Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

28 Feb 2014

KISAH POHON BUQA'AWIYYA | POKOK NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW.


Buqa'awiyya Pokok Dan Sahabat Nabi Yang Masih Hidup Hingga Kini.

Buqa'awiyya Pokok Dan Sahabat Nabi Yang Masih Hidup Hingga Kini | Pohon ini sudah berumur ribuan tahun lamanya, namun dengan izin Allah S.W.T, pohon ini masih hidup dan berbuah hinggalah ke hari ini. Digelar sebagai Pohon Nabi kerana pohon ini dikatakan pernah melindungi Rasulullah SAW dari panas terik matahari.

Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendakNya.

TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?

1. Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

2. Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.

Sedikit sejarah mengenainya…

1. Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

2. Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

3. Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”

4. Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W dua kali tiba di Bosra

A) Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun dan bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.

B) Kali kedua rasulullah ke Bosra membawa barang dagangan Saidatina Khadijah. Apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Sumber Kredit  : kezoom.blogspot.com


KISAH POKOK YANG MELINDUNGI RASULULLAH S.A.W 

Ikuti peristiwa dan kisah Nabi Muhammad S.A.W. dengan Rahib Bahira di Kota Busra,Syam. Rahmat kepada sekalian alam,Muhammad S.A.W.,telah mencapai umurnya 12 tahun.

Baginda S.A.W mempunyai tubuh badan dan wajah yang unik dan berbeza di kalangan rakan kanak-kanaknya, wajah Baginda S.A.W adanya cahaya yang terang dan menerangi sekeliling wajahnya dan Baginda S.A.W,hatinya sentiasa berada di dalam ketenangan.

Pada masa itu,Abu Talib,sedang menjaga dan memelihara Baginda S.A.W,dan pelbagai rintangan dan cabaran dihadapi beliau. Atas sebab inilah, beliau berasa bertanggungjawab untuk melibatkan diri di dalam kabilah/rombongan perniagaan. Belaiu memutuskan untuk pergi ke Damascus,Syam pada tahun itu dengan menyertai rombongan perniagaan yang mana telah dirancang dan disusun atur oleh orang Quraisy untuk urusan tukar barang. Persediaan untuk perjalanan ini telah dibuat dan semua ini telah siap sebelum Baginda S.A.W yang ketika itu masih kecil datang menyertai rombongan perniagaan ini.

Seterusnya,Abu Talib,pak cik Baginda S.A.W,yang mana Baginda S.A.W sangat mengasihi beliau,akan berpisah dari Baginda S.A.W untuk satu jangka masa.

Walaubagaimanapun,bagaimana beliau akan mengharungi perkara ini?setahun yang lalu, Baginda S.A.W telahpun kehilangan kedua-dua ayah dan ibunya dalam dua perjalanan hidup sebelum ini. Sekarang,penjaganya, Abu Talib akan pergi untuk menyertai rombongan perniagaan ini dan akan berpisah dengan Baginda S.A.W untuk beberapa hari. Bagaimanakah kasih dan rasa sayang Baginda S.A.W pada pak ciknya akan mengharungi perpisahan ini?

Seperti Abu Talib,ahli keluarga beliau juga risau dan bimbang jikalau sesuatu berlaku kepada Baginda S.A.W. dan atas sebab inilah, ahli keluarga tidak mahu Baginda S.A.W untuk menyertai rombongan perniagaan ini. Walaubagaimanapun, Baginda S.A.W tetap mahu mengikuti pak ciknya dalam rombongan ini. Baginda S.A.W telah ditinggalkan dan Baginda S.AW sedih sepanjang hari. Baginda S.A.W tidak bercakap kepada pak ciknya semasa Beliau sedang baru memulakan perjalanan dengan nada yang sedih:

“ wahai pak cik! kemana dan dengan siapa kamu pergi untuk meninggalkan saya?saya tidak lagi mempunyai Ibu ataupun Bapa bersama saya.”

Nabi kita,Muhammad S.A.W telah menangis dan tangisan ini telah mengindahkan kata-kata yang telah keluar dari mulut Baginda S.A.W. walau sekeras mana hatipun,Abu Talib,yang mana sangat kasih kepada anak saudaranya,tidak mampu untuk menolak permintaan Nabi S.A.W.

Abu Talib, dengan segera menukar fikirannya mendengar ekpressi Nabi S.AW. atas perkara ini. Baginda S.AW. telah boleh mengikuti rombongan perniagaan ini bersama Pak ciknya, dan hati Baginda .S.A.W telah diisi dengan kegembiraan dan keriangan setelah keputusan atas perkara ini telah diambil. Persediaan perjalanan telah disempurnakan dan Baginda .S.AW telah menyertai rombongan ini bersama pakciknya.

Rahib Bahira

Ada seorang Rahib bernama Bahira yang tinggal disebuah gereja kecil yang dekat dengan sebuah pasar di kota Busra. Pada masa itu, Rahib Bahira ialah di antara paderi yang mendalam ilmu pengetahuannya dan mempunyai reputasi yang baik di kalangan paderi-paderi kristian. Di dalam gereja di mana Rahib Bahira berkhidmat,ada sebuah buku yang mana mereka-mereka yang datang ke gereja dan membaca buku itu akan menjadi orang yang berilmu pengetahuan dalam agama krsitian.pada masa itu,semua paderi-paderi kristian telah mengambil munafaat dari buku itu.

