Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

30 Ogo 2014

GAMBAR SEKITAR PASAR MALAM DAN PEKAN SEHARI BANDAR JERANTUT

 
 
 
 
 
 
Barangan Tembaga 
 Buah Kuling ada juga yang menyebut buah ketuk ditangga :)
 Buah Kembang Semangkuk
 
Hari ini berkesempatan pergi ronda-ronda ke tapak pekan sehari dan pasar malam Jerantut di tapak yang baru kerana tapak lama sebahagaiannya akan di bangunkan dengan tapak kedai yang baharu. Sebelum ini tapak pasar malam dan pekan sehari ini agak kecil dihimpunkan disuatu kawasan lapang , kini sebahagian jalan-jalan berkaitan telah di gunakan untuk peniaga di pasar malam dan pekan sehari di Jerantut ini.

Sememang kawasanya agak luas dan boleh memenatkan jika anda berjalan daripada satu tapak kepada tapak yang lainnya. Jom ronda-ronda sambil bersantai pelbagai barangan ada dijual disini. Waktu urusniaga pekan sehari bermula pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari, pasar malam bermula 5.00 petang sehingga 9.00 malam. Jom ke pasar malam dan pekan sehari Jerantut tentu ada barangan yang menjadi tarikan dan perhatian anda.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TAMAN NEGARA KUALA TAHAN APA KESUDAHAANYA NANTI?

Satu pemandangan biasa di jalan raya yang menghubungkan bandar Jerantut dan kawasan Kuala Tahan, Hulu Tembeling. Berpuluh lori balak akan melalui jalan ini setiap hari. Apabila jalanraya rosak dan semua penduduk merungut, peruntukan dengan nilai berpuluh juta ringgit akan diminta untuk memperbaiki jalanraya tersebut. Siapa yang meminta dan akan mendapat projek tersebut tidak perlu dihuraikan. Moralnya bukan satu perjalanan yang indah jika anda melalui kawasan berkenaan.

Selepas projek Caviar Park berjalan, difahamkan ada banyak lagi kawasan hutan yang akan digondolkan untuk projek-projek lain seperti Bandaraya Hutan, Safari Park, Projek Ladang Getah & Gaharu dan sebagainya. Teringat kepada iklan NRE - Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan biodiversiti. Sumber : Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan

Apakah pihak berwajib hanya melihat sahaja tanpa ada pengetahuan dan tindakan, kenapa untuk apa bagaimana dan apa sudahnya nanti? Sudahnya situasi yang sekan dibiarkan ini pasti mengundang musibah untuk alam ini khasnya Taman Negara Pahang sendiri.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Ogo 2014

DR. HAIRUDDIN MOHD ALI DIANUGERAH TOKOH GURU DAERAH JERANTUT.

JERANTUT 25 Jun - Meskipun sudah bersara sebagai seorang pendidik, namun dedikasi untuk terus menyumbang dalam bidang pendidikan membuatkan Dr. Hairuddin Mohd. Ali, 62, dipilih sebagai Tokoh Guru peringkat daerah di sini kelmarin.

Turut menerima Anugerah Tokoh Pendidik Veteran Jerantut iaitu bekas guru besar yang juga penggiat masyarakat, Mokhtar Dilu, 80.

Hadiah kepada kedua-dua tokoh berkenaan disampaikan oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris sempena sambutan Hari Guru peringkat daerah yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tengku Ampuan Hajah Afzan di sini.

Hairuddin dan Mokhtar masing-masing menerima cenderamata, sijil penghargaan dan replika cek bernilai RM5,000 yang disumbangkan oleh Bank Rakyat cawangan Jerantut.

Ketika ditemui Hairuddin berkata, anugerah itu merupakan satu penghargaan tertinggi dalam kerjayanya sebagai pendidik selama 36 tahun di beberapa buah sekolah di daerah ini.

