Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

27 Sep 2014

WAJAR PINDAHKAN PROJEK IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN !

JERANTUT - Projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan wajar dipindahkan ke tempat lain yang lebih jauh dari Taman Negara selepas mendapat bantahan daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, pihak berkaitan perlu menilai semula projek berkenaan yang dilihat terletak terlalu hampir dengan Taman Negara dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat.

Menurutnya, pembangunan di kawasan yang sensitif perlu dilakukan secara berhati-hati memandangkan kawasan itu adalah kawasan penampan kepada Taman Negara yang mendapat perhatian dunia.

“Saya bukan tidak bersetuju projek berimpak tinggi berkenaan dibuat, tetapi harus jauh dari Taman Negara supaya kelestarian alam semula jadi yang ada di Taman Negara tidak akan terjejas.

“Berdasarkan maklum balas, apa yang dikesali penduduk ialah cara projek berkenaan dilakukan iaitu tiada dialog dengan penduduk, tiada papan tanda dan mereka seolah-olah tidak dihormati, malah saya sendiri sebagai ahli Parlimen di sini tidak dimaklumkan sehinggalah dalam perjumpaan dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) baru-baru ini,” katanya di sini kelmarin.

Sebelum ini media menyiarkan bantahan penduduk setempat, pelancong dan juga pengusaha pelancongan terhadap projek penternakan ikan sturgeon seluas 13.8 hektar di Kuala Tahan yang didakwa menjejaskan eko-pelancongan di Taman Negara.

Ekoran bantahan itu, projek bernilai RM120 juta itu kini terpaksa dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada penilaian terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA).

Katanya, jarak kawasan itu dengan Taman Negara terlalu hampir dan hanya dipisahkan oleh Sungai Tembeling yang dibimbangi akan turut terjejas akibat projek berkenaan.

Tambahnya, penduduk di situ juga bimbang bekalan air bersih mereka dari Sungai Tabung akan terjejas kerana projek berkenaan hanya terletak kira-kira dua kilometer dari muka sauk air yang diuruskan Pengurusan Air Pahang Berhad. Sumber : Sinar Harian Pahang.

AAP - Untuk kebaikan semua pihak sememangnya amat wajar projek ini dipindahkan, kami menyokong!

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...