Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

31 Jan 2014

NOSTALGIA WAYANG PACAK

Wayang pacak merupakan pertunjukkan wayang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan wayang bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan menggunakan van atau bot.

Sebelum pertunjukan wayang dimulakan pada sebelah malam sekitar jam 8.00 malam , ada sesi penerangan yang dilakukan oleh pegawai penerangan berhubung bahayanya kegiatan anasir komunis di hutan dan kepentingan meneroka tanah dan bercucuk tanah dalam program Bumi Hijau . Beberapa risalah dan poster bersaiz kecil dan besar brkaiatan program kerajaan diedarkan untuk ditampal di dinding masjid,surau, dewan, rumah, sekolah dan sebagainya. Poster ini menunjukkan mayat pengganas komunis yang telah ditembak mati.

Tayangan gambar dimulakan sekitar jam 8.00 malam menggunakan generator yang dibawa. Ketika itu tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung. Sambutan daripada penduduk kampung memang menggalakkan terutama sekali di kalangan kanak-kanak . Di pertengahan tayangan diselitkan pula dengan syarahan atau ceramah pula dan inilah tujuan utama Jabatan Penerangan Malaysia sebagai perang urat saraf agar penduduk kampung tidak terpengaruh dengan dakyah komunis yang dikatakan anti agama Islam. Kebiasaannya cerita yang disiarkan lebih menjurus kepada semangat patriotisma, kesetian dan rasa kecintaan terhadap negara.

Wayang pacak ini memerlukan kain layar putih sebesar 3 meter X meter direntang di tengah padang. Biasanya diadakan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia atau bila datang pembesar atau orang kenamaan melawat ke satu-satu kawasan tersebut. Kakitangan Jabatan Penerangan datang dengan van jabatan. Sumber ms.wikipedia.org

Apakah anda ada nostalgia dengan wayang pacak ini? Mungkin ada yang tahu, ada yang langsung tak tahu,  yang pastinya generasi sekarang sudah tidak mengetahui. Penulis masih sempat dengan wayang pacak ini di sewaktu ketika dahulu sekitar tahun 1970an di Jerantut Pahang. Sememang meriah mungkin itulah satu-satunya hiburan yang mungkin ada dimasa itu.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

30 Jan 2014

BUNYI PELIK DAN ANEH " STRANGE SOUNDS" DI SELURUH DUNIA

Kisah bunyi pelik dan aneh ini sudah lama heboh diseluruh dunia. Cuma kita di Malaysia tidak peka dan kurang memberi perhatian gamaknya. Jangan kita berfikir ianya terjadi di negara lain di negara kita sendiri sudah mengalami masalah yang sama. Terkadang kita mungkin alfa dengan amaran ini masih leka dan tidak mengambil kisah terhadapnya. Masih leka mengejar pangkat, menipu orang dalam mengejar habuan dunia dan masih berani melakukan dosa dan maksiat. Mungkinkah ini pertanda awal untuk kita bersiap sedia dengan turun dajjal atau mungkinkah pertanda awal bunyi sangkakala yang pertama ?

Sangkakala iaitu sejenis serunai akan ditiup oleh Malaikat Israfil sebelum Hari Kiamat. Diriwayatkan Sangkakala yang ditiup oleh malaikat Israfil ini adalah sebanyak tiga (3) kali tiupan iaitu:
Tiupan sangkakala pertama - (Tiupan mengejutkan)
Tiupan sangkakala kedua - (Tiupan mematikan)
Tiupan sangkakala ketiga - (Tiupan membangkitkan)

Sky bunyi aneh dan pelik  di seluruh dunia yang amat menakutkan direkodkan di seluruh dunia.

Bunyi pelik dan aneh yang dirakam di Malaysia.

Pertama kali dalam Sejarah Malaysia, tidak pernah kita mendengar bunyi yang kuat yang pelik dari langit atau di sekitar keseluruhan. Punca yang tidak tahu di mana adalah bunyi yang datang dari tetapi ia benar-benar kuat dan jelas dipendegaran ianya pada kira-kira 12 tengah malam pada kira-kira 12:08 pada 30 Januari 2012. Banyak penduduk di sekitar kawasan terkejut dengan bunyi aneh ini perkara ini berlangsung selama kira-kira 5 minit.

Pastinya dunia sudah semakin tua dan kita mungkin juga sudah berada di garisan akhirnya atau disebut juga dunia sudah berada diakhir zaman. Pasti semua kejadian pelik dan aneh akan berlaku. Sebaiknya kita muhasabah diri sendiri menilai kekurangan diri dan pada masa yang sama kita sama-sama menjauhkan diri daripada membuat dosa dan kemungkaran. Sesungguhnya waktu itu sudah semakin hampir.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Jan 2014

KHASIAT DAN KEBURUKAN LIMAU MANDARIN

Bila musim perayaan tahun baru cina mungkin kita tidak terlepas daripada memakan buah limau mandrin. Mungkin dibeli atau diberikan secara percuma oleh sahabat atau jiran kita yang berbangsa cina. Disini perlu juga kita mengetahui limau mandrin tersebut boleh menyebabkan batuk, sakit perut, selsema atau terus demam.

Mungkin gejala itu tidak berpanjangan jika kita mengambil dengan cara yang betul. Banyak pendapat mengatakan limau tersebut boleh menyebakan batuk, sakit perut dan sebagainya. Pastinya ciri-ciri ketahanan buah tersebut sudah diambil kira oleh pengeluarnya. Difahamkan kulit limau mandarin itu ada banyak racun supaya buah tersebut tahan lebih lama,  supaya jadi manis dan terhindar daripada serangga dan sebagainya. Pastinya limau mandarin yang siap berbungkus masih belum lagi dibasuh atau dicuci racunnya.