"Anugerah itu menguatkan iltizam saya untuk terus menabur bakti dalam dunia pendidikan peringkat tertinggi khususnya bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah termasuk sekolah kluster," katanya. Utusan Malaysia

AAP - Tahniah dan syabas pada beliau "Jasa mu tetap dikenang" Secara peribadi penulis juga pernah menjadi anak murid beliau semasa belajar di sekolah Menengah dahulu.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Ogo 2014

BUNGA KANTAN MENDAPAT PULANGAN HASIL LUMAYAN


Pokok bunga kantan yang banyak tumbuh liar di kawasan Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, memberikan sumber pendapatan tambahan kepada Ahmad Mustafa Yunus, 57, yang terbabit dengan aktiviti menanam dan menjual bunga herba itu sejak 20 tahun lalu.
Dengan kebun seluas dua hektar dia kini mempunyai 1,000 rumpun pokok berkenaan membabitkan tiga jenis iaitu bunga berwarna merah, putih dan merah jambu.

Aktiviti memungut hasil dilakukan setiap minggu dengan purata hasil antara 400 hingga 700 kuntum.

Ahmad Mustafa berkata, setiap minggu dia dan isteri Noorasiah Nafi, 54, ke kebun untuk membersih kawasan, melakukan penjarangan pokok, menanam semula, meracun dan memungut hasil.

Katanya, walaupun hanya pekerjaan sambilan namun dia tetap memberikan perhatian yang lebih.

Menurutnya, mengusahakan tanaman kantan tidak memerlukan perbelanjaan banyak, hanya membeli racun rumpai terpilih saja diperlukan manakala aktiviti membaja tidak diperlukan.

“Pokok kantan hidup subur di kawasan berair dan lembap,” katanya ketika ditemui.

Katanya, setiap rumpun pokok bunga kantan mampu menghasilkan antara tiga hingga tujuh kuntum bunga bergantung kepada kesuburan dan saiz perdu pokok, hanya bunga yang belum kembang saja diambil bagi memastikan ia tidak mudah rosak dan busuk apabila terdedah cuaca panas.

“Harga bunga kantan bergantung kepada saiz dan jenisnya, harganya antara 40 hingga 70 sen sekuntum.

Sebelum ini setiap minggu saya menjual terus ke Pasar Selayang, Selangor dan Pasar Besar Kuantan, namun kini pemborong datang ke rumah untuk mendapatkan bekalan.

“Selama 15 tahun saya berulang-alik ke Pasar Selayang dan Pasar Besar Kuantan menjual bunga kantan termasuk pelbagai jenis sayur kampung seperti pucuk paku hijau, ulaman, rebung dan ubi.

“Kebanyakan sayur dan buah-buahan saya beli daripada penduduk kampung di kawasan Ulu Dong dan beberapa kampung berhampiran,” katanya yang mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang menyediakan modal permulaan dan benih. - Metro

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Ogo 2014

KAMPUNG SOM, DAMAK, ULU CHEKA, JERANTUT.

 Masjid Kampung Som Jerantut
Jambatan Sungai Som Jerantut
 Pekan Damak, Jerantut.
 Makam Pahlawan Pawang Nong
  Makam Pahlawan Pawang Nong
  Makam Pahlawan Pawang Nong
Masjid Pekan Sehari Kampung Ulu Cheka Jerantut.

Catatan destinasi untuk tugasan hari ini diantaranya Kampung Som, Pekan Damak, dan seterusnya sempat singgah ke makam Pahlawan Pawang Nong di Kampung Ulu Cheka, Jerantut.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Ogo 2014

PROJEK IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN DILAKSANAKAN SECARA HARAM, DIHENTIKAN SERTA-MERTA.

 
KUALA LUMPUR: Projek Ikan Sturgeon di Sungai Tebung, Kuala Tahan dihentikan serta-merta selepas ia didapati dilaksanakan secara haram dan gagal mematuhi prosedur melibatkan aspek pembinaan dan alam sekitar.

Kelemahan projek itu yang dikesan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) selepas mendapat aduan penduduk kampung, disusuli pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jabatan Alam Sekitar pada Khamis.

Berikutan pertemuan yang turut disertakan dengan penyerahan notis bantahan kepada kementerian terbabit, kerja-kerja menebang hutan di tapak projek berkenaan dihentikan.

