Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

26 Okt 2014

ADA YANG HINA LOGHAT PAHANG

https://twitter.com/r4rapunzel
Gambar dan perkara ini telah menjadi viral dihalaman facebook ramai yang membantah, sumpah dan seranah terhadap budak ini. Kenapa beliau terlalu celupar mulutnya? Moralnya usah celupar sangat mulut kerana setiap negeri di Malaysia ada loghatnya tersendiri.

Kalau di Pahang sahaja tidak kurang ada puluhan jenis loghatnya kerana Pahang begitu luas negerinya boleh dikatakan setiap daerah berbeza cara percakapan dan loghatnya apa nak heran kerana bahasa kita. Perkataan "aok" bermaksud awak diringkaskan cara sebutannya bagi orang Pahang apa salah ke? Sehingga disamakan dengan loghat keling dan berbunyi macam anjing. Sememang amat keterlaluan.

Paling istimewa orang Pahang boleh sahaja mengikuti loghat negeri mana-mana pun, hatta bahasa canggih seperti seperti orang Kuala Lumpur, tidak begitu tidaklah Dato' Seri Najib, Dato' Siti Nurhaliza dan ramai lagi mereka yang termasyhur dapat di fahami percakapan dan nyanyian mereka.

Paling penting disini, budi bahasa menunjukkan keperibadian bangsa. Bahasa lambang keperibadian sesuatu masyarakat. Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya) Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli. ”Bahasa menunjukkan Bangsa” . Apakah maksud kata-kata ini? Bahasa menunjukkan Bangsa menunjukkan adanya hubungan yang sangat rapat antara bahasa dan bangsa yang menuturkannya.

Sebagai contoh orang kelantan dengan loghat bahasanya, orang jawa dengan loghat bahasanya kalau kita semua menggunakan logahat yang sama sudah barang tentu kita akan hilang identiti diri kita.

Admin amat berharap Rara boleh memohan maaf secara terbuka kepada kami rakyat Pahang dan anak-anak Pahang! Cakap siang biarlah pandang-pandang, cakap malam biarlah jenguk-jenguk, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana, terlajak perahu mungkin boleh berundur terlajak kata buruk padahnya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

  1. Dia ni sendiri pun kurang didikan. Jadi janganlah kita samakan dia dengan keperibadian orang lain. Entah-entah dia ni pun sakit jiwa.

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<