Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Jun 2014

FACEBOOK, BLOG DAN SEUMPAMANYA AKAN LENYAP LIMA TAHUN LAGI?

Dr.Cole, seorang ahli internet bidang website memperingatkan web jejaring yang ada waktu ini akan mati dan lenyap dalam 5 tahun nanti.

Beliau meramalkan penurunan MySpace 4 tahun lalu.

Waktunya terlalu lama untuk web tersebut mendominasi. Site tersebut memang tetap ada dan bukan digantikan oleh site yang lebih besar , hanya mengecil.

Dia juga meramalkan akhbar bercetak di Amerika, umurnya tinggal 5 tahun lagi.

Masyarakat muda tidak lagi membaca berita di Internet, dan tidak membaca media dalam bentuk cetakan lagi.

Berita lain bahawa kejayaan iPad sebagai Tablet PC akan dominan, dan membawa kekuatan kpd Apple.

Yang pastinya tidak akan ada parkara yang kekal selamanya... berblog juga sudah nampak penurunannya bilamana telah ramai rakan-rakan blogger yang sudah seakan "tersadai" bersama blognya. :(

Benar atau tidak, tunggu 5 tahun lagi...

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Jun 2014

ADAKAH AGIHAN SUBSIDI MINYAK DI MALAYSIA ADIL?

Gagasan Anti Seleweng Subsidi (GASS) terus mendesak kerajaan mengkaji semula kaedah agihan subsidi bahan bakar. Ia berikutan kaedah agihan subsidi kini disifatkan tidak adil kerana golongan berpendapatan tinggi turut meraih manfaat yang sepatutnya hanya untuk rakyat berpendapatan rendah.

Siang tadi GASS dibawah Jaringan Melayu Malaysia JMM Pahang mengadakan pemantauan urusan jual beli petrol di sebuah stesen minyak di Kuantan. Hasil pemantauan selama tiga jam bermula sembilan pagi, NGO terbabit mendapati 52% daripada 65 kenderaan mewah melebihi 2000cc mengisi petrol ron95.

Purata bagi setiap pengisian pula ialah RM100 bagi setiap kenderaan terbabit. Bagi pengurus besar JMM Pahang, Razlina Abdul Razak (gambar), tindakan itu dilihat tidak adil. Ini kerana lazimnya pemilik kenderaan mewah adalah golongan berpendapatan tinggi.

Justeru NGO terbabit berpendapat pemilik kereta mewah tidak wajar mengambil kesempatan membeli bahan bakar bersubsidi. Menurutnya tinjauan ini hanya dilakukan untuk tempoh singkat di satu lokasi. Justeru, beliau yakin peratusan itu akan lebih besar jika tinjauan sama dibuat di lokasi lain.

Justeru NGO terbabit menggesa kerajaan mengkaji pelaksanaan sistem agihan subsidi yang lebih adil bagi bahan bakar itu. Video dan Sumber TV3

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Jun 2014

PENCEROBOHAN HUTAN DI PAHANG TIDAK ADA KESUDAHANNYA?

 
Ayat-ayat yang popular dan sinoni dengan berita seumpama ini :

  • Jabatan Perhutanan diarah hentikan semua kerja penerokaan hutan berkuat-kuasa serta merta.
  • Arahan akan dipertimbangan diperluaskan ke daerah lain.
  • Jabatan Perhutanan perlu menanam semula pokok dikawasan hutan yang di gondolkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Persoalannya sampai bila? namun hutan terus sahaja diperkosa tanpa rasa bersalah. Jika dilihat pada situasi lain ianya tidak lebih " bagaikan anjing menyalak bukit sahaja" Kenapa sudah digondolkan atau kawasan tersebut telah diceroboh baru ingin membuat penguatkuasan? kenapa tidak sebelumnya?

Entri berkaitan :  HUTAN SIMPAN KEKAL LENTANG, BENTONG DIPERKOSA

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Jun 2014

PENCARI UDANG GALAH DISERANG BUAYA DI SUNGAI ROMPIN PAHANG

Rompin – “Saya masih ingat ketika buaya itu membaham kaki kiri. Amat mengerikan dan membuatkan saya mahu mencari rumah lebih selamat bagi mengelak kejadian itu tidak berulang,” kata pencari udang galah, Ewa Judak, 30, mangsa serangan buaya di Sungai Rompin dekat sini, malam Sabtu lalu.

Ewa berkata, dia bersama isteri, Norashikin Rantau, 16, menumpang di rumah ibu mentuanya di Kampung Deraman buat sementara waktu sehingga kecederaan kakinya pulih sebelum mencari rumah baru yang jauh dari sungai. Katanya, dia kini amat bimbang untuk ke Sungai Rompin kerana dibimbangi akan dibaham buaya.

“Saya juga akan menukar pekerjaan kerana tidak mahu lagi bertembung dengan buaya, terutama isteri mengandung tiga bulan anak pertama. Lebih baik saya cari rumah dan pekerjaan lebih selamat.

“Ada penduduk kampung memberi amaran berhati-hati kerana pernah melihat buaya tahun lalu, namun saya anggap ia perkara biasa dan tidak membahayakan,” katanya, ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, semalam.