Cara terbaik untuk memakan limau mandarin basuh bersama air garam terlebih dahulu buahnya sebelum makan atau sekurang-kurangnya, pastikan jari yang terkena kulit limau tak tersentuh dengan isi sebelum disuapkan ke mulut dibimbangi kesan racun tersebut boleh turut sama memasuki mulut kita. Sebaiknya dibasuh terlebih dahulu sebelum makannya.

Apapun, khasiat limau mandarin, dengan kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.

Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru2 untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru2 dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.

Moralnya agak-agak juga kalau nak makan berlebihan buah limau mandarin ini, dibimbangi anda mungkin menerima alahan tersendiri. Moral saya sendiri pun tak makan banyak buah limau mandarin ini kurang berminat dan ada sedikit alahanya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

FACEBOOK KIAN DI PINGGIRKAN

Golongan remaja kini dikatakan semakin melupakan Facebook (FB) dan beralih menggunakan laman sosial lain seperti Instagram, Twitter serta WhatsApp.

Kajian Global Social Media menunjukkan hasil yang tidak begitu menggembirakan bagi Facebook. Populariti jejaring sosial terbesar dunia itu mulai mengalami penurunan.

Menurunnya populariti Facebook dalam kalangan remaja kerana mereka tidak mahu diawasi lagi terutamanya oleh keluarga. Kajian juga mendapati remaja merasa kurang selesa menggunakan FB kerana boleh dipantau dan dijadikan rakan secara bebas.


Kajian membabitkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun di lapan negara Eropah ini mendapati remaja enggan menggunakan FB dan beralih ke jejaring sosial lain seperti Twitter, Instagram, WhatsApp ataupun SnapChat.

Fenomena ini tidak hanya menunjukkan penurunan populariti FB, bahkan boleh dikatakan FB sudah tidak relevan dan tidak mampu bersaing dengan laman sosial yang lain. Sumber Cari.com

AAP - biasalah bila dah lama digunakan... datang juga muaknya ditambah pula ada pilihan yang lainnya......

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Jan 2014

INFO : DI MANAKAH LOGHAT PAHANG?

Tahukah anda dimanakah sebenarnya loghat pahang? mungkin jika anda tinggal di pahang atau pernah tinggal dimana-mana kampung di Pahang anda sudah mengetahui dan amat biasa dengan loghat-loghat daerah negeri ini atau loghat pahang itu sendiri. Tetapi jika anda bukan orang Pahang dan tidak pernah pergi ke Pahang mungkin anda tidak akan mengetahui sama sekali. Perlu anda ketahui setiap daerah di Pahang berubah dialek percakapannya, apatah lagi jika anda memasuki ke kampung-kampung bagi setiap daerah boleh dikatakan dielak terus berubah. Difahamkan tidak kurang ada 40 jenis dialek yang terdapat di  Pahang itu yang didaftarkan. Jika didaftarkan mahu melebihi daripada angka tersebut.

1. Sebenarnya tidak ramai orang dari pantai barat yang tahu bagaimanakah bunyinya dialek atau loghat Pahang. Ini dibuktikan dengan pengalaman saya sendiri menanya rakan-rakan se universiti yang bukan dari pantai timur. Hampir 70% daripada mereka tidak tahu bagaimana bunyinya longhat Pahang malah ada yang menganggap yang orang Pahang tiada dialek atau hanya bercakap seperti orang Johor, Terengganu atau Kelantan.

 2. Dialek pahang berbeza-beza dan diklasifikasikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Pahang Hilir yang meliputi kawasan Pekan dan Rompin. Pahang Tengah meliputi kawasan Maran, Bera, Temerloh dan Chenor. Serta Pahang Hulu iaitu Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Cameron Highland.

3. Berbanding dengan orang Terengganu dan Kelantan, orang Pahang yang berada di luar Pahang samaada menetap, bekerja atau belajar sangat jarang menggunakan dialek mereka kerana khuatir tidak difahami oleh orang luar atau disebabkan inferiority complex. Malah ada di antara mereka seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan dialek tersebut dan matlamat mereka selalunya berjaya kerana tiada siapa yang tahu dialek sebenar mereka. Namun mereka akan terkantoi jika ada diantara orang luar tersebut adalah juga orang Pahang! pendek kata biasanya hanya orang Pahang yang dapat kesan bahawa seseorang itu orang Pahang atau tidak melalui cara percakapan mereka. selain itu, jika anda orang Kelantan dan Terengganu, dan anda ingin menyembunyikan dialek anda, anda biasanya kurang berjaya sebab bunyi dan lenggoknya tetap tertonjol. Hal ini berbeza dgn orang Pahang yang lebih mudah menyembunyikan dialek mereka.

 4. Dialek Pahang juga sering disalah ertikan sama dengan dialek negari Perak! Walaupun ada diantara intonasinya yang seakan-akan sama namun ia tidak serupa. Sebab itu banyak para pelakon yang berasal dari Pahang kadang-kadang diambil berlakon watak sebagai orang Perak. Tidak seperti dialek-dialek lain contohnya Kedah, Perak, dan sekarang Terengganu dan Kelantan, dialek Pahang amat jarang digunakan dalam filem-filem mahupun drama. Kalau adapun biasanya tidak tepat dan menyerupai dialek Perak.

