000, Pahang
Tel: 09-2966866
Fax: 09-2969866

Tertanya juga bila agaknya bandar di Jerantut ini ada pusat servis proton?  Apa-apa hal nak servis kereta paling dekat pun kena ke Bandar Temerloh. Bandar Jerantut tidak kurang hebat membangun dengan pesatnya, malang sekali banyak lagi kemudahan seumpama ini masih tidak ada di bandar ini.

Tadi tercari-cari nombor telepon pusat servis ini hilang..... semoga menjadi perkongsian bersama.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TIPS DAN PANDUAN CONTOH PEPERIKSAAN AKAUNTAN GRED W 41

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41:
Peperiksaan Akauntan Gred Gred W41 ini bertujuan untuk mengukur sejauh mana daya pemikiran serta kebolehan calon-calon dalam mengaplikasi maklumat yang diperolehi dari latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang diajukan merangkumi pelbagai aspek dengan skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini juga adalah untuk menilai kematangan calon agar sesuai kualiti dan potensi seorang penjawat Akauntan Gred W41.

Peperiksaan ini mengandungi 1 bahagian yang terbahagi kepada 4 seksyen.

Berikut ialah 4 seksyen tersebut :

1. Seksyen A : Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
2. Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
3. Seksyen C : Esei Bahasa Melayu
4. Seksyen D : Esei Bahasa Inggeris

Seksyen A : Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen ini akan menguji calon dengan perkara-perkara yang berlaku di seluruh dunia dan fokus utama pada Malaysia. Isu-isu yang akan diuji termasuklah politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik dan sukan.

Skop ini berbentuk umum dan tidak ada bahan rujukan yang spesifik. Calon yang mempunyai sensitiviti terhadap isu semasa dan alam sekitar akan dapat menjawab soalan dalam seksyen ini dengan mudah.

Untuk seksyen ini, anda perlu menjawab sebanyak 60 soalan dalam masa 45 minit. Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 30 markah.

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini akan menguji calon untuk menyelesaikan masalah berdasarkan 3 perkara yang berikut :

A. Kemahiran logik

Elemen ini akan menguji kemahiran berfikir dan kaedah bagaimana calon mengaplikasikan kemahiran menyelesaikan masalah.

B. Kemahiran menginterpretasi data

Elemen ini akan menguji kecekapan calon membuat analisa datauntuk menyelesaikan masalah yang diutarakan.

C. Konsep matematik

Konsep matematik yang diuji termasuk algebra dan geometri. Sukatan matematik yang diuji tidak akan melebihi skima matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Untuk seksyen ini, calon perlu menjawab sebanyak 40 soalan dalam masa 45 minit.

Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 20 markah.

Seksyen C : Esei Bahasa Melayu

Seksyen ini akan menguji tahap kreativiti dan kebolehan calon sama ada menguasai bahasa Melayu atau pun tidak. Untuk seksyen ini, calon perlu menjawab sebanyak 1 daripada 3 soalan dalam masa 1 jam.

Calon perlu mengarang esei yang mempunyai 200-300 patah perkataan. Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 20 markah.

Seksyen D : Esei Bahasa Inggeris

Seksyen ini akan menguji tahap kreativiti dan kebolehan calon sama ada menguasai bahasa Inggeris atau pun tidak. Untuk seksyen ini, calon perlu menjawab sebanyak 1 daripada 3 soalan dalam masa 1 jam.

Calon perlu menghasilkan esei yang disusun dengan jelas, teratur dan logik. Calon juga perlu mengarang esei yang mempunyai 200-300 patah perkataan. Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 20 markah.

Cara mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Akauntan Gred W41

Sebagaimana yang telah diwar-warkan oleh Tim InfoKerjaya, jualan pakej rujukan ini akan dibuka pada 1 Mei hingga 4 Mei 2014, hanya empat hari sahaja.

Kepada calon yang bakal menduduki Peperiksaan Bertulis Peperiksaan Akauntan Gred W41 ini nanti, anda boleh BOOKMARK page ini bagi memudahkan sebagai rujukan apabila penjualan dibuka pada 1 Mei 2014 nanti.

Ataupun anda boleh menggunakan fungsi langganan dibawah untuk mendapatkan link pembelian pakej rujukan tersebut terus ke email anda supaya anda tidak terlepas untuk mendapatkannya.

Klik pada links langganan dibawah dan masukkan nama serta email anda dan tunggu pihak mereka memaklumkan kepada anda apabila penjualan pakej rujukan dibuka nanti.