Rombongan perniagaan Quraisy,dari Mekah, berdagang dan bertukar barangan di pasar yag hampir dengan gereja Rahib Bahira yang mana mereka datang ke pasar di kota Busra ini setiap tahun. Apa yang mereka rasa ganjil dan pelik di kalangan rombongan perniagaan Quraisy ialah Rahib Bahira,yang mana sebelum ini tidak mengambil perhatian dan tidak berkomunikasi dengan mereka sebelum-sebelum ini,telah membuat suatu perkara yang mengejutkan dan Rahib Bahira telah mengadakan satu jamuan untuk mereka.kenapa jamuan dan perhatian ini diberikan? Inilah persoalan yang bermain di dalam minda di kalangan ahli rombongan perniagaan quraisy. Rahib Bahira telah menyaksikan sesuatu perkara yang penting dan besar yang mana paderi-paderi kristian pada masa itu tidak ambil peduli dan tidak perasan.

Semasa Beliau melihat pergerakan rombongan perniagaan quraisy,beliau perasan dan nampak adanya awan melindungi Nabi Muhammad S.A.W semasa Baginda S.A.W berjalan. Apabila rombongan perniagaan quraisy itu sampai dan berehat berhampiran dengan sebatang pokok,beliau memerhatikan bahawa awan yang sama telah melindungi pokok itu dan dahan-dahannya.awan itu sentiasa bergerak dan melindungi Nabi S.A.W sehinggakan tidak kelihatan sedikit pun bayang-bayang Nabi S.A.W akibat pancaran matahari. Bahira,yang mana telah melihat perkara yang pelik ini, telah menjemput rombongan perniagaan quraisy untuk jamuan. Beliau telah menghantar mesej kepada quraisy mekah yang berbunyi:

“wahai quraisy!aku telah menyediakan hidangan jamuan untuk kamu.aku mahu semuanya di antara kamu:yang tua,muda,bebas dan hamba-hamba kamu.” Kabilah quraisy berasa terkejut dan pelik dengan sikap rahib bahira.mereka memikirkan atas sebab apa dan mereka bertanya,”wahai bahira si rahib,dengan nama Tuhan,perbuatan kamu sangat berlainan pada hari ini. Kami singgah di sini setiap kali kami datang ke busra,kamu tidak pernah menghiraukan dan melayan kami seperti ini sebelum ini.atas sebab apa?”
Bahira tidak memberitahu rahsianya dan beliau menjawab dengan,”ya,kamu benar,apa-apapun,kamu ialah tetamu aku.atas sebab inilah,aku ingin berkhidmat dan menyediakan makanan untuk kamu.datanglah dan buatlah seperti di rumah kamu sendiri!”
Mereka menerima jemputan ini dan duduk di meja makan.walaubagaimanapun,ada individu yang tidak ada dalam majlis jamuan makan itu. Bahira sedang mencari kanak-kanak itu,iaitu Muhammad S.A.W.

Kerana Baginda S.A.W yang paling muda dan tidak hadir dalam majlis jamuan,Baginda S.A.W telah ditugaskan untuk menjaga barang-barang dagangan,dan sambil menjaga,duduk berehat di bawah sebatang pokok.

Rahib bahira sedang sibuk melayan tetamu-tetamu quraisy di meja makan.walaubagaimanapun,tiada seorang pun di antara mereka berkata tentang kanak-kanak yang beliau cari. Rahib Bahira bertanya,”adakah lagi di antara kamu yang tidak datang makan?ada yang ditinggalkan?mereka menjawab,”tidak,Bahira,tetapi ada seorang kanak-kanak menjaga barang-barang dan kenderaan kami di tempat kami berehat.”
Bahira,yang mana telah mengkaji kitab suci, Injil,telah mempelajari ciri-ciri dan tanda-tanda Rasul terakhir,telah memberi sedikit tekanan kepada mereka supaya menjemput kanak-kanak itu.

Kabilah perniagaan quraisy tidak dapat menolak permintaan Rahib Bahira,jadi mereka telah kembali ke tempat mereka berehat dan membawa Baginda S.A.W berjumpa Bahira.sementara Baginda S.A.W sedang menikmati hidangan di meja makan, perhatian dan rasa kagum Bahira telah fokus pada Baginda S.A.W. Beliau memerhatikan setiap pergerakan dan situasi dengan teliti. Bahira telah menjumpai apa yang dicarinya dan mencapai objektifnya.

Ciri-ciri dan sifat kanak-kanak ini memang tepat seperti apa yang ditulus di dalam kitab Injil yang berada di pelukannya. Makanan telah habis dan sementara sedikit demi sedikit mereka beredar dari meja makan, Bahira datang kepada Baginda S.A.W dan memandang pada mata Baginda S.A.W dan berkata,”lihat,orang muda.aku mahu kamu menjawab soalah yang akan ku Tanya tentang Lat dan Uzza.”ekpressi tidak selesa kelihatan pada muka Baginda S.A.W dan berkata,”jangan tanyakan sebarang perkara berkaitan Lat dan Uzza kepada saya,demi Tuhan,tiada perkara yang lebih saya benci dari mereka.”

Bahira menarik kembali soalan pertamanya.”kalau seperti itu,orang muda,jawab soalan ini demi Tuhan.”Baginda S.A.W menjawab”tanyalah apa sahaja yang kamu mahu.”
Bahira bertanya beberapa soalan dan apa yang ditanyakan dijawab Baginda S.A.W dan semua jawapan yang dijawab Baginda S.A.W bertepatan dengan pengetahuan beliau tentang utusan terakhir. Akhir sekali, beliau melihat belakang badan Baginda S.A.W dan ternampak tanda cap Kenabian. Apa yang Bahira cari dan siasat tentang kanak-kanak ini dan dengan pasti beliau yakin bahawa kanak-kanak ini adalah utusan terakhir yang ditunggu-tunggu,Muhammad S.A.W.