5. Dialek Pahang juga mengikut pergerakan arus sungai Pahang. Hulu sungai biasanya air deras atau laju maka penduduk hulu Pahang banyak bercakap dalam dialek yang agak laju dan deras. Manakala di Pahang tengah aliran sungainya semakin sederhana jadi begitulah juga dialek yang dituturkan. Di hilir pula dialeknya menjadi lebih perlahan atau dalam bahasa Pahang dipanggil leweh maka begitulah juga dialek mereka.( mengikut kajian seseorang).

 6. Dibawah saya lampirkan sebahagian daripada loghat atau dialek Pahang secara umum untuk pengetahuan kawan-kawan yang tidak tahu atau bukan orang Pahang. Ada diantara perkataan di bawah sama penggunaannya di negeri pantai timur lain seperti di Kelantan dan Terengganu namun cara sebutannya adalah berbeza: Bahasa Melayu Piawai / Bahasa Melayu Pahang saya- kawan (kawan), koi, kas, keh, kaweh, kome awak- awok (awak), aok, ork, ka mereka- demeh yang itu- hok tu yang ini -hok ni beritahu -royek, kabo (khabar) rambutan -muktan keluar -keluor (keluar) orang -ora (orang) tidur- reloh buang air besar- ronoh, perot (perut) kenapa ngaper -(mengapa), matnyer plastik- jabir bekas plastik -molor selimut -gebor selalu -senalo, sokmo jenis- jenih (jenis) malas -maleh (malas) letih- kehut, kohot, tok rot gelojoh- polok baiki- bele tilam -lece penuh- mombong di sana -setoho suruh- nyeraya kebas kaki- sesemut, senyor budu- pede tercekik -mengkelan selirat- sengkelik leka -ralik tangis -rahang, lalok pening- oteng bengkak- merenin telekung- mahane Kata Penguat Maksud manis meletiang- sangat manis pahit memlepang- sangat pahit tawor heber -sangat tawar itang legang -sangat hitam lawo mat -sangat cantik busuk melantong- sangat busuk ngerlang- sangat cerah wangi merohong- sangat wangi tebal bakut -sangat tebal masang menaung -sangat masam .

AAP - Moralnya mungkin negeri Pahang ini amat luas jadi tidak mustahil setiap daerah akan berubah dialek percakapannya, walaupun jika ditulis dan di eja sama sahaja. Namun sebutanya tetap berlainan dan berubah. Ada juga pendapat mengatakan bentuk muka bumi yang bergunung ganang dan landai yang mempengaruhi loghat Pahang ini. Jika mereka di pendalaman cara percakapannya seumpama berlari dalam mengeluarkan kata-kata tidak mustahil sebab faktor muka bumi mereka bergunung ganang bagi daerah Jerantut dan Lipis. Begitu juga jika bentuk muka bumi landai dan kurang berbukit percakapan mereka seumpama landai dan beralun sahaja bagi daerah Temerloh dan Pekan . Mungkinkah ada di antara kita orang pahang sendiri  malu menggunakan loghat kita sendiri? Bahasa menunjukkan bangsa.  Sebahagian Sumber Facebook Al Semantani. Selebihnya di suntingan kembali oleh AKU ANAK PAHANG.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Jan 2014

SUHU SEJUK APAKAH SALJI BAKAL TURUN DIMALAYSIA?

Merujuk pada carta suhu minimum dan maksimum yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini. Sememang suhu di Malaysia mengalami situasi yang agak sedikit sejuk terutama di kawasan pantai timur. Mungkin agak pelik, tetapi tidak mustahil kerana kawasan tinggi di Indonesia dan Vietnam sudah pun dilanda salji. Memetik laporan Berita Harian, suhu sejuk tersebut berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (tekanan tinggi) yang bergerak ke Laut China Selatan. Keadaan ini biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.
Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celsius. Ia sekaligus mencatatkan rekod pertama seumpamanya di Pantai Timur. Berbalik kepada persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yang berlaku di negara jiran, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa. Secara ringkasnya, Malaysia akan menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.

Video Salji Indonesia pertama dirakam: Fenomena Sangat Luar Biasa.
Mungkin dunia sudah berada digarisan akhir zaman, Apapun tidak mustahil segalanya akan berlaku. Ketentuan Allah mengatasi segalanya. Segala yang terjadi atau bakal terjadi tetap ada hikmah yang tersendiri dan hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Semoga kita mengambil iktibar daripada fenomena ini. Mungkin ini bukan satu situasi yang boleh melekakan kita. Walaupun mungkin ada pihak bagaikan teruja dengan situasi ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Jan 2014

7 STATUS FACEBOOK YANG BOLEH MEMBOSANKAN DAN MEMUALKAN ORANG LAIN !

Dalam status facebook terkadang sesetengah status sememangnya boleh memualkan dan membosankan orang lain.  Jom kita baca, Sememang ianya kelakar tapi  ada kebenarannya. Muhasabah diri saya sendiri... tidak ada niat nak kenakan mana-mana pihak dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pun telah meninggal dunia.

Jenis-jenis status FB yang ada tujuan tersirat :)

1. Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in kat Prince Court Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu

2. Snap gambar anak dalam umah dengan caption ‘alahai anak mama ni bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru yg jadi objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak buat macam tu orang tak tau kan.. Takkan semua orang nak jemput datang rumah..

3. Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang (sebenarnyer takde pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah swt.. sesungguhnya Allah itu ada dimana2.. tak perlu guna fesbuk sebagai orang tengah!!