KLIK DAPATKAN INFO LANJUT PAKEJ RUJUKAN :
>> PEPERIKSAAN BERTULIS AKAUNTAN GRED W41

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SUNGAI PAHANG KUALA SALAN, PULAU TAWAR, JERANTUT



Hari ini sempat singgah ke Kuala Salan, Pulau Tawar, Jerantut. Kelihatan air sungai Pahang agak naik sedikit mungkin hujan di kawasan hulunya. Jika tidak disini landai sahaja dengan pasirnya. Sesuai jika hendak bermandi manda atau riadah disini. Bagi yang minat untuk memacing boleh juga agaknya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Apr 2014

POKOK KELAMBU RIMAU DAN KELAMBU BABI

 
Entri ini sekadar nak berkongsi nama pokok ini yang disebut oleh masyarakat setempat dengan nama  "Kelambu Rimau" (Harimau) apa kegunaanya tidak dapat dipastikan. Gamaknya dulu-dulu harimau rajin duduk dibawah pokok ini dan dijadikan kelambu dia agaknya. Sudah lama kelamaan ianya disebut kelambu rimau.
Ini pula pokok "Kelambu Babi" sepertimana di sebut oleh masyarakat setempat. Pokok ini banyak sangat namanya dan kegunaan dari segi perubatan untuk menyembuh luka-luka kecil. Gamaknya nama pokok ini juga ada dikaitan dengan babi yang sering lepak-lepak duduk bawah rimbunan pokok renek ini agaknya.  Selebihnya anda boleh dapatkan infonya disini : INFO DAN KEGUNAAN DAUN POKOK KAPAL TERBANG UNTUK MENGUBATI LUKA

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Apr 2014

INFO LOGHAT PAHANG JERANTUT LIPIS DAN RAUB

 
Jika anda ke Pahang atau ingin belajar loghat Pahang perkataan diatas boleh dikatakan sama sahaja digunakan di ke tiga-tiga daerah di Pahang ini (Jerantut, Lipis dan Raub) Cuma mungkin sedikit kelainan atau sebutan di daerah lainnya, (tebal, nipis, panjang atau pendek sahaja yang membezakan menyebut perkataan tersebut)  apapun maknanya masih tetap sama.

Contoh ayat "Yas" (kata seruan) "Yas gitu pulak" kata seruan terkejut akan sesuatu atau seumpamanya. Sedikit kaitan dengan perkataan ke 18 "Perentan" = masa (situasi) kalau disebut dalam ayat "perentan sibat hari" itu bermakna "waktu senja hari". Selebihnya anda boleh bertanya di ruang komen dibawah.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Apr 2014

INFO KULAT TAHUN | CENDAWAN PETIR

Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain. Seperti Kulat Tahun, @ Kulat Taun atau ada juga orang menyebut Cendawan Petir. Mungkin kerana ketika musim hujan dan petir sahaja baru kulat ini ditemui atau keluar.

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah.
Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayuran. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.

Kebiasanya kulat tahun sedap dimasak tumis air, digoreng, bagi masyarakat sebelah negeri Pahang mereka buat masak tempoyak atau disebut juga gulai masam kulat tahun. Rasanya sememang amat sedap. Tapi awas harus diketahui  tidak semua kulat atau cendawan ini boleh dimakan kerana ianya beracun. Cuma seratus peratus kulat tahun tidak beraracun. Kecuali jika tanah atau tapak tersebut sudah disembur racun atau kesan lainnya, jika ianya tidak dimasak dengan cara yang betul atau tidak cukup dimasak. Mungkin boleh mendatangkan kemudaratan.

Tips dan petua untuk mencabut kulat tahun ini, kita mestilah mulakan dengan Bismillah hir-Rahman nir-Rahim sambil berkata "lembut-lembut" dan sambil mengoyangkanya pasti ianya akan tercabut dengan mudah. Jika tidak mungkin kulat tersebut akan akan patah atau tertinggal sebahagianya didalam tanah.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KARPAL SINGH MAUT KEMALANGAN DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN DEKAT GUA TEMPURUNG.

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi DAP yang juga peguam terhormat, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Tapah awal pagi ini.

Karpal, 74, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu beliau, Michael Cornelius, 39 tahun. Anak sulung Karpal, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di Twitter pada pukul 3.40 pagi.
Karpal sebelum itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini.Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal, dan pembantu peribadinya Michael, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya.

