Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

2 Nov 2014

PIALA MALAYSIA KEKAL MILIK TOK GAJAH PAHANG

Selepas 120 minit perlawanan berlangsung akhirnya persoalan siapakah yang bakal membawa pulang trofi berprestij Piala Malaysia sudah terjawab apabila Pahang berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) melalui sepakan penalti 5-3.
Sebaik wisel sepak mula dibunyikan kedua pasukan bermula garang dengan menguji gawang masing-masing.

Pahang menguji gawang JDT seawal minit ke 9 melalui percubaan Gopi namun rembatannya hanya melewati palang gol.

Pada minit ke 14 Stadium Nasional Bukit Jalil mula bergema dengan sorakan penyokong Tok Gajah apabila Dickson Nwakaeme menanduk masuk gawang JDT hasil sepakan percuma Azidan.

Jaringan itu jelas meningkatkan rentak permainan antara kedua pasukan.

Penyokong JDT tidak perlu menunggu lama apabila Pereyra Diaz menyamakan kedudukan pada minit ke 38.

The Southern Tigers terus mengasak kubu Pahang dan 4 minit kemudian JDT telah dihadiahkan sepakan penalti apabila bola didapati telah terkena tangan Razman Roslan.

Luciano Figueroa dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut sekaligus melakar senyuman penyokong JDT.

Figueroa sekali lagi hampir menjaringkan gol keduanya malam ini namun percubaanya diselamatkan tiang gol.

Peluang JDT untuk menjadi juara Piala Malaysia kelihatan semakin cerah apabila pertahanan Pahang Saifulnizam dilayangkan kad merah apabila didapati menumbuk Amri Yahyah walaupun pada awalnya kelihatan seperti Amri yang memulakan dahulu.

Beraksi dengan 10 pemain langsung tidak memberi kesan kepada anak buah Zainal Abidin Hassan dan pada minit ke 69 Dickson Nwakaeme menggandakan jaringannya pada malam ini bagi kembali menyamakan jaringan.

Kedudukkan kekal 2-2 telah memaksa perlawanan memasuki ke masa tambahan namun tiada sebarang jaringan dihasilkan dan pemenang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

Pahang melakukan kejutan apabila 4 pemain pertahanan mereka telah berjaya menyempurnakan kesemua tendangan.

JDT mempertaruhkan Pereyra Diaz, Figueroa, Harris Harun.

Namun tendangan penalti keempat yang diambil Norshahrul Idlan Talaha telah diselamatkan penjaga gawang Pahang Khairul Azhan.

Akhirnya, Hafiz Kamal menyempurnakan sepakan penalti kelima Pahang pada malam ini bagi memastikan gelaran juara Piala Malaysia kekal dibumi Pahang. Sumber : Astro Awani
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...