4. Tangkap pic dalam kereta…eh pastinyer kena nampak stereng sekali.. Caption, biasala.. ‘Ala jam la jalan… gud morning semua.. letih la hari ni.. etc etc..’ Padahal nak tunjuk lambang kat stereng kereta tu.. Hello kalau bawak Lamborghini ke Porche ke ok la.. Setakat Honda, Toyota, Nissan dan yang sewaktu dengannya, rentikanlah dik !

5. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari2 shopping, abes la duit i..’ atau ‘hmm I kalau bershopping mcm ni la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar kan.. sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping hari-hari. Ade yang jenis siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang brand.. nak lagi parah siap snap tanda harga.. kalau gitu sah lah, korang ade penyakit ‘CULTURE SHOCK’ !

6. 24 hours duk update pasal anak dia.. anak dia la paling cerdik, anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak.. takpun sibuk update pasal Laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki dia la yang paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tanak tau setiap inci pasal keluarga awak!!

7. Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung, herot segala bagai), dengan caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak cukup tdo bla bla bla…’ dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still nampak comel la.. nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la sendiri.. . (copy paste)

AAP - Moralnya jangan buat status yang bukan-bukan sampai boleh meluat dan memualkan orang lain :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Jan 2014

WANITA DIDAKWA DUA SUAMI | ADUN TAHAN DAKWA ISTERI BERSUAMI DUA.

WAN AMIZAN (kanan) tiba di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur. Wanita dua suami | ADUN Tahan dakwa 'isteri' bersuami dua.

Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak memfailkan permohonan cerai terhadap seorang wanita yang didakwa sebagai isterinya dan mendakwa defendan sudah berkahwin lain.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam dan Wan Amizan turut membuat satu lagi permohonan iaitu mahu mahkamah memfarakkan (membubarkan) perkahwinan defendan dengan pasangannya.

Bagaimanapun, defendan Azma Azifazilla Azan, 28, yang juga pemilik restoran, membantah permohonan Wan Amizan sambil menegaskan dia tidak pernah berkahwin dengan ahli politik itu serta membawa bersama akuan bersumpah bagi menyokong kenyataannya. Azma Azifazilla berkata demikian selepas peguam syarie Mohamad Isa Abd Ralip yang mewakili Wan Amizan memohon kepada mahkamah untuk menyerahkan saman bagi memfarakkan perkahwinannya dengan Rizal Md Radzi, 40.

Ketika memfailkan permohonan, Mohamad Isa berkata anak guamnya mendakwa masih suami sah kepada Azma Azifazilla dan menamakan wanita itu sebagai defendan pertama manakala Rizal defendan kedua.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin kemudian mencadangkan defendan memfailkan pembelaan atau bantahan awal sekiranya berpandangan tuntutan yang dibuat plaintif itu tidak relevan namun ia perlu dibuat secara bertulis. Mahkamah turut menasihati kedua-dua defendan melantik peguam bagi mengimbangi kes dan menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula. Wan Amizan, 42, yang turut diwakili peguam Anita Arifin memfailkan permohonan cerai terhadap Azma Azifazilla pada Disember lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Manakala bagi permohonan membubarkan perkahwinan, ADUN itu mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada mulanya hadir di mahkamah tetapi pulang sebelum prosiding bermula dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam kerana dimaklumkan mempunyai urusan penting. Sementara itu, Azma Azifazilla dan Rizal ketika ditemui di luar mahkamah, memberitahu mereka berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu Langat.

“Selepas empat bulan berkahwin baru masalah ini timbul, dan sekarang dia (Wan Amizan) mahu pisahkan kami pula. Ini tidak munasabah kerana Azma sudah jadi isteri saya," kata Rizal. Sumber : Metro

Daripada sumber lain : Wanita tidak mengaku isteri YB
SETIAWANGSA - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam dikejutkan apabila seorang wanita menafikan dirinya isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak sedangkan lelaki itu memfailkan permohonan cerai terhadapnya.

Azma Azifazilla Azan, 28, nafi pernah bernikah dengan ahli politik itu ketika prosiding kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, semalam.

Wan Amizan memfailkan permohonan cerai itu pada Disember lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Semalam, beliau memfailkan pula permohonan memfarakkan (membubarkan) pernikahan Azma Azifazilla dengan seorang lelaki bernama Rizal Md. Radzi, 40, kira-kira empat bulan lalu mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran.

Bagi kes ini, Wan Amizan selaku plaintif  menamakan  Azma sebagai defendan pertama dan Rizal sebagai defendan kedua.

Peguam Mohd Isa Abd Ralip yang mewakili ahli politik itu berkata, anak guamnya membuat permohonan untuk membubarkan pernikahan terhadap Azma dan Rizal kerana mendakwa dirinya masih suami yang sah kepada wanita itu.

Bagaimanapun Azma Azifazilla membuat bantahan dengan menafikan dia pernah berkahwin dengan plaintif, maka tidak perlu untuk plaintif memfailkan permohonan cerai.

Berdasarkan pertikaian berkenaan, mahkamah mencadangkan supaya defendan memfailkan pembelaan atau mengemukakan bantahan awal sekiranya berpandangan tuntutan plaintif tidak relevan sekaligus memasukkan pembelaan terhadap tuntutan atau mengemukakan bantahan awal secara bertulis kepada mahkamah sebelum kes itu diteruskan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 20 Februari depan, pada masa sama, memerintahkan wanita itu melantik peguam.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Azma  Azifazilla dan Rizal memberitahu media, mereka berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu Langat.

Wan Amizan dikatakan menikahi Azma sebagai isteri kedua beberapa tahun lalu di Thailand dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Kelantan. Sumber Sinar Harian.

