Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

26 Nov 2014

APAKAH NANTI TASIK CHINI SEKADAR TINGGAL NAMA?

Salah sebuah bukit yang gondol akibat perlombongan bijih boleh dilihat dengan jelas di sekitar kawasan Tasik Chini. 

Tiada tindakan dan kerjasama pihak berwajib ke arah membangun, memelihara serta memulihara Tasik Chini di sini merupakan punca ekosistem di tasik air tawar kedua terbesar negara itu hampir berubah secara keseluruhan sekali gus mengancam keaslian semula jadinya. Bekas Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Mushrifah Idris berkata, sejak ditubuhkan pada 2004, pelbagai penyelidikan dan kajian telah dilakukan PPTC berhubung tasik berkenaan.

Antaranya, kata beliau, melibatkan aspek flora, fauna, ekohidrologi, perubahan iklim dan pemulihan serta pengurusan persekitaran, namun apa yang disampaikan pihaknya untuk tindakan pihak berwajib seperti kerajaan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan serta Jabatan Perhutanan negeri tidak dilaksanakan.

Sehubungan itu, jelasnya, beliau sendiri yang 10 tahun terlibat dalam penyelidikan dan pelaksanaan dasar di tasik berkenaan kecewa kerana penyelidikan dan kajian PPTC tidak diambil kira.

Tegas beliau, sebaliknya apa yang berlaku, keadaan di tasik yang diiktiraf sebagai rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu semakin teruk.

“Kita (PPTC UKM) sudah melakukan pelbagai penyelidikan untuk membantu kerajaan negeri Pahang dalam pemuliharaan, pemulihan dan kelestarian Tasik Chini untuk kerajaan negeri dan warisan negara namun kita hanyalah badan yang melakukan kajian dan penyelidikan, kita bukan agensi pelaksana.

“Kita juga bermesyuarat dengan Exco kerajaan negeri, dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan dengan wakil istana juga kita bermesyuarat bagi menyatakan me-ngenai kajian dan penyelidikan kita dan kita berharap dalam usaha menjaga tasik ini mereka akan melaksanakannya.

“Kita sekarang tidak banyak tasik asli, yang ada hanya dua iaitu Tasik Bera yang dipilih sebagai kawasan tanah lembap berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar dan Tasik Chini yang diktiraf sebagai rizab Biosfera oleh UNESCO, tak kan dua tasik ini pun kita tidak boleh jaganya dengan betul,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata de-mikian apabila diminta mengulas mengenai Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini yang mendedahkan mengenai Tasik Chini yang dilihat semakin bergelut untuk mengekalkan keaslian semula jadi akibat dihambat aktiviti manusia di sekelilingnya terutama perlombongan dan pembalakan hinggakan jangka hayat tasik ini turut menimbulkan perdebatan.

Sedangkan dahulu, permata pelancongan negeri ini sentiasa menggamit pelawat dari seluruh dunia tetapi kini, tasik yang sarat dengan kisah legenda itu menuntut komitmen semua pihak bagi menyelamatkannya agar Orang Asli yang tinggal di tebing Tasik Chini dapat terus bergantung hidup kepada tasik tersebut.

Mengulas lanjut, Mushrifah ber-kata, beliau sedih kerana kawasan di tasik berkenaan kini menjadi mang-sa pembangunan yang tidak diuruskan dengan betul, penerokaan hutan dan perlombongan bijih yang kesannya bukan sahaja mengotorkan jalan raya malah air tasik juga menjadi merah dan tercemar.

“Tidak salah jika ingin menjalankan pembangunan tetapi perlu dilakukan dengan betul berkonsepkan teknologi hijau, penebangan hutan juga boleh dilakukan tetapi perlu jauh dari kawasan tasik, begitu dengan perlombongan kalau ingin dibuat perlu 300 meter daripada zon penampan.

“Tasik ini sebenarnya sama macam manusia juga, dia ada umur, jika tidak diurus dengan baik, tasik makin mendap, air tasik cetek, makin lama tasik ini akan jadi tua dan akan menjadi mati,” katanya.

Penerima Anugerah Hari UNESCO Malaysia 2011 itu berkata, jika pihak berwajib serius hendak memulihkan kembali Tasik Chini, tempoh masa sekurang-kurangnya 20 tahun diperlukan untuk aspek pemuliharaan seperti penanaman semula hutan dan UKM boleh membantu memberikan pandangan mengenai jenis pokok yang sesuai ditanam.

“Kawasan persekitaran tasik ini banyak mineral, tidak semua pokok boleh hidup dan selepas perlombongan di situ yang ada adalah logam dan kita (UKM) telah buat kajian apa pokok yang boleh ditanam,” katanya.