Pengerusi MNS, Prof Dr Maketab Mohamed mendakwa projek tersebut dilaksanakan secara haram tanpa sebarang maklumat diberikan kepada penduduk kampung.

Justeru, beliau berkata, pihaknya dan Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris akan mengadakan dialog dengan penduduk kampung berkenaan dalam masa terdekat.

"Sesi dialog itu akan turut disertai Jabatan Perlindungan dan Taman Negara (Perhilitan) dan Felda Global Ventures Holding (FGV) bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan projek berkenaan," katanya.

Beliau berkata, spesies ikan sturgeon berbahaya kerana ia ikan pemangsa dan MNS bimbang jika terlepas ke Sungai Tembeling ia boleh menyebabkan ikan seperti patin, jelawat, kerai dan sebarau pupus.

"Dalam pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Zoal Azha Yusof dan Ketua Pengarah, Jabatan Perhutanan, Prof Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Rahim di Putrajaya semalam (Khamis), mereka berjanji pihak kementerian akan melihat isu berkenaan secara mendalam.

"Pada masa sama, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) juga akan dijalankan, namun ia akan mengambil masa sehingga sembilan bulan,” katanya pada sidang media di pejabat MNS di Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kuala Tahan, Abdul Jalil Abdul Rahman berkata, kira-kira 2,000 penduduk kampung akan terjejas dengan pelaksanaan projek yang dijalankan secara haram itu.

"Saya telah dua kali menghantar petisyen kepada kementerian berkenaan bulan lalu, namun sehingga kini masih tiada jawapan.

"Terdapat kira-kira 800 penduduk di mana sumber pendapatan mereka melalui eko-pelancongan dan pelaksanaan projek ini akan menyukarkan mereka, malah kami membantah kerana ia juga menyebabkan ekosistem terganggu,” katanya.

Berdasarkan laporan yang diperoleh, Abdul Jalil berkata, projek pembinaan ikan sturgeon yang dilaksanakan FGVH itu didapati tidak memasang sebarang papan tanda memaklumkan mengenai projek tersebut.

"Bukan itu sahaja, kami kesal kerana hutan taman negara ditebang dengan sewenang-wenangnya untuk membina jalan masuk. Lebih mengecewakan apabila pihak pemaju mencuri bekalan air yang disalurkan untuk kegunaan penduduk setempat.

"Ada pihak yang bertanggungjawab menggunakan nama pihak berkuasa. Saya yakin mereka tidak memberitahu perkara sebenar,” katanya.

Difahamkan Jabatan Perikanan Malaysia telah menyenaraikan ikan sturgeon sebagai spesies ikan yang dilarang untuk dibawa masuk ke negara ini.

Kawasan tanah seluas 20 hektar akan digunakan untuk membina kolam ikan sturgeon di kawasan Sungai Tebung, Kuala Tahan. Ia terletak kira-kira dua kilometer dari hulu Sungai Tembeling. Sumber : Mstar.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

18 Ogo 2014

RONDA-RONDA KUALA TAHAN 18.08.2014

 
 
Hari ini penulis berkesempatan ronda-ronda ke Kuala Tahan sambil membuat tugasan. Sempat menjamu selera tengah hari di restoran terapung di Kuala Tahan ini makan ringkas sahaja :) Kelihatan air agak surut dan tidak keruh seperti diberitakan sebelum ini.

Kelihatan ramai juga pelancong yang datang bertandang ke mari bukan pelancong dalam negeri tapi pelancong luar negara. Sekarang kelihatan banyak restoran terapung telah dibina disini tidak sebelumnya cuma ada dua, tiga buah sahaja. Ada perubahan yang ketara dan teruskan saingan perniagaan yang sihat disana pasti sekiranya makanan sedap dan harga berpatutan tentu ramai yang akan menjamu selera disana. Sambil bercuti hujung minggu bagi orang tempatan atau orang luar daripada Jerantut.