Menceritakan kejadian kira jam 8.30 malam itu, Ewa yang tinggal di rumah rakit berhampiran Kampung Tebu Hitam, dekat sini, berkata dia mandi seorang diri di sungai berkenaan apabila berasa kaki kirinya digigit sebelum menyedari ia buaya. – Harian Metro

AAP - Bak kata pepatah tenang-tenang air jangan disangka tiada buaya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Jun 2014

HUTAN SIMPAN KEKAL LENTANG, BENTONG DIPERKOSA


Keratan Akhbar Metro
DUA buah lori memunggah hasil balak keluar dari kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong.

BENTONG - Bagaikan langsung tiada kawalan. Demikian gambaran yang dapat disimpulkan mengenai aktiviti penerokaan hutan di Pahang sama ada ia dilakukan secara sah atau haram ekoran banyak hutan telah digondol khususnya di daerah Bentong, Raub dan Cameron Highlands.

Apa yang membimbangkan ialah penerokaan hutan secara tidak terkawal itu akan memberi ancaman serius terhadap sumber bekalan air mentah di negeri ini dan menjejaskan sumber air berjuta-juta penduduk Lembah Klang pada masa depan.

Semalam Kosmo! melaporkan mengenai kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai mengenai kemungkinan krisis air di Lembah Klang bakal berulang jika penerokaan hutan yang menjadi tempat tadahan hujan di Selangor dan Pahang tidak diurus secara lestari.

Tinjauan Kosmo! di beberapa daerah di negeri Pahang dalam tempoh seminggu lalu mendapati terdapat banyak aktiviti penerokaan hutan yang tidak terkawal terutamanya di hutan simpan kekal dan kawasan tadahan hujan.

Ketika tinjauan dibuat di Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong yang mempunyai keluasan 1,338 hektar kelmarin, pemandangan dari luar menunjukkan kawasan hutan itu bagaikan langsung tidak diusik, namun perkara sebaliknya berlaku di bahagian dalam apabila lebih 78 hektar kawasan hutan simpan kekal berkenaan telah digondolkan.

Tinjauan itu juga mendapati kawasan hutan simpan tersebut telah dirosakkan dengan laluan balak sepanjang kira-kira 20 kilometer bermula dari pintu masuk hutan tersebut di Pejabat Hutan Kecil Lentang hingga ke Kampung Sum Sum Hilir, Janda Baik dan Bukit Tinggi.

Laluan balak yang dibina itu dibimbangi boleh mengakibatkan hakisan tanah dan ia masuk ke dalam Sungai Benus yang mengalir ke kawasan Air Terjun Hutan Lipur Lentang sekali gus mencemarkan kawasan perkelahan itu jika berlaku hujan lebat.- Kosmo

AAP -  tidak mampu untuk memberi komen sekadar takziah diatas pemerkosaan ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Jun 2014

SEJARAH : PERASMIAN TEROWONG DAN LEBUHRAYA KARAK - KUALA LUMPUR

 
Pada tanggal 07-01-1978, Terowong dan Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur telah dibuka dengan Rasminya kepada lalu lintas oleh Menteri Perhubungan dan Kerjaraya, Datuk Haji Abdul Ghani Gilong.
Lebuhraya yang mengandungi sebuah terowong sepanjang 3,000 kaki di Genting Sempah Lebuhraya sepanjang 47 batu ini telah mendekatkan Karak dengan Kuala Lumpur.
Lebuhraya yang menelan belanja sebanyak $ 136.4 juta ini merupakan laluan alternatif kepada jalan Gombak - Bentong yang sempit dan bengkang-bengkok dengan dibiayai melalui pinjaman daripada Bank Pembangunan Asia. Terowong Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur ini merupakan yang pertama di bina di Malaysia ini, telah dilengkapi dengan kamera bagi mengawal pergerakan kenderaan yang melalui terowong ini yang dipancarkan di rumah kawalan terowong. Sesungguhnya, pembinaan terowong dan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ini telah memendekkan perjalanan di antara Kuala Lumpur dan negeri-negeri Pantai Timur, serta menggalakkan perkembangan ekonomi yang lebih pesat. Sumber : arkid,gov.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

22 Jun 2014

SEJARAH ASAL USUL KESULTANAN PAHANG

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan sebuah negeri terbesar di Semenanjung Tanah Melayu. Kemasyuran dan kehebatan namanya itu pada masa dahulu, menjadi rebutan kerajaan sekeliling. Menurut kajian oleh ahli-ahli sejarah, terdapat banyak bekas-bekas lama yang membuktikan kepandaian orang yang telah membuka negeri ini. Pada zaman dahulu, pemerintah Pahang pernah mengadakan hubungan dan menghantar ufti bunga emas ke Negara China.

Menurut riwayat tua, pemerintahan negeri ini dijalankan dengan cara pemerintahan beraja. Keturunan raja-raja Melaka adalah yang paling lama berkuasa di Pahang iaitu selama lebih 200 tahun bermula daripada Sultan Muhammad Shah (1469-1475) hingga kepada Sultan Mahmud Shah yang termasyur di dalam sejarah “Al Marhum Mangkat Dijulang” pada tahun 1699.