Bahira dan Abu Talib, berhadapan muka ke muka.

Selepas Baginda S.A.W dikenalpasti, Bahira telah pergi kepada pak cik Nabi S.A.W,iaitu Abu Talib.

Pebualan berikut berlaku antara kedua-duanya:

“apa hubungan kamu dengan anak kecil ini?”

“dia ialah anakku”

“tidak,dia bukan anakmu kerana bapa kepada anak ini tidak sepatutnya hidup.”

“ya,kamu benar.dia ialah anak saudaraku,tetapi bukan anak kandungku.”

“jadi,apa yang telah berlaku kepada bapanya?”

“beliau meninggal dunia semasa ibu anak kecil ini mengandung.”

“ya,kamu telah berkata benar.”

Sekarang semuanya telah terbukti dan jelas bagi Rahib Bahira. Akhirnya,bahira memberikan nasihat kepada Abu Talib,yang mana seorang yang berkata benar dan jujur:
“dengan segera,bawa anak saudaramu ini kembali ke kampong halamanmu,lindungi dia dari perasaan cemburu dan benci bangsa yahudi.demi Tuhan,jika bangsa yahudi nampak anak kecil ini dan mendapati seperti apa yang aku dapati pada dia sekarang,mereka akan cuba memudaratkan,mendatangkan kecederaan malah sanggup membunuh anak kecil ini kerana anak saudaramu ini satu hari nanti akan mendapat satu amanah dan tanggungjawab yang besar dan akan memimpin manusia.janganlah tinggal lagi di sini. Pastikan anak kecil ini dibawa keluar dari kota ini dengan segera.”

Mendengar nasihat ini, Abu Talib telah mengambil tindakan dan dengan segera beliau menjual dan bertukar barang dagangannya dan kemudian pulang ke Mekkah bersama-sama anak saudaranya,iaitu Nabi S.A.W.
Pendapat dan karangan dari Ibn Hisham tentang peristiwa pertemuan Nabi S.A.W dengan Rahib Bahira.

Ibn Hisham:

Semasa Rasulullah S.A.W berusia 12 tahun (42 BH/580 CE),Baginda S.A.W telah pergi Syam bersama-sama pak ciknya,Abu Talib. Semasa mereka sampai di kota Busra,(berada di dalam Negara syam,dan berekatan dengan kota Howran yang berada di bawah kawalan romawi (roman).mereka telah berjumpa dengan seorang Rahib bernama Bahira.(nama sebenarnya ialah George),yang mana teah menunjukkan kebaikan dan melayan mereka dengan baik. Bahira sebelum ini tidak pernah menerima tetamu apatah lagi melayan tetamu-tetamu rombongan perniagaan Quraisy dari Mekah.

Bahira telah mengenalpasti ciri-ciri dan tanda-tanda kenabian pada Nabi S.A.W dan berkata sambil memegang tangan Nabi S.A.W:

“inilah ketua kepada segala manusia. Tuhan telah menghantar Dia dengan mesej yang mana akan disampaikan dan keamanan kepada seluruh alam.”

Abu Talib bertanya,”bagaimana kamu tahu itu?”

Bahira menjawab,”semasa rombongan kamu hadir dari arah Aqabah,semua batu dan pokok sujud,yang mana perkara ini tidak akan berlaku,kecuali kepada seorang Nabi,Rasul dan utusan Tuhan.saya boleh mengenalpasti dia juga melalui tanda cap kenabian yang ada di belakang badannya,berdekatan bahu,berbentuk seperti sebiji epal.saya telah mempelajari tanda-tanda ini dari kitab Injil.”

Bahira juga telah menyuruh Abu Talib supaya membawa dan menghantar anak kecil ini pulang ke Mekah dan jangan membawa lagi ke Syam untuk menggelak ancaman dari bangsa yahudi. Abu Talib telah mendenar nasihat ini dan Baginda S.A.W telah dihantar pulang ke Mekah dengan perlindungan dari beberapa orang pembantu dan hamba kepada Abu Talib.

Satu penghayatan dari tema iaitu mencitai Rasullah S.A.W,memuliakan tinggalan Rasullah,kemuliaan dan kasih. Filem pendek ini menceritakan tentang perjumpaan Nabi Muhammad S.AW semasa kecil dengan seorang paderi kristian bernama Bahira. Perjumpaan ini berlangsung dibawah sebuah pokok. 400 tahun kemudian,pokok yang sama telah dijumpai dan masih hidup dan berdaun di padang pasir di utara Jordan. Satu-satunya pokok yang hidup di dalam kawasan 100 kilometer persegi di dalam kawasan yang kering.
Pokok ini ada kaitan dengan kehidupan Rasulullah S.A.W tempat ziarah para jemaah umrah dan haji jika mereka singgah di Jordan. Sumber Kredit  : www.facebook.com.

Allah Humma solia'la saidina Muhammad.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Mahkamah Tinggi Arah Papa Gomo Bayar RM800,000 Kepada Anwar

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Pada 21 Mac tahun lalu, Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri kerana memuatnaik empat siri tulisan yang memfitnahnya pada 16, 17, 19 dan 20 Mac dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau.

Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

Wan Muhammad Azri sebelum ini memberitahu mahkamah beliau bukanlah pemilik blog Papa Gomo.

Peguam Anwar, N Surendran mengatakan ganti rugi tersebut adalah yang terbesar pernah dimenangi Anwar.

"Keputusan ini adalah isyarat jelas seseorang perlu membayar selepas mencemarkan maruah individu lain," katanya.

Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai juga mengatakan "perbuatan jahat" blogger berkenaan dilakukan sebelum pilihan raya umum Mei lalu.

