Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

8 Jul 2014

PASAR MALAM KUANTAN, PERNIAGAAN TUTUP SEMENTARA TUNAI SOLAT DAHULU!

Bermula 1 Ogos ini, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan meminta peniaga pasar malam yang beragama Islam supaya menutup perniagaan mereka buat seketika apabila masuk waktu solat maghrib.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaakob berkata, penutupan sementara itu bukan terlalu lama iaitu hanyalah untuk tempoh masa 20 minit bagi menunaikan solat.

"Apa yang penting bagi kita umat Islam adalah mendahulukan solat dari segalanya, jadi kita berharap kepada mana-mana peniaga umat Islam di daerah ini supaya dapat menutup perniagaan mereka sementara bagi menunaikan solat.

"Kita (MPK) percaya perniagaan mereka selepas itu pasti akan mendapat lebih berkat kerana mendahulukan solat yang merupakan fardu bagi umat Islam," katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pelaksanaan itu akan dilakukan secara berterusan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

"Kita akan laksanakan untuk peniaga pasar malam sahaja yang mana ada antara mereka berniaga berdekatan dengan masjid dan surau yang pastinya menuntut untuk peniaga itu menunaikan solat terlebih dahulu.

"Selain keuntungan, perkara utama yang ingin kita capai adalah keberkatan dari Allah SWT untuk kita berniaga," katanya. Sumber Utusan
AAP - Pengunjung pasar malam juga, adalah terlebih elok sekiranya berkunjung ke pasar malam sebelum masuknya waktu maghrib atau selepas waktu maghrib.

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...