Sebagaimana yang terkandung dalam sejarah Pahang iaitu dalam tahun 1454, Mansur Syah, putera kepada Sultan Muzaffar Melaka telah menghantar satu pasukan perang diketuai oleh Bendahara Paduka Raja melanggar Pahang. Maharaja Dewa Sura, pemerintah Siam di Pura (Pekan) melarikan diri ke Ulu Pahang. Ia ditawan oleh Seri Bija Diraja di sebuah jeram yang dikenali sekarang dengan nama Jeram Koi, Ulu Tembeling.

“Maka datang sekarang ini jeram itu dinamai orang Jeram Kwai. Maka segala orang Melaka pun datang, maka Maharaja Dewa Sura pun tiada sempat lari berperahu. Maka oleh Seri Bija Diraja disuruh orang naik mengepung Maharaja Dewa Sura itu. Maka Maharaja Dewa Sura pun ditangkap orang, dibawa kepada Seri Bija Diraja.

(Shellabear (ed),1977: hal 74-75)

Maharaja Dewa Sura dan Puterinya Wanang Seri dibawa ke Melaka. Puteri Wanang Seri di Islamkan dan diberi nama Puteri Lela Wangsa yang kemudiannya dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Mereka mendapat dua orang putera, Raja Ahmad dan Raja Muhammad.

Pada suatu hari, sedang beberapa orang pemuda bermain sepak raga, Raja Muhammad yang berumur lebih kurang 15 tahun sedang menunggang kuda dikawasan berhampiran. Bola sepak raga yang disepak Tun Besar, anak kepada Bendahara, telah jatuh ke atas dastar Raja Muhammad. Tanpa usul periksa, Rja Muahammad terus menghunus kerisnya, lalu membunuh Tun Besar.

Sultan Mansur Syah amat murka di atas apa yang telah dilakukan oleh putera baginda. Atas sebab itu, baginda telah menghantar Raja Muhammad sebagai Raja di Pahang. Raja Muhammad ditabal sebagai Sultan Muhammad lebih kurang dalam tahun 1470 dan mangkat pada tahun 1475.

Setelah kemangkatan Sultan Mahmud Syah, maka berakhirnya pemerintahan raja Melaka. Kemudian, Pahang diperintah pula oleh Sultan dari Kerajaan Johor- Riau pada tahun 1615 dengan perlantikan Raja Bujang sebagai Sultan Johor Pahang di bawah penguasaan Acheh. Tahun 1641, penguasaan Acheh atas Pahang berakhir setelah Sultan Iskandar Thani mangkat.

Tampuk pemerintahan Pahang kemudiannya beralih pula kepada pemerintahan Bendahara. Pemerintahan Bendahara bermula dengan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan berakhir apabila Bendahara Tun (Wan) Ahmad Ibni Almarhum Sultan Ali diisytihar sebagai Sultan. Keturunan Bendahara berjaya menjadi Sultan akhirnya adalah akibat daripada pepecahan semasa pemerintahan Bendahara Ali,di mana kerajaan Johor-Pahang mulai berpecah antara Orang Besar Melayu dan Orang Besar Bugis serta kewujudan kuasa Ingeeris- Belanda di Kepulauan Melayu. Justeru kerana itu, Bendahara Ali menguatkan kedudukannya di Pahang sebagai pemerintah pada tahun 1819 dan Temenggong pula berkuasa di Johor.

Bendahara Tun (Wan) Ali yang menggantikan ayahandanya Marhum Korish dalam tahun 1806 telah mangkat dalam tahun 1857 di Kampung Lamir, Pahang Tua. Puteranya Tun Ahmad bersemayam di Pulau Maulana. Tidak berapa lama selepas itu berlakulah perbalahan antara Tun Ahmad dengan Tun Mutakhir, kekandanya. Perang itu dikenali sebagai “Perang Saudara”. Tun Ahmad akhirnya berjaya menewaskan kekandanya apabila hulubalang-hulubalangnya di bawah pimpinan Panglima Kakap Bahaman telah menewaskan kubu Tun Mutakhir. Tun Ahmad diisytihar sebagai Bendahara dan berpindah dari Pulau Maulana ke Kuala Sungai Parit dan kini dikenali denagan Kampung Padang Polo.

Pada tahun 1881, jurutulis kepada Bendahara Ahmad, Encik Abdullah b. Hasssn yang dikenali sebagai Encik Dollah Tulis dengan persetujuan Bendahara, telah meminda cap iaitu daripada “Bendahara” kepada “Sultan”. Atas sebab itu, pada 6hb Ogos 1882, Tun Ahmad diisytihar sebagai Sultan Ahmad. Manakala pada 12hb Disember 1884, Sultan Ahmad telah ditabalkan sebagai Sultan Ahmad al- Muadzam Shah. Dari tarikh itu juga anakanda-anakanda baginda dinaiktaraf kepada Tengku manakala isteri baginda, Cik Puan Bongsu kepada Tengku Ampuan.

