Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

6 Jul 2014

ELAK DIKENAKAN CAJ PERKHIDMATAN 70 SEN. SILA BAYAR BIL AIR DI KAUNTER PAIP PAHANG

KUANTAN - Mulai 1 Julai - Orang ramai yang ingin membayar bil air boleh terus ke kaunter Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) di semua daerah serta di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan jika tidak mahu dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 70 sen apabila menggunakan khidmat pejabat pos.

Pegawai Perhubungan Awam Paip, Datuk Jaafar Abdullah berkata, caj perkhidmatan yang akan dikenakan bermula hari ini itu adalah daripada pihak Pos Malaysia Berhad dan bukannya Paip.

"Namun, pengguna mempunyai pilihan lain untuk membayar bil air selain daripada pejabat pos. Mereka boleh membayar di kaunter-kaunter Paip di setiap daerah selain di UTC Kuantan.

"Selain itu, pengguna boleh membayar bil air di kaunter Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kesemua kaunter ini tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, waktu operasi kaunter Paip di UTC Kuantan adalah pada hari Isnin hingga Ahad iaitu bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam.

Katanya, pejabat pos yang mengenakan caj perkhidmatan itu adalah kaunter Pos Besar Kuantan, Pejabat Pos Pekan, Pejabat Pos Kuala Rompin dan Pejabat Pos Jerantut.

"Selain itu turut mengenakan caj ini adalah Pejabat Pos Kuala Lipis, Pejabat Pos Raub, Pejabat Pos Bentong, Pejabat Pos Temerloh, Pejabat Pos Bera, Pejabat Pos Maran dan Pejabat Pos Tanah Rata," katanya.

Tambah beliau, terpulang kepada pengguna sama ada mahu membayar bil air di kaunter Paip atau pejabat pos. Sumber Berita - Utusan Malaysia.

AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...