"Keputusan ini juga membuktikan Anwar bukanlah orang dalam video itu," kata Surendran. – 28 Februari, 2014. Sumber : www.themalaysianinsider.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Feb 2014

CARA MEMOHON RUMAH PR1MA PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Bagi anda yang berminat dan memenuhi syarat dan kelayakanya anda bolehlah memohon untuk mendapat PR1MA PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Kelayakan :
  •  Warganegara Malaysia
  •  Pendapatan isi rumah : RM 2,500 - RM 7,500
  •  Berumur 21 Tahun keatas
  •  Tidak memiliki lebih daripada 1 hartanah.

Cara Memohon :
  • Isi Borang Klik :  http://www.pr1ma.my/ 
  •  Aktifkan akaun anda melalui e-mel
  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Pilih & mohon kediaman kegemaran anda. 
Bagi anda yang berkelayakan sudah cuba memohon atau belum? Peluang yang semestinya direbut oleh semua yang memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Bak kata perumpamaan lama - Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Feb 2014

INFO CUACA PANAS ORANG RAMAI SILA AMBIL PERHATIAN !

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat
kumpulan yang lebih berisiko:

>>Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang,
ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
>>Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda
berbanding dengan mereka yang lebih muda).
>>Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
>>Penghidap penyakit sistem pernafasan.
>>Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar
tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah :

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu :

>>Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
>>Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
>>Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
>>Hadkan aktiviti luar
>>Kerap berehat
>>Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
>>Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
>>Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

>>Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
>>Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
>>Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

>>Keluar dari kawasan yang panas
>>Tanggalkan pakaian yang ketat
>>Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
>>Gunakan kipas untuk sejukkan badan
>>Minum air setiap 15 minit
>>Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Feb 2014

FOSIL DINOSOUR SPINOSAURIDEA DITEMUI DI NEGERI PAHANG

TEMERLOH – Fosil dinosaur di negeri Pahang mungkin boleh ditemui di dalam jujukan batuan di kawasan Taman Negara di Jerantut, kawasan bandar Maran dan Paloh Hinai serta Taman Negara Endau Rompin.

Pegawai Kajibumi di Jabatan Mineral dan Geosains Ahmad Rosli Othman berkata, selain penemuan fosil gigi dinosaur yang dirahsiakan Universiti Malaysia (UM), fosil-fosil dinosaur yang lain juga mungkin boleh ditemui di kawasan yang disebut.

“Fosil dinosaur hanya terdapat dalam jujukan batuan di kawasan Taman Negara, kawasan Tembeling, Jerantut, Gunung Gagau dan kawasan bandar Maran, Paloh Hinai dan Endau Rompin.

“Kawasan ini mempunyai jujukan batuan yang menyimpan fosil tumbuhan dan dinosaur dari zaman Jurasik hingga zaman kapur ia kira-kira 60 hingga 130 juta tahun dahulu sebelum dinosaur pupus akibat hentaman meteorit ke bumi,” katanya mengulas laporan media mengenai penemuan fosil dinosaur di negeri Pahang semalam.

Ahmad Rosli berkata, dunia penyelidikan dinosaur pernah digemparkan dengan penemuan fosil dinosaur terbesar berusia 150 juta tahun di Phu Noi Kham Nuang, Thailand.

Beliau berkata, fosil amat sukar dicari secara proaktif dan biasanya penduduk tempatan akan menemui terlebih dahulu tanpa disengajakan.

“Tak mustahil negara kita menyimpan fosil seperti yang ditemui di Thailand kerana negara kita berjiran dan mempunyai batuan yang seusia.

“Saya yakin dengan sokongan yang diberikan penuh oleh kerajaan negeri Pahang selama ini akan memberikan hasil yang menakjubkan untuk dunia,” katanya.  Sumber : www.sinarharian.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

18 Feb 2014

FOSIL DINOSOUR SPINOSAURUS 'MAKAN IKAN' DITEMUI DI PEDALAMAN PAHANG

Spinosaurus merupakan dinosaur karnivor yang makan dinosaur besar yang lain. Sepanjang 18 meter (sekitar 60 kaki), dinosaur ini mempunyai sayap berduri di belakangnya. Fosil Dinosaur ini didapati di sekitar negara Egypt dan Niger. Dinosaur ini merupakan dinosaur karnivor kedua terbesar di dunia. Dinosaur ini hidup pada zaman akhir Cretaceous. spinosaurus boleh mengadaptasi kehidupan separa akuatik dan kegunaan tulang belakang yang berbentuk sirip untuk menyerap haba kerana spinosaurus ialah reptilia berdarah sejuk. - Sumber : ms.wikipedia.org
PETALING JAYA: Tinggalan fosil dinosour karnivor 'makan ikan' telah ditemui di Malaysia dan Universiti Malaya dijangka bersedia untuk mendedahkan buktinya pada Selasa.

Ditemui di kawasan pedalaman luar bandar di Pahang, tinggalan fosil dinosaur 'spinosauridae' yang dipercayai dari era lewat Mesozoic ini berkemungkinan besar dari tempoh zaman Cretaceous iaitu antara 65 juta dan 145.5 juta tahun lalu.

Dipercayai ini menjadi kali pertama fosil dinosaur ditemui di Malaysia. Fosil dinosaur ini telah dikenal pasti oleh pasukan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Masatoshi Sone dari jabatan geologi universiti itu dengan kerjasama pakar paleontologi reptilia Profesor Ren Hirayama dari Universiti Waseda di Tokyo.

'Spinosauridae' adalah sebuah keluarga tertentu dinosaur karnivor yang mempunyai ciri-ciri tengkorak memanjang seperti buaya dengan gigi berbentuk kon sama ada sangat kecil atau tanpa gerigi.