Apabila Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah mangkat pada 9hb Mei 1914, Yang Mulia Tengku Besar diistiharkan sebagai Sultan. Baginda pula mangkat di Kuala Pahang pada malam Selasa 19hb Jun 1917 tempatnya diganti oleh adinda baginda Yang Mulia Tengku Abdullah yang kemudiannya ditabal dengan gelaran Al- Mu’tasim Billah Al-Sultan Abdullah.

Baginda Sultan Abdullah dikurniajkan beberapa orang putera dan puteri. Antaranya ialah Yang Muli Tengku Abu Bakar. Dalam tahun 1925, Tengku Abu Bakar dikahwinkan dengan Raja Fatimah, puteri kepada Sultan Alang Iskandar Shah, Perak. Tidak berapa lama selepas perkahwinan Diraja itu dilangsungkan, Sultan Alang Iskandar Shah telah berunding dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan persetujuan kerajaan Inggeris supaya Sultan Abu Bakar dilantik sebagai ‘ganti raja’ menggantikan keputusan yang diambil semasa Yang Mulia Tengku Mahmud diisytiharkan sebagai Tengku Besar .

Setelah beberapa lama , dengan sokongan Pesuruhjaya Tinggi Sir Hugh Clifford, kerajaan Inggeris telah bersetuju supaya Putera Sulung Sultan yang memerintah di lantik sebagai ‘pengganti raja’ dengan gelaran Tengku Mahkota. Maka pada 10hb Jun 1930, Yang Mulia Tengku Abu Bakar telah ditabal sebagai Tengku Mahkota Pahang. Dengan usaha Pesuruhjaya Tinngi C. Clement, kerajaan Inggeris telah bersetuju agar putera Sultan yang kedua dilantik sebagai ‘Tengku Bendahara’ dan putera ketiga sebagai ‘Tengku Temenggung’.

Baginda Sultan Abdullah mangkat pada pukul 8.25 malam Rabu. 22hb Jun 1932. sebelum jenazah Almarhum meninggalkan Istana Kuning, Yang Teramat Mulia Tengku Abu Bakar telah diisytihar sebagai Sultan Pahang. Baginda ditabal dengan gelaran Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Muadzam Shah pada hari Ahad, 28hb Mei 1933. Baginda Sultan Abu Bakar mangkat pada pukul 12.45 pagi, Ahad 5hb Mei, 1974 setelah 42 tahun berada di atas takhta kerajaan negeri Pahang.

Maka dengan itu, Yang Teramat Mulia Tengku Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar telah diisytiharkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 7hb Mei 1974 sehingga ke hari ini. Jadual dibawah menunjukkan pemerintahan sultan di negeri Pahang. Sumber mdpekan.gov.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Jun 2014

SEJARAH DAN PERISTIWA JERAM AMPAI PAHANG 1894

PEJUANG-PEJUANG PAHANG MENAWAN KUBU INGGERIS DI JERAM AMPAI 1894

Pada tahun 1894, satu serangan yang telah lebih dahulu dirancang dan disusun di Trengganu dan dengan sokongan senjata dan tenaga orang-orang dari Trengganu dan Kelantan, dan dipimpin oleh pahlawan- pahlawan Pahang yang terdiri dari Tok Gajah, Bahaman, Mat Kilau, Awang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, dan Mat Lela telah berjaya menawan kubu Inggeris di Jeram Ampai.

Serangan ke atas kubu Jeram Ampai ini adalah merupakan serangan yang pertama dalam perlawanan tahap kedua. Perlawanan tahap kedua ini telah menampakkan coraknya yang tersendiri. Hal ini ditandai dengan nyaringnya teriakan perang sabil melawan kafir. Perubahan ini berlaku hasil dari pertemuan pejuang-pejuang Pahang itu dengan Engku Saiyid dari Paloh (seorang tokoh agama yang alim di Trengganu) pada bulan Mei (1894) di suatu tempat di Kuala Tembeling bemama Seberang Engku Ngah. Engku Saiyid telah membangkitkan semula semangat perjuangan pejuang-pejuang Pahang dan menyerukan perang sabil terhadap orangorang kafir. Dengan pengaruh Engku Saiyid ini seramai kira-kira 200 orang dari daerah Besut (Trengganu) dan daerah Lebir (Kelantan) telah menggabungkan did dengan pasukan Pahang itu, dan dibantu pula oleh Sultan (Trengganu dan Kelantan) dan pembesar-pembesarnya.

Persiapan-persiapan untuk menyerang Jeram Ampai ini dibuat dengan rapinya, dan senjata serta ubat-ubat bedil diseludupkan dari Singapura oleh seorang Kelantan bernama Awang Ngah. Kekuatan pasukan ini berpusat di Paloh (daerah pengaruh Engku Saiyid). Sementara rancangan pasukan Pahang ini dijalankan dengan rapi pihak Inggeds masih terus menjalankan usaha memujuk Dato' Bahaman dan Tok Gajah supaya menyerah diri dengan menghantar tiga orang utusan iaitu Tok Muda Akir, Wan Husin dan Awang Tanggok. Persiapan itu dijalankan begitu rapi hinggakan ketiga-tiga orang utusan itu (yang tinggal di kubu pejuang Pahang hingga ke saat-saat menjelang penyerangan terhadap Jeram Ampai) tidak dapat menghidu rahsia itu.

