Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

4 Okt 2014

BULUH LEMANG DAUN PISANG.

Setiap kali menjelang hari raya adilfitri atau adiladha bagi masyarakat di negeri Pahang ini menu wajib yang mesti ada adalah lemang. Jika mampu dan berkebolehan bolehlah dibuat sendiri kalau tak mampu membuatnya bolehlah dibeli dengan harga semasa lemang sebatang ketika ini RM10.00 sehingga RM15.00 bergantung pada saiz lemang tersebut.

Tidak dinafikan proses untuk membuat lemang sememang merumitkan daripada penyediaan buluh, daun pisang, pulut dan santan. Pulut dan santan sememang mudah untuk diperolehi dipasar-pasar banyak dijual, tapi kalau buluh lemang dan daun pisang agak sukar sedikit untuk mencarinya mahu, tidak mahu buluh lemang terpaksa dibeli jika anda ingin membuat lemang.

Terkini harga sebatang buluh lemang di bandar Jerantut dijual dengan harga RM 2.00 jika sudah siap dengan daunnya sekali ditambah RM 1.50 jadi untuk kos sebatang buluh lemang adalah RM3.50. Jika tahun sebelumnya buluh dan daun pisang di jual diatara RM. 2.00 - RM 2.50 kenaikan mendadak juga mungkin dek kerana kenaikan harga minyak petrol di Malaysia baru-baru ini.

Jika harga buluh dan daunya sudah dinaikkan berapa pula kos untuk sebatang lemang yang sudah siap dibakar dan dimasak?  Mahu... tidak kurangnya RM 20.00? Sepotong lemang saiz lebih kurang 3 inci di bandar ini dijual dengan harga RM2.00 itu harga tahun lepas... sekarang mungkin tak dapat dah gamaknya :(

Moralnya jika anda ingin membuat dan memakan lemang kenalah mencari sendiri buluh dan daun pisang, kerana jika membeli buluh dan daun pisang mungkin kosnya semakin meningkat. Daun pisang hutan ada daun pisang yang terbaik untuk membuat lemang. Pesanan penulis sekiranya anda ingin mencari buluh lemang jangan suka-suka mengambil buluh orang tanam... kalau ambil kenalah bayar jangan suka-suka mengambilnya... kerana buluh lemang sekarang sudah mahal harganya.

Akhir kata "Selamat Hari Raya Adiladha daripada kami maaf zahir dan batin".

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. Kepada sesiapa yg memerlukan buluh lemang boleh hubugi di no::0135061516

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...