Ramkarpal dan pemandu kereta yang mereka naiki dilaporkan cedera.Menurut laporan, kereta jenis Toyota Alphard yang mereka berlanggar dengan sebuah lori. Rakaman foto di tempat kejadian menunjukkan kenderaan berwarna putih itu rosak teruk.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.

Karpal pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 2005 yang menyebabkan beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda. Sumber : http://www.astroawani.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

15 Apr 2014

SUNGAI JERANTUT ATAU NAMA JERANTUT, MANA TERLEBIH DAHULU?

 
Mungkin ramai yang tidak mengetahui dimana letaknya "Sungai Jerantut", Sungai Jerantut terletak diseberang Kampung Jerantut Feri, selepas jambatan feri diantara kampung yang paling hampir disana disebut Paya Garuk dan ada perkampung orang asal disini. Sungai ini melintasi laluan utama daripada simpangan Padang Piol ke Kuala Tahan. Sungai ini juga diantara cabang-cabang anak sungai yang mengalir terus ke Sungai Pahang. Persoalanya disini nama Sungai Jerantut dahulu atau nama Bandar Jerantut yang dahulu? Penulis amat percaya nama "Sungai Jerantut" telah diperolehi terlebih dahulu. Berdasarkan fakta asal usul nama Jerantut seperti kisah dibawah ini.
 
Diantara kisah yang pernah dikaitkan dengan nama Jerantut ini mungkin ada kaitanya dengan kisah ini : Asal usul nama Jerantut dicerita kisah pemburu dimana asal nama Jerantut dikaitkan juga dengan kisah cara orang kampung mendapatkan hasil buruan dengan cara menghalau buruan mereka ke Jeram dan apa bila mereka sampai ke jeram mereka akan bertanya sesama meraka di mana buruan itu? mereka akan menjawab ke "Jeram tu"..."Jeram tu" lama kelamaan kekallah namanya hingga ke hari ini JERANTUT.  Mungkin sungai yang dimaksud itu adalah Sungai Jerantut sekarang.

Entri yang berkaitan juga ada disini >> : ASAL USUL NAMA JERANTUT.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Apr 2014

INFO ASAL USUL NAMA PULAU TIOMAN PAHANG

 
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam serta sebuah pulau peranginan yang indah untuk pelancongan. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak didalam daerah Rompin dibawah pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman ini jika diamati dan dilihat daripada arah laut ianya tidak ubah bagaikan seekor naga yang mempunyai tanduknya. Perjalanan 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.
Menurut mitos dan kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut. Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman. Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara. - Sumber disunting daripada Wikipedia
SEJARAH NAMA PULAU TIOMAN
Nama Tioman di ambil sempena nama seekor burung iaitu burung tiong . Kisah bemula apabila sekumpulan pedagang yang datang ke Tioman . Lalu mereka ternampak sekor burung tiong . Lalu salah seorang mereka bertanya kepada seorang penduduk tioman itu ."Siapakah yang empunya burung ini?'lalu penduduk yang bernama Man itu berkata " itu burung tiong ma, tuan" bahasa orang tioman 'man' itu ertinya 'saya' maka kamu ertinya 'aji' . Lalu pedagang itu pun berkata apakah nama pulau ini lalu si man pun berkata "pulau ini tiada nama" lalu pedagang itu memberi nama Pulau ini. Pulau Tioman. hasil gabungan Tiong + Man = Tioman - Sumber disunting daripada Google.

Meskipun Tioman terletak di negeri Pahang, ia dihubungkan dari Bandar Mersing, Johor. Terdapat juga perkhidmatan feri terus dari Singapura. Pulau ini mempunyai dua aset tarikan kepada media dan pemasaran pelancongan. Pertama, topografi dramatik pulau ini berbentuk titisan air mata di Laut China Selatan dan digunakan sebagai latarbelakang filem 'Pasifik Selatan' pada tahun 1958. Manakala majalah TIME pernah menamakan pulau tiaman ini diantara salah satu pulau-pulau yang paling tercantik yang terdapat di dunia pada tahun 1970an.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