Selain itu, katanya, tiga perkara juga diperlukan untuk memulihkan kembali tasik itu iaitu peruntukan, menentukan pihak-pihak yang akan melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan dan yang ketiga adalah kemahuan politik pihak berwajib sama ada ingin melakukannya atau tidak. Sumber : Utusan Malaysia

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Nov 2014

PEMANDU AMBULANS HOSPITAL RAUB DIGANTUNG TUGAS

 
Tiga kakitangan hospital diPahang termasuk seoarang pemandu ambulans digantung tugas sementara bagi membantu siasatan apabila sebuah ambulans menggunakan laluan bertentangan untuk mengambil pesakit dilebuhraya LPT kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira 1.30 itu mendapat perhatian ramai apabila mangsa memuatnaik kehalaman sosial dan menjadi viral melalui pelbagai aplikasi media.

Entri berkaitan disini : VIDEO : PEMANDU AMBULANS RAUB HILANG AKAL?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Nov 2014

TASIK CHINI SEMAKIN TERANCAM

Penerokaan hutan, penarahan bukit merosakkan ekosistem. Salah sebuah bukit yang gondol ditarah berhampiran Tasik Chini, Pahang akibat kerakusan penerokaan tanpa menghiraukan kesan terhadap alam sekitar.

Penerokaan dan penarahan hutan di kawasan sekitar Tasik Chini menyebabkan ekosistem di tasik air tawar kedua terbesar negara itu hampir berubah secara keseluruhan sekali gus mengancam keaslian semula jadinya.

Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, larian air deras di permukaan yang membawa lumpur ke tasik akibat pembukaan hutan dan penarahan bukit di kawasan sekitarnya merupakan faktor utama yang mengganggu ekosistem tasik ini.

Beliau yang turut sama melakukan pemerhatian di Tasik Chini hari ini berkata, jelas kelihatan kawasan tasik semakin cetek akibat sedimentasi atau pemendapan kelodak-kelodak yang terkumpul di dasar tasik.

“Kemudian kelodak yang terhasil akibat hakisan terkumpul kerana aliran air tasik tidak dapat mengalir ke Sungai Pahang seperti dahulu berikutan kewujudan sebuah empangan yang terletak kira-kira 10 kilometer dari tasik berkenaan.

“Sebab itu keadaan tasik tidak lagi mempesonakan, teratai pula hanya di lokasi tertentu sedangkan dahulu air cukup jernih hingga boleh nampak ikan toman berenang.

“Lubang ular yang menjadi tarikan pelancong kini sudah tertimbus, yang tinggal hanya papan tanda. Sebab itu, sesuatu perlu dilakukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut beliau, keadaan persekitaran Tasik Chini akan menjadi lebih buruk apabila musim hujan dan situasi ini boleh dilihat pada warna air tasik yang semakin keruh.

“Parameter-parameter ekologi seperti oksigen dan cahaya ini bukan sahaja menyebabkan kualiti air berubah tetapi permukaan tumbuh-tumbuhan juga akan tertutup dan seterusnya menjejas­kan kehidupan di da­lam tasik.

“Jika keadaan ini di­biarkan, landskap semula jadi akan berubah, ikan akan berkurangan, tumbuh-tumbuhan mati dan perlu ditanam semula. Keadaan ini jelas memberi kesan kepada aktiviti pelancongan dan penduduk di sekitarnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad mencadangkan agar diwujudkan zon penampan antara tasik dengan hutan bagi mengawal segala bentuk pembangunan atau penerokaan di kawasan sekitar Tasik Chini.

Katanya, untuk itu, beliau me­nyarankan semua pihak berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan, Tourism Malaysia dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama-sama berganding bahu dalam usaha mengekalkan keaslian keindahan Tasik Chini sebagai sebuah kawasan pelancongan terkemuka di negara ini.

“Semua pihak terlibat perlu duduk bersama membincangkan usaha menyeluruh agar tasik yang penuh keunikan itu kekal dengan keaslian panoramanya,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan penduduk bahawa tasik lagenda itu bakal menjadi sejarah beliau menegaskan tasik itu masih boleh dipulihkan jika semua pihak terlibat bersatu.

“Jika cetek masih boleh dikorek dan tumbuh-tumbuhan sekitarnya boleh ditanam semula walaupun tiada lagi nilai-nilai keasliannya. “Jika semua pihak terlibat bersatu berusaha mengekalkan kawasan yang sememangnya cukup berpotensi sebagai produk pelancongan, pastinya Tasik Chini akan terus kekal pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di persekitaran tasik turut mendapati banyak hakisan berlaku di tebing manakala pokok-pokok di kiri dan kanan ditolak untuk laluan bot. Sumber : www.utusan.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

VIDEO : PEMANDU AMBULANS RAUB HILANG AKAL?


Pasti perbuatan seumpama ini boleh mengundang padah, apapun alasan pemandu ambulans ini seharusnya dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan.... apakah ambulan tersebut sedang membawa pesakit atau ada sebarang kecemasan?

