Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

10 Apr 2014

INFO SEJARAH, MAKAM DAN KISAH LUBUK PELANG, BUKIT KETUPAT, JERANTUT

Hari ini berkesempatan ke Lubuk Pelang, Bukit Ketupat, Jerantut. Banyak sekali ceritanya dizaman dahulu kala Lubuk Pelang ini. Kisah pahlawan, makam diraja dan seribu satu kisah yang berkaitan dengan Lubuk Pelang, Bukit Ketupat Jerantut ini. Lubuk Pelang juga diantara nama-nama tempat yang hebat didalam sejarahnya.

Cerita yang berkaitan disini diantaranya ialah Makam Lubuk Pelang. Makam ini terletak berhampiran Kampung Jerangsang. Berhampiran dengan lubuk ini terdapat sebuah bukit tinggi dan di atasnya terdapat tiga makam yang berhampiran antara satu dengan lain. Tiga makam ini terletak di Sungai Pahang dengan dua daripadanya di hadapan dan satu di hujung kaki dua makam itu. Makam ini adalah Makam Sultan Abdul Jamil, Puteri Buluh Betung, Permaisuri baginda dan Datuk Budiman, adindanya. Kemangkatan mereka berkaitan dengan serangan Acheh dalam tahun 1617. Pada masa Sultan Abdul Jamil memerintah Pahang dan ada seorang batin di Sungai Tekam, kira-kira 8 kilometer dari Lubuk Pelang telah mendapat seorang puteri yang berdarah putih dari dalam buluh betung.

Baginda dan rombongannya memudik ke hulu Sungai Pahang dan berhenti di beberapa tempat dan akhirnya di Lubuk Pelang. Oleh kerana kawasan itu sangat menarik pemandangannya dan strategik dari segi keselamatan, baginda telah membina istana di atas sebuah bukit. Sementara itu rombongan baginda memudik hingga ke Sungai Tekam mencari Batin. Kemudian mereka telah membawa Batin dan Puteri Buluh Betung ke istana dan dikahwinkan dengan Sultan Abdul Jamil.

Datuk Ahmad telah meneruskan perjalanan menghilir Sungai Pahang menuju ke Pekan dan seterusnya pergi ke Acheh dan menghadiahkan sehelai rambut Puteri Buluh Betung kepada Mahkota Alam Pemerintah Acheh ketika itu sempena ulang tahun keputeraan baginda. Akibatnya baginda Mahkota Alam tertarik dengan Puteri Buluh Betung dan datang ke Pahang untuk merebut tuan Puteri. Baginda telah membawa bersamanya tiga pasang batu nisan yang diperbuat daripada batu yang dipahat. Baginda berpesan jika baginda tewas dalam peperangan itu, hendaklah dimakamkan di Pahang. Nisan tersebut akan menjadi tanda supaya keturunan baginda dapat dikesan. Jika Sultan Abdul Jamil yang tewas baginda akan dimakamkan dengan batu nisan yang dibawanya.

Setelah peperangan tamat, Sultan Abdul Jamil telah tewas. Datuk Budiman turut terbunuh dan Puteri Buluh Betung mengambil keputusan untuk membunuh diri. Puteri Buluh Betung berpesan supaya dimakamkan di sisi Sultan dan Datok Budiman. Belum sempat membunuh diri berlaku pergelutan dan pedang Mahkota Alam dengan tidak sengaja telah menikam jantung puteri dan mengalirlah darah putih. Jenazah Sultan Abdul Jamil dan Datuk Budiman dimakamkan berhampiran, kepala mereka menghadap ke Sungai Pahang. Sultan Abdul Jamil di sebelah kanan dan Datuk Budiman di sebelah kiri baginda. Puteri Buluh Betung dimakamkan di hujung kaki mereka. Ketiga-tiga makam ini menggunakan batu nisan dari Acheh yang dibawa oleh Mahkota Alam dan kekal diabadikan sehingga kini. Sumber Facebook.
Ikuti juga kisah sejarah makam diraja Lubuk Pelang disini :  SEJARAH MAKAM DIRAJA LUBUK PELANG, BUKIT KETUPAT JERANTUT.

Ke lubuk pelang mencari gangsa
Terjumpa pula si buaya tembaga
Hikayat yang lama tidak dilupa
dikenang sebagai warisan bangsa


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...