Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

10 Nov 2014

SPRM SYOR TUBUH PASUKAN KHAS SIASAT PENEROKAAN HARAM DI CAMERON HIHLANDS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan penubuhan pasukan khas bagi mengekang jenayah rasuah di sebalik penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands. Pencerobohan tanah ini dilaporkan menjadi punca utama sering berlaku banjir lumpur yang teruk di kawasan tanah tinggi itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, pasukan itu perlu diberi kebebasan melaksanakan penguatkuasaan dengan berkesan sekaligus bertindak dengan adil tanpa tekanan atau pengaruh mana-mana pihak.
|
Sehubungan itu, katanya, dasar kawalan kemasukan dan pengesanan pekerja asing khususnya di Cameron Highlands perlu diwujudkan untuk memastikan pembukaan kawasan pertanian secara haram dapat dibendung.

"Kita juga mengesyorkan agar kajian semula dasar dilakukan berhubung pemberian Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi tujuan menyekat penerokaan tanah kerajaan secara haram.

"Ini juga bagi mengelakkan pembinaan bangunan kekal di atas tanah LPS serta menguatkuasakan Akta Pemuliharaan Tanah 1960 / Enakmen Pahang no.13 (Denda dan penalti lebih berat).

"SPRM juga mencadangkan diwujudkan Sistem Pengesahan bagi menghindari dakwaan yang melibatkan anggota kerabat, ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan dengan mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai hubungan dalam apa-apa urusan. Ini bagi menjaga nama baik pihak berkenaan," kata Mustafar dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, SPRM juga mengesyorkan agar tindakan pentadbiran yang bersesuaian dilaksanakan bagi melicinkan pengurusan dan penguatkuasaan penerokaan haram.

Ini termasuk mengehadkan penggunaan jentera berat berantai, memantau kebanjiran pekerja asing di Cameron Highlands dan meningkatkan operasi penguatkuasaan pada hujung minggu dan cuti umum.

"Dasar yang jelas juga perlu ditentukan berhubung pembangunan tanah tinggi Cameron Highlands dan penetapan dasar ini perlu bagi memudahkan hala tuju penguatkuasaan dan pentadbiran tanah di kawasan itu.

SPRM juga menyarankan pewartaan dan langkah menanda/menanda halus sempadan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dengan jelas bagi tujuan penyelenggaraan persempadanan HSK yang kritikal.

Zon bercucuk tanam diwujudkan kepada masyarakat Orang Asli dan mengehadkan kawasan tanaman pindah.

"Mewujudkan sistem aduan yang berfungsi sebagai satu mekanisme kepada mana-mana pihak menyalurkan aduan, laporan dan maklumat berhubung kegiatan menyalahi undang-undang, peraturan dan salah laku," katanya.

Mustafar berkata, tindakan proaktif SPRM ini adalah supaya satu usaha bersepadu dapat diambil semua pihak bagi menutup ruang dan peluang rasuah.

Juga salah guna kuasa dan penyelewengan serta kelemahan pentadbiran dalam mengendalikan isu penguatkuasaan dan pentadbiran tanah.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan telah mengenal pasti beberapa isu serius yang memerlukan tindakan bersepadu semua pihak, antaranya kewujudan kontraktor 'kilat' yang terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing.

Mereka beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum bagi mengelak kerja-kerja penerokaan haram dikesan pihak berkuasa, katanya.

"Kurangnya koordinasi tindakan antara agensi terlibat menyebabkan tindakan penguatkuasaan tidak dapat dibuat secara profesional, di mana keterangan dan bukti sukar diperoleh bagi tujuan pendakwaan.

"Akibatnya, peneroka terlepas dari tindakan undang-undang dan akan terus melakukan kesalahan dan hal ini juga menyebabkan moral penguatkuasa menurun.

"Selain itu, pekebun sayur berselindung di sebalik keistimewaan Orang Asli sebagai pribumi yang menjadikan HSK sebagai kawasan rayau, mengutip hasil hutan dan bercucuk tanam dengan membuka kebun-kebun baharu di dalam kawasan HSK.

Mustafar berkata, SPRM telah membentangkan tindakan dan hasil penemuan awal ini kepada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang merupakan salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Beliau berkata, SPRM juga akan membawa syor dan cadangan ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus Kebangsaan pada 25 November ini.

Ini memandangkan isu sedemikian juga diyakini berlaku di tempat-tempat lain dan seterusnya mengelakkan masalah sama berlaku sehingga mengakibatkan pelbagai bencana alam dan persekitaran, masalah sosial dan ekonomi, kata beliau.  Sumber : mstar.com.my
 
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...