Menurut mangsa  : Syukur pada kehadrat Illahi sebab bagi peluang untuk saya merasai nikmat kehidupan ini lagi.. Pada pandangan kawan2 semua, betul atau salah tindakan ambulans ini.. Pukul 1.30 petang tadi 23/11/2014 Tengah highway LPT, sebuah ambulans KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA RAUB No Pendaftaran W 7183 L melawan arus pada kedudukan lorong laju(FAST LANE) tanpa membunyikan sebarang siren.. Syukur saya masih sempat menegelak dan brek emergency, mungkin tanpa bantuan ABS, mungkin kenderaan saya telah berpusing dan berlaku kecelakaan pda kami sekeluarga.. Mohon pihak kementerian yang terlibat untuk AMBIL SERIUS perkara ini.. Mungkin pada saya selamat sebab masih mampu mengelak.. Pada pengguna jalan raya yg lain bagaimana?? Mohon pencerahan daripada rakan-rakan yang pakar dalam hal ini. Sumber Facebook

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Nov 2014

MAT LELA TOKOH PAHLAWAN PAHANG

Nama Mat Lela bukanlah suatu nama yang asing bila kita membicarakan soal pahlawan Pahang. Beliau adalah diantara nama-nama besar pahlawan Pahang yang sering disebut-sebut. Mat Lela adalah seorang tokoh pahlawan Pahang menentang British pada tahun 1891-1895. Beliau adalah anak Dato’ Bahaman. Mat Lela bersama bapanya menjalankan gerakan menentang British di Pahang. Oleh kerana kegiatannya itu, nama Mat Lela diletakkan dalam senarai hitam, tokoh dikehendaki oleh kerajaan yang diisytiharkan pada 7 Februari 1892. Mat Lela bersama Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau melancarkan serangan ke atas kubu di Jeram Ampai pada 14 Jun 1894.

Setelah gagal mempertahankan kubu Jeram Ampai daripada serangan pasukan British, Mat Lela dan pejuang Pahang yang lain berundur ke Hulu Lebir, Kelantan. Kemudiannya tinggal di Kemumin, Machang di bawah lindungan Engku Selia Raja. Pada akhir 1894, Mat Lela dan beberapa orang pejuang Pahang berlindung di Besut, Terengganu. Dalam bulan September 1895 Mat Lela yang berada di Hulu Kelantan ditangkap oleh pegawai Thai. Seterusnya pada bulan November 1895 di bawa ke Kota Bharu. Kemudiannya Mat Lela dibawa oleh pegawai Thai ke Bangkok dan seterusnya ke Chiengmai. Sumber : http://muzium-pahang.blogspot.com

Alfatihah buat Pahlawan Pahang ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PANGKAT DAN SUSUR GALUR ORANG MELAYU


SUSUR GALUR ORANG MELAYU :  Ramai yang tak tau kan? Paling tidak kita tau setakat moyang, moyet sahaja atau ke bawah kita tahu setakat cuit gamit jer... Sebab? Umur kita tak mungkin terlajak sampai ke situ.... Admin dah pernah share maklumat ni 2 - 3 tahun lepas.... Ini ulang tayang... Sila 'share' untuk pengetahuan kita dan anak cucu cicit cuit gamit coteh moteh. Ada sebelas pangkat diatas dan bawah kita.  Sumber :  FB :  I ♥ PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Nov 2014

PETUA, ADAB DAN AMALAN ORANG MELAYU KETIKA MAKAN

Didalam amalan orang melayu ada petua dan amalan atau adab ketika makan. Jom sama-sama kita baca yang baik boleh diamalkan dan dijadikan pengetahuan dan amalan. Jika kurang sesuai tidak perlu diamalkan. Dibawah ini sedikit perkongsian yang diamalkan oleh orang-orang tua terdahulu.

Bacalah Bismillah dan doa makan sebelum makan dan selepas makan. Duduk dengan baik, tegap dan tidak menyandar, berbaring dan sebagainya. Bersila sebaiknya kerana mungkin kita tidak mengambil makan yang berlebihan. Makan dan minum tidak sambil bercakap dan berdiri.

1. Makan sebaiknya berhidang. 
- Kebaikannya, agar menjadi tertib dan kesempurnaan berumahtanggga, semua makanan disusun dan sempurna lengkap dengan air basuh tangan sapu tangan dan sebagianya. Mungkin reliti kehidupan kita begitu juga tersusun rapi dan sempurna.

