Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

11 Okt 2014

AIRBOAT TAMAN, TAMAN BANDAR INDERA MAHKOTA KUANTAN

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melancarkan satu produk inovasi iaitu ‘Airboat Taman’ yang juga inisiatif aktiviti rekreasi baru di Taman Bandar Indera Mahkota. Selain dari tujuan rekreasi bot ini juga akan digunakan untuk operasi menyelamat sekiranya berlaku banjir di bandar Kuantan.

Bot ini mempunyai panjang 6246 milimiter (mm) dan lebar 2280 mm menggunakan bahan bakar petrol dengan enjin jenis Subaru 1.8cc,horsepower 73hp. Selain it, kapasiti sebuah airboat ini memuatkan sembilan orang dalam satu masa.

Operasi airboat ini bermula sejak 1 Oktober lalu yang memulakan perkhidmatan bermula dari jam 3 petang hingga 7 malam, manakala pada hujung minggu dan cuti umum, operasi bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.

Pengunjung boleh mendapatkan tiket di kaunter berdekatan jeti dengan kadar bayaran RM10 untuk seorang dewasa dan RM5 bagi kanak- kanak. Setiap perjalanan mengambil masa 10 hingga 15 minit. Antara aspek keselamatan yang disediakan adalah jaket serta seorang petugas keselamatan.

Tarikan baru di Taman Bandar, Indera Mahkota, Kuantan AIRBOAT TAMAN mula beroperasi pada hujung minggu / cuti umum (10 pg - 7 mlm). Hari biasa (3 ptg - 7 mlm). Juga sebagai persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh. Ianya boleh digunakan di air cetek sehingga kedalaman 6 inci sahaja.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMISMATIK JUAL BELI

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<