Satu lagi fosil 'spinosauridae' telah ditemui di Australia pada tahun 2011, di mana sebelum ini spesies ini dipercayai hanya wujud di hemisfera utara. Ahli-ahli sains telah menemui leher vertebrata berusia 125 juta tahun yang sama dengan Baryonx di Victoria, Australia.

Dr Masatoshi akan menghadiri sidang akhbar pada Selasa , bersama-sama dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Naib Canselor UM Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Dekan Fakulti Sains Profesor Datuk Dr Mohd Sofian Azirun. Sumber - mStar Online

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

15 Feb 2014

ASAL USUL NAMA KAMPUNG BUDU, BENTA, KUALA LIPIS PAHANG

Mukim Budu merupakan sebuah mukim yang sangat penting dalam sejarah negeri Pahang. Banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini. Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg Budu, Kg Benta, Kg Chat, Kg Tualang Padang, Kg Peruang dan Kg Terap. Budu adalah sebuah kampung di antara Tanjung Besar dengan Kemahang, Mukim Budu teletak di daerah Benta, Kuala Lipis.

Asal usul nama BUDU
Mengikut ceritanya asal usul nama kampung Budu pada mulanya kampung yang dipanggil Budu ini didiami oleh kaum asli yang diketuai oleh seorang batin yang bernama Budu. Oleh kerana tanah dikawasan budu itu sangat subur maka orang-orang daripada kampung berhampiran berhajat sangat hendak menduduki kawasan itu. Ketua mereka telah meminta kebenaran daripada Tok Batin Budu. Akan tetapi permintaan orang itu telah ditolak oleh Tok Batin Budu.

Oleh kerana Tok Batin Budu menolak permintaan orang-orang itu maka satu perbalahan telah berlaku, dimana ramai orang-orang asli dibunuh. Mayat mereka dibuang ke dalam sebuah sungai. Sebab itu sungai tersebut di panggil Sungai Mangkai (Bangkai). Apabila orang-orang Asli yang membuka kawasan itu telah ramai yang mati dan yang masih hidup juga meningggalkan tempat itu maka ianya mula didiami oleh orang-orang yang sememangnya berhajatkan tempat itu. Oleh kerana kawasan tersebut masih belum ada nama lagi lalu ianya diberikan nama Kampung Batin Budu kerana mengikuti nama ketua orang asli (Tok Batin) yang diperangi mereka. Sesudahnya nama Batin Budu hilang dan dan tinggal ‘BUDU'sahaja.

Maka akhirnya lekatlah nama kampung itu sebagai Kampung Budu. Setelah itu, Sungai Mangkai telah diubah kepada Sungai Budu. Apabila Kampung Budu dan kawasan sekitarnya menjadi sebuah mukim, maka mukim itu disebut mukim Budu. Dahulunya Kampung Budu telah ditadbirkan oleh Orang Kaya Setia Wangsa Lipis.

Disebalik nama kampung BUDU ini ada sejarah yang perlu dikenang iaitu pada tanggal 22 Mei 1892 berikutan pada tarikh berkenaan berlaku peristiwa berdarah yang menyebabkan Kampung Budu, Mukim Benta musnah 122 tahun yang lalu.

Tanggal 18 Mei 1892, Kolonel Walker bersama Hugh Clifford telah bertindak sebagai wakil politik bergerak menuju ke kampung budu dari raub. ketika sampai di Kampung Budu pada 20 Mei 1892, usaha dilakukan pihak Inggeris memujuk Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya untuk berdamai dan menyerah diri.

Bagaimanapun, demi mempertahankan tanah air tercinta, rundingan tersebut tidak dipersetujui oleh Tok Gajah dan pengikutnya. Ekoran kegagalan daripada rundingan berkenaan, maka pada tarikh 22 Mei 1892 pihak Inggeris dengan kejamnya telah menyerang dan membakar Kampung Budu hingga menyebabkan banyak rumah penduduk dibakar serta binatang ternakan terkorban.

Tercatat didalam sejarahnya Pihak British telah menyerang Kampung Budu dengan menggunakan senjata yang canggih pada masa itu sehingga menyebabkan kira-kira 100 orang Melayu terkorban.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PERHATIAN : JANGAN TINGGALKAN ANAK-ANAK DI DALAM KENDERAAN !


Didalam apa jua alasan atau sebab apa sekali pun jangan sesekali meninggalkan anak-anak didaam kereta. Terkini khabarnya dekat Hospital Selayang. Kereta ini terbakar api menjulang-julang dgn 3 orang anak2 di dalamnya. Nasib baik orang ramai dpt selamatkan kanak2 tersebut dan bomba sampai cepat. Mak dan bapa pergi melawat pesakit dekat hospital.

Moral of the story:
Mak bapa jangan jadi tidak bertanggungjawab tinggalkan anak-anak walaupun sekejap dalam kenderaan. Sudah ada anak-anak, jangan mengada-ngada nak berjalan berdua saja. Mesti mengambil giliran sorang jaga anak-anak. Sebarang kemungkinan mungkin akan terjadi, anak-anak main api lighter atau pencucuh  didalam kereta. Juga dibimbangi anak-anak tersebut akan mati kelemasan akibat kurang udara didalam kenderaan tersebut jika ditinggalkan terlalu lama. Alhamdulillah kanak-kanak didalam kemalangan diatas dikatakan selamat. - Sumber Facebook

