Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

16 Mei 2014

OPS PLAT KENDERAAN DAN CERMIN GELAP BERMULA 16 JUN 2014

Kuala Lumpur: Pemilik kenderaan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300 sekiranya gagal menukar saiz nombor pendaftaran mengikut spesifikasi ditetapkan selepas 15 Jun depan.

Tindakan sama juga dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa. Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, mengikut Kaedah 6(1) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Perlesenan 1959), nombor pendaftaran kenderaan wajib dipamerkan di bahagian hadapan dan belakang secara menegak pada plat permukaan segi empat.

Katanya, kerajaan sudah menetapkan spesifikasi khas untuk nombor plat kenderaan di Malaysia dan hanya tiga bentuk nombor plat dibenarkan. “Jenis pertama huruf dan nombor putih yang dilekatkan atas bingkai hitam tanpa corak.

Kedua, huruf dan nombor putih yang dilekatkan atas bingkai merah bagi kenderaan kedutaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan International Natural Rubber Association manakala yang ketiga huruf dan nombor hitam dilekat atas bingkai putih bagi teksi atau kereta sewa,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, pihaknya memberi tempoh sebulan kepada pemilik kenderaan yang tidak tidak mengikut spesifikasi itu menukarnya. “Pada 16 Jun depan, operasi akan dijalankan untuk mengesan kesalahan ini dan kompaun dinaikkan kepada RM300,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan cermin gelap pada kenderaan, Mohd Fuad berkata, pihaknya sudah menghantar usul kepada Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan akta bagi mengambil tindakan ke atas kedai aksesori yang menjual penapis filem kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

“Spesifikasi yang dibenarkan adalah penapis filem yang mempunyai ketelusan cahaya 70 peratus pada cermin hadapan manakala 50 peratus bagi cermin sisi dan cermin belakang.

“Bagaimanapun, ada kenderaan yang menggunakan penapis filem gelap hingga tiada ketelusan cahaya atau sukar melihat pemandu di dalam kenderaan itu,” katanya. Beliau berkata, tempoh sama diberikan kepada pemilik kenderaan yang membuat kesalahan berkenaan untuk menukarnya sebelum dikenakan tindakan bermula 16 Jun depan.

Di samping itu, pemilik kenderaan yang menggunakan lampu kelip ala polis bagi mengelak kesesakan jalan raya diberi amaran keras menghentikan penggunaannya berikutan ia dilarang mengikut Akta Pengangkutan Jalan raya 1987. Sumber Metro

Wassalam, Wa'allahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...