Rancangan yang telah dirancangkan dan disusun. dengan rapi di Kelantan dan Trengganu itu telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini dalam tahun 1894. Dengan mudahnya kubu Inggeris di Jeram Ampai yang dikawal oleh 11 orang Polis Sikh itu ditawan. Mengikut rancangannya sesuatu serangan itu akan dilakukan dengan cepat dan musuh-musuh yang ada di dalam kubu dihapuskan semuanya. Bagaimanapun rancangan itu telah gagal disebabkan terlepasnya seorang polis Sikh yang mendapat luka parah. Dalam keadaan luka parah polis Sikh ini telah dapat memberikan laporan kepada Panglima Garang Yusuf, laporan mana segera diteruskan ke Pekan. Dari Jerarn Ampai, Dato' Bahaman, Iman Perang Rasu dan Mat Kilau meneruskan perjalanan ke Pulau Tawar untuk menghubungi To' Raja dan Panglima Garang Yusuf untuk sekali lagi meminta ketegasan kedua-dua tokoh itu sama ada menyebelahi pihak pejuang Pahang ataupun Inggeris, sementara Mat Kelubi dan pasukannya menuju ke Kuala Lipis untuk menghadapi kemungkinan Inggeds menyerang dari arah itu.

Setelah tidak berjaya memujuk Tok Raja dan Panglima Garang Yusuf, Dato' Bahaman, Imam Perang Rasu dan Mat Kilau kembali ke Jeram Ampai sementara kedua-dua pembesar yang pertama disebutkan itu memperkuat kedudukan di kedua-dua belah tebing Sungai Tembeling. Pasukan inilah yang kemudiannya telah menyerang Mat Kelubi dan lima orang pengikutnya di Sungai Tembeling yang kemudiannya gugur di Kampong Bandar pada 17hb Jun, 1894. Pada 29hb Jun, 1894 Jeram Ampai ditawan semula oleh Inggeris yang terdiri daripada pasukanpasukan. Polis Sikh Perak dan Selangor serta pasukan-pasukan Tok Garang Yusuf dan Tok Muda Akir.

Walaupun kubu Jeram Ampai dapat direbut dengan mudah tetapi serangan ini amat mengecewakan Inggeris, Para Pejuang Pahang yang masih hidup telah dapat melepaskan diri dari serangan dan kepungan Ialu berundur ke Trengganu dan Kelantan. Walaupun usaha-usaha mengesan jejak mereka dilakukan secara besarbesaran ia tidak mendatangkan hasil. Akhirnya ia terpaksa ditamatkan pada bulan November, 1895. Peristiwa pertempuran di Jeram Ampai ini adalah merupakan periempuran berhadapan yang terakhir dalam keselutuhan perlawanan Pahang yang dimulai pada tahun 1891 itu. Sumber : arkib.gov.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Jun 2014

CETAK - JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA (2014 / 1435 HIJRAH)

Bulan Ramadhan menjelang tiba dan sebagai panduan untuk kita bersama disini kami sertakan jadual waktu berbuka puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia. Jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak bagi tahun 2014 masehi bersamaan 1435 Hijrah. Klik pada negeri pilihan anda untuk mengetahui waktu berbuka puasa dan imsak di kawasan anda.

Sumber : JAKIM

AAP - Selamat menunaikan ibadah puasa pada seluruh mukminin dan mukminat diseluruh Malaysia.

Wassalam, Wa'allahhualam.

18 Jun 2014

INFO MATA WANG 'TAMPANG' NEGERI PAHANG

Matawang semasa Pemerintahan Kesultanan Melayu Kerajaan Negeri Pahang. Dikeluarkan Oleh Bendahara Sewa Raja Wan Ahmad. Tahun dikeluarkan 1878 [ 1295 hijrah ] sehingga 1889 dihentikan pengunaannya.

Pada hari ini dalam tahun 1889, mata wang tampang telah diisytiharkan oleh Pentadbiran Inggeris sebagai sah diperlakukan di negeri Pahang. Tampang ialah istilah yang digunakan bagi mata wang yang diperbuat daripada timah yang digunakan pada zaman dahulu di negeri Pahang.

Adalah dipercayai mata wang tampang ini juga digunakan di negeri-negeri lain misalnya di negeri Melaka, menurut catitan sejarah China di awal kurun ke 15, matawang diperbuat dari timah ini ada digunakan di negeri Melaka. Ia adalah dalam bentuk blok-blok kecil timah yang beratnya antara 900 gm atau 750 gm atau 10 blok kecil itu diikat dengan rotan dan dijadikan satu bundal kecil. Manakala 40 blok dijadikan bundal besar. Penggunaan blok-blok timah ini sebagai mata wang di negeri Melaka telah dihentikan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511.