Imej mereka by Google

AAP - Macam-macam hal... macam pelik aje macam keliru aje... kita juga tidak mahu komen. Sebab perkara ini telah dirujuk ke Mahkamah, kita tunggu sahaja pencerahannya nanti  :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Jan 2014

AMARAN JENAYAH : TUNJUK, HENTI DAN SAMUN


Baru-baru ini telah dikesan taktik penjenayah yang cuba melakukan rompakan terhadap pemandu kereta yang sedang memandu di jalan raya.

Taktik yang diguna pakai penjenayah seperti berikut:

• Menunggang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dan menunjukkan tanda isyarat tangan ke arah tayar bahagian kiri atau kanan.

• Sekiranya pemandu tidak berhenti pada waktu itu, datang sebuah motosikal lain (kedua) dinaiki dua lelaki menunjukkan perkara yang sama bagi mewujudkan rasa khuatir dalam diri pemandu supaya memberhentikan kenderaan ke bahu jalan.

• Apabila pemandu memberhentikan kenderaan, suspek akan turun dari motosikal dan menuju ke bahagian kiri atau kanan tayar dan meminta pemandu melihat kerosakan yang dialami.

• Pada masa yang sama, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang pertama turut memberhentikan motosikal mereka tidak jauh dari kenderaan mangsa.

• Apabila mangsa keluar dari kenderaan atau menurunkan cermin kereta. Suspek dari motosikal pertama akan bertindak melarikan kereta mangsa atau memaksa mangsa untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kereta.

NASIHAT

1. Sekiranya anda berada dalam keadaan yang dinyatakan terus memandu ke balai polis berdekatan atau kawasan yang ramai orang atau berhenti di kawasan ‘safety point’ antaranya 7-Eleven, Pos Malaysia dan stesen minyak Petron.

2. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis motosikal, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

3. Memastikan nombor telefon bilik gerakan mana-mana balai polis berdekatan.

4. Membunyikan hon kereta beberapa kali untuk menarik perhatian penggunakan jalan raya sekiranya berada dalam situasi kecemasan.

5. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda. Sumber : Facebook

  
Ingat jenayah berlaku dimana-mana sahaja waspada sentiasa!

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Jan 2014

HARGA KANGKUNG MEMANG MURAH !

 
Terbaik harga kangkung memang paling murah berbanding barangan lain hanya di Pekan Sehari Jerantut. Tapi anda jangan terkejut dengan barangan lain seperti tersenarai diatas,  petai, jering dan kulat sisir. Harganya sememang diluar jangkaan. Nasib kangkung boleh dapat 2 hinggit seikat kalau tidak, sudah tentu untuk empat jenis barangan diatas saya sudah berbelanja RM 20 ringgit. Itu tidak termasuk barangan yang lainnya. Nak buat macam mana nak tanam sendiri? nak cari sendiri ? jawabnya tadah poket sahajalah... kalau mahal jangan beli, beli kangkung sahajalah dan abaikan barangan yang lainnya. :)

Wassalam, Wa'allahualam.
 

18 Jan 2014

HASIL KAJIAN : PEREMPUAN BUJANG LEBIH MEMINATI LELAKI CELIK IT

Anda lelaki yang gemarkan gajet? Itu berita baik kerana kajian terbaru dijalankan sebuah laman web hal ehwal perkahwinan India mendapati, wanita di negara itu lebih tertarik dengan lelaki yang menyukai teknologi maklumat (IT) dan aktif di laman sosial. Bagaimanapun, perlu diingatkan, jangan muat naik gambar makanan, jangan menonton TV atau leka melihat telefon ketika bersama teman wanita kerana itu perkara yang paling menyakitkan hati mereka.

Seramai 36.5 peratus berkata, mereka tidak suka lelaki yang taksub dengan mengambil gambar makanan untuk dimuat naik di Facebook, Twitter dan Instagram. Sementara itu, kira-kira 34.2 peratus responden marah dengan lelaki yang merenung skrin TV ketika bercakap dan 29.3 peratus daripada mereka tidak kagum dengan orang yang sentiasa melihat telefon semasa perbualan.
Shaadi.com menjalankan kajian berkenaan untuk memahami pengaruh gaya hidup dan teknologi dalam kalangan wanita yang mencari pasangan. Dalam kajian itu, responden wanita ditanya apakah perkara yang mereka perhatikan ketika melihat calon berpotensi.

Menariknya, wanita dilihat lebih tertarik dengan lelaki yang gilakan teknologi. Sebanyak 48.4 peratus daripada responden berkata, suka melihat gajet, terutama telefon dan aksesori telefon mereka, 27.1 peratus memerhati jam tangan dan baki responden memerhatikan kasut lelaki.

Sebanyak 28.3 peratus responden pula mengakui, Twitter dan Facebook adalah medium penting untuk menganalisa keperibadian sosial, tingkah laku dan psikologi lelaki diminati. Mengulas mengenai hasil kajian, Ketua Pegawai Operasi Shaadi.com, Gourav Rakshit, berkata maklumat itu menandakan wanita India kini sudah tidak mengikut batas lazim dalam memilih suami seperti dilalui wanita India sebelum ini.

