Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

13 Apr 2014

INFO ASAL USUL NAMA PULAU TIOMAN PAHANG

 
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam serta sebuah pulau peranginan yang indah untuk pelancongan. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak didalam daerah Rompin dibawah pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman ini jika diamati dan dilihat daripada arah laut ianya tidak ubah bagaikan seekor naga yang mempunyai tanduknya. Perjalanan 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.
Menurut mitos dan kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut. Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman. Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara. - Sumber disunting daripada Wikipedia
SEJARAH NAMA PULAU TIOMAN
Nama Tioman di ambil sempena nama seekor burung iaitu burung tiong . Kisah bemula apabila sekumpulan pedagang yang datang ke Tioman . Lalu mereka ternampak sekor burung tiong . Lalu salah seorang mereka bertanya kepada seorang penduduk tioman itu ."Siapakah yang empunya burung ini?'lalu penduduk yang bernama Man itu berkata " itu burung tiong ma, tuan" bahasa orang tioman 'man' itu ertinya 'saya' maka kamu ertinya 'aji' . Lalu pedagang itu pun berkata apakah nama pulau ini lalu si man pun berkata "pulau ini tiada nama" lalu pedagang itu memberi nama Pulau ini. Pulau Tioman. hasil gabungan Tiong + Man = Tioman - Sumber disunting daripada Google.

Meskipun Tioman terletak di negeri Pahang, ia dihubungkan dari Bandar Mersing, Johor. Terdapat juga perkhidmatan feri terus dari Singapura. Pulau ini mempunyai dua aset tarikan kepada media dan pemasaran pelancongan. Pertama, topografi dramatik pulau ini berbentuk titisan air mata di Laut China Selatan dan digunakan sebagai latarbelakang filem 'Pasifik Selatan' pada tahun 1958. Manakala majalah TIME pernah menamakan pulau tiaman ini diantara salah satu pulau-pulau yang paling tercantik yang terdapat di dunia pada tahun 1970an.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. ...menarik info blog tuan ni...Arwah tok saya pernah cerita, di satu kawasan bukit di Pulau Tioman kalau dicurah cuka ia akan bergegar...wallah hualam, dengar boleh percaya jangan.....

    BalasPadam
  2. En. Mat Gebu, betul...macam2 cerita org dahulu... kalau dikongsikan sememangnya amat menarik. Dengar boleh dipakai jangan :)

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...