Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

10 Dis 2014

INFO JENIS-JENIS IKAN PATIN SUNGAI PAHANG

Secara umumnya jenis ikan patin Sungai Pahang terbahagi pada tiga jenis dan tidak pada katogeri (bukan spesis)

1. Patin Sungai - Patin liar yang hidup bebas di dalam sungai. Rasanya paling sedap dan harganya paling mahal.Sekilo ikan patin sungai boleh di jual pada harga RM 300 sekilogram.
2. Patin Lepas - Spesis patin sangkar yang terlepas dari sangkar dan hidup bebas di dalam sungai.
3. Patin Sangkar - Spesis patin yang di ternak di dalam sangkar di sungai.Ikan akan di beri makan pallet.
 *Gambar adalah patin lepas yang di jual di Restoran Azza, Jerantut, Pahang. Sumber : Facebook Hairun Azmi.

Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:

Patin Kolam – biasanya warna hitam
Patin Sangkar – warna hitam dan putih
Patin Sungai – warna cerah atau kelabu
  • Patin Buah
  • Patin Muncung
  • Patin Juara
  • Patin Emas 
Ikan patin terkenal akan kandungan vitaminnya yang tinggi dan sangat baik untuk kesihatan. Ikan patin juga mempunyai kandungan gizi yang tinggi, oleh kerana itu ikan patin banyak digunakan sebagai sumber protein berkualiti tinggi, vitamin dan juga mineral. Kandungan protein dalam ikan patin lebih kaya dari ikan tawar jenis lain. Sumber protein yang terkandung dalam ikan patin adalah sekitar 23-28%. Kandungan lemak dalam ikan patin lebih rendah berbanding dengan ikan lain, sehingga baik untuk kesihatan. Selain itu ikan keli juga mengandungi asid lemak DHA dan EPA, omega 3, vitamin A, vitamin D, vitamin B6, vitamin B12, zat besi, iodin, selenium.

Bagi mereka yang tidak biasa, agak sukar untuk membezakan secara tepat spesies Patin ini kerana secara fizikalnya ikan Patin kelihatan sama. Namun spesis liar yang mendapat harga setinggi RM 170.00/kg iaitu Patin Muncung boleh dibezakan dengan dan Patin Buah (RM 60.00/kg) kerana ia dari genus yang berbeza.

Tabiat pemakanan yang unik ini menyebabkan spesis ini agak sukar untuk didomestikasi dalam kurungan. Keperluan kepada makanan semulajadi dan keengganan menerima makanan terumus menambah kesukaran ini. Pengurangan populasi di Sungai Pahang mungkin menyumbang kepada penurunan populasi Patin Muncung. Ini menyebabkan spesis ini sukar didapati dan menaikkan harganya di pasaran. Sumber : http://www.wanista.com

AAP - Moralnya jika anda berkunjung ke negeri Pahang untuk menikmati ikan air tawar sungai pahang ikan patin khususnya atau ikan kelah, jelawat dan sebagainya. Bertanyalah terlebih dahulu tentang harganya... dibimbangi harga dan bayaran ikan tersebut diluar kemampuan kita untuk memakannya dan menikmatinya.

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

4 ulasan:

  1. Patin Sg Pahang terbaik in the world..:D

    Terima kasih beri kredit kepada kome yak.....:D

    BalasPadam
  2. Masalahnya..harga pallet yang mahal dan makin mahal....

    BalasPadam
  3. Patin.. pergh ~ terliur.. nasib masih mentah.. kalau dah siap msak.. hehe..

    BalasPadam
  4. Kt sungei lipih patin lior susoh nok jumpe..

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...