Penggunaan mata wang tampang di negeri Pahang ada dicatitkan oleh Munshi Abdullah dalam bukunya ‘Pelayaran Abdullah Munsyi”. Beliau menyatakan bahawa mata wang tampang itu ada digunakan di negeri Pahang dalam tahun 1837. Walaubagaimanapun, pentadbiran Inggeris di negeri Pahang telah mengisytiharkan bahawa mata wang tampang ini sah diperlakukan pada hari ini dalam tahun 1889. Dalam pengisytiharan itu dinyatakan bahawa pengeluaran mata wang tampang ini tidak dibenarkan lagi selepas pengisytiharan tersebut. Akhirnya mata wang tampang ini tidak lagi sah diperlakukan di negeri Pahang mulai dari tahun 1893. Sumber : arkib.gov.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Jun 2014

PAHANG BAKAL MEMILIKI KASINO KE DUA?

Meningkatkan kepentingan di Berjaya Hills  RM3b KOMPLEKS : Tycoon mahu memohon semula bagi lesen untuk mengendalikan Kasino.

BERJAYA kumpulan pengasas Tan Sri Vincent Tan akan memohon lesen untuk mengendalikan kasino di Berjaya Hills Resort di Pahang, dan akan melabur sebanyak RM3 bilion pada mulanya untuk menubuhkan kompleks tersebut.

Tan bersedia untuk melaburkan wang untuk menghidupkan Berjaya Hills, di sini, menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia dan pembangunan pelancongan terbesar di Malaysia.

Beliau juga akan membawa masuk pelabur untuk membangunkan kompleks, yang akan termasuk pusat permainan, taman tema dalaman dan luaran, kedai makanan, gedung runcit, hotel, pusat konvensyen dan rumah percutian.


Dalam temu bual dengan Business Times, Tan berkata beliau berharap tidak akan ada bantahan daripada mana-mana pihak seperti yang kompleks kasino akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam Keuntungan pertukaran asing dan limpahan ekonomi.

Tan menjangka untuk mengambil kira-kira 10,000 penduduk tempatan untuk menjalankan kompleks.

"Rakyat Malaysia dan warga asing membelanjakan wang mereka untuk berjudi, hotel dan makanan di Singapura, Macau, Kemboja, Filipina dan Las Vegas. Saya pasti mereka akan suka datang sini. Kita boleh menjangkakan beratus-ratus bas dari Singapura untuk datang ke sini. "

 
Tan telah memohon lesen untuk mengendalikan kasino di Berjaya Hills lebih daripada 10 tahun lalu tetapi ia telah ditolak di tengah-tengah bantahan daripada sesetengah pihak.


Berjaya Hills, yang hanya beberapa minit dari kasino di negara ini di Genting Highlands, mempunyai permit untuk mengendalikan mesin slot."Kami akan memohon semula untuk lesen itu. Malaysia tidak harus berpegang kepada satu pengendali. Ia perlu dikongsi dengan operator lain perkembangan pelancongan boleh menjana banyak pendapatan untuk negara."Korea Selatan, Jepun dan Taiwan sedang mencari untuk memberi lesen untuk beroperasi kasino kerana mereka menyedari potensi penuh perkembangan tersebut.

 "Kami akan memasarkan Berjaya Hills sebagai destinasi kasino baru di seluruh dunia. Saya mempunyai 4,600 ha di Berjaya Hills dan terdapat banyak yang boleh dilakukan dengan apa-apa lesen. "Berjaya Hills, yang merupakan rumah kepada Colmar Tropicale, The Chateau Spa dan Organik Wellness Resort, kelab golf dan negara dan rekreasi lain, menggaji kira-kira 800 orang. Idea untuk Berjaya Hills diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang, selepas lawatan ke daerah Alsace di Perancis, mencadangkan bahawa Tan meniru pembangunan di sini. Sumber NST

AAP - Tepuk dada tanya iman sendiri tahu sendiri ingat...

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

16 Jun 2014

PIALA DUNIA 2014 : FOTO SIKAP TERPUJI PENYOKONG JEPUN, PENYOKONG MALAYSIA MACAM MANA?

 
 

Dan ini adalah keadaan dan gambaran di Stadium Darul Makmur, selepas GAME Pahang & Johor. Anda lihatlah sendiri betapa banyaknya sampah sarap di stadium kita. Gamaknya ini adalah salah satu sebab kenapa Jepun boleh masuk World Cup dan kenapa kita Malaysia tak layak masuk World Cup :)

Itu belum kotak rokok, kotak tisu, tin air minuman terbang dari kereta, paling koman bekas plastik minuman itu kalau dekat jalan raya. Kalau dekat dalam staidum macam-macam objek boleh terbang batu, kayu, botol dan sebagainya. Mungkin jatidiri dan displin orang kita masih terlalu lemah... :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO LOGO HALAL JAKIM MALAYSIA | SEMAKAN STATUS HALAL

 
Tahukah anda bagaimana untuk mengenali logo halal Malaysia? Perkataan Malaysia didalam bulatan, Bintang berbucu 8 ditengah bulatan. Perkataan Arab "halal" di tengah bintang, 2 bintang kecil berbucu 5 bagi memisahkan tulisan rumi dan arab. Tulisan HALAL di tengah. Tulisan berkaitan dalam bahasa arab. Contoh No. Standard dan No. rujukan Permohonan.