“Sebelum ini, penekanan dalam mencari jodoh untuk perempuan adalah seorang lelaki yang stabil kedudukannya. “Bagaimanapun, hari ini, ramai orang menekankan soal keserasian. Dapatan kajian ini adalah sebahagian daripada penyelidikan berterusan yang dikendalikan Shaadi.com dalam percubaan mengukur cita rasa masyarakat, khususnya ahlinya sendiri,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Tinjauan sama mendapati, sebanyak 45.6 peratus wanita suka lelaki yang aktif di Twitter kerana mereka dilihat sebagai berpengetahuan dan bermaklumat, manakala 26.1 peratus berkata, mereka lebih suka lelaki yang aktif di Facebook kerana mereka dilihat sebagai amanah dan boleh dipercayai. Sumber Cari.com

AAP - Zaman dan dunia IT kini, pasti jika kita tidak pandai menggunakan teknologi IT sememang menjadi satu masalah. Pasti pasangan kena celik IT. Sebab semua urusan menggunakan teknologi IT. Contohnya Kalau akaun Facebook tak ada, nak menggunakan mesim tunai ATM pun tak pandai tidak keharuan juga dibuatnya... itu belum lagi disentuh perkara-perkara lainnya. Moralnya kita semua kena celik it.
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Jan 2014

DARIPADA MANA DATANGNYA IKLAN-IKLAN INI ?

Tertanya juga daripada mana datangnya iklan-iklan di blog ini ? Setahu saya blog ini hanya ada iklan daripada Nuffnang sahaja dan tidak ada kebenaran diberikan kepada mana-mana syarikat pengiklanan yang lainnya.
 

Kalau betul daripda Nuffnang kita tak kisah... janji masuk : ) bimbang spam atau sampah sarap yang tidak diketahui sumbernya. Apakah blog anda juga mempunyai iklan yang sama? atau mungkin anda mengetahui daripada mana sumber iklan tersebut datang.

AAP- Masih tertanya juga daripada sumbernya iklan-iklan tersebut? Sebenarnya iklan-iklan ini bersilih ganti dan masih banyak iklan-iklan yang berbentuk lainya. Sekiranya terkeluar iklan-iklan tidak sepatutnya, perkara tersebut adalah diluar pengetahuan saya. Mungkin anda mengetahui ? kongsikan pengetahuan anda disini. Terima kasih.

Wassalam, Wa'allahhualam.

15 Jan 2014

CARA NAK LAJUKAN INTERNET WIFI STEAMYX YANG PELAHAN.

Sememang amat membosankan kalau steamyx wifi atau broadband kat rumah lembah tahap "siput babi" satu apa pun tak menjadi. Sudah mood nak marah mula melanda bila mana-mana page tidak dapat dipaparkan dengan sempurna. Memang boleh jadi tension kita dibuatnya. Bila perkara ini terjadi, saya cuba mengoogle dan mencari penawarnya. Mungkin perkongsian perkara dibawah ini dapat membantu dan meringankan sedikit masalah internet yang lembah. Jom kita cuba langkah-langkah dibawah ini :

  1. Connect ke internet..on wifi..
  2. Click pada Start Menu, dan taipkan cmd di bahagian search
  3. Di cmd, taipkan ipconfig/all dan tekan enter
   4.  Cari maklumat IP Address dan Default Getaway dan salin (contoh warna hijau dibak)
5.   Taipkan ping [IP address ATAU Default Getaway] -t dan tekan enter
  6.Anda akan nampak reply seperti contoh di bawah ni. Biarkan atau lantakkan sahaja windows cmd terbuka dan berjalan sepanjang anda online.
Cara ini boleh apply dan wifi yang lembab. Saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga. Sumber asal kredit :  richardjalil86.blogspot.com

AAP - Sekurang-kurangnya cara diatas mungkin dapat membantu meringankan sedikit kelembaban wifi dirumah anda. Selamat mencuba :)

Wassalam, Wa' Allah hualam.
 

14 Jan 2014

AKHIRNYA YANG MENGAKU DIRINYA SULTAN MELAKA DI CEKUP POLIS.

INDIVIDU YANG MENGAKU DIRINYA SULTAN MELAKA YANG SAH AKHIRNYA KENA CEKUP DENGAN PIHAK POLIS.
JASIN 14 Jan - Individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah telah ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam kira- kira jam 10.45 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Penahanan itu berlaku susulan satu laporan polis dibuat oleh Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh, petang semalam, bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan Noor Jan yang mengaku sebagai Sultan Melaka.

Laporan polis yang dibuat itu diketuai Presiden MGBM, Zali Mat Yasin dengan diiringi beberapa ahli EXCO majlis belia berkenaan, antara lain memohon supaya polis bertindak segera ke atas individu terbabit bagi mengelak lebih ramai masyarakat keliru dengan dakwaan dibuatnya selama ini.

Sementara itu, semalam, kerajaan negeri meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas seorang ahli perniagaan yang mendakwa sebagai Sultan Melaka kerana ia mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata selain itu, tuntutan individu itu juga mencemar institusi Yang di-Pertuan Agong yang menjadi ketua bagi Negeri Selat membabitkan Melaka dan Pulau Pinang selain Sabah serta Sarawak.

"Noor Jan didapati mencabar Perlembagaan yang digubal dan dipersetujui secara bersama oleh semua pihak di negara ini dan tiada sebab beliau mahu menafikan apa yang sudah ditetapkan dalam perlembagaan itu.

"Sekarang, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak mengikut undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada orang ramai yang keliru dan terpedaya dengan gelagat beliau," katanya. - Sumber Facebook.


AAP - Banyak kelebihan dan istimewanya menjadi raja nie kut ?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Jan 2014

INFO : BAHAYA MAKAN KANGKUNG WALAUPUN MURAH ?

SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar  yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.
Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya. - Sumber Sinar Harian.

Kangkung adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan berair. Ada dua jenis kangkung, basah (air) dan kontang (darat). Kangkung di atas adalah kangkung air - jenis basah. Ia mudah didapati di kampung, di kawasan sawah padi dan paya.