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Feb 2014

VALENTINE DAY HARI KEKASIH HARAM DISAMBUT UMAT ISLAM


Tiap-tiap tahun kita akan nasihatkan pada perkara yang sama dengan harapan tak lain tak bukan untuk kebaikan bersama. Haram hukumnya menyambut hari kekasih. Baca pencerahan di http://ohislam.com/haram-menyambut-hari-kekasih-valentines-day/

Banyak sebenarnya hari-hari yang telah dipesongkan oleh golongan tertentu. Semoga kita semua berhati-hati. Sebarkan maklumat ini sesama umat Islam.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 Feb 2014

PUISI : WAKTU DAN KETIKA

 
Pepatah Arab ada menyebut, 'Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.' Ini menggambarkan kepada kita bahawa masa itu sesuatu yang sangat penting dan amat berharga. Sehinggakan dalam kehidupan kita ada ungkapan masa itu ibarat emas. Pengisian untuk waktu yang masih ada kita isikan kepada perkara yang bermanfaat. Muhasabah pada diri sendiri yang selalu lalai dan leka ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

9 Feb 2014

KATAKAN TIDAK PADA SAMSENG BOLASEPAK !

Kuala Lumpur: Suasana di luar Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam kelmarin tegang disebabkan kehadiran segelintir ‘samseng bola sepak’ yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dengan melakukan provokasi sama ada kepada pasukan pelawat atau tuan rumah.

Mereka terdiri daripada kelompok kecil yang wujud di mana-mana pasukan atau kelab yang mana aliran ini pernah berlaku di England satu ketika dahulu yang terkenal dengan budaya ‘Hooligan’.

Walaupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa meningkatkan aspek keselamatan dalam setiap perlawanan, kehadiran mereka ke stadium berjaya ‘menarik’ penyokong lain untuk sama sama melakukan provokasi kepada penyokong lawan sehingga mencetus pergaduhan.

Guna media sosial
Malah, mereka juga menggunakan media sosial sebagai platform untuk mencari pengikut sebelum hadir di stadium sekali gus memberi kesukaran kepada FAM membendung kejadian itu sepenuhnya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata golongan yang suka bertindak secara negatif ini hanya membabitkan segelintir penyokong dan tidak menjurus kepada satu pasukan selain boleh berlaku di mana-mana.

“Tidak hanya di Johor, Pahang atau Kelantan, segelintir penyokong ini wujud dalam setiap pasukan atau kelab yang hadir ke stadium bukan saja mahu tengok bola sepak tetapi mempunyai niat lain,” katanya ketika dihubungi semalam. Mengenai suasana tegang di Stadium Darul Makmur, malam kelmarin, Hamidin berkata, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan aspek keselamatan di dalam stadium dari awal hingga tamat perlawanan.

“Oleh kerana kekecohan itu berlaku di luar stadium, kami menyerahkan kes itu kepada pihak polis,” katanya.

Beliau mengulas suasana di luar Stadium Darul Makmur, malam kelmarin, tegang selepas berlaku provokasi antara penyokong Pahang dan JDT sebaik aksi Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan tamat.

Difahamkan kejadian berlaku apabila seorang daripada penyokong JDT cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek keras ketika keluar dari stadium untuk menaiki bas.

Ketika kira-kira 300 penyokong JDT cuba bertindak balas, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meleraikan kumpulan terbabit yang cuba menyerbu ke arah kumpulan penyokong Tok Gajah. Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan melihat insiden pergaduhan dalam perlawanan bola sepak sebagai isu disiplin yang perlu ditangani secara serius.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya bimbang dengan perkembangan itu dan akan mendapatkan gambaran jelas daripada FAM berhubung insiden membabitkan penyokong Pahang dan JDT di luar stadium, malam kelmarin serta antara pasukan T-Team dan JDT di Larkin, Sabtu lalu.

“Saya amat risau dengan apa yang terjadi dan akan dapatkan laporan daripada FAM berhubung insiden pergaduhan malam tadi (kelmarin).

“Bagi saya perlu ada langkah secara tegas untuk elak masalah disiplin itu daripada berlaku. “Saya memandang serius sebenarnya masalah ini bukan hanya membabitkan perlawanan semalam (kelmarin), namun insiden antara T-Team dan JDT di Larkin,” katanya. Sumber : bharian.com.my

AAP - Tak tumbuh masakan melata, tidak sungguh tidaklah dikata. Kita pun tahu siapa mereka yang bergelar " samseng bolasepak" ini. Jom katakan TIDAK pada samseng bolasepak! Kalau nak berlagak jadi samseng bolasepak jangan main dengan team lain bermain bersama kamu sudah !

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 Feb 2014

VIDEO KECOH SELEPAS PERLAWANAN LIGA SUPER PAHANG - JDT

KECOH selepas perlawanan Liga Super PAHANG - JDT pada 7-Feb-2014

Bak kata pepatah masuk "kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak" itu peribahasa sebagai perumpamaan. Kalau manusia yang ada akal lebih baik daripada itu. Kalau masuk ke negeri orang sekurang-kurang hormatilah orang negeri tersebut so very simple. Disini biarlah video itu berbicara.

Semalam jika di amati sedari awal, tidak sahaja pemain JDT yang bersikap sedikit ego, malahan penyokongnya melebihi daripada itu. Perlawanan dan permainan tidak lebih sekadar suka-suka tentu ada menang kalahnya. Jadi apa perlu kita sampai bertelagah dan bermusuhan?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

5 Feb 2014

KENAPA LELAKI MUSLIM WAJIB BERJANGGUT?

SEBAB MENYIMPAN JANGGUT?

Soalan:
Saya musykil dengan suatu perkara. Betulkah lelaki wajib menyimpan janggut? dan sejauh manakah hukumnya?