2. Amalkan makan dengan menggunakan pinggan yang sama atau sejenis pinggan sahaja.
- Kebaikannya, melambang kesetiaan yang satu pada pasangan tidak kira lelaki atau perempuan. Mungkin Lelaki tidak akan mencari pasangan yang lain ( Isteri elok diamalkan petua ini pada saumi anda, agar tidak mencari pasangan yang lain :)

3. Tidak menambah nasi, isi secukupnya untuk dimakan.
-  Kebaikanya, mengambil makanan ikut keperluan sahaja dan boleh juga mengelak kegemukkan. Ada sesetengah ilmu orang dahulu yang diamalkan tidak boleh menambah makanan. Jika ditambah ilmu kurang menjadi atau dawas.

4. Jangan minum air berselang dengan air ketika makan nasi.
- Kebaikannya, pasti mudah kenyang dan makanan tidak dapat dihabiskan, lebih penting didalam amalan ini jika diamalkan akan memberi kesan buruk pada orang lelaki, akibatnya akan kalah diranjang.

5. Jangan menutup hidangan jika ada orang lain yang masih belum siap makan.
- Kebaikannya, pasti menyusahkan dan ada pendapat yang mengatakan banyak perkara tidak sempurna jika amalan ini terus diamalkan, mungkin antaranya akan kalah didalam perbicaran dan sebagainya. 

6. Selepas makan letakkan sedikit air didalam pinggan.
- Kebaikannya senang nanti untuk mencuci pinggan tersebut dan rezeki juga akan bertambah. Jika dibiarkan kering pasti susah untuk membasuh pinggan tersebut. Seumpama rezeki juga akan kering dan tidak akan bertambah.

7. Sebaiknya selepas makan pinggan mangkuk dibasuh terus.
- Kebaikkanya, bukan sahaja didapur (singki) terus kemas. lebih penting anda mengamalkan nilai kebesihan dan bertanggunjawab dapat menyelesiakan segala masalah dan kesulitan dikemudian hari kelak.

Pasti amalan dan petua diatas dapat memberikan kebaikan kepada pengamalnya, yang baik bolehlah dijadikan tauladan dan pengetahuan yang buruk dijadikan sempadan artikel disediakan oleh : AKU ANAK PAHANG

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Nov 2014

KELUARKAN PENDATANG HARAM DARI PAHANG, TITAH SULTAN AHMAD SHAH.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu semua pendatang haram dikeluarkan dari negerinya segera, lapor The Star hari ini.

Kenyataan ini dibuat sehari selepas baginda menyelar pihak yang menggunakan nama istana baginda untuk melakukan kerja pemusnahan hutan secara haram di Cameron Highlands sehingga menyebabkan banjir besar baru-baru ini.

Sultan Pahang berkata pihak berkuasa tidak hanya perlu mengambil tindakan serius terhadap pekerja ladang haram, tetapi juga kepada semua pekerja asing tanpa izin di negeri itu.

Baginda bertidah, jika ia tidak dilakukan, tidak akan ada pengakhiran kepada kehadiran pekerja asing tanpa izin di negeri itu.

"Kita tidak boleh membenarkan mereka untuk menjajah, bukan saja di Cameron Highlands, (tetapi) juga di daerah lain di Pahang juga.

"Anda lebih baik memberitahu pekerja yang tidak diingini ini, kita bersungguh dalam hal ini. Mereka tidak lagi boleh mencerobohi Pahang tanpa kebenaran,"katanya kepada pemberita di Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands selepas menghadiri mesyuarat tertutup dengan pegawai kerajaan semalam sebagaimana dipetik The Star.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan pemimpin negeri yang lain.

Baginda bagaimanapun, enggan mengulas mengenai majikan Malaysia yang mungkin melindungi pekerja asing tanpa izin, berkata tidak mempunyai bukti penglibatan mereka.

Sultan Pahang turut menafikan laporan media yang mendakwa terdapat sehingga 30,000 pekerja Bangladesh di Cameron Highlands.

Kelmarin ketika melawat kesan banjir di Cameron Highland, Sultan Ahmad Shah marah dengan pihak yang menggunakan nama baginda.

Bernama melaporkan Sultan Ahmad Shah menegaskan baginda tidak tahu menahu mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di Cameron Highlands.

Ditanya mengenai perkara itu baginda bertitah: "Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya."

"Semak dulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda.

Terdahulu baginda melawat kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur dan tanah runtuh di Lembah Bertam.

Baginda turut kesal dengan tindakan peneroka haram yang mengupah samseng bagi memastikan kerja penerokaan mereka tidak diganggu sesiapa hingga menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan. – 21 November, 2014. Sumber The Star

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

18 Nov 2014

BANJIR DI PAHANG : KUANTAN MULA DINAIKI AIR 18.11.2014

Difahamkan hujan tidak berhenti semenjak dua tiga hari ini mengakibatkan ditempat-tempat tertentu sekitar Kuantan mula dinaiki air. Gambar ini di perolehi dari FB Warga Kuantan :  Makluman air naik 1.0 meter (3kaki) di jalan susur ke Sungai Lembing  ( flyover shahputra ) telah ditutup untuk semua jenis kenderaan. Pengguna jalan raya dinasihatkan sila gunakan jalan alternatif lain untuk ke Sungai Lembing.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

16 Nov 2014

EKSKLUSIF : VIDEO DAN 'SURAT KUNING' MEMENINGKAN KEPALA PENGUATKUASAAN CAMERON HIGLANDS?