Apapun tugasan saya hanya seketika sahaja kesana tidak sempat untuk mengambil banyak gambar kerana menyudahkan kerja yang hakiki lebih utama di kampung sekitar. Jika ada masa nanti kita akan sambung semula bersama gambar dan cerita yang lainya di Kuala Tahan ini. Catatan 18082014

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Ogo 2014

APAKAH AHLI PARLIMEN JERANTUT MENYOKONG BANTAHAN PROJEK IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN?

Sesi Fotografi "Say NO To Sturgeon" oleh Prof Dr Maketab Mohamad dan disertai oleh Komuniti Kuala Tahan/Taman Negara serta aktivis alam sekitar (Bersongkok Ahli Parlimen Jerantut)
Gambar Berkumpulan MNS, PEKA dan Komuniti Kuala Tahan/Taman Negara di Ibu Pejabat MNS di Kuala Lumpur.
 
Sesi perbincangan tidak rasmi untuk mengadakan Himpunan Alam 2014 oleh semua NGO-NGO alam sekitar yang turut disertai oleh Prof Dr Maketab Mohamad, Saudara Laili Basir, YB Nazlan Idris, Tn Hj Zulkefly Mohamad Omar dan Puan Sri Shariffa Sabrina dari Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA).

AAP- Bukan soal menyokong atau membantah projek ini, setidak-tidaknya Ahli Parlimen mendengar keluh kesah rakyat berkaitan dengan projek ini sudah memadai. Terserah pada beliau untuk menilaikannya akan baik buruk projek tersebut. Tahniah kepada beliau yang sudi membuat sesi perbincangan tidak rasmi bersama NGO berkenaan. Sumber : Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan

Ada pihak yang sudah kerayan melihat gambar diatas?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

15 Ogo 2014

SUNGAI KEPUNG, SUNGAI TEKAM, JERANTUT, PAHANG

 
Hari ini berkesempatan melalui laluan daripada bandar Jerantut melalui PPPTR menuju ke Felda Sungai Tekam Getah dan seterusnya ke Felda Sungai Tekam Utara,  mungkin penulis tidak tahu apa kisah yang terdapat disebalik nama sungai kepung ini. Bagi penulis tidak ada cerita yang istimewanya sungai ini untuk di kongsikan.

Cuma penulis tertarik dan terpandang pada tarikh binaan yang terdapat pada jambatan sungai kepung ini yang tercatat dibina pada tahun 1939 sudah 75 tahun berlalu pada tahun 2014 ini. Difahamkan jambatan ini telah dibina semasa zaman penjajahan Inggeris.  Pasti ada cerita dan kenangan tersendiri pada mereka yang berkaitan dengan sungai kepung ini. Mungkin anda ada kisah dan kenangan disebalik jambatan 'sungai kepung' ini bolehlah dikongsikan bersama penulis.

Merujuk maksud kepung daripada kamus dewan (DBP)  ; berkepung berdiri atau duduk mengelilingi sesuatu. mengepung mengelilingi orang dll supaya terkurung atau tidak lepas lari: Mereka sedang ~ pengganas-pengganas yg bersembunyi di pondok itu. terkepung sudah dikelilingi (oleh pihak lawan atau musuh). kepungan lingkungan yg dibuat oleh orang-orang yg berkepung atau mengepung: Beliau berjaya melepaskan diri drpd ~ musuh. pengepungan perbuatan atau hal mengepung: ~ itu berlaku selama tiga hari, kemudian barulah pihak musuh menyerah diri.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Ogo 2014

KEMANA HILANGNYA PAPAN TANDA PERASMIAN PEJABAT SUK NEGERI PAHANG YANG PERTAMA DI KUANTAN ?

Jika diimbau kembali sejarah dan cadangan untuk pemindahan pusat pentadbiran ini telah dibuat semenjak tahun 1901 lagi, tetapi keputusan muktamad untuk memindahkan pusat pentadbiran Negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan diambil pada 2 Mac 1953; Bagi memilih tempat yang bersesuaian bagi pusat pentadbiran Negeri Pahang, pihak Kerajaan Negeri telah memusatkan pandangannya kepada dua kawasan iaitu Temerloh / Mentakab dan Kuantan. Tetapi disebabkan bentuk mukabumi Temerloh / Mentakab yang tidak rata dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pembangunannya maka Kuantan telah diputuskan untuk dijadikan ibu negeri Pahang Darul Makmur.