KLIK : Direktori Halal Malaysia | SEMAKAN STATUS HALAL 

Moralnya kita sebagai umat Islam, kita kena prihatin tentang logo halal yang sebenar dan jangan dikelirukan dengan logo halal yang palsu.
 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

15 Jun 2014

PAPAN TANDA KUANTAN DAHULU HILANG 'K' SEKARANG HILANG 'N' PULAK?

 
Dahulu hilang huruf 'K' hari ini kabarnya hilang huruf 'N' pulak difahamkan untuk pengantian huruf 'K" sahaja melibatkan kos keseluruhan bernilai RM20,000. Kini huruf  'N' pula, pasti kosnya tidak kurang daripada kos yang dahulu. Apakah ada unsur pengkhianatan disini? atau sememang bencana alam?

AAP - Bimbang juga ada unsur khianat? manalah tahu kalau-kalau ada pihak lain yang mengambil kesempatan daripada perkara tersebut siapa tahu... Kalau sememang huruf tersebut sudah nak tercabut pun mungkin juga.... apapun sekadar andaian penulis sahaja.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

14 Jun 2014

TARIKH PENETAPAN PUASA DAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014 / 1435H


KUALA TERENGGANU 13 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 29 Jun ini (Ahad) manakala Aidilfitri pula bakal disambut 28 Julai (Isnin), kata Pemangku Ketua Unit Falak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Shahril Hirman Azmee.

Menurut beliau, oleh kerana 29 Syaaban 1435 Hijrah yang bersamaan dengan 27 Jun tidak memenuhi ketetapan imkanur-rukyah, maka keesokan harinya menjadi 30 Syaaban. “Oleh yang demikian, 29 Jun 2014 dijangka 01 Ramadhan 1435 Hijrah," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Jun 2014

GAMBAR POKOK KURMA BERBUAH DI KOTA BAHRU KELANTAN

Gambar pokok kurma berbuah lebat di Kota Bharu Kelantan. Pokok kurma kebiasaannya jarang ditanam di Malaysia kerana keadaan iklim atau cuaca yang tidak mengizinkan di negara kita. Umum ketahui bahawa pokok kurma hanya terdapat di negara padang pasir dan jika ditanam di negara ini maka persepsinya ialah pokok itu pasti tidak akan berbuah.
 
 

Namun, berbeza di negeri Kelantan apabila pohon kurma dilihat tumbuh mekar di sekitar bandaraya Kota Bharu. Pada awalnya, pohon kurma ditanam oleh Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sejak 7 tahun lalu hanya sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan bandar KB sejajar gelaran Bandaraya Islam. Namun kini, ianya menjadi tumpuan orang ramai apabila beberapa pohon kurma dilihat berbuah dengan begitu lebat. Sumber

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

LORI BALAK PANJANG PENUH MUATAN APAKAH DIBIARKAN SAHAJA?

Ini adalah pemandangan biasa bagi jalan-jalan sekitar Pahang ini. Dengan lori balak panjang dengan muatan melebihi had yang dibenarkan. Pasti situasi ini amat membahaya kepada semua pengguna jalan raya secara amnya.

Terkadang terfikir juga dibenak fikiran kita dimana tindakan penguatkuasaan daripada pihak berwajib? Berkaitan dengan situasi ini? Seakan perlakuan ini sah, halal dan tidak mengundang apa-apa masalah, bahaya dan kesalahannya. Bila perkara ini seakan tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh mereka?

Namun yang bercermin gelap terus diburu dan dikejar..... kenderaan yang bernombor plate tidak mengikuti standart dan ukuranya terus dan ditahan pasti saman terus sahaja dikeluarkan..... lori balak yang panjang berjela semacam ini dipejamkan mata dan dilepaskan.... ??

AAP - Ada baiknya kenderaan jenis muatan seumpama ini dikaji semula atau ditetapkan kadar muatanya.  kajian juga perlu dibuat sama ada sesuai atau tidak kenderaan ini digunakan di jalan raya kita. Kerana situasinya amat membahaya pada kenderaan lainnya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 Jun 2014

CAJ LANGGANAN INTERNET DI MALAYSIA MAHAL, PERKHIDMATAN LEMBAB?

 
Caj Langganan Internet Di Malaysia, Mahal Tapi Lembab, Apa Kata Anda?

Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) pernah menemplak tahap perkhidmatan internet di Malaysia sangat mahal tidak berpadanan dengan servis yang kualiti yang ditawarkan kepada pengguna di Malaysia seperti anda, anda di sini. Setuju atau tidak?

Nampaknya penyedia Internet terus mengambil kesempatan melihatkan realiti hari ini yang mana industri mudah alih yang semakin meluas, pengguna media sosial yang meningkat dan pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang) yang semakin melonjak tinggi statistiknya tetapi malangnya harga caj langgan Internet di Malaysia terus menekan pengguna tidak berpadanan dengan servis yang mereka nikmati.

