Nuffnang dan No Copy Paste

DAPATKAN INFO PERCUMA DARIPADA PENAJA KLIK IKLAN

UPDATE ENTRI TERKINI :

9 Mac 2014

FAKTA APA YANG KITA TAHU DAN TIDAK TAHU MENGENAI PESAWAT MH370 ?

Apa kita tahu dan tidak tahu mengenai MH370?
Penerbangan MH370 masih lagi hilang lebih 24 jam dengan 239 penumpang dalam pesawat, pihak berkuasa memperluaskan usaha mencari dan menyelamat ke seluruh Laut Cina Selatan dan termasuklah Selat Melaka. Pesawat Malaysian Airlines (MAS) Boeing 777-200ER berlepas pada 12.40 pagi pada Sabtu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi gagal tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

 Di bawah adalah apa yang kita tahu mengenai MH370:
* Penerbangan Malaysia Airlines terputus hubungan selepas berlepas dan lokasi terakhir yang diketahui adalah di luar Kota Baru.
* Tiada isyarat kecemasan atau tanda cuaca buruk.
* Penerbangan KL-Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
* Dua penumpang dalam penerbangan menggunakan identiti palsu.
* Dua lagi penumpang mempunyai identiti yang tidak dapat disahkan.
* Juruterbang pesawat berpengalaman.
* Pesawat tersebut menjalani pemeriksaan 10 hari lalu.
* Pesawat tersebut akan kehabisan minyak sekitar jam 8 pagi pada Sabtu.

Apa yang kita tidak tahu mengenai MH370:
* Di mana pesawat tersebut hilang?
* Apa yang berlaku apabila pesawat tiba-tiba terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara?
* Mengapa transponder kecemasan tidak berfungsi?
* Adakah ia berada di perairan Malaysia atau di lokasi lain?

Berikut berita tidak disahkan yang boleh dikaitkan dengan MH370:
* Apakah kesan tumpahan minyak dan kepulan asap dikesan oleh tentera laut Vietnam?
* Perbualan dengan industri minyak berkata pekerja di pelantar minyak Talisman Energy sekitar Blok PM-3 CAA melihat sesuatu terhempas ke dalam laut.
* Adakah pasport yang dicuri dikaitkan dengan pengganas? – Sumber: Themalaysianinsider.com

Kehilangannya terus menjadi misteri...

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

RUANG PENGIKLANAN

KLIK INFO PERCUMA DRP PENAJA IKLAN

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARIAN ARTIKEL BLOG AKU ANAK PAHANG

Loading

SEARCH GLOBAL BY GOOGLE WITH WEB

Memuatkan ...