Laporan ini bersumberkan daripada News Straits Times, ianya melaporkan tentang pendedahan tentang apa yang menyebabkan penguat kuasaan undang-undang seolah-olah gagal dijalankan di Cameron Highlands.

Dengan alasan kes mereka terhadap tuduhan bahawa mereka telah menutup sebelah mata sebagai tanah tinggi terus dimusnahkan oleh pembersihan tanah haram, ini penguat kuasa undang-undang, yang berkata mereka akan menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan jika mereka dibenarkan, mahukan tin cacing daripada pentadbiran di Cameron Highlands untuk dibelah perutnya secara lebar.

Artikel lanjut :

CAMERON HIGHLANDS: AS experts warn of the end of Cameron Highlands, authorities who could reverse the travesties in the hills have made a desperate cry for help.Arguing their case against accusations that they had been closing one eye as the highlands continued to be ravaged by illegal land clearing, these law enforcers, who said they would have discharged their duties more effectively if they were allowed, want the cans of worms of the administration in Cameron Highlands to be ripped wide open.


They are willing to go to great lengths to expose the deeply entrenched multi-level corruption and abuse of power that had contributed to the extensive damage. For starters, they made available to the New Straits Times an example of an all-powerful document, one of the root causes of environmental problems besieging the highlands.This document is widely known among not only those in power but those tasked to execute it as surat kuning.

Video yang berkaitan :

 
Letters like these are the very bane of enforcers, who had on many occasions, had them shoved in their faces, ultimately forcing them to authorise the land to be “legally” ravaged. Such letters, which always come without a letterhead, would be addressed to the district officer (DO).The copy given to the NST showed the sender, allegedly a senior official in the Pahang palace, specifying the exact tract of government land in Kampung Raja he had wanted the Cameron Highlands district office to approve for development. Untuk berita penuh dan sumber klik DISINI

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

15 Nov 2014

GAMBAR LAMA DAN KLASIK BANDAR KUALA LIPIS PAHANG

 
 
 
 
 
 Jalan Hadapan Balai Bomba Kuala Lipis
 Stesen Keretapi Kuala Lipis
 Panggung Wayang Gambar lama Kuala Lipis
Jalan Tengah Bandar Kuala Lipis 1946
Banjir sekitar tahun 1971 Kuala Lipis
Gambar-gambar klasik ini penulis perolehi daripada Group Facebook Anak-Anak Lipis kredit untuk ahli group tersebut diatas perkongsian. Gambar sekadar dijadikan perkongsian bersama. Diantara gambar-gambar yang dapat dilihat disini Rumah Rakit Kuala Lipis, Stesen Keretapi Kuala Lipis, Panggung Wayang Paradise Kuala Lipis dan General Hospital Kuala Lipis. Untuk kelihatan lebih jelas penulis telah mengedit sedikit gambar-gambar tersebut agar kelihatan lebih jelas dan terang.

Wassalam, Wa'allahhualam.

14 Nov 2014

INFO POKOK KETUMPANGAN AIR @ TUMPANGAN AIR

Nama Botani: Peperomia Pellucida
Nama Lain: Ketumpangan air, Tumpangan air, Tumpang angin, rangu-rangu, shiny bush, pepper elder Famili: Piperaceae


Tumbuhan tropika semusim ini mudah dijumpai di kawasan-kawasan yang agak lembab dan agak terlindung dari cahaya matahari. Jika terdedah kepada cahaya matahari pokok ini sukar untuk membesar dan hidup subur. Ia mudah dijumpai dan tumbuh meliar tetapi tidak ramai orang yang mengetahui khasiatnya. Ketinggian pokok boleh mencapai sehingga 30 cm. Batangnya dari jenis berair dan senang patah berwarna hijau muda. Daunnya berbentuk seperti daun sirih dan baunya juga hampir sama. Buahnya mempunyai minyak sari apabila dimasak. Walaupun ia tidak mendapat perhatian di Malaysia namun di negara luar, tumbuhan ini dan benihnya dijual secara komersial. Ia boleh dijadikan sayur dan salad.

