Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

30 Mac 2014

PERNIAGAAN "CAR BOOT SALE" KINI POPULAR DI KUANTAN PAHANG

KUANTAN - Aktiviti jualan berkonsep jalanan car boot sale (jualan terus dari but kereta) bukan sahaja berjaya menghidupkan suasana malam di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC), malah membantu menambah pendapatan peniaga.
 Jika sebelum ini, jualan terus dari bonet kereta mungkin kurang mendapat sambutan kerana sikap masyarakat yang tidak yakin dengan konsep itu, namun usaha Kelab Anak Muda Indera Mahkota (Kami) mengubah persepsi berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 8 malam di tempat letak kereta berhadapan UTC meriah dengan pelbagai jenis kenderaan dan bonet terbuka menanti pelanggan dengan pelbagai jenis produk murah dan berkualiti.

Peniaga, Noraniza Kamsani, 27, berkata, konsep itu kini semakin popular dalam kalangan peniaga muda terutama mereka yang baru mahu mencuba bidang perniagaan.

Noraniza yang merupakan kakitangan swasta memilih untuk berniaga selendang dan tudung bersama suaminya, Muhammad Shahrinnahar Abd Latif sejak minggu pertama dibuka dan mengakui mendapat sambutan hebat daripada pengunjung.

“Konsep ini bagus kerana dengan modal kecil juga sudah boleh memulakan perniagaan. Saya juga boleh mendapat pendapatan tambahan secara santai,” katanya.

Bagi Norehan Salleh, 28, dengan kadar bayaran sewa berpatutan, dia boleh mengisi masa terluang waktu malam dengan berniaga ditemani suami, Norazly Nordin sejak tiga minggu lalu.

Norehan mengakui seronok apabila pelbagai baju kurang dan jubah yang dijual diminati pembeli terutama mereka yang sudah berumur.

“Dengan kadar sewa yang berpatutan, kami boleh menjual barang tidak lebih daripada RM40. Ini mudah menarik perhatian pembeli,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kami, Muhammad Faiz Hashim berkata, car boot sale adalah idea bagi membantu golongan peniaga muda yang tidak mampu membayar sewa tinggi di bandar ini selain kesukaran mendapatkan premis yang strategik.

Katanya, program fasa pertama itu bertujuan meningkatkan ekonomi anak muda dan fasa kedua bakal dilaksanakan jika mendapat sambutan.

“Penyertaan amat membanggakan ada 130 kereta. Konsep ini menjadi fenomena baru kepada warga Kuantan. Kadar sewa tapak RM30 semalam kini mendapat penerimaan di luar jangkaan,” katanya.

Perniagaan yang bermula seawal jam 6 petang dan berakhir kira-kira jam 2 pagi itu merupakan memasuki minggu ketiga penganjurannya pada setiap Jumaat. - Sinar Harian Pahang.

Pemandangan PERNIAGAAN "CAR BOOT SALE" di Kangar Perlis.

AAP - Sebaiknya peniagaan seumpama ini diperluaskan ke daerah lain bagi menjana ekonomi serta mendapat pendapatan sampingan, kepada mereka yang suka menjalankan aktiviti perniagaan. Sini bolehlah anda mulakan aktiviti baru ini di tempat anda. Dengan mendapat kerjasama daripada pihak PBT.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...