Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

13 Dis 2014

INFO RUMPAI BERBAHAYA : RUMPAI MIANG MEXICO

Rumpai Miang Mexico atau nama sainstifiknya Parthenium hysterophorus dari famili Asteraceae merupakan sejenis rumpai liar yang berasal dari negara Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Rumpai ini juga dikenali sebagai Carrot Weed. 
Rumpai ini boleh tumbuh di pelbagai jenis dan keadaan tanah termasuklah tanah kurang subur. Ia kelihatan seperti ulam raja dan panjang daun 30cm dengan bilangan daun yang boleh mencapai 55 helai.
Bunga rumpai ini berwarna putih susu (krim) dengan ukuran diameter 4-6mm, pada batang rumpai ini terdapat bulu-bulu halus (trikomes) dan bercabang. Biji benih rumpai ini berwarna perang kehitaman berbentuk seperti baji dan boleh mencapai 100,000 biji benih perpokok dalam satu kitaran hidup lengkap iaitu 3-4 bulan.

Rumpai ini merebak melalui angin, air yang mengalir, makanan haiwan ternakan, haiwan ternakan yang diimport, pergerakan haiwan ternakan, manusia dan pergerakan jentera, serta alatan pertanian. 

Rumpai ini dikatakan sebagai rumpai yang berbahaya kerana memberi kesan kepada ekosistem semulajadi, menyebabkan alahan kepada manusia dan haiwan yang boleh membawa kepada kematian.

Kehadiran rumpai ini mula dikesan pada bulan September 2014 oleh Jabatan Pertanian Malaysia di kawasan Ulu Yam Baru, Selangor dan selepas itu bancian telah dijalankan dengan sistematik dan didapati negeri Perak, Kedah dan Negeri Sembilan juga mempunyai rumpai ini. 

Ancaman bahaya dari rumpai ini telah dilabelkan sebagai rumpai paling teruk abad ini kerana mengurangkan hasil pertanian serta ternakan bagi sesebuah negara dan seterusnya mengalami kerugian besar disamping menimbulkan masalah kesihatan yang kronik pada manusia. Sumber :  pertaniangombakpetaling.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...