Khasiat :
Jus pokok ini diminum untuk mengelakkan jangkitan pada mata, cirit-birit, batuk, selesema, jangkitan pundi kencing dan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Daunnya mengandungi bahan antibakteria yang boleh merawat penyakit kulit seperti bisul, jerawat dan kulit melecur. Ia juga boleh digunakan untuk merawat athritis dan rheumatik. Ia juga boleh menjadi penawar kepada sakit sendi dan sakit perut. Keseluruhan pokok yang dilumatkan boleh mengurangkan sakit kepala dan panas badan akibat demam.
Sumber : wikipedia.org

Fakta Menarik:
Tumbuhan ini sering dianggap sebagai rumpai yang menumpang di celah-celah tanaman anda. Mungkin disebabkan itu lalu nama yang diberi ialah Ketumpangan Air. Juga dikenali sebagai Sirih Cina atau nama saintifiknya Peperomia Pellucida, bukan sebarang rumpai. Ia boleh dijadikan sayuran, salad dan teh. Terdapat beberapa manfaat dan khasiat lain seperti meredakan batuk, merawat jangkitan pundi, gout, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

12 Nov 2014

MENTERI - JPJ DIARAH BERHENTI OPERASI NOMBOR PLAT SERTA MERTA !


Sebentar tadi Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai telah menghantar surat kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) negeri supaya memberhentikan operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekarang.

Operasi yang perlu di berhentikan serta merta oleh pihak JPJ adalah penguatkuasaan ke atas plat nombor pendaftaran . Walau bagaimanapun penguatkuasaan lampu HID dan Strobe Light tetap diteruskan. Surat arahan telah dihantarkan kepada semua Pengarah Negeri melalui khidmat faks untuk kepada anggota JPJ di setiap negeri. Sumber

Apa nak kata, ramai mereka telah menukar nombor plat kenderaan dan tidak kurang ramai juga telah disaman dan saman pun sudah dibayar... ada yang mendakwa kenderaan dipaksa hadir ke JPJ setelah disaman bagi tujuan pemeriksaan lanjut. Semua ini menyusahkan rakyat  :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

10 Nov 2014

SPRM SYOR TUBUH PASUKAN KHAS SIASAT PENEROKAAN HARAM DI CAMERON HIHLANDS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan penubuhan pasukan khas bagi mengekang jenayah rasuah di sebalik penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands. Pencerobohan tanah ini dilaporkan menjadi punca utama sering berlaku banjir lumpur yang teruk di kawasan tanah tinggi itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, pasukan itu perlu diberi kebebasan melaksanakan penguatkuasaan dengan berkesan sekaligus bertindak dengan adil tanpa tekanan atau pengaruh mana-mana pihak.
|
Sehubungan itu, katanya, dasar kawalan kemasukan dan pengesanan pekerja asing khususnya di Cameron Highlands perlu diwujudkan untuk memastikan pembukaan kawasan pertanian secara haram dapat dibendung.

"Kita juga mengesyorkan agar kajian semula dasar dilakukan berhubung pemberian Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi tujuan menyekat penerokaan tanah kerajaan secara haram.

"Ini juga bagi mengelakkan pembinaan bangunan kekal di atas tanah LPS serta menguatkuasakan Akta Pemuliharaan Tanah 1960 / Enakmen Pahang no.13 (Denda dan penalti lebih berat).

"SPRM juga mencadangkan diwujudkan Sistem Pengesahan bagi menghindari dakwaan yang melibatkan anggota kerabat, ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan dengan mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai hubungan dalam apa-apa urusan. Ini bagi menjaga nama baik pihak berkenaan," kata Mustafar dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, SPRM juga mengesyorkan agar tindakan pentadbiran yang bersesuaian dilaksanakan bagi melicinkan pengurusan dan penguatkuasaan penerokaan haram.

Ini termasuk mengehadkan penggunaan jentera berat berantai, memantau kebanjiran pekerja asing di Cameron Highlands dan meningkatkan operasi penguatkuasaan pada hujung minggu dan cuti umum.

"Dasar yang jelas juga perlu ditentukan berhubung pembangunan tanah tinggi Cameron Highlands dan penetapan dasar ini perlu bagi memudahkan hala tuju penguatkuasaan dan pentadbiran tanah di kawasan itu.

SPRM juga menyarankan pewartaan dan langkah menanda/menanda halus sempadan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dengan jelas bagi tujuan penyelenggaraan persempadanan HSK yang kritikal.

Zon bercucuk tanam diwujudkan kepada masyarakat Orang Asli dan mengehadkan kawasan tanaman pindah.

"Mewujudkan sistem aduan yang berfungsi sebagai satu mekanisme kepada mana-mana pihak menyalurkan aduan, laporan dan maklumat berhubung kegiatan menyalahi undang-undang, peraturan dan salah laku," katanya.

Mustafar berkata, tindakan proaktif SPRM ini adalah supaya satu usaha bersepadu dapat diambil semua pihak bagi menutup ruang dan peluang rasuah.

