Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

1 Okt 2014

HARGA PETROL RON95 DAN DIESEL NAIK 20 SEN 01 OKTOBER 2014

Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen  01 Oktober, 2014. Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20. Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.00.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui kenyataannya hari ini. Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.

"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu. Sumber Facebook.

AAP - Apa maksud "pengurangan subsidi" ramai juga yang terkeliru dengan ayat subsidi ini. Bilamana diungkapkan "pengurangan subsidi dan kenaikan subsidi" petrol, gula, tepung dan sebagainya. Beza kurangkan KENAIKAN SUBSIDI dan kurangkan SUBSIDI. Yang satu adalah kenaikan subsidi itu dikurangkan. Yang lagi satu subsidi itu sendiri yang dikurangkan. Secara mudah untuk difahami bila kerajaan mengatakan "mengurangkan subsidi" maksudnya kerajaan tidak lagi menampung subsidi barangan tersebut dan rakyatlah yang akan menanggungnya.

Entri berkaitan : APA MAKSUD SUBSIDI DAN MENGURANGKAN SUBSIDI?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<