Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

19 Ogo 2014

PROJEK IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN DILAKSANAKAN SECARA HARAM, DIHENTIKAN SERTA-MERTA.

 
KUALA LUMPUR: Projek Ikan Sturgeon di Sungai Tebung, Kuala Tahan dihentikan serta-merta selepas ia didapati dilaksanakan secara haram dan gagal mematuhi prosedur melibatkan aspek pembinaan dan alam sekitar.

Kelemahan projek itu yang dikesan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) selepas mendapat aduan penduduk kampung, disusuli pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Alam Sekitar pada Khamis.

Berikutan pertemuan yang turut disertakan dengan penyerahan notis bantahan kepada kementerian terbabit, kerja-kerja menebang hutan di tapak projek berkenaan dihentikan.

Pengerusi MNS, Prof Dr Maketab Mohamed mendakwa projek tersebut dilaksanakan secara haram tanpa sebarang maklumat diberikan kepada penduduk kampung.

Justeru, beliau berkata, pihaknya dan Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris akan mengadakan dialog dengan penduduk kampung berkenaan dalam masa terdekat.

"Sesi dialog itu akan turut disertai Jabatan Perlindungan dan Taman Negara (Perhilitan) dan Felda Global Ventures Holding (FGV) bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan projek berkenaan," katanya.

Beliau berkata, spesies ikan sturgeon berbahaya kerana ia ikan pemangsa dan MNS bimbang jika terlepas ke Sungai Tembeling ia boleh menyebabkan ikan seperti patin, jelawat, kerai dan sebarau pupus.

"Dalam pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Zoal Azha Yusof dan Ketua Pengarah, Jabatan Perhutanan, Prof Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Rahim di Putrajaya semalam (Khamis), mereka berjanji pihak kementerian akan melihat isu berkenaan secara mendalam.

"Pada masa sama, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) juga akan dijalankan, namun ia akan mengambil masa sehingga sembilan bulan,” katanya pada sidang media di pejabat MNS di Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kuala Tahan, Abdul Jalil Abdul Rahman berkata, kira-kira 2,000 penduduk kampung akan terjejas dengan pelaksanaan projek yang dijalankan secara haram itu.

"Saya telah dua kali menghantar petisyen kepada kementerian berkenaan bulan lalu, namun sehingga kini masih tiada jawapan.

"Terdapat kira-kira 800 penduduk di mana sumber pendapatan mereka melalui eko-pelancongan dan pelaksanaan projek ini akan menyukarkan mereka, malah kami membantah kerana ia juga menyebabkan ekosistem terganggu,” katanya.

Berdasarkan laporan yang diperoleh, Abdul Jalil berkata, projek pembinaan ikan sturgeon yang dilaksanakan FGVH itu didapati tidak memasang sebarang papan tanda memaklumkan mengenai projek tersebut.

"Bukan itu sahaja, kami kesal kerana hutan taman negara ditebang dengan sewenang-wenangnya untuk membina jalan masuk. Lebih mengecewakan apabila pihak pemaju mencuri bekalan air yang disalurkan untuk kegunaan penduduk setempat.

"Ada pihak yang bertanggungjawab menggunakan nama pihak berkuasa. Saya yakin mereka tidak memberitahu perkara sebenar,” katanya.

Difahamkan Jabatan Perikanan Malaysia telah menyenaraikan ikan sturgeon sebagai spesies ikan yang dilarang untuk dibawa masuk ke negara ini.

Kawasan tanah seluas 20 hektar akan digunakan untuk membina kolam ikan sturgeon di kawasan Sungai Tebung, Kuala Tahan. Ia terletak kira-kira dua kilometer dari hulu Sungai Tembeling. Sumber : Mstar.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...