12 Apr 2014

INFO PERIGI SEJARAH MAT KILAU KAMPUNG BUDU, BENTA, PAHANG

Seperti mana telah tertera pada papan kenyataan tersebut. Berdasarkan fakta sejarah, Perigi Sejarah Mat Kilau ini telah digali oleh salah seorang Pejuang Kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Mat Kilau bin Imam Rasu bersama-sama pengikutnya disekitar tahun 1890an. Perigi ini digunakan sebagai sumber air bagi penduduk setempat termasuklah Mat Kilau dan ayahndanya Imam Rasu atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah yang merupakan anak jati kampung ini. Perigi ini juga terkenal ke seluruh kampung di kawasan Mukim Budu seperti Kg Napal, Kg Kipas, Kg Terap, Kg Jerening hingga menjangkau ke Kg Chat, Kg Tualang Padang dan Kg Peruang.
Perigi ini telah menjadi saksi kepada kerakusan pihak British serta semangat perjuangan Mat Kilau bin Imam Rasu dan pengikutnya dalam mempertahankan Mukim Budu dan Daerah Lipis. Kawasan ini serta kawasan sekitarnya merupakan tapak peperangan di antara Mat Kilau dengan askar-askar Sikh di bawah pimpinan Colonel Walker dan Hugh Clifford. Peristiwa berdarah itu menyebabkan Kampung Budu musnah, apabila rumah-rumah dibakar serta binatang ternakan dibunuh. Rentetan dari penyerangan tersebut seluruh penduduk kampung telah melarikan diri ke Bukit Raya (Bukit Tacing).

 
Walaupun demikian, perigi ini tetap wujud sejak zaman berzaman dan mempunyai banyak kelebihan. Antaranya: 

a. Perigi ini tidak pernah kering walaupun di musim kemarau kerana terdapat lima buah mata air yang berpunca dari Bukit Gong dan Bukit Raya di dalam perigi ini.

b. Menjadi sumber air minuman, mandian dan kegunaan seharian bagi kanak-kanak sekolah yang berulang alik pada zaman dahulu, iaitu dari Sekolah Kebangsaan Budu ke kampung disekitarnya.

c. Air perigi ini berkhasiat untuk diminum apabila mengalami masalah terlekat tulang ikan. (Jangan bergantung dengan air perigi ini, tetapi hendaklah bergantung hati sepenuhnya dengan Allah SWT).

d. Walaupun fungsi Perigi Mat Kilau amat minima pada masa kini, namun penduduk setempat tetap meneruskan usaha-usaha menaiktaraf khazanah yang penuh bersejarah ini kerana ia sentiasa menjadi tumpuan dan masih boleh digunapakai sehingga hari ini.
 

Rujukan:
Jang Aisjah Mutalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Baharu :
Pustaka Aman, 1972 Kalthum Jeram. Hikayat Pahang,. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti, 1986


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

10 Apr 2014

INFO SEJARAH, MAKAM DAN KISAH LUBUK PELANG, BUKIT KETUPAT, JERANTUT

Hari ini berkesempatan ke Lubuk Pelang, Bukit Ketupat, Jerantut. Banyak sekali ceritanya dizaman dahulu kala Lubuk Pelang ini. Kisah pahlawan, makam diraja dan seribu satu kisah yang berkaitan dengan Lubuk Pelang, Bukit Ketupat Jerantut ini. Lubuk Pelang juga diantara nama-nama tempat yang hebat didalam sejarahnya.

Cerita yang berkaitan disini diantaranya ialah Makam Lubuk Pelang. Makam ini terletak berhampiran Kampung Jerangsang. Berhampiran dengan lubuk ini terdapat sebuah bukit tinggi dan di atasnya terdapat tiga makam yang berhampiran antara satu dengan lain. Tiga makam ini terletak di Sungai Pahang dengan dua daripadanya di hadapan dan satu di hujung kaki dua makam itu. Makam ini adalah Makam Sultan Abdul Jamil, Puteri Buluh Betung, Permaisuri baginda dan Datuk Budiman, adindanya. Kemangkatan mereka berkaitan dengan serangan Acheh dalam tahun 1617. Pada masa Sultan Abdul Jamil memerintah Pahang dan ada seorang batin di Sungai Tekam, kira-kira 8 kilometer dari Lubuk Pelang telah mendapat seorang puteri yang berdarah putih dari dalam buluh betung.

Baginda dan rombongannya memudik ke hulu Sungai Pahang dan berhenti di beberapa tempat dan akhirnya di Lubuk Pelang. Oleh kerana kawasan itu sangat menarik pemandangannya dan strategik dari segi keselamatan, baginda telah membina istana di atas sebuah bukit. Sementara itu rombongan baginda memudik hingga ke Sungai Tekam mencari Batin. Kemudian mereka telah membawa Batin dan Puteri Buluh Betung ke istana dan dikahwinkan dengan Sultan Abdul Jamil.