Jawapan:

Ada Ulama yang berpendapat bahawa hukum menyimpan janggut adalah sunat dan ada yang mengatakan, ia adalah wajib.

Tetapi, pendapat yang paling jelas ialah wajib. Ini kerana, terdapat dalil sahih daripada Rasulullah s.a.w. Antaranya,

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

Jadi, anda dinasihatkan supaya mengikut apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Hukum menyimpan janggut adalah wajib bagi lelaki. Tetapi, terdapat ulama yang menyatakan sunat. Dengan alasan, ia hanya perbuatan Rasulullah s.a.w.

Hujah ini tidak jelas kerana terdapat dalil yang banyak daripada hadis Rasulullah s.a.w yang menyamakan seseorang Muslim yang tidak menyimpan janggut dengan suatu kaum yang lain.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak menyimpan janggut. Oleh itu, anda tidak boleh menyerupai mereka. Ini salah satu daripada tatacara kehidupan mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka.”- Hadis riwayat Ahmad.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibn Taimiyyah berkata:
“Haram jika memotong janggut (mencukur janggut). Terdapat dalil daripada al-Quran, Sunnah dan ijmak mengenai larangan meniru gaya orang-orang kafir. Meniru gaya hidup dan akhlak mereka adalah satu perkara yang keji dan termasuk dalam akidah seseorang itu. ”

Imam Ibn Abdul Bar dalam Kitab al-Tamhid:
“Haram mencukur janggut. Jangan lakukannya kecuali Khunsa (yang mempunyai dua kemaluan) daripada lelaki.”

Seseorang yang mencukur janggut seolah-olah meniru gaya perempuan. Inilah yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Menyimpan janggut adalah syiar Islam. Ia adalah akhlak para nabi dan orang-orang yang soleh.

Ia adalah salah satu kemuliaan dan penghargaan kepada lelaki. Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.

Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan menyoal atau menafikan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah, setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah perintah dari ALLAH. Perintah ini bersifat Tauqifi, iaitu sesuatu yang perlu diterima tanpa mempersoalkannya.

Cuba anda teliti kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Terlalu mudah untuk kita praktikan dalam hidup. Tidak ada yang menyusahkan diri jika kita terima sesuatu yang disampaikan itu menetapi apa yang ALLAH dan Rasulullah s.a.w tetapkan.

Oleh itu, bertakwalah mengikut kemampuan anda. Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang membawa kepada hukum yang wajib. Ikutilah sunnah baginda, anda akan bahagia di dunia dan akhirat. Sumber : Facebook

AAP- Moralnya orang lelaki muslim kenalah berjanggut kerana ianya sunnah, dapat pahala jika melaksanakannya. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan lelaki yang berjanggut dan menjaganya janggutnya dengan kemas dan rapi dapat menambah kesegakan dan kelakian anda dengan cara tersendirinya.

Wassalam, Wa'allahhualam.

4 Feb 2014

KES KAMERA TERSEMBUNYI DI HOSPITAL BENTONG

Kementerian Kesihatan pandang serius kes kamera tersembunyi di Hospital Bentong

Kementerian Kesihatan memandang serius kejadian tiga buah kamera tersembunyi yang ditemui di dalam tandas anggota kesihatan wanita di Unit Kecemasan, Hospital Bentong.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian tersebut menjelaskan pihak pengurusan hospital telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis pada 30 Januari lalu bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab meletakkan kamera tersebut.

Menterinya Datuk Seri S. Subramaniam (gambar) meminta orang ramai agar tidak panik dengan penemuan itu dan membuat pelbagai spekulasi melalui laman media sosial sehingga boleh mengganggu siasatan polis.

"Kementerian memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini dari pelbagai sudut dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana anggota kesihatan yang terlibat dalam kejadian tersebut," katanya. - Bernama, 4 Februari, 2014.

AAP -  Moralnya kita semua kena berhati-hati ketika menggunakan tandas awam atau tempat-tempat menyalin pakaian di gedung-gedung pakaian dan seumpamanya . Sila periksa dan perhatikan di bahagian bawah mangkuk jamban dan sekeliling kawasan bilik tersebut terlebih dahulu. Gambar di atas sekadar hiasan sahaja.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 Feb 2014

GAMBAR PERJUMPAAN (DURBAR) RAJA-RAJA MELAYU KUALA KANGSAR 1897

Kebenaran Foto Durbar Pertama Kuala Kangsar Perak. Dimanakah kebenarannya?  FOTO DURBAR PERTAMA  KUALA KANGSAR, PERAK PADA 14HB -17HB JULAI 1897

Selama puluhan atau mungkin sudah ratusan tahun gambar foto Raja-Raja Melayu yang bermesyuarat buat kali pertama di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Telah disalahtafsir secara bebas tanpa sebarang teguran oleh pihak yang berkenaan, terutama sekali pihak Arkib Negara Malaysia dan Muzium Negara. Apakah kesalahan yang paling menjolok mata di dalam pentafsiran masyarakat itu? Mereka mengatakan bahawa terdapat sebilangan tokoh pahlawan Pahang yang ikut serta di dalam sesi foto tersebut iaitu Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau dan Mat Lela.

