Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

9 Mac 2014

MASIH TIADA PETUNJUK DITEMUI MENGENAI PESAWAT MH370 SELEPAS LEBIH 24 JAM HILANG.

SEPANG: Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.

Walaupun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat.

Eksekutif Perhubungan Media dan Strategik Komunikasi MAS Malini Saudranrajan meminta semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia mendoakan pesawat MH 370.

"Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir saya mendengar mengenai MH370 pada 1.30 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memutuskan di mana pesawat Boeing 777-200 berada," katanya dalam kenyataan di sini, pada 2.02 pagi tadi.

Beliau berkata misi mencari dan menyelamat antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Vietnam digerakkan pagi. "Pada peringkat ini, mereka gagal menemui bukti sebarang bangkai. Misi laut ini akan diteruskan semalaman manakala misi udara akan bermula semula pada waktu siang.

"Kami mendapatkan semua maklumat pada dan bila kami menerimanya. Situasi di Beijing juga dipantau dengan rapi," katanya. Memadangkan banyak keluarga penumpang berada di China, beliau berkata pasukan “Go Team” berlepas ke Beijing dengan sekumpulan sukarelawan untuk membantu anggota keluarga penumpang.

Menurutnya saudara mara penumpang dinasihatkan supaya berkumpul di Kuala Lumpur, dan urusan serta perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh MAS.

"Apabila kedudukan pesawat dapat ditentukan, Malaysia Airlines akan menerbangkan anggota keluarga penumpang ke lokasi berkenaan. Keutamaan kami ialah memberikan semua bentuk bantuan kepada keluarga penumpang dan pekerja kami.

"Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat ini," katanya. Malini berkata satu sidang berita akan diadakan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Hotel Sama Sama Hotel pada 9 pagi ini.

Anggota keluarga penumpang MH370 boleh menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau melayari www.malaysiaairlines.com bagi maklumat terkini. - BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<