Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

2 Apr 2014

AIR SUNGAI PAHANG KERUH, BERKELODAK DAN TERCEMAR?

Air sungai Pahang keruh, berkelodak dan tercemar? Isu ini bukan cerita baru. Isu ini sudah sekian lama ditimbulkan oleh banyak pihak dan orang ramai. Sebaik dan sepatutnya agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan negeri amat diharapkan agar dapat memantau aktiviti pembalakan dan perlombongan bijih besi supaya tidak berlaku pencemaran sungai sehingga menyebabkan airnya amat tercemar serta menjejaskan kesihatan penduduk sekitarnya.

Difahamkan kualiti air di beberapa sungai utama di negeri ini seperti Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Semantan menjadi sumber utama bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di negeri ini. Pastinya bila mana air sungai yang sudah tercemar tidak boleh diproses oleh Pengurusan Air Pahang (Paip) kerana akan menyebabkan gangguan kesihatan kepada pengguna seperti keracunan dan sebagainya. Perkara ini secara tidak langsungnya menyumbang terputusnya bekalan air terawat bagi sesetengah tempat.

Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Hutan dan Jabatan Geosians dan Mineral sepatutnya lebih kerap memantau aktiviti pembalakan dan perlombongan bagi memastikan mereka mematuhi peraturan serta garis panduan ditetapkan. Pengawasan perlu dijalankan dengan lebih kerap bagi mengelak berlakunya hakisan tanah atau membuang sisa kimia ke dalam sungai yang akhirnya mengakibatkan air tersebut tercemar dan tidak boleh diproses.

Difahamkan juga pencemaran Sungai Pahang menyebabkan air menjadi keruh, berkelodak dan mengandungi kimia yang mencecah tahap bacaan 4,100 Nephelometic (NTU) iaitu melebihi kadar 1,000 NTU. Bacaan NTU yang melebihi bacaan 1,000 tidak boleh diproses dan perlu dihentikan bagi mengelak pengguna terdedah kepada ancaman kesihatan.

Tertanya juga sampai bila situasi ini akan berlarutan? siapa untung siapa rugi dan siapa yang susah? Kita semua amat berharap agar kejernihan air sungai Pahang ini dapat dikembalikan. Pasti bila situasi ini terjadi dan terus terjadi banyak kelangsungan kehidupan ini akan terjejas.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...