Pusat pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur telah dipindahkan ke Kuantan pada hari Sabtu 27 Ogos 1955 dengan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Al Marhum Al Sultan Abdullah Al Mu'tasim Billah. Manakala pada 28 Februari 1970, bangunan pentadbiran pusat berpindah ke Wisma Sri Pahang. Sumber : Wikipedia
Difahamkan merujuk pada gambar diatas menurut sumbernya, pada tahun 2012 papan tanda perasmian tersebut telah hilang. Manakala binaan simen tersebut telah condong. Semoga dengan kedatangan bulan kemerdekaan pada ogos ini. Pada 27 Ogos 2014 iaitu selepas 59 tahun Kuantan menjadi ibu negeri, ada pihak2 yg membaik pulih tanda perasmian ini, papan tanda sudah hilang manakala binaan simen itu sudah condong. Tidak dapat dipastikan kemana hilangya. Semoga dengan kedatangan 27 Ogos 2014 iaitu selepas 59 tahun Kuantan menjadi ibu negeri, ada pihak yang membaik pulih tanda perasmian yang penuh bersejarah ini. Sumber Gambar Kredit : Osman Jaafar FB Gambar Klasik Pahang.

AAP - Pasti Papan tanda tersebut adalah salah satu bahan sejarah yang perlu diperlihara.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TAMAN SAFARI BAKAL DI BINA DI HULU TEMBELING, JERANTUT

Sebuah taman safari bertaraf antarabangsa seluas kira-kira 5,000 hektar dirancang dibina di daerah ini bagi melonjakkan pembangunan sosioekonomi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Taman Negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Razak berkata, kawasan yang akan dilabelkan sebagai Bandar Raya Hutan Hujan Tropika itu melibatkan lokasi antara Tembeling Tengah dengan Hulu Tembeling.

"Pada masa ini kita telah menyiapkan kertas kerja bagi pembinaan taman safari tersebut dan menunggu lampu hijau daripada kerajaan negeri.

"Kita juga telah berjumpa dengan pemaju yang berpotensi dan setakat ini jumlah pelaburan luar yang berjaya dikumpulkan telah mencecah RM4 bilion," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, selain melonjakkan sektor pelancongan di kawasan Taman Negara, pembinaan taman safari tersebut akan membuka kira-kira 30,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, selain menjana pelbagai peluang perniagaan.

Tambah beliau, pembinaan taman safari berkenaan juga akan dapat merancakkan lagi pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan seperti jalan raya yang memberi manfaat berterusan kepada penduduk kampung.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan melaksanakan projek memulihkan semula hutan hujan tropika seluas 25,000 ekar di kawasan Kuala Tahan.

"Program pemuliharaan yang turut melibatkan penanaman semula balak ini menunjukkan komitmen kita dalam usaha melindungi hutan semula jadi yang akan menjadi contoh kepada dunia," ujarnya.

Sementara itu, beliau meminta penduduk di kawasan terlibat supaya tidak menjual tanah masing-masing, sebaliknya bersedia menyewakan kepada pihak terbabit kerana akan memberikan manfaat jangka panjang.

Ujarnya, pembinaan taman safari berkenaan sudah tentu akan meningkatkan lagi nilai tanah di kawasan berkenaan dari semasa ke semasa, seterusnya memberi manfaat kepada penduduk. Sumber : Utusan.com.my

Teringin juga nak bermanja-manja denga kuda belang dan zirafah :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

12 Ogo 2014

NOMBOR TELEPON HOTLINE PDRM KONTINJEN POLIS PAHANG

Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat atau memerlukan bantuan kecemasan boleh berbuat demikian dengan mendail nombor Hotline Polis Pahang seperti yang tertera di atas. Sumber FB Polis Pahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!