Nama botani: Ipomoea aquatica.
Famili: Convolvulaceae.
Nama umum: kangkung air, kangkung darat dan kangkung cina.


Dahulu kita penah diceritakan kisah lintah yang berada di dalam batang kangkung yang telah dimasak ianya tidak akan mati walau dimasak selama 20 minit, . Lintah hanya akan mati jika di bakar. Moralnya kalau makan kangkung kena perhatikan betul-betul jangan sampai ada lintah yang menyusuk masuk kedalam batang kangkung tersebut. Bagi orang lelaki tidak digalakkan memakan kangkung selalu... dibimbangi akan jadi lembik macam kangkung.... pesan orang tua-tua dahulu :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 Jan 2014

INFO : BAGAIMANA FUNGSI GEAR KERETA AUTO DAN MANUAL.

Bilamana kita mempersoalkan tentang gear kereta fungsi dan kegunaanya pasti gear auto dan manual tetap menjadi perbandinganya. Ada orang meminati gear auto dan ada yang meminat gear manual. Mungkin terutama bagi mereka yang baru mempelajari kereta.  Ada dikalangan kita yang mahir membawa kedua-dua jenis gear kereta tersebut, ada yang hanya tahu membawa salah satu jenis iaitu auto atau manual dan ada yang tidak tahu langsung. Tolong jangan cuba nak bawa kereta :)

Terdapat beberapa pandangan mengenai penggunaan gear auto dan manual :

Gear auto
  • Ianya lebih senang untuk dikawal. Tidak kelam kabut, lebih santai, ringkas, dan memudahkan. Kemudahan untuk meletakkan kereta di tempat parking lebih senang. Hal ini kerana apabila ingin melakukan reverse, gear auto lebih memudahkan anda.
  • Gear auto tidak perlu pergerakan kaki yang banyak. Hanya menggunakan kaki kanan, pedal brek dan minyak dapat dikawal. Pendek kata kaki kanan banyak memainkan peranan penting untuk mengawal kedua-dua pedal. Gear akan ditukar secara automatik bergantung kepada kelajuan kereta, jadi gear tidak mudah rosak.
  • Penukaran gear secara automatik membabitkan pengunaan minyak yang agak boros. Maka untuk pengguna kereta auto, anda dinasihatkan untuk melepaskan minyak seketika bila sudah terasa gear dah ditukar.
  • Kereta auto kurang pikap kerana perlu mengambil masa untuk tukar gear secara auto.Sesuai digunakan di kawasan bandar yang selalu sesak atau jalan yang sesak seperti di KL. Hal ini kerana ianya memudahkan pemanduan, hanya perlu kawal minyak, sistem brek dan stereng sahaja sudah memadai.
  • Sistem brek kereta auto agak 'menerkam', jadi perlu brek dengan berhati-hati. Pelapik brek kereta auto di hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali
  • ganda cepatnya). Pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
  • Kos penyelengaraan bagi penggunaan kereta auto lebih tinggi berbanding dengan kereta manual, terutamanya jika berlaku kerosakan pada gear box. Tetapi auto amat mudah untuk dijaga dan diselenggara.
  • Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, cuma gunakan D dan bila memotong, gunakan overdrive button. Sekiranya kereta anda tidak mempunyai overdrive button (kereta berjenama Wira 1.3, 1.5 , dan Kancil), anda perlu menerima hakikat bahawa kereta anda tidak boleh dipandu secara agresif. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4  manakala apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita matikan overdrive button. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).
Gear manual
  • Kereta jenis ini biasanya dipandu oleh golongan lelaki. Sesuai untuk sesiapa yang minat untuk memecut, iaitu mereka yang suka keseronokan dan cabaran. Hal ini kerana anda boleh mengetahuikeupayaan kaki dan tangan untuk mengawal pedal klac, brek, minyak dan stereng kereta.
  • Penggunaan gear manual memerlukan masa untuk anda yang baru hendak belajar memandu. Kadang-kadang memasukkan gear pada kelajuan yang tidak sesuai boleh menyebabkan kerete mudah rosak. Kalau tidak pandai seimbangkan klac dan minyak menyebabkan enjin mati banyak kali, lebih-lebih lagi ketika naik bukit.
  • Pengguna kereta manual untuk perjalanan jauh atau di lebuhraya lebih seronok.
  • Dari segi keselamatan, apabila berlaku brek kecemasan, gear manual boleh dikawal tapi bagi gear auto, susah kerana kawalan bukan pada pemandu. Sebagai contoh, jika meredah air menggunakan gear rendah, bagi kenderaan ringan seperti Atoz mahupun Wira boleh mengakibatkan hilang kawalan dan terbabas.
  • Bila bateri kereta lemah, kereta boleh ditolak beramai-ramai dengan menekan clucth kemudian masuk gear satu, melepaskan pedal klac dengan itu kereta boleh dihidupkan.
     