Umum mengetahui bahawa Perang Bahaman telah tamat di Pahang pada tahun 1895 dengan berundurnya para pemimpin ulung perjuangan tersebut iaitu Tok Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah ke Terengganu, Kelantan dan Siam. Antara mereka, ada yang kononnya dikatakan “telah mati”, dibawa askar Siam ke Bangkok atau pun menghilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Tiga tokoh pahlawan Pahang tersebut adalah duri dalam daging bagi pemerintah kolonial British, dan sejumlah wang ditawarkan bagi menangkap mereka, sama ada hidup atau pun mati. Marilah masyarakat sama-sama berfikir, ajakan ini terutama sekali ditujukan buat anak-anak Pahang dan para pewaris pahlawan Pahang yang disebutkan namanya itu, apakah logik Pahlawan Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang sudah berundur diri ke luar Pahang pada tahun 1895 tiba-tiba kembali pula mengiringi Sultan Ahmad ke Kuala Kangsar pada tahun 1897 dan seterusnya ikut bergambar bersama para pegawai penjajah yang sangat ingin melihat mereka mati di tali gantung selama ini??

Ketahuilah bahawa tokoh yang dianggap sebagai Tok Gajah di dalam gambar tersebut (duduk bersila memakai serban, memikul pedang kerajaan) sebenarnya adalah hulubalang Tuanku Muhammad Negeri Sembilan di samping tokoh yang berserban dan memikul keris panjang kerajaan yang dikatakan sebagai Tok Bahaman (A dan B, lihat gambar). Rajin-rajinlah pergi menyelidik dokumen dan gambar lama Kerajaan Negeri Sembilan di Arkib Negara, nescaya kita akan lihat kedua-dua tokoh tersebut berdiri terpacak di samping Tuanku Muhammad sambil menyandang senjata kebesaran Kerajaan Negeri Sembilan yang sama... Tokoh yang dikatakan sebagai Mat Kilau dan Mat Lela pula (C dan D, lihat gambar) sebenarnya adalah dua daripada “Tiga Kundang” iaitu penjawat Sultan Idris Perak. Kalau dilihat lain-lain gambar foto Kerajaan Negeri Perak, kita akan bertemu juga dengan wajah tokoh-tokoh tersebut di dalamnya.

Lebih mengharukan lagi apabila sesetengah pihak dengan penuh keyakinan menunjuk pula tokoh yang duduk bersila di hadapan Sultan Ahmad Pahang, memakai songkok hitam dan memangku Puan Kerajaan Pahang sebagai almarhum Orang Kaya Haji Lipis (Wan Daud bin Wan Pahang), sedangkan beliau telah kembali ke rahmatullah lapan tahun terdahulu apabila terbunuh ditembak dengan peluru emas pada penghujung Disember tahun 1889!!

Sesetengah pihak di Pahang malah lebih hebat lagi dengan menukar tarikh foto tersebut kepada 1878 pula demi untuk mengesahkan keberadaan atau kewujudan setiap tokoh pahlawan kesayangan mereka di dalamnya. Ketahuilah, bahawa tindak-tanduk yang melampau seumpama inilah yang akan menjadikan para pahlawan yang juga nenek moyang kita itu sebagai bahan senda-gurau generasi terkemudian, apalagi oleh bangsa asing yang sentiasa meremehkan perjuangan bangsa kita untuk kemerdekaan tanah air yang tercinta.

Mereka-mereka itu memang pahlawan yang patut kita cintai dan teladani, setiap anak-anak Pahang yang menghargai perjuangan para pahlawan mereka masih terasa kehangatan perjuangan mereka hingga kini, apatah lagi majoriti daripada kita ini saling bertali darah kekeluargaan dengan mereka, tetapi hendaknya tempatkanlah mereka itu di singgahsana kemuliaan yang sepatutnya berlandaskan hak-hak agama, jangan disaluti dengan ketaksuban dan dihiasi dengan bunga-bunga dongeng yang tidak tentu hujung pangkalnya!

Bahkan amat mendukacitakan sekali kerana pernah dijumpai artikel pameran yang dibuat oleh Arkib Negara sendiri telah terikut-ikut dengan penyebaran fakta yang tidak benar tersebut.

Lihatlah pula rekod di Arkib Negara sendiri yang mencatatkan mengenai kehadiran wakil-wakil Pahang sempena Durbar di Kuala Kangsar tersebut.Minutes of the Session of The Council of Chiefs of the Federated Malay States Held at The Astana Negara, Kuala Kangsaron the 14th, 15th, 16th and 17th Days of July 1897. Sumber - MISC, Koleksi Terbitan Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, hlmn 2.

Yang hadir seperti rekod adalah (perwakilan Pahang) :

1. Sultan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali
2. Tengku Ali bin Sultan Ahmad
3. Engku Muda Wan Mansur bin Bendahara Tun Ali
4. Engku Bendahara Sri Maharaja, Engku Ngah bin Engku Tanjung
5. Tuan Mandak Said Ali al-Jufri
6. Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim bin Jaafar
7. Imam Perang Indera Setia Raja Che Samat

Inilah sahaja jumlah Orang Besar-Besar Pahang yang hadir pada mesyuarat tersebut mengiringi Marhum Sultan Ahmad. Yang direkodkan tidak hadir ialah Tengku Mahmud bin Sultan Ahmad.

Oleh itu, pendapat masyhur yang menyenaraikan “kehadiran” Orang Kaya Haji Wan Daud, Tok Gajah, Tok Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Mat Kelubi dan sebagainya di dalam gambar beramai-ramai ketika mesyuarat tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali! Sejarah tetap sejarah! Yang benar berdiri dengan sendirinya! -

AAP - Apakah benar dakwaan penulisnya tidak dapat dipastikan. Tapi ada kebenarannya, yang pastinya gambar ini telah lama disajikan kepada kita semua dengan berbagai kisahnya. Penulis juga agak keliru dengan gambar dan sejarahnya. Sumber Artikel by Google. - Sekadar pengetahuan dan perkongsian bersama.

Apakah maksud DURBAR?  Durbar membawa maksud Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 14 - 17 Julai 1897 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<