 
Caj Internet di Malaysia 1 Mpbs VS Singapore 150Mpbs (RM119) 

Realitinya jikalau dibandingkan dengan negara luar, harga caj langganan Internet di malaysia adalah 5-10 kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.

Malah yang menyedihkan lagi melalui kajian global oleh Ookla yang dilakukan terhadap 192 buah negara mendapati kelajuan purata jaur lebar di Malaysia lebih perlahan daripada Kemboja dan Vietnam dan Myanmar pula semakin lama berusaha untuk mengatasi Malaysia ketika ini.

Apa kata anda pula dengan tahap perkhidmatan dan servis penyedia Internet di Malaysia kepada anda ketika ini? Berpuas hati? Sumber : Berita Semasa, terbakor.com


Wassalam, Wa'allahhualam.

7 Jun 2014

LIVE STREAMING | KEPUTUSAN | PERLAWANAN AKHIR PAHANG VS FELDA UNITED


Wakil kelab, FELDA United FC melakar sejarah tersendiri selepas menjadi pasukan kelab kedua selepas Sime Darby FC yang layak ke pentas final Piala FA.

Keputusan agregat 5-5 menentang juara bertahan, Kelantan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, Sabtu malam, memastikan tiket final menjadi milik skuad 'The Settlers' kendalian Irfan Bakti Abu Salim menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas pada aksi separuh akhir pertama pada 6 Mei lepas di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu berkesudahan 3-3.

Untuk rekod, Sime Darby FC menjadi wakil kelab pertama mara dalam final dalam sejarah 24 tahun Piala FA namun kalah 1-0 kepada Kelantan pada aksi final 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

FELDA United FC bakal membuat perhitungan dengan Pahang pada aksi final, pada malam ini 7 Jun selepas skuad 'Tok Gajah' mencatat kemenangan agregat 2-1 ke atas finalist musim lepas, Johor Darul Ta'zim pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Jumaat.

Live streaming Pahang vs Felda United Final Piala FA 2014.
Siaran langsung perlawanan akhir Piala FA pada 7 Jun 2014 akan bertempat di Stadium Shah Alam bermula pada pukul 8.45 malam. Perlawanan final piala FA antara Pahang vs Felda United FC turut disiarkan secara eksklusif menerusi Astro Arena 801 seawal jam 8.00 malam. Kepada penonton yang ingin menyaksikan perlawanan secara live internet streaming, anda boleh menonton menerusi pautan yang tersedia dibawah.

Live Streaming Pahang Vs Felda United Final Piala FA 2014

Jadual Siaran Pahang Vs Felda United Final Piala FA 2014
Tarikh: Sabtu 7 Jun 2014
Lokasi: Stadium Shah Alam
Event: Final Piala FA 2014
Masa: 8.45 malam
Media Rasmi: Astro Arena 801

Ramalan AAP - Tak banyak Pahang 2 - Felda United 1 :) 

Update Keputusan Rasmi : Pahang 2- Felda United 1

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

5 Jun 2014

GAMBAR KLASIK : PAPAN TANDA KAWASAN KEMALANGAN GAMBAR TENGKORAK


Klasik dan nostalgia, ini adalah papan tanda kawasan kemalangan dulu-dulu yang digunakan sekitar tahun 60an hingga 80an. Sekali pandang papan tanda kawasan kemalangan ini mungkin boleh menyeramkan. Papan tanda kawasan kemalangan seperti ini bukanlah kawasan berhantu akan tertapi boleh mengundang juga pada situasi yang berhantu :) kerana mungkin banyaknya kemalangan yang berlaku disana dan mungkin mengakibatkan kematian, mau tak jadi "keras" kawasan tersebut. Sememangnya kalau dahulu bila kita melalui kawasan seperti ini biasanya kenderaan akan mempelahankan kenderaan mereka bimbang juga kalau ada hantu yang melintas gamaknya atau mungkin seram dengan gambar tengkorak itu  :) Dahulunya jalan Jerantut - Benta, jalan Lipis -Raub banyak terdapat papan tanda seumpama ini.
Zaman sudah merubah segalanya... bagi tidak mengelirukan pengguna jalan raya satu papan tanda bertulisan lengkap seperti diatas diperkenalkan. Malangnya tulisan sahaja mungkin tidak menyedarkan pengguna jalan raya. Sebaliknya kawasan seumpama ini terus sahaja mengundang kes kemalangan yang tinggi, yang boleh membawat maut sedangkan papan tanda peringatan telah dipasang.

AAP- Gamaknya mungkin sesuai juga jika papan tanda gambar tengkorak ini diguna pakai semula bukan sahaja untuk menyedarkan pengguna jalan raya ... sekurang-kurangnya mereka akan berasa seram dengan gambar tengkorak bila melalui kawasan tersebut. Secara tidak langsung pengguna juga akan memperlahaakan kenderaan mereka.

"Pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang tersayang"

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL

Loading

JOIN GROUP NUMISMATIK JUAL BELI

COIN LAMA, DUIT KERTAS LAMA & SETEM LAMA MEMBELI & MENJUAL

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<