  • Cara untuk mengelakkan dari enjin mati setelah gear dimasukkan :
  1. Jangan angkat pedal klac secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal klac dilepaskan dengan perlahan.
  2. Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun
  3. dibawah 30km, tekan pedal klac dulu baru tekan pedal brek, untuk mengelakkan anda kelam-kabut kerana anda kurang mahir.
  4. Apabila kereta berhenti pastikan tekan pedal klac sehingga jejak ke lantai dan pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib membebaskan gear dahulu dan tarik brek tangan atau tarik brek tangan dan bebaskan gear.
Mungkin dengan adanya sedikit fakta dari kami ini, anda dapat membuat keputusan yang betul untuk memilih penggunaan kereta yang bagaimana. Bagi anda yang tidak mempunyai lesen kereta lagi dan merasakan kereta manual sukar untuk dikawal, anda jangan risau. Jabatan pengangkutan jalanraya (JPJ) telah mengeluarkan notis bahawa pengambilan lesen kereta auto sahaja akan dikeluarkan kepada anda yang memilih untuk memandu kereta auto. Berbanding dengan lesen manual anda boleh memandu kedua-dua jenis kereta iaitu auto dan manual. Sumber kredit : http://www.ukm.my

AAP - Namun terserahlah kepada keserasian keselesaan anda untuk memandu kereta gear auto atau manual. Semuanya ada kelebihan tersendiri. Sebaiknya kita memperlajari kedua-duanya. Namun terkadang keselesaan tetap bergantung kepada keserasiannya. Bagi saya lebih meminat pada gear manual mudah dan kos penyelenggaranya mungkin rendah sedikit sekiranya berlaku kerosakan. Lebih utama jika gear kereta auto jika rosak, kereta tersebut sudah tidak boleh bergerak lagi. Berbanding gear kereta manual mungkin ianya masih mampu untuk bergerak.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

10 Jan 2014

CARLSBERG ADA LOGO HALAL ?

Carlsberg halal : Respons Jakim [JAN 10, 2014]

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.

Pengarah Hab Halal jabatan itu Hakimah Mohd Yusoff berkata Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini hari ini bagi mengulas maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan gambar tin minuman bir berjenama 'Carlsberg' tertera logo halal yang disebar melalui media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.

"Jakim dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil atau logo halal kepada produk atau syarikat itu. Bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ia bukan minuman keras," katanya.

Beliau berkata sebarang penyalahgunaan logo halal oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan - Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011).

"Jakim menganggap penyebaran gambar minuman tin berkenaan sebagai berniat jahat dan cuba menjatuhkan imej serta kredibiliti Jakim sebagai sebuah badan pensijilan halal Malaysia yang berwibawa dan diiktiraf di dalam dan luar negara," kata Hakimah.

Beliau berkata penyebaran gambar itu boleh menimbulkan tanggapan negatif kepada Jakim dan boleh menyentuh sensitivi agama.

"Justeru itu, Jakim mengecam tindakan memalsukan logo halal itu, sama ada secara sengaja atau tujuan prokosi kerana perkara ini boleh merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju pensijilian halal dunia dan boleh mencetuskan polemik di kalangan masyarakat," katanya.

Beliau berharap pengguna tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu di laman sosial yang sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menghentikan penyebaran perkara sedemikian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu. - Bernama


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PANDUAN WARNA PAKAIAN MENGIKUT FITRAH ALAM DAN PSIKOLOGI

Hari Ini Awak Pakai Warna Apa?

>WARNA Bangkitkan Aura Diri

Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan si pemakai selama ini. Ramai yang memilih warna mengikut personaliti diri atau kesesuaian kulit. Sebenarnya pakar motivasi mengatakan pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari.

Jom baca TIPS di bawah ini :

1. Isnin = Putih Lambang Kesucian
- Hari Isnin sebagai permulaan hari, jadi amat penting untuk kamu kembali ke kuliah atau tempat kerja dengan mood yang positif. Warna ini lambang kesucian harmoni. Pemakaian warna putih akan membuatkan kamu berasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

2. Selasa = Merah Jambu/Ungu Suburkan Kasih Sayang
- Dua warna ini memiliki kasih sayang dan tumpuan. Aura posotif daripada merah jambu membuatkan kamu berasa gembira dan selesa. Ini mudah bagi kamu untuk fokus terhadap tugasan yang diberikan oleh ketua atau pensyarah. Warna ini juga membuatkan kamu ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar.

3. Rabu = Biru Memudahkan Komunikasi
- Biru dikatakan mampu melancar atau memudahkan komunikasi. Ia juga mendorong kamu untuk berfikiran rasional dan membuat keputusan dengan tepat.

4. Khamis = Kuning/Oren Bergerak Aktif
- Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Dua warna tersebut memberi keceriaan dan membuatkan kamu bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas. Dua warna tersebut juga mendorong tubuh kamu kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.

5. Jumaat = Hijau Beri Ketenangan
- Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan, ia mampu memberi pengisian untuk diri kamu.

6. Sabtu = Merah Berani Mencuba
- Warna merah sesuai dikenakan pada hari ini kerana ia membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai. Aura merah mendorong kamu agar berani mencuba sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, membuat perubahan baik pada penampilan, hobi, pekerjaan atau pelajaran.

7. Ahad = Hitam Untuk Istirehat

- Warna hitam membuatkan kamu berada dalam zon selesa dan privasi. Suasana ini amat sesuai untuk kamu istirehat agar kembali bertenaga merencanakan masa depan.. Sumber Facebook.

Fakta dan pandangan diatas adalah pendapat pakar motivasi, muungkin anda ada pendapat yang lainnya.

Wassalam, Wa'allahhualam.

7 Jan 2014

IBU TIRI : SUMBAT CILI DALAM MULUT DAN KEMALUAN

KAJANG – Seorang ibu tiri sanggup mendera anak perempuannya dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.

“Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini. - myMetro Online

AAP - Dengar tajuknya sahaja sudah cukup memeritkan...  Sememangnya satu perbuatan yang amat kejam dan zalim. Rasanya tidak ada balasan yang setimpal melainkan memasukan semula cili tersebut kedalam kemaluan ibu tirinya semula...

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<