Juga salah guna kuasa dan penyelewengan serta kelemahan pentadbiran dalam mengendalikan isu penguatkuasaan dan pentadbiran tanah.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan telah mengenal pasti beberapa isu serius yang memerlukan tindakan bersepadu semua pihak, antaranya kewujudan kontraktor 'kilat' yang terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing.

Mereka beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum bagi mengelak kerja-kerja penerokaan haram dikesan pihak berkuasa, katanya.

"Kurangnya koordinasi tindakan antara agensi terlibat menyebabkan tindakan penguatkuasaan tidak dapat dibuat secara profesional, di mana keterangan dan bukti sukar diperoleh bagi tujuan pendakwaan.

"Akibatnya, peneroka terlepas dari tindakan undang-undang dan akan terus melakukan kesalahan dan hal ini juga menyebabkan moral penguatkuasa menurun.

"Selain itu, pekebun sayur berselindung di sebalik keistimewaan Orang Asli sebagai pribumi yang menjadikan HSK sebagai kawasan rayau, mengutip hasil hutan dan bercucuk tanam dengan membuka kebun-kebun baharu di dalam kawasan HSK.

Mustafar berkata, SPRM telah membentangkan tindakan dan hasil penemuan awal ini kepada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang merupakan salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Beliau berkata, SPRM juga akan membawa syor dan cadangan ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus Kebangsaan pada 25 November ini.

Ini memandangkan isu sedemikian juga diyakini berlaku di tempat-tempat lain dan seterusnya mengelakkan masalah sama berlaku sehingga mengakibatkan pelbagai bencana alam dan persekitaran, masalah sosial dan ekonomi, kata beliau.  Sumber : mstar.com.my
 
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

9 Nov 2014

UTUSAN MALAYSIA KRITIK ADNAN YAAKOB DAN DISURUH BERSARA

Utusan Malaysia hari ini menyerang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob selepas di didakwa memperlekeh akhbar itu ekoran laporannya berkaitan kebanjiran warga asing di Cameron Highlands.

Malah, tanpa menyebut pangkat “Datuk Seri” dalam tulisan itu, Utusan mengkritik “keangkuhannya” terhadap media, malah secara tidak langsung menyarankannya bersara secara sukarela.
“Setakat ini, tiada tanda Adnan mahu bersara secara sukarela, seolah-olah tiada pemimpin lain di Pahang yang layak.

“Maka eloklah Awang peringatkan ungkapan bahasa Inggeris, Don't overstay your welcome (usah terlebih daripada yang dimahukan), yang beliau lebih arif maksudnya,” tulis Awang Selamat.
Tulisan berjudul “Hebat Sangatkah Adnan?” itu juga, tanpa menafikan peranan dan kerja keras Adnan, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.

Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.

Adnan kemudian dikatakan marah dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup. Sumber : Malaysiakini.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SUNGAI PAHANG, AIR PASANG DIJANGKA HINGGA 3.6 METER PADA MUSIM TENGKUJUH INI.

KUANTAN - Sungai Pahang dijangka mengalami air pasang sehingga 3.6 meter dalam tempoh musim tengkujuh tahun ini.

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah Kuantan 2014 yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan itu, memaklumkan air pasang bermula Oktober lepas iaitu 3 hingga 3.2 meter dalam tempoh 9 hingga 31 Oktober.

Bagi bulan ini, ketinggian air pasang pada 5 hingga 13 November dijangka setinggi 3.2 hingga 3.4 meter dan ketinggian meningkat kepada 3.5 meter pada 22 hingga 29 November.

Mesyuarat itu turut memaklumkan, paras sungai lebih tinggi berikutan air pasang dijangka lebih besar pada Disember dengan ketinggian mencapai sehingga 3.6 meter sekitar 20 hingga 28 Disember.

Difahamkan, hingga Ogos lepas, jumlah hujan yang turun sebanyak 971.8 milimeter iaitu 35 peratus berbanding purata tahunan dan menunjukkan masih berbaki  sebanyak 65 peratus.

Bagaimanapun, bagi September lepas, tiada air pasang tinggi.

Sementara itu,  Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Pahang mengalami ribut petir di satu dua tempat dan hujan di satu dua tempat di kawasan pantai bermula semalam hingga Jumaat ini.

Di Cameron Highlands,  diramalkan berlaku ribut petir pada waktu petang dan suhu minimum 16 darjah Celsius dan maksimum 24 darjah Celsius.

Khamis ini pula diramalkan air pasang sehingga 2.91 meter pada lewat tengah malam di perairan Pulau Tioman.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini memaklumkan, musim Monsun Timur 2014/2015 di Pahang dijangka bermula pada minggu kedua November depan dan berakhir pada minggu kedua Mac tahun depan.