Datuk Ahmad telah meneruskan perjalanan menghilir Sungai Pahang menuju ke Pekan dan seterusnya pergi ke Acheh dan menghadiahkan sehelai rambut Puteri Buluh Betung kepada Mahkota Alam Pemerintah Acheh ketika itu sempena ulang tahun keputeraan baginda. Akibatnya baginda Mahkota Alam tertarik dengan Puteri Buluh Betung dan datang ke Pahang untuk merebut tuan Puteri. Baginda telah membawa bersamanya tiga pasang batu nisan yang diperbuat daripada batu yang dipahat. Baginda berpesan jika baginda tewas dalam peperangan itu, hendaklah dimakamkan di Pahang. Nisan tersebut akan menjadi tanda supaya keturunan baginda dapat dikesan. Jika Sultan Abdul Jamil yang tewas baginda akan dimakamkan dengan batu nisan yang dibawanya.

Setelah peperangan tamat, Sultan Abdul Jamil telah tewas. Datuk Budiman turut terbunuh dan Puteri Buluh Betung mengambil keputusan untuk membunuh diri. Puteri Buluh Betung berpesan supaya dimakamkan di sisi Sultan dan Datok Budiman. Belum sempat membunuh diri berlaku pergelutan dan pedang Mahkota Alam dengan tidak sengaja telah menikam jantung puteri dan mengalirlah darah putih. Jenazah Sultan Abdul Jamil dan Datuk Budiman dimakamkan berhampiran, kepala mereka menghadap ke Sungai Pahang. Sultan Abdul Jamil di sebelah kanan dan Datuk Budiman di sebelah kiri baginda. Puteri Buluh Betung dimakamkan di hujung kaki mereka. Ketiga-tiga makam ini menggunakan batu nisan dari Acheh yang dibawa oleh Mahkota Alam dan kekal diabadikan sehingga kini. Sumber Facebook.
Ikuti juga kisah sejarah makam diraja Lubuk Pelang disini :  SEJARAH MAKAM DIRAJA LUBUK PELANG, BUKIT KETUPAT JERANTUT.

Ke lubuk pelang mencari gangsa
Terjumpa pula si buaya tembaga
Hikayat yang lama tidak dilupa
dikenang sebagai warisan bangsa


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

9 Apr 2014

INFO MASJID NEGERI PAHANG PERTAMA KUALA LIPIS 1888

Bangunan Masjid Negeri ini telah dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Beliau juga yang telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya, atap masjid ini diperbuat daripada papan.

Masjid ini telah dijadikan Masjid Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang sebelum ia dipindahkan ke Kuantan. Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam masjid ini ialah Imam Kawi, iaitu imam kedua masjid ini. Pada masa tersebut, gaji para Imam dibayar dengan menggunakan wang hasil dari kutipan zakat. Imam pertama yang menerima gaji daripada kerajaan ialah Imam Salih bin Hussin.
Menurut cerita orang-orang tua, salah satu keistimewaan masjid ini ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Bandar Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai ini juga tidak menjejaskannya walaupun banjir melanda.

Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato' Abu Samah (Setiausaha Kerajaan Pahang), Tun Abdul Razak bin Tun Hussin (Menteri Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar. Sumber : Pejabat Daerah Kuala Lipis.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

UBAHSUAI MOTOR HONDA CUB C70 KEPADA HONDA STREET CUBS

Sibuk pulak orang nak cari motor honda cub C70 sekarang ini. Semua bagai nak rak... nak buat  Honda cub "Street Cubs"  Sekali pandang lain macam pulak tengok motor honda cub "Street Cubs" ini. Berkenan juga nak membuatnya sebiji. Sebab saya pun ada dua buah motor honda cub C70 ini model tahun 80an dan 90an. Gamaknya mesti rare dan terangkat juga... kalau jadi macam kat atas nie :)
 
Mungkin gamaknya Honda cup saya ini bakal berubah wajah nanti akan jadi kepada Honda "Street Cubs" ? Alwayz go for things need Creativity. Kreatif sememangnya amat kreatif tapi, satu persoalan boleh lulus JPJ  ke? Karang dah buat ribu riban sudah sesajer kena sita :( kalau pakai kat dalam kampung ok kut :)
AAP - Kesimpulan kalau Honda cub C70 ini kalau sudah diubah sedemikian rupa memang cantik menawan. Bagi anda yang berminat nak join group ini FB StreetCub Bitches  boleh join, didalam groups ini banyak lagi motor sedemikan di kongsikan dan berbagai barangan tersedia untuk anda beli berkaitan dengan honda Street Cubs ini. 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<