Hujan lebat monsun yang pertama dijangka berlaku pada minggu ketiga hingga keempat November depan dan tempoh air pasang besar dijangka berlaku pada 24 November jam 11.08 malam manakala  pada 25 November air dijangka pasang pada jam 11.53 malam dan jam 12.38 pada 27 November. Sumber Sinar Harian Pahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 Nov 2014

HAMPIR KESELURUHAN CAMERON HIGHLANDS TELAH DITEROKAI.

Kawasan berbukit yang ditarah untuk ditanam sayur oleh pekebun dirakamkan di Blue Valley.

Hampir keseluruhan tanah di daerah ini sedang diteroka sama ada secara sah atau haram bagi tujuan pertanian dan juga pembangunan.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands, R. Ramakrishnan berkata, meskipun perkara itu dilakukan secara terang-terangan sejak beberapa tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh kerajaan negeri serta pihak berkuasa.

Katanya, tiadanya pemantauan ketat yang dilakukan oleh pihak berkuasa menyebabkan aktiviti meneroka tanah pertanian secara haram semakin berleluasa.

“Kalau kawasan yang diterokai itu adalah pedalaman, mungkin kerajaan negeri serta pihak berkuasa boleh beri alasan terlepas pandang, tetapi aktiviti pencerobohan berlaku di tepi-tepi jalan utama.

“Kami banyak terima aduan daripada penduduk di sini bahawa berlakunya aktiviti penerokaan tanah di kawasan yang jelas terpacak papan tanda dilarang menceroboh. Tetapi tiada tindakan daripada pihak berkuasa, mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dan tidak melakukan pemantauan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai bencana banjir kilat kedua yang melanda daerah ini dalam tempoh dua tahun yang telah mengorbankan sembilan nyawa.

Mengulas lanjut, Ramakrishnan juga menzahirkan kebimbangan terhadap penggunaan racun serangga secara tidak terkawal.

Katanya, hasil tanaman di negeri ini tidak lagi diterima oleh Singapura kerana faktor racun tersebut yang boleh membahayakan kesihatan orang ramai.

“Selain itu, pembangunan projek di negeri ini diluluskan tanpa kawalan. Tiada pemantauan dilakukan terhadap projek pembangunan menyebabkan faktor keselamatan sekitar kawasan ini boleh dipertikaikan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, menurut seorang aktivis alam sekitar yang hanya mahu dikenali sebagai Raja, 35, daerah ini akan hilang status lokasi pelancongan sekiranya aktiviti pencerobohan tanah pertanian haram terus berleluasa.

Beliau yang merupakan anak jati daerah ini mendakwa, apa yang berlaku di daerah ini adalah disebabkan perbuatan rasuah oleh beberapa kakitangan agensi awam yang tidak bertanggungjawab.

“Apa yang saya kesalkan ialah tiada tindakan diambil oleh kerajaan negeri terhadap perkara ini. Sejak berlakunya tragedi banjir kilat tahun lalu, jumlah penerokaan tanah pertanian haram bukan sahaja tidak berkurang, malah bertambah setiap hari.

“Ahli Parlimen pula seperti tidak membantu dalam isu ini sehinggakan penduduk di sini berasa sangat kecewa. Dulu pun berlaku hujan lebat, tetapi tidak terjadi bencana seperti hari ini,” jelas beliau. - Utusan Malaysia.

Apa sudah jadi ? Tanpa ada kawalan sewajarnya pasti kawasan ini terus menempah berbagai bencana alam. Persoalanya dimana pemantauan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal selia semua perkara ini?

Wassalam, Wa'allahhualam.

7 Nov 2014

KAEDAH DAN PERATURAN PLAT NOMBOR KENDERAAN

PERATURAN PLAT NOMBOR KENDERAAN.
Setiap kenderaan yang digunakan di jalan raya di Malaysia mestilah mematuhi dari segi saiz, susunan huruf dan angka di bawah Kaedah 6 (1) dalam Kaedah-Kaedah kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Perlesenan) 1959 [LN 173/1959].

Kesalahan di bawah kaedah boleh dihukum denda dibawah Kaedah 3(10) dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunnan Kesalahan) 2003 [P.U (A) 103/2003] iaitu denda sebanyak tidak melebihi RM 300.00.

Peruntukan Undang-Undang yang mesti dipatuhi :
• Nombor pendaftaran hendaklah dipamerkan dihadapan
dan di belakang kenderaan.
• Plat nombor pendaftaran dalam kendudukan menegak
atau mendatar pada plat segi empat tepat.
• Huruf dan angka berwarna hitam pada permukaan
putih bagi teksi, teksi lapangan terbang dan kereta
sewa.
• Huruf dan angka ditinggikan, ditimbulkan atau
dileperkan.
• Tinggi huruf dan angka mestilah 70 mm setiap
bahagian lebar, setiap huruf dan angka mestilah 10
mm.
• Jumlah lebar ruang setiap huruf atau angka mestilah